Umrah 2015 : VISA UMRAH

Alhamdulillah.....kelmarin selamat tiba di klia jam 11.15 pagi penerbangan dari jeddah ke KL.

Pada awal perbincangan hanya lima org sahaja yg plan nak pegi umrah. Tapi entah knp tetiba terdetik rasa nak ikut sama. Lantas call abg sulung yg uruskan tempahan pakej utk tanyakan blh tak nak ikut. Alhamdulillah...masih ada seat kosong. Tarikh berangkat ditukar 2-3 kali. Pada awalnya kami memilih penerbangan terus ke madinah memandangkan mak yg sudah tidak sihat. Tapi kita hanya merancang Allah yang menentukan. Kami akur dgn penerbangan ke jeddah. 

Sebelum tu meh nak kongsi cerita pasal mahram. Rasa semua tahu kalau perempuan yg bawah 45 thn perlu pergi dgn mahramnya, sama ada suami, ayah, adik beradik lelaki, datuk dan ke atas.

Prosesnya ialah...
A) perempuan bawah 45 thn pergi dgn BUKAN suami
1)  perlu ke JPN untuk buat pengesahan surat beranak jemaah dan mahram
2) surat kebenaran (letter of consent) dan ditandatangani dpn pesuruhjaya sumpah oleh ayah kandung/suami/saudara lelaki yg tidak pergi bersama
2) pengesahan sijil mati bg jemaah yg ayah sudah meninggal dunia dan guna mahram adik beradik

B) perempuan bawah 45 thn pergi dengan suami
1) ke pejabat agama untuk mengesahkan surat nikah

Slps itu proses pengesahan kesemua dokumen tadi di wisma putra. Tapi ini akan diuruskan oleh travel agensi.

Secara ringkasnya, oleh kerana aku guna mahram abg kandung dan ayah sudah tiada, perlu sahkan surat beranak aku dan abg aku serta surat mati arwah ayah di JPN. Lps tu abg sulung perlu isi surat kebenaran dan tandatangan dpn pesuruhjaya sumpah. Jgn risau nanti semua ni akan diterangkan oleh wakil travel agensi. 

Ini kali kedua aku akan menunaikan umrah. Dulu pegi thn 2008. Sudah hampir 7 thn berlalu. 

Alhamdulillah....panggilan baitullah tetap hadir...


Masjidil haram masih dlm renovation...agak mencabar jugak utk solat di dalam masjid. Sejam sebelum azan pintu masjid sudah ditutup. Perlu solat di tingkat atas atau di dataran sahaja. Dgn wheelchair mak aku, agak sukar utk kami ke tingkat atas. Terpaksa redha solat di dataran shj. 

Kami pegi menggunakan pakej dari yha travel & tours. Sgt tip top pengurusannya. Jemaah kami cuma 30 org. Hotel kami di al gufran. Cuma 50meter shj ke masjid tp mcm aku ckp kat atas la...sejam sebelum azan pintu dah tutup. Jd duk dekat masjid pun tak menjamin dpt masuk solat kat dlm.

Bila dah hujung2 umrah...kami memilih shj solat di masjid hotel. Mengikut ustaz, kerajaan saudi dah keluarkan fatwa supaya semua hotel yg berada disekeliling masjidil haram perlu buat surau di tingkat satu dan surau itu blh solat ikut imam masjid mekah.

Solat di dataran...


Dalam surau hotel...


Jabal Rahmah...masjid terapung jeddah, dan airport


Previous
Next Post »
16 Komentar
avatar

Salam, saya kalau nampak ada blog yg cerita tulis pasal umrah mmg biasanya tak lepas bacalah kot, heheh! Rindu nak melalui pengalaman umrah lagi.

Btw, saya pernah guna juga YHA Travel & Tours tu beberapa kali waktu utk ke Saudi. Mmg not bad lah servis diorang.

Balas
avatar

kalu surat mati pon tak de acaner :-(

Balas
avatar

YHA best..mungkin sbb jemaah sikit senang nak handle...alhamdulillah...

Rindu kan...baru jer balik tp rasa mcm masih ada kat sana...

Balas
avatar

Tp kan....depend pada agensi kot SS sbb my fren pegi ikut utas travel...tak perlu pun pengesahan surat mati ayah...ntahlah....

Balas
avatar

bestnyeee..rindu nak jumpa kaabah lagi..

semoga selamat perjalanan kat sana dan semoga dapat umrah mabrur

Balas
avatar

Semoga suatu hari, aku dapat gak panggilan Baitullah ni. Memang kena mahram adik or suami sebab ayah dah xde. Soon, insha Allah.

Balas
avatar

Seronoknya.. cik z teringin sanagt nak pergi, tapi apakan daya.. tak de mahram. Bestfriend cik z pun baru balik semalam dari Makkah. Dia pergi dengan suami.

Balas
avatar

Amin....tp kan nampak kaabah makin kecik mungkin sbb ada mataf...

Balas
avatar

Amin....aku doakan semua dpt gi...

Balas
avatar

Cpt pi cari suami...hihihi
Insha Allah...ada rezeki masing2....doa jgn lupa

Balas
avatar

betul tu Liza..skrg dah susah nk pergi tanpa mahram (tumpang mahram) ...jika tak tahun 2012 JM dh ke sana..dek kerana isu mahram..hajat tak kesampaian huuhu...nk cari mahram sendiri entah bila..nk pergi ngan adik lelaki belum habis belajar..nk pegi dengan ayah..dia cakap pegi dulu..huhuh..belum ada rezeki

2 kali ke sana..ALhamdulillah...mudah perjalanan Liza..

bila mau sambung perkongsian ni

Balas
avatar

Emmm....sama lah kita jm. Kita doa kat sana jika ada rezeki lg biarlah dpt ke sana guna mahram suami. Aminnn....

Balas
avatar

Umrah - Haji & Urus Harta Pusaka ?

Kami menyediakan khidmat nasihat eksklusif dan dokumentasi untuk mereka yang mahukan solusi perancangan urus harta pusaka mengunakan instrumen Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian dan lain2 berdasarkan keutamaan dan keperluan client.

Call saudara Khaidir Zakaria ditalian 011 3292 8711 untuk maklumat lanjut. Tq.

Balas
avatar

Assalamualaikum, kami ingin berkongsi kehadiran buku Panduan Ringkas Haji dan Umrah. Untuk gambaran selanjutnya sila layari pautan berikut:
• laman web: www.panduanringkashajiumrah.wordpress.com

Terima kasih.

Balas
avatar

A very nice article I have ever seen thanks for sharing with us!





Umrah packages

Balas
avatar

Great Flight to Makkah and Madinah during Hajj 2015 with them International Link Tours, if Insha Allah, I plan for another Hajj in my life - I will always choose International Link Tours. No frustration, No worry. Hajj 2017 packages

Balas