UMRAH 2015 : MEKAH

Alhamdulillah....lbh kurang kul 8mlm kami sampai ke mekah. Hotel kami berada di depan masjidil haram maka masa solat maghrib dan isyak, laluan ke hotel ditutup. Kami terpaksa jln kaki melalui terowong ajyad. 

Dah dpt bilik, kami mkn dulu dan seterusnya ke masjidilharam utk selesaikan umrah. Perlu tawaf, saei dan tahallul.

Team leader dan anak sedara aku bawa mak aku utk tawaf di mataf dan saei tingkat bawah. Kami yg lain ikut ustaz mutawwif tawaf dan saei. Lbh kurang kul 12 mlm selesai semua. Alhamdulillah.

Balik bilik rehat dan tido. Lupa nak ckp....aku nampak mawi masa kat lobby hotel. Dia menginap di Dar Al Eiman. 

Hotel kami....selesa sgt2. Kami dpt family deluxe. Ada 4 katil dan ada living area. Paling best ialah lift. Tak pernah pun lebih seminit tunggu lif.


Bilik kami yg dah start huru hara...


Aku tak ambik byk sgt gambar. Ini pun yg korek2 dari wassap family. Sapa nak tgk the real pic hotel ni blh lah gi website dia sendiri. Apa yg aku ambik ni sgtlah tidak adil utk hotel ni. Hahhaha

Kami kat sini 6 mlm. Disebabkan duk 4 org, kena ambik turn utk masuk bilik air. Kdg2 waktu subuh sempat dua org jer mandi. Lg dua org mandi slps breakfast...hahahah. Tp kan serius weyy....duk kat mekah mmg kita jarang berpeluh. Wpun berpeluh tp tak busuk. Baju pun blh pakai yg sama utk dua hari. Aku la tu....sbb malas nak mendobi. 

Lagi satu....jgn lah duk pikir pelik2 dlm hati. Allah byr cash kat sini. Pernah sekali, masa tu duk tunggu solat subuh. Aku solat la sunat dulu. Sblh aku ntah bangsa apa dari negara mana aku tak tau. Dia baca bacaan solat tu punya kuat. Bunyi shuh shih  shuh shih. Hilang konsentrasi aku. Bila dah imam angkat takbir utk solat fardhu, aku pindah tpt sbb tak nak terganggu lg dah. Sekali ya Allah....dia dtg duk sblh aku. Pasrah...

Lg satu psl sejadah. Masa kat malaysia lg aku duk ckp kat mak aku yg aku nak guna sejadah yg selalu aku bwk travel. Byk kenangan tu. Bila dah smpai mekah, sejadah tu hilang. Tak dpt dikesan. Nangis gak aku. Mak aku ckp...ko asik bwk dia merata. Bila dah sampai mekah dia tak nak balik lah. Adusss yer ker?

Lagi cerita....abg aku hilang selipar. Sbbnya...dia pi niat dlm hati nak wakafkan selipar kat masjid. Betul...keluar jer masjid selipar org lain ada, yg dia shj hilang padahal dia nyer plastik paling bawah.

Moralnya: ini tanah haram. Berhati2 dlm perbuatan, fikiran, niat utk sesuatu.

Tak byk story nak cerita psl umrah sbb ini travel utk beribadat. Harus kena konsentret. Hahhaha wpun ada sikit2 rasa hati nk bkk dramania utk tgk episod baru maids.

Time aku pegi weather mekah sejuk. Pakai sweater gak la. Agak selesa utk solat terutama bila tak dpt masuk masjid dan kena solat kat dataran. Aku dan mak pernah solat zuhur kat dataran. Alhamdulillah...tak panas.

kebun tamar

bukit uhud


makam saidinina hamzah r.a


Lg 2 hari nak balik, mak aku start demam dan dlm penerbangan balik mak aku batuk2. Melarat sampai masuk SJMC. Masuk ccu dua hari sbb sesak nafas dan 2 hari kat wad jantung. Doktor takut wabak mers-cov, tu sbb mak aku kena quarantin. Tp alhamdulillah semua selamat. Mak aku dah okay dan aku miracle nya...lansung tak batuk dan demam. Tak mcm balik dari jepun...huhuhu ngeri bila ingat balik pengalaman kat jepun.

Previous
Next Post »
8 Komentar
avatar

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mak ko pun dah sihat. Aku dah bayar kali dengar pasal Allah bayar cash kalau kat sana. Minta2 hati & minda aku bersih kalau gi sana. Aku ni dahlah jenis suka ngomel dalam hati.

Balas
avatar

doakan mrs cepat sampai sini :)

Balas
avatar

adus....terasa nak ke sana semula. bilalah rezeki nak dtg..ya laa kalau di sana sekejap saja apa yg terlintas ( baik @ buruk )difikiran menjadi.

Balas
avatar

Betul...itu kira tak ckp tu cuma terlintas dlm hati....tp Allah Maha Mendengar kan....

Kena byk sabar bie kat sana...hahhaha jgn jd mcm aku..

Balas
avatar

Betul....pernah terpikir nak mkn maggi...serius...sekali tgk menu utk mkn mlm ada maggi goreng. Tp errrr tak sedap..

Balas
avatar

ITULAH DUGAAN-DUGAAN SEMASA BERADA DIDALAM MASJIDIL HARAM... JANGAN ADA TERLINTAS NIAT YANG TIDAK BAIK KEPADA JEMAAH YANG BERADA DISEBELAH KITA... WALAUPUN BERBANGSA ASING TETAPI TETAP UMAT ALLAH YANG MAHA KUASA YANG BERAGAMA ISLAM....

PERNAH MENGALAMINYA KETIKA TERLINTAS DIHATI TETAPI BANGSA ASING TERSEBUT MASIH BERADA DISEBELAH WALAUPUN KITA BERALIH TEMPAT ...(MUSIM HAJI 2010)

TAHNIAH TELAH SAMPAI DI TANAH SUCI MEKAH YG MEMERLUKAN BANYAK KESABARAN...BAGI MENGHADAPI BERBAGAI DUGAAN....

Balas
avatar

Betul...lps jer solat terus ckp kat mak...mak kata bkn shj kena jaga mulut tp juga hati...jgn ada perasaan yg amalan kita lbh baik dari org lain...wpun dia baca kuat tp itu sudah ajaran dia yg perlu dia ikut...kita yg mazhab shafie perlu faham ada mcm2 lg mazhab lain yg mngkin tidak sama cara amalan mereka....

Terus kena tazkirah....hahhaha....

Balas