Tuesday, May 2, 2023

RAYA 2023

 tak sama dah raya….


aku dan kwn dah decide nak gi hanoi masa raya…

maka aku beli la tiket direct flight ke hanoi tarikh 22/3….ptg raya pertama…

kecoh gak la my kakak-kakak….kenapa nak berjalan masa raya…

eh eh….sblm2 ni pun.. raya pertama je ramai2 berkumpul…

pastu semua hilang….balik rumah mertua…

gi jln sana sini….yg melopong kat rumah aku dan bonda je…

now…bonda dah tak ada….malas la nak melopong sorang2…

nak masuk keje pun….semua pakat cuti seminggu…

tak mau la duk opis sorang2….gitu alasan aku…


abg aku yg penang call ckp mlm raya gi rumah dia kat sg buluh…

diorang akan dtg dan duduk situ…raya kedua balik perak


kakak aku yg penang ckp….raya kedua baru dtg KL…

ko tak ada dah raya kedua…..saja je kakak aku buat drama…


kakak aku yg kelantan…tetiba kata nak raya sini…

nak berkumpul kat rumah arwah bonda (skrg anak no.4 dia yg duk situ)..

kebetulan anak no.2 dia pun tak leh balik kelantan…

so depa satu famili decide raya kat sini…


pulak….jeng aku…

apabila aku dah beli tiket….jd mcm ni plk…

ari tu beria ckp nak raya rumah masing2….


tapi Allah Maha Kuasa…

tak semestinya apa yg kita rancang….adalah terbaik utk kita…

ada la tu hikmah kat mana2…


tiba2 minggu pertama puasa aku sakit kaki…

mcm post aku yg sblm ni…bengkak kaki sampai kena mc hampir 3 minggu…

lg seminggu nak raya….aku decide…cancel ke Hanoi…

alasan aku adalah : aku tak sure reason kaki aku tetiba bengkak….

risau bila naik flight..

bengkak dtg lg….

nasib kwn aku memahami…

dan kami dpt refund tiket…

hotel dan tour blh cancel…free cancellation..


settle….

now…..kat mana aku nak gi mlm raya…


disebabkan abg aku yg mula2 ckp nak dtg raya kat sg buluh…

so kat situ la aku...


hari khamis aku masih keje…half day

aku balik rumah aku dulu kat bangi utk berbuka

dgr pengumuman raya...

lps terawih, aku ke rumah arwah bonda…

tido kat situ dan sahur dgn famili kakak aku…


esok lps zuhur…aku gerak ke sg buluh…

tlg kakak ipar aku sikit2 buat mee kari…hehhehe

bila kita jd pesakit ni…selalu dpt keistimewaan…tak yah buat liza…

tnggalkan je kat situ liza…pi duduk sana…

hahahahah i laik…

berbuka la dgn famili abg aku plk….


pagi raya….since abg aku pun tak biasa dgn area sg buluh….

kami tak gi masjid…

dan aku kata kalau depa gi masjid pun…aku tak nak ikut sbb susah nak jln…

karang tersadung dpn org ramai…

so kami solat raya kat rumah je…abg aku imam…


lps tu ke rumah baru bonda….

Allah….aku cuba kawal perasaan…

jgn la aku menangis dpn anak sedara aku…

tolong la ya Allah…


semua ok….aku just sebak shj…masih dpt kawal perasaan…


kemudian semua berkumpul di rumah abg sulung aku kat subang jaya…

salam2…bg duit raya….


kemudian ke rumah arwah bonda…

kakak aku masak kari mkn dgn roti jala…

menantu dia masak nasi beriani…


kemudian semua ke sg buluh plk…

mkn mee kari for dinner…


aku balik ke rumah arwah bonda sbb abg aku akan balik ke perak esoknya..


raya kedua kakak yg penang sampai tp dia duk rumah dia kat bkt jalil…


raya ketiga kami kumpul lg kat rumah arwah bonda…

anak sedara aku masak carbonara…

abg sulung aku bawak nasi dagang…


semenjak aku pindah ke bangi….

abg sulung aku tak pernah lg pegi…

so aku kata jom lah gi rumah org…

kuih raya je ada….

semua pakat gi rumah aku plk….


lps tu aku balik tido rumah arwah bonda sbb kakak aku kata aku masih tak ok utk duk sorang2..

hahahahha padahal sblm raya tu aku dah duk rumah bangi okay…

raya ke-5 aku balik duk bangi…

home sweet home…


jujurnya….wpun rumah arwah bonda masih ada…

tp sbb perabot semua dah pindah ke rumah aku…

jd aku rasa rumah aku lg ada byk memori bonda…


rumah aku yg bkn perabot dari rumah arwah bonda

rumah baru bonda....Assalamualaikum wea...





0 Comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com