Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Monday, October 27, 2014

10 fakta mengenai saya ketika mengembara....

Alololo syieda dah suruh maka terpaksa la wat....aku ni bkn travel byk mana pun setakat setahun sekali jer kan....lg syok baca org lain sbnrnya...

Pengenalan...

bilik kat Zurich

bilik kat Amsterdam

bilik kat Rome

bilik kat Ho Chi Minh

bilik kat Mekah

bilik kat Lauterbrunnen

bilik kat Paris

bilik kat London

bilik kat Phnom Penh

1. Itinerary
Ini paling asas....biasa my travel partner serahkan bulat2 utk aku siapkan iti, cuma aku tanya la jugak apa2 tpt yg dia nak gi...karang jd iti syok sendiri. Iti berdasarkan pembacaan di alam maya....mix and match gitu. Sesuaikan dgn musim dan tempoh. Dlm iti akan complete no.bas/train, kat mana nak naik dsb. Aku tak suka kalut2...Iti selalunya akan ada 2-3 version. Plan A tak berjaya ada bekap plan B. Aku jarang buat keputusan on the spot, meaning that tpt2 yg aku pegi tu semua dah plan


2. Rancang awal
Seingat aku sekali jer aku tetiba kena pegi phnom penh. Blh refer link ni. Seminggu sblm pegi baru beli tiket dsb. Tp ini pegi guna mas holiday so takder susah mana pun, dan pegi pun 2mlm shj. Agenda pun tak byk, jd iti pun tak buat. Lain2 tempat aku gi mmg perancangan awal. Ada yg sampai setahun.

3. Beg
Blh tak nak link entry aku yg ni jer...klik hahahha sbb sama jer. Itu lah aku selalu pack. Kalo gi 7 hari, bwk baju 4 helai, jeans sehelai, seluar pendek tido sehelai, tudung 3 helai. Kalo travel musim sejuk, bwk satu jer winter coat. Aku tak kisah pun semua gambar nanti baju sama...Basuh baju masa travel is a must. Selalunya day3 tu dah start basuh baju. Kecuali stokin aku tak basuh sbb stokin aku beli yg bundle (satu ikat tu ada 5 psg), hohoho jadi mcm org kaya sat, lps sehari terus buang.

4. Shopping
Ini mmg takder dlm iti asal kecuali request by travel partner. Aku secara jujurnya sgt kedekut, pernah masa gi hongkong aku beli satu hp accessories disneyland. Ada karektor2 disney dlm satu gugus tu, so aku ceraikan bagi sorang satu....hahahaha. Start dari travel aku ke sydney, aku baru mcm pemurah sikit, belilah jugak souvenirs kat kawan2 dan keluarga, tapi bkn yg grand2 la, setakat keychain atau fridge magnet shj. Tapi masa gi europe aku jd double pemurah. Utk abg ipar yg selama ni tak pernah dpt apa2 dari aku, aku belikan coffee dlm tin harrods masa kat london dan pisau lipat siap ukir nama kat swiss.

5.Makan
Aku agak cerewet part mkn, sbb byk benda aku tak mkn. Cth sayur dan ikan. Masa kat korea setiap hari aku mkn nasi segera dgn ikan bilis yg bawa dari malaysia. Kat europe pulak roti cicah sup segera. Aku blh jer hadap benda sama setiap hari sbb tekak aku blh mkn itu shj...Tapi ada jgk mkn kat kedai cuma jarang2....Kesimpulannya aku blh kurus kalo travel...haha

6. Resit
Aku sgt particular bab resit (mungkin nature kerja aku kot). Jadi setiap tpt aku gi dan apa yg aku beli resit mesti simpan. Yg hongkong pun masih ada...hahaha. First thing balik bilik apa yg aku buat ialah bersila atas katil dan keluarkan semua resit pastu rekod satu2. Jd book keeper sat..kdg2 kwn aku dah siap mandi pun aku blm abis buat kira2

7. Duit
Biasa aku akan asingkan duit dalam sampul raya. Satu utk belanja, satu utk hotel, satu utk tambang/tiket masuk dan satu utk emergency. Utk shopping mmg takder...selalu guna yg emergency....maksud kata shopping tu adalah suatu kes emergency bg aku...hahaha. Kwn aku ckp sgt tedious asing2 duit mcm tu tp bagi aku ini perlu ada. Apa2 yg kita buat mesti ada bajet. Sbb tu iti penting (refer balik point 1)


8. Accomodation
Point no.8 rupanya hotel ni...so sila refer gambar2 kat pengenalan. Itu antara hotel yg aku pilih. Ada yg okay dan ada yg nightmare. Bukan ada ju-on ke apa, maksud aku bila aku kena duk katil atas, aku rasa sgt hazab la sbb aku asik turun naik katil utk gi toilet. Sgt meletihkan.

Biasa aku akan cari yg dekat dgn train stn. Siap guna street view utk lihat sendiri betul ker dekat....yg kedua dpt high marks dlm tripadvisor. Selalu kat situ akan ada traveller yg letak gambar, so blh lihat sendiri. Kalo nak based on gmbar yg hotel letak mmg semua cun la...ketiga en-suite sbb aku ni kerap ulang alik gi toilet...keempat bkn katil double decker....kalo double decker aku akan pastikan aku dan kwn aku dpt katil bwh kecuali masa kat lauterbrunnen, aku terpaksa guna katil atas. Wpun aku dah cuba mintak tukar bilik tp fully booked. Pasrah...

Utk booking selalunya aku guna web ini. Pastu compare plk jika booking melalui hotel tu sendiri, kdg2 booking direct ni murah sbb hotel ada offer early bird or buy 2 nights dpt free 1 night dsb. 

9. Travel partner.
Sgt sgt sgt penting. Ini utk menjaga keharmonian sepanjang perjalanan. Peristiwa yg berlaku masa gi hongkong sgt memberi kesan kpd aku supaya berhati2 memilih kwn. Paling best travel 2 org. Lg ramai lg kalut. Kalo dua org, senang dari segi nak jaga barang dan tlg berfikir utk kita bila kita dah buntu, nak2 time tu iti hilang...biasanya aku akan email iti sblm pegi so that travel partner akan tahu secara asas apa yg kami nak buat...

10. Kenangan utk diri sendiri
Org lain mungkin ambik gambar kat signboard jln atau bangunan (jeling syieda...hiks) tp aku suka beli tshirt yg tulis nama tpt aku gi. Kat korea aku ada beli satu di nandaemun dan satu di nami island tp malangnya dua2 tak muat. Sejak dari tu aku beli tshirt kat HRC jer sbb size dia std kat mana2 negara pun. Aku harap size tu tetap sama sampai bila2....hiks

Sekian..

Read More

Sunday, October 26, 2014

skateboard

Temankan anak buah aku beli his new toy. kedai ni kat subang jaya...dkt2 dgn canai cafe...

Nama kedai Wheel Love. Ingat cafe mula2 dgr nama...





Lps hampir sejam...ini lah yg dpt...sib baik bkn duit aku...


Read More

Friday, October 24, 2014

Photobook : Sydney&Melbourne

Slps hampir sebulan, akhirnya photobook ni smpai.

Tempah melalui groupon. Photobookmart




Hasilnya aku agak puas hati wpun servis sgt slow.
Read More

Wednesday, October 8, 2014

WAYANG : DRACULA UNTOLD


Wayang utk aku yg pertama dlm thn 2014. Pandangan aku....sejarah telah diputar belitkan.

lslam (kerajaan turki uthmaniyah) yg kita biasa belajar dulu, digambarkan satu kerajaan yg agung dgn sultan muhammad al fatih yg sgt bijaksana, tp tidak dlm citer ini Aku tak pasti sejarah mengenai Val tp agak pelik bila dimasukkan unsur2 dracula, biar betul?? Otak tak leh nak digest, sel2 gagal berhubung bila Maharaja Rom yg juga dipanggil Constantine dirasuk dracula?

Tp blh tak aku jatuh chenta dgn pelakon yg mainkan watak Val?Hahahha....anak sedara aku ckp dia jd penjahat dlm Fast n Furious. 

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com