Thursday, October 10, 2013

EUROPE TRIP DAY 10 (LAUTERBRUNNEN/ZURICH)

Sedihnyaaaa......itu jer yg dpt menggambarkan perasaan aku bila melangkah keluar dari Valley Hostel....kwn aku settle kan urusan check out dan kami terus ke cable car berhadapan train station..sebelum tu sempat singgah kedai jual Swiss Knife dan beli yg blh ukir nama utk dua abg aku...kedai ni jer yg bukak awal...kedai makcik dpn tu bukak kul 10 pagi...alahai....dah nampak satu t-shirt untuk anak buah...kena lari sekejap masa balik dari Murren nanti....

Plan kami nak ke Schilthorn.....bkn nak naik sampai atas (Piz Gloria) tu, cuma setakat mana swiss pass membenarkan kami naik tanpa bayaran tambahan...

Cable car (aerial tramway) sampai Grütschalp....lps tu train ke Murren....then kena jalan kaki menyusuri kawasan kampung sehingga lah sampai ke cable car seterusnya (Gimmewald) untuk turun ke Stechelberg. Di sini juga tpt utk naik ke Schilthorn. Spt yg aku ckp, kami tak naik sampai atas....hanya sampai Murren shj. Tapi ini dah cukup bagi aku sbb pemandangan dari Murren pun dah cantik. Setakat ini blm ada lg tpt yg tak cantik kat Swiss. 

Jika nak naik juga ke schilthorn dari murren dan ada swiss pass, kena byr chf 37. Kalau xder swiss pass perlu byr penuh iaitu chf 74

Kalau naik dari stechelberg, chf 94.80. Ada swiss pass dpt chf 37. 

Sempat poskan poskad utk diri sendiri dari Murren...huhuhu....beli Cuckoo Clock Mini (fridge magnet) dan rehat2 sekejap kat bangku tepi jalan. Murren ni sebuah kampung di pergunungan (my travel buddy kata mcm gabungan Cameron Highlands dgn Fraser Hill suasana dia). Byk hotel2 dan bed & breakfast bentuk comel2 sepanjang jalan. Aku perasan tingkap rumah kat sini semua size kecik2 dan guna lace sbg langsir. Nyaman jer rasa...

Sumber dari wikipedia...Mürren has a population of just 450, but has 2,000 hotel beds., jelas di sini Murren adalah satu tpt pelancongan yg sgt popular. 














Sampai di stn gimmewald. Dari sini kami akan naik cable car utk turun ke stechelberg.

cable car station



Cable car yg membawa kami turun lalu betul2 di sebelah Murrenbach Fall. Cantik......tak terucap lah..





Sampai bawah, kami naik bas ke Lauterbrunnen semula. Lalu kwsn kampung di tengah2 gunung2 yg tinggi, nampak campsite...mungkin kalau aku ikut kelanaconvoy, kat sini kot tpt pasang khemah...


bas sedia menanti utk ke lauterbrunnen semula


Sampai Lauterbrunnen semula. Masa kami sampai kedai makcik tu dah bukak....beli t-shirt dan terus ke train station utk ke Interlaken dan ke Zurich.

Utk route yg aku pilih ni, jika tanpa swiss pass perlu byr sebanyak chf25.80

Lauterbrunnen to murren via grutschalp chf 10.8
Murren to stechelberg chf 10.80
Stechelberg to lauterbrunnen chf 4.20

route aku ialah lauterbrunnen-grutschalp-murren-gimmelwald-stechelberg-trummelbach-lauterbrunnen

Perjalanan diteruskan ke Zurich...sepanjang jalan pun sama jugak...nampak gunung, tasik, lembah rumput hijau....I'm gonna miss this...seriously



Bern dari dlm train

Bern
Sampai Zurich sudah pukul 2.30 ptg....terus ke Best Western Montana Hotel....check-in dan rehat sekejap... beg kami masih tersadai dlm locker kat train station...akan ambik pagi esok sebelum menaiki bas ke Munich...


Lps solat, kami jln2 sekitar Zurich...wooooo panas yer Zurich....lg panas dari Malaysia...berpeluh2...kami masuk kedai keluar kedai...nak numpang air-cond...

Jumpa shopping mall, beli Swiss Chocolate dan bag (skrg beg aku dah jadi 4 yer...tolong pikir mcm mana aku nak hangkut balik ni).

Aku beli McD untuk dinner dan naik tram ke Hotel (swiss pass pun blh guna di Zurich)..

Sikit info pasal Best Western Montana Hotel: 

servis sgt bagus....siap pack kan breakfast utk kami sbb kami check-out awal pagi
bilik okay....selesa
bilik air pun okay...selesa jugak
satu jer laaa.....takder air-cond...adoiiii aku lansung tak leh tido...call kaunter mintak kipas...


bilik kami
subuh2 alam time kami check-out
best western montana hotel, zurich

Kul 6 pagi kami dah check-out dan dpt free breakfast (sandwich dan oren juice)...terus ke train station utk ambik bag yg kami tinggalkan selama 72 jam...huhuhuhu...byrn yg dikenakan ialah (9x3=chf27). Okay lah kan dari duk mengangkut anak gajah tu ke hulu ke hilir...

Dari train station ke bus station tak jauh...dlm 2-4 minit jalan kaki....tp disebabkan beg yg berat dan byk (imagine yer....bagpack aku ada 3 dan satu tote bag yg besar...dua bagpack kat belakang, satu kat dpn dan tote bag tu sandang kat bahu) kami ambik masa dlm 5-7 minit utk sampai....rupanya....tahu tak yg troli dari train station tu blh digunakan sampai ke bus station...WHATTTTTT adoiiiii.....vongokssssss sungguh...

So kpd semua...sila gunakan troli yg disediakan...dan alert dgn persekitan anda...

Overall pengalaman kat Swiss sgt best, mmg tak puas pun sbnr nya, org2 nya sgt baik, wpun bkn jenis peramah tp tak sombong. Sistem pengangkutan nya sgt efisyen, train/tram/bus cepat dan reliable sgt2. 

Expenses sepanjang di Swiss...
1) Swiss Pass eur184
2) Valley Hostel (pp) eur56
3) Swiss Knife (2) chf36
4) T-shirt Switzerland chf19.80
5) Souvenir Spoon chf9.80
6) Cuckoo FM chf5
7) Bag eur20.92
8) Best Western Montana Hotel (pp) chf79
9) Locker (pp) chf13.50
10) Makan utk 3 hari chf54.15
11) Poskad+stem chf3.20

----> TOTAL EUR260.92 + CHF220.45 (cash)

1) CNL Amsterdam to Zurich RM198.45 = eur49

----> TOTAL RM198.45 (credit card)

Ada yg tanya aku, berbaloi tak guna swiss pass...utk aku mmg berbaloi...sbb aku ambik return trip dari lauterbrunnrn ke luzern. 

Day 1 - zurich to lauterbrunnen = chf 37.20
Day 2 - lauterbrunnen to luzern return trip = chf 76.8
              Luzern to rigi kulm via arth goldau = chf 26.8
              Rigi kulm to luzern via weggis = chf 29.9
Day 3 - murren = 25.8
              Lauterbrunnen to zurich = chf 37.20
              Tram kat zurich = ?
Total = chf 233.7
Swiss pass = chf 221
Save = chf 12.7 shj.

So fikir2 lah...aku suggest kalo sapa nk ambik swiss pass guna semaksima mungkin, cth naik boat sampai ke spiez atau thun atau ke brienz. Gerenti puas hati.

6 Comments:

syieda said...

Ya allah cantiknya..
Liza nak email boleh?

liza said...

cantik sgt2...
sila email... liza_anum@yahoo.com

Jari Manis said...

Ini yg membuatkan hati JM membuak buak nak ke sana ni..duit..duit..di mana kau duit :-)

Anonymous said...

seronok baca pengalaman akak....serius sy rasa tak sabar nak pegi sana ;)

wati@lumutport.com

liza said...

serius JM....kalau saya nak pegi lagi...mmg pegi Swiss jer. confirm!!! kali ni nak pusing semua tpt kat Swiss...duit duit duit di mana kau duit...

jom cari bapak gula...hahahaha

liza said...

siapkan kamera yg best.... enjoy yaaa

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com