Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Monday, January 4, 2016

PENGALAMAN ENDOSCOPY

Dua minggu slps first attack (gastrik), aku merasainya sekali lagi. Hanya disebabkan coke yg aku minum semasa tgk wayang cerita ip man 3. Kali ini angin nya dpt dirasai sampai ke belakang. Lansung tak boleh nak baring. Tido mengiring, rasa sesak nafas.

Aku kejutkan anak buah aku jam 3.30 pagi utk ke klinik ambik ubat angin. Esok pagi aku tetap gi keje dan mak aku call jam 10 pagi. Aku mesti ke hospital utk buat endoscopy. Wahhhh......semua nampak panik. Berkali2 aku ckp yg aku hnya gastrik sbb minum coke. Tapi aku pasrah jgk, ikut kakak aku ke penang.

Esok pagi, kami ke hospital pantai dan ting tong ting tong, aku admitted. Prosedur endoscopy akan buat jam 2.30 petang. Adussss seriau Allah je tahu. Byk kali aku tnya kakak aku yg prosedur ni akan bg aku ubat tido. Kakak aku kata ya, aku tak akan sedar apa2, tahu2 jer dah siap. Aku text abg aku (juga di penang), jgn dtg hospital sehingga selesai endoscopy. Lagi ramai org lg aku panik.

Nurse masuk utk buat drip. Aku refused sbb aku kata buat apa nak masuk air. Aku okay. Hahahah degil kan. Pastu tetiba aku terfikir mngkin drip tu utk masukkan ubat tido. Nurse tak tau nak explain. Doktor dtg time aku dlm bilik air (5-6 kali masuk bilik air). Doktor explain kat kakak aku, ubat pelali akan diberi masa dlm bilik rawatan. Nurse bagi ubat tahan muntah. Ok...something is not right....aku blh rasa tp sbb kakak aku beriya-iya ckp akan ada ubat tido so aku percaya la kan...

Jam 2.10 aku ditolak masuk ke bilik rawatan guna wheelchair. Hahahah. Siap pakai baju bedah semua lah. Ai is jakun ok. Kakak aku tunggu kat luar. 

Masuk2 jer, nurse dlm tu pun explain prosedur yg aku akan lalui. 
1) Nurse akan spray ubat kebas dlm mulut.
2) Hold ubat kebas sehingga nurse kata swallow
3) Relax dan bernafas mcm biasa
4) Doktor dtg aku kena mengiring atas rusuk kiri

Aku terus bangun dan tnya.....kenapa tak ada ubat tido? Nurse kata, sat shj. Hnya 5 minit, dan tak perlu ubat tido. What?!!!!! Ok now aku betul2 panik. Nak lari dah tak boleh dgn jubah  bedah bagai. Gaun bedah tu ada tali kat belakang dan parasnya sampai lutut shj.  Pakaian semua kena bukak termasuk yg dlm2. Boleh imagine jika aku lari dgn gaun tu, heheheeh

Aku pasrah dan berserah. Nurse spray ubat kebas dan bila doktor masuk, aku mengiring atas rusuk kiri. Bahu kiri ke belakang sikit dan kepala aku didongakkan sikit. Ada 3 nurse yg pegang aku, dua pompuan dan satu lelaki. Nurse masukkan mouth guard kat mulut bagi mulut sentiasa terbukak. 

Aku dpt rasa ada satu benda masuk dlm mulut aku dan nurse yg pegang kepala aku dgn tapak tangan nya tutup mata aku suruh aku telan benda tu. Kali pertama aku tak dpt telan dan berjaya telan pda cubaan kali ke dua. Masa camera dan tiub tu masuk, aku tak rasa apa2. Tapi macam rasa ada benda dlm perut yg bergerak2....hahahaha. Aku dpt dengar doktor tu kata one more picture then we finish. Ok lega kejap. 

Tapi.......bila benda alah tu ditarik keluar dari perut, ya Allah. Aku sendawa dua kali dgn sgt kuat dan aku rasa agak sakit kat tekak. Aku meronta dan nurse lelaki yg pegang bahu dan kaki aku tu ckp, jgn cemas jgn cemas. Bernafas mcm biasa, sat jer lagi. Bila tiub tu dah sampai kat anak tekak, mmg aku muntah la weyyy. Muntah angin jer tak keluar apa2 pun. Meleleh air mata aku...benda tu selamat keluar akhirnya.

Aku masih baring, dan dengar doktor duk ckp, ok that one, that one, that one. Wahhh apakah itu??? Air mata aku tak leh berhenti keluar. Sakit dan tidak selesa rasa kat tekak. Doktor panggil kakak aku dan explain, bla bla bla. Aku tak dengar sgt sbb sibuk control pernafasan. Malu sehhhh kalau kakak aku nmpak aku nangis. Hahahaah

Dah keluar dari bilik, terus aku ckp kat kakak aku. Buat hidup hidup tau. Mana ada ubat tido. Nasib pakai baju ni, kalau tak org dah lari keluar. Kakak aku mcm tak percaya. Dia kata mmg ada ubat tido laaa. Aku rasa sbb aku refused utk drip so doktor ingat aku sgt berani utk buat prosedur ni dlm sedar kot. Entah laaaa

Aku pernah tgk dlm channel korea, citer apa ntah, prosedur ni mmg buat tanpa ubat tido. Tapi sbb diyakinkan yg ada ubat tido aku percaya. Kalau lah aku tahu, mmg tak la aku buat. Huhuhu

Apa2 pun result endoscopy aku mengesahkan gastiritis dan ada ulser. Blh sembuh dgn ubat dan jaga pemakanan. Nothing serious. 

Inilah cerita aku pada tarikh 30/12/2015.  Penutup 2015 dan tahun baru disambut dlm keadaan tidak selesa kat tekak. 



Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com