Sebelum memulakan aktiviti hari ini...baik kami tukar duit dulu. Kat Swiss ni blh jer guna matawang euro, takder masalah. Cuma baki nya nanti dpt dlm matawang swiss franc (huhuhu aku terkena pada last day, ingat nak abiskan duit swiss tp makin bertambah jadinya).
Dah tukar duit segala, kami memulakan perjalanan ke Luzern (chf37.5). Rancangan kami nak ke Mt. Rigi. Train dari Interlaken Ost (panoramic train) ke Luzern mengambil masa selama
4 jam 2 jam. Hahahaha.....the slowest express train kwn aku ckp (
my travel buddy...slowest express train is Glacier Express actually)
 |
mengambil masa selama 2 jam utk sampai ke luzern (thanks dear sbb ko ambik gambar ni) |
Tp serius sepanjang jalan....Subhanallah cantik yg amat....kuasa Tuhan sgt besar. Train kat Swiss sgt selesa...siap ada restaurant coach lagi...semerbak bau coffee...pastu seatnya mengadap...tgh2 ada meja...blh mkn2...mmg mesra pelanggan...
Jgn tanya aku kenapa air tasik kaler ijau...!
Mmg dah tak larat nak snap gambar sepanjang jln...last2 enjoy shj dgn mata sendiri. Diam2 berdoa dlm hati supaya org lain pun dpt sampai juga....rasa terkilan sbb hanya kita yg dpt lihat....nak share melalui gambar pun rasa tak begitu adil...
 |
PERFECT!! |
Sampai jer Luzern, kami ambik train ke Art-Goldau dan dari situ naik cogwheel ke Mt. Rigi. Tp cogwheel ni cuma ada sejam sekali, so mmg lama lah kami kat station tu....siap sempat qasar zuhur asar lagi.
 |
cogwheel st. utk naik ke mt.rigi |
Bandar2 kat sini mmg sgt peaceful. Tenang gila....jeles tau. Rasa mcm diorang ni takder masalah apa2 pun...
 |
rupa dlm cogwheel |
 |
ruang kosong tu khas utk yg guna wheelchair...mesra pelanggan betul kemudahan diorang |
Sampai sahaja kat Mt. Rigi, Subhanallah.....rasa nak menitik air mata melihat keindahaan ciptaan Allah... Rasa diri ini sgt kerdil bila berada di tengah2 antara gunung.
 |
view dari dlm cogwheel |
Untuk balik, kami memilih laluan lain - cogwheel sampai Kaltbad dan cable ke Weggis dan ambik bot sehingga ke Luzern.
 |
naik dari arth-goldau (cogwheel biru) dan balik ikut cogwheel merah |
Basically trip ni aku ni ambil dari balasan email satu travel agency...
"take the public train to Arth-Goldau. From
the station of Mt. Rigi-Railways you go further on with the cogwheel train up
to Rigi Kulm (1.800 m/6.000ft). In the late afternoon you descend from Mt. Rigi
by cogwheel train to Rigi Kaltbad and further by aerial cable-car to Weggis from where you board the boat and enjoy
a cruise back to Lucerne"
Untuk sampai ke jeti nak naik bot tu, kena melalui kawasan perumahan. Cukup bersih dan tersusun. Seronok nya tengok......
Anjing pun blh naik bot...
Sampai jer Luzern, train yg nak ke Interlaken dah nak berlepas. Tak sempat pun kami nak round bandar Luzern. Khuatir sampai terlalu lewat mlm ke Lauterbrunnen.
 |
Hanya dpt ambik gambar chapel bridge
dari dlm bot...tak sempat nak pegi even beberapa langkah jer dari luzern
station...sedihhhhh |
 |
Lg chapel bridge....yg termasuk dlm list utk aku pegi...tp tak dpt....huhuhuhu.. |
Sampai Interlaken Ost lbh kurang 8mlm, kami jln2 sekitar train station.
Byk kedai dah tutup cuma ada satu dua shj kedai souvenirs dan restaurant
yg masih beroperasi. Beli burger ayam halal (insyaAllah), kami naik
train utk balik ke hostel.
Train dari interlaken ke lauterbrunnen...
Pekan Interlaken OST
Berkemas lebih kurang sbb esok kami dah kena check out. Rasa berat hati sgt utk tinggalkan Lauterbrunnen. Pertama kali sepanjang trip ni aku rasa mcm tak nak balik...pasti aku akan dtg ke sini lagi. InsyaAllah (skrg pun aku dah start usha tiket ke Geneva...hahahahah)
Suasana malam kat Lauterbrunnen sgt sunyi. Takder bunyi kenderaan...hon2 jauh sekali. Mmg blh hilang masalah lah kalo duk kat sini.
Lupa nak cerita psl Valley Hostel dlm entry yg lps....hostel ni konsepnya hostel lah. Ada dapur (microwave, kettle, stove, mangkuk pinggan, sudu garpu, fridge dll). Urusan panas memanas makanan mmg settle. Tingkat 1 ada 3 bilik shj (mcm dlm gambar kat entry lps), 3 bilik ini berkongsi satu bathroom (shower/toilet) dan satu kitchen. Bilik kat tingkat 2 ada dua kalo tak silap, dan aku tak sure sama ada ada kitchen dan bathroom asing.
Bathroom style hostel sekolah2 ada kat tingkat paling bwh (underground) boleh lah guna jika terdesak...heheheh. Dapur yg besar pun ada kat ground floor.
Hostel ini sgt okay pada aku...memadai dgn bayaran dan kemudahan yg disediakan.