Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Monday, February 27, 2017

INDIA : MALLROAD & THE RIDGE

Bandar Shimla ni terkenal dgn Mall Road dan The Ridge. Tpt shopping dan tpt lepak. Kami pun join sekali shopping dan lepak. Dua hari kat sini, dua kali kami ke Mall Road. 

Dari Hotel Surya, ada jalan shortcut ke sini. Jalan kaki dalam 10 minit. Mengah jugak sbb jalan berbukit dan kena mendaki tangga.

Dari pintu belakang hotel...


 Sampailah kami ke Mall Road...

Sepanjang jln adalah kedai,bank, dan restoran.


Terjebak jugak aku dlm agenda shopping. Kain utk suit punjabi cantik2. Harga pun mampu milik.

Ini antara yg aku beli utk bagi kat anak2 sedara. Sesuai utk muda mudi. Paling murah aku dpt INR400 dan paling mahal INR500. Make sure beli yg jenis summer cotton supaya sesuai dgn iklim kita.



The Ridge is the hub of all cultural activities of Shimla. It is situated along the Mall Road, which is the famous shopping center of Shimla (sumber wiki)


Ridge mcm persimpangan jer dari Mall Road. Ada satu church nama Christ Church kat sini.


belah bawah tu mall road...mcm parallel la dgn ridge ni

dan kami jumpa masjid....

Alat penimbang jenis ini masih digunakan...

Punya la byk kedai kat sini, tp satu pun tak ada yg sudi jual simcard kat aku....wpun aku dah siap2 prepare salinan passport...maka sepanjang aku kat Shimla...internet nehi. Kat hotel pun takder wifi, si Santosh driver kami pun takder internet...

Tapi best jugak bila hilang internet ni, byk benda blh buat seperti tido awal....
Read More

Thursday, February 23, 2017

INDIA : KUFRI & NALDEHRA


Shimla adalah ibu negari Himachal Pradesh, berada pada ketinggian 7238 ft dari aras laut (sumber wiki)

Kat shimla ni aku hanya pegi Kufri, Naldehra dan Chail. 

Kufri ada snow masa kami pegi. Naldehra takder snow tapi sejuk dingin beku. Chail pun sama, sejuk menggigil2.

Sapa2 yg ada hasrat nak shopping sari kat shimla, mmg tak payah lah sbb org2 shimla tak pakai sari. Diorang pakai baju suit (baju punjabi). Yg biasa2 nyer design blh dapat dlm INR350-INR500. Kain jenis cotton.

Perjalanan ke Naldehra dan Kufri...

Naldehra berada 22km dari bandar Shimla. Naldehra ni sbnr nya tpt org main golf. Santosh berhentikan kereta dan offer jika kami nak naik kuda. Bayaran nya ialah INR500 seorang utk trip pegi balik. 

Kami just lepak kat kedai jual kain shj sbb sejuk sgt2. Tak mampu rasanya nak naik kuda, mau kejung nanti. 

Pemandangan dari tpt parking ni pun dah cukup cantik.

Lepak kat sini dlm 30 minit, kami beredar ke Kufri.


Perjalanan diteruskan ke Kufri...

Kufri terletak lebih kurang 16km dari bandar Shimla dan berada pada ketinggian 8600 kaki dari aras laut. Kufri ni pulak tpt org buat aktiviti dgn snow mcm skiing dll. Kat sini jugak ada disediakan kuda utk jalan2. 




Kami masuk Himalayan Nature Park, bayaran nya INR30 sahaja. Bawak masuk camera kena caj INR50. Dikatakan ada bear kat sini, tapi haram kami tak nampak. Sebab sejuk diorang duk hibernate kot. Tpt ni biasa2 shj. Takder la nampak binatang berkeliaran lazimnya mcm kat zoo, tapi ada la nampak dua tiga ekor rusa. Jumpa jugak leopard yg sedap duk baring2. 


Kami tak main ski dan juga tak naik kuda. Jalan2 dan lepak bila jumpa bangku. Bergossip riang. Hilang semua sakit dan kekacauan minda. 

Dua jam kami kat sini, kami patah balik ke Shimla.... 

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com