Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Thursday, March 3, 2016

NORTH ISLAND : ROTORUA

Selepas tiga malam di Auckland, kami bergerak ke Rotorua. Perjalanan yang sepatutnya hanya kurang 3 jam, tapi kami mengambil masa 3 jam setengah utk sampai. Salahkan gps yer...sbb bawa kami masuk kampung2....


Di Rotorua kami menginap di http://www.bestwestern.co.nz/rotorua/hotels/best-western-braeside-resort/. Harga satu malam untuk family room with two bedrooms ialah NZD200. Ada 2 single beds dan 1 double bed. Ada living hall dan small kitchen.


Yang bawah ni gambar aku kidnap dari website...kamera aku blm abis sorting...ntah dlm card yg mana satu...



Sebelum check-in kakak aku kata better cari lunch dulu. Aku memandu terus masuk town Rotorua. Bermula lah episod mencari makanan. Kalau di Auckland agak senang untuk mendapatkan makanan halal, tapi di sini agak susah. Hanya ada beberapa shj kedai yang halal, itupun kebab. Kakak aku ke Indian Restaurant dan order fish curry. Disini, jika order lauk, nasinya dapat sekali. Beras agak panjang2 dan nasinya dikukus. Agak kurang sedap sikit nasinya, mungkin sudah terbiasa dengan nasi malaysia. Untuk kami, kakak aku order kebab dari restoran Ali Baba. Sedap wokkkk. Satu kebab ayam harganya nzd9.50, jika ambik kebab kambing/daging, harganya nzd9. Macam mana lah kambing lagi murah dari ayam. 


tokey dan pekerjanya (org mauri yg penuh tattoo)
Selepas lunch, kami kembali ke pekan rotorua untuk shopping. Kena cepat sbb mostly kedai tutup jam 5 ptg. Jumpa satu kedai nama Kiwiana Gifts. Ownernya adalah cina dari kedah. Souvenirs kat kedai ni paling murah. Shot glass yg kedai lain jual NZD3, sini cuma NZD1.50. Fridge magnets pun ada yang NZD3 shj. Terjumpa jugak kedai yang ownernya org korea, hahahah ber-kamsahamnida la aku dgn dia. Terus dapat 10% discount utk semua barang. T-shirt NZD10 dapat NZD9. Hahahaha best la oppa ni...

Kemudian aku dan anak buah ke skyline rotorua. Dpn hotel kami shj. Jalan kaki pun boleh. Kami agak lewat sampai, last luge hanya sampai pukul 6 ptg. Jadi kami naik gondola (cable car) shj yang mcm kat genting tu. Harga utk seorang return NZD28. Mahal kan??? Tak berbaloi pun aku rasa, melainkan kalau naik atas tu utk main luge. Kat atas ada restaurant, tapi kalau nak masuk ada dress code nya. Kalau jeans dan tshirt mcm aku pakai, mmg tak lepas laa. 

blh pilih mana yg berkenan

view dari Mt Ngongotaha






Utk makan malam, kami hanya panaskan makanan tghari. One thing for sure, portion makanan kat sini banyak, mmg blh dua kali makan. Kami keluar ke bandar semula utk beli roti dan telur for breakfast esok pagi. Bandar ni mmg betul2 mati waktu malam. Bandar ni juga ada YHA Hostel...heheheh

Tido awal sikit sebab esok kami akan naik duck tour sebelum kami ke Taupo. Ni lah highlight trip kami, iaitu naik duck tour. kih kih kih. 
Read More

Sunday, February 28, 2016

NORTH ISLAND : AUCKLAND

Aku ternampak iklan teksi ni kat belakang teksi exora. Terus sms dan diorang bg price dan setuju. Sgt cekap dan reliable. Booking blh melalui http://www.taxiexora.com/ dan teksi sampai tepat masanya. Jam 5.30 pagi kami (aku, kakak aku dan mak aku) telah memulakan perjalanan ke KLIA. Penerbangan jam 9.00 pagi. Flight penuh, kami dah reserve siap2 sehari sebelum untuk dapatkan seat yang dekat dgn toilet. Kemudahan untuk mak aku.

Makanan agak mengecewakan la bagi aku, first meal kami dpt dua pilihan sama ada spaghetti atau ikan sweet sour. Dua jam sebelum landing, ada dua pilihan jugak iaitu chicken dan fish. Oleh kerana masa first meal diorang served dari belakang dan kami pilih ikan sweet sour, maka second meal diorang served dari depan. Bila dah sampai seat kami, chicken dah habis. No option left, terpaksa makan ikan jugak yang rasanya lebih kurang sama dgn first meal. Sampaikan jiran sebelah aku (warganegara NZ) komen yg dia tak pernah dapat meal yg sama utk dua kali makan. Malas nak komen, terlebih komen nanti kata tak bersyukur dgn airline negara sendiri. 

Selamat sampai di Auckland jam 1.30 pagi waktu NZ. Anak sedara aku dah siap tunggu dengan kereta sewa. Kami sewa kereta yg ada bonet besar bagi memudahkan untuk simpan wheelchair mak aku. 

Kami terus ke http://www.bestwestern.co.nz/auckland/hotels/best-western-newmarket-inn-and-suites/. Kami ambik family room, muat utk 5 orang tapi diorang hanya caj utk 4 org. Harga keseluruhan utk 3 malam ialah NZD674. Kemudahan tip top. Semua lengkap. Siap blh masak2 lagi. 







Sebelum ini kami booking 2 bilik kat Mesra Homestay. Konon2 nak support sesama malaysian la. Tapi 2 minggu sblm kami ke NZ, anak buah aku dpt message yang kami hanya blh check in sehari selepas dari tarikh kami booking sbb tetamu yang sebelum kami extend sehari. WHAT!!!! Boleh ek buat mcm tu? tak professional lansung. Konon macam baik la sbb offer kami utk lepak kat ruang tamu personal diorang pada malam kami sampai dan blh check in slps bilik siap dikemaskan. Gila apa diorang ni. Kakak aku terus cancel booking dan dia hanya jawab, OK. Nampak sgt bisnes maju kan....tak kesah pun kami cancel booking. Ingat yer semua....kalau sapa2 ada hati nak bukak bisnes mcm ni sila adakan juga perasaan sekali.



Kelam kabut kami cari hotel kat Auckland, rata2 semua dah penuh or bilik family kat tingkat atas which is menyusahkan mak aku utk naik turun tangga. Akhirnya anak buah aku yg stay kat NZ berjaya call Best Western Newmarket Inn dan dapat bilik. Mula2 dalam booking diorang caj kami NZD800 utk 3 malam, masa tu dah pasrah la. Asalkan ada tempat yg selesa utk mak aku dah cukup. 

Masing2 nampak masih belum penat wpun waktu kat NZ dah masuk kul 3 pagi. Kami masih rancak bersembang. Anak buah aku siap tersengguk2 sbb ngantuk. Konon kakak aku kata tunggu subuh dulu baru nak tido, tgk2 semua terlelap dan bangun kul 7.30 pagi. Anak buah aku ke University of Auckland ambik nasi lemak yg senior dia masakkan. Sedappp....rasa mcm kat malaysia...heheheh

Kul 12 tghari kami keluar ke Dress Smart (shopping mall). Kemudian balik semula ke hotel utk solat dan keluar lagi ke Parnell Rose Garden. Mak aku suka sgt sbb bunga ros besar2. Lama gak kami lepak2 kat sini, dan kemudian ke Mount Victoria Mt. Albert tgk bandar Auckland dari atas. 











Kul 11.30 malam aku dan anak buah aku ke Countdown (mcm Giant la) utk beli barang2 sikit. Beli span basuh pinggan, air mineral, tisu dll. 

Esok pagi sekali lagi terlajak bangun. Kul 7 pagi baru solat subuh. Belum boleh adapt dgn masa kat NZ. Hari kedua kami ke Michael Joseph Memorial dan University of Auckland. Beli lunch kat NZ Kebabs. Ayam goreng dan fish and chips. Halal kata anak buah aku. Kedai ni dlm area university jugak, dkt2 dgn apartment student. Kemudian kami ke The Warehouse, malangnya sudah tutup masa kami sampai. Kat sini rata2 shopping mall tutup jam 5 petang. Kalau ada yg bukak hanya spesis mcm Giant atau Tesco. Kemudian kami ke Queen Street, konon nak tgk jika ada kedai2 souvenirs yg masih bukak. Hampa...







Hari ketiga alarm aku dah berfungsi. Solat subuh dan prepare breakfast dan kemas2 brg. Kami akan bergerak ke Rotorua pagi ni. Berjaya susun beg dan wheelchair dalam but kereta.

Masa check-out baru tahu yg hotel cuma caj kami NZD674 shj, Alhamdulillah. Ada hikmah kami tak duduk kat Mesra Homestay.

Kakak aku on gps dalam phone dia, dan anak buah aku on gps yg sewa bersama kereta. Better guna dua gps sbb kadang2 gps yg kereta bagi akan bawa kami masuk kampung2, mcm short cut laa. Mula2 tak perasan, tapi bila dah masuk sampai ke ladang2, dan kakak aku kata gps dia duk asik re-route jer, aku dah rasa something tak betul. Off yg kereta punya, dan guna gps kakak aku jer. Alhamdulillah....masuk balik state highway 27.

Sampai Rotorua agak lewat dari jangkaan kami sbbkan masalah gps..

Read More

Tuesday, February 2, 2016

ETS BUTTERWORTH TO KL CENTRAL

Kali ini aku  memilih train utk balik ke KL. Bermulalah journey selama 4jam. 

Station butterworth masih dlm  kategori baru wpun sudah setahun lbh beroperasi. Gerai minum pun tak ada. Menurut staf kat situ, masih blm dpt kelulusan. Ada bilik  menunggu yg dilengkapi aircond tapi silau. My brother in law merungut sbb haus dan tiada proper facilities. 

Train tiba seawal jam 4ptg. Penumpang yg ada tiket shj dibenarkan turun ke platform. Train bergerak tepat jam 4.15ptg. Kagum sbb punctual.

Aku memilih coach E dan hanya ada 5 org shj dlm coach. Coach C ada bistro dan coach B dan E ada toilet. Toilet blh tahan selesa dan besar. Lupa nak ckp harga tiket adalah rm79 dan plus rm2 jika booking online. 



Yg aku naik ni train platinum maksudnya hnya berhenti pada beberapa station shj. Dpt set biskut dan air - complimentary. 


Sampai KL central lewat 15minit dari jadual, tak ktmb la kalau tak lewat kan?? Sampai je aku tercangak2, tak tahu nak gi mana. Wow lama sungguh tak dtg kl central. Kalau dulu hampir setiap bln dtg sbb ambik train balik ke kelantan, sejak mak aku duk dgn aku kat KL, dah lama tak dtg sini. Naik erl transit ke putrajaya, wuuu tiket sehala rm14. Mahal weyyy. 

Tup tap tup tap, sampai rumah jam 9.30mlm. Cepat2 mkn nasik takut angin dtg balik.



Utk booking blh klik sini:

Overall okay je. Kalau seat tu kasi empuk sikit lg best kot. Bistro tu plk kalau blh letakkan meja dan kerusi yg blh lepak2 smbil minum dan tidak disekalikan dgn coach penumpang.  

Read More

Monday, January 4, 2016

PENGALAMAN ENDOSCOPY

Dua minggu slps first attack (gastrik), aku merasainya sekali lagi. Hanya disebabkan coke yg aku minum semasa tgk wayang cerita ip man 3. Kali ini angin nya dpt dirasai sampai ke belakang. Lansung tak boleh nak baring. Tido mengiring, rasa sesak nafas.

Aku kejutkan anak buah aku jam 3.30 pagi utk ke klinik ambik ubat angin. Esok pagi aku tetap gi keje dan mak aku call jam 10 pagi. Aku mesti ke hospital utk buat endoscopy. Wahhhh......semua nampak panik. Berkali2 aku ckp yg aku hnya gastrik sbb minum coke. Tapi aku pasrah jgk, ikut kakak aku ke penang.

Esok pagi, kami ke hospital pantai dan ting tong ting tong, aku admitted. Prosedur endoscopy akan buat jam 2.30 petang. Adussss seriau Allah je tahu. Byk kali aku tnya kakak aku yg prosedur ni akan bg aku ubat tido. Kakak aku kata ya, aku tak akan sedar apa2, tahu2 jer dah siap. Aku text abg aku (juga di penang), jgn dtg hospital sehingga selesai endoscopy. Lagi ramai org lg aku panik.

Nurse masuk utk buat drip. Aku refused sbb aku kata buat apa nak masuk air. Aku okay. Hahahah degil kan. Pastu tetiba aku terfikir mngkin drip tu utk masukkan ubat tido. Nurse tak tau nak explain. Doktor dtg time aku dlm bilik air (5-6 kali masuk bilik air). Doktor explain kat kakak aku, ubat pelali akan diberi masa dlm bilik rawatan. Nurse bagi ubat tahan muntah. Ok...something is not right....aku blh rasa tp sbb kakak aku beriya-iya ckp akan ada ubat tido so aku percaya la kan...

Jam 2.10 aku ditolak masuk ke bilik rawatan guna wheelchair. Hahahah. Siap pakai baju bedah semua lah. Ai is jakun ok. Kakak aku tunggu kat luar. 

Masuk2 jer, nurse dlm tu pun explain prosedur yg aku akan lalui. 
1) Nurse akan spray ubat kebas dlm mulut.
2) Hold ubat kebas sehingga nurse kata swallow
3) Relax dan bernafas mcm biasa
4) Doktor dtg aku kena mengiring atas rusuk kiri

Aku terus bangun dan tnya.....kenapa tak ada ubat tido? Nurse kata, sat shj. Hnya 5 minit, dan tak perlu ubat tido. What?!!!!! Ok now aku betul2 panik. Nak lari dah tak boleh dgn jubah  bedah bagai. Gaun bedah tu ada tali kat belakang dan parasnya sampai lutut shj.  Pakaian semua kena bukak termasuk yg dlm2. Boleh imagine jika aku lari dgn gaun tu, heheheeh

Aku pasrah dan berserah. Nurse spray ubat kebas dan bila doktor masuk, aku mengiring atas rusuk kiri. Bahu kiri ke belakang sikit dan kepala aku didongakkan sikit. Ada 3 nurse yg pegang aku, dua pompuan dan satu lelaki. Nurse masukkan mouth guard kat mulut bagi mulut sentiasa terbukak. 

Aku dpt rasa ada satu benda masuk dlm mulut aku dan nurse yg pegang kepala aku dgn tapak tangan nya tutup mata aku suruh aku telan benda tu. Kali pertama aku tak dpt telan dan berjaya telan pda cubaan kali ke dua. Masa camera dan tiub tu masuk, aku tak rasa apa2. Tapi macam rasa ada benda dlm perut yg bergerak2....hahahaha. Aku dpt dengar doktor tu kata one more picture then we finish. Ok lega kejap. 

Tapi.......bila benda alah tu ditarik keluar dari perut, ya Allah. Aku sendawa dua kali dgn sgt kuat dan aku rasa agak sakit kat tekak. Aku meronta dan nurse lelaki yg pegang bahu dan kaki aku tu ckp, jgn cemas jgn cemas. Bernafas mcm biasa, sat jer lagi. Bila tiub tu dah sampai kat anak tekak, mmg aku muntah la weyyy. Muntah angin jer tak keluar apa2 pun. Meleleh air mata aku...benda tu selamat keluar akhirnya.

Aku masih baring, dan dengar doktor duk ckp, ok that one, that one, that one. Wahhh apakah itu??? Air mata aku tak leh berhenti keluar. Sakit dan tidak selesa rasa kat tekak. Doktor panggil kakak aku dan explain, bla bla bla. Aku tak dengar sgt sbb sibuk control pernafasan. Malu sehhhh kalau kakak aku nmpak aku nangis. Hahahaah

Dah keluar dari bilik, terus aku ckp kat kakak aku. Buat hidup hidup tau. Mana ada ubat tido. Nasib pakai baju ni, kalau tak org dah lari keluar. Kakak aku mcm tak percaya. Dia kata mmg ada ubat tido laaa. Aku rasa sbb aku refused utk drip so doktor ingat aku sgt berani utk buat prosedur ni dlm sedar kot. Entah laaaa

Aku pernah tgk dlm channel korea, citer apa ntah, prosedur ni mmg buat tanpa ubat tido. Tapi sbb diyakinkan yg ada ubat tido aku percaya. Kalau lah aku tahu, mmg tak la aku buat. Huhuhu

Apa2 pun result endoscopy aku mengesahkan gastiritis dan ada ulser. Blh sembuh dgn ubat dan jaga pemakanan. Nothing serious. 

Inilah cerita aku pada tarikh 30/12/2015.  Penutup 2015 dan tahun baru disambut dlm keadaan tidak selesa kat tekak. 



Read More

Sunday, December 13, 2015

Mensyukuri Nikmat

Aku dpt gastrik yg sgt kronik. Dah seminggu sengsara. Sabtu lps, sedang makan.....tetiba rasa dada sgt pedih, sesak. Cuba utk sendawa tak boleh. Rasa nak pitam pun ada. Ketahuilah....sgt seksa jika tak boleh sendawa. Klinik pertama kata aku gastrik. 

Hari ahad aku mkn mcm biasa tp sikit2. Tak blh nak sekali byk sbb dada akan sakit balik. Isnin masa lunch, kena lagi sekali. Dada sesak dan sakit kat ulu hati. 

Aku dah jadi fobia nak makan. Perasaan takut jika sakit dada buatkan aku sgt bersopan ketika mkn. Slow2 jer kunyah dan telan. Masa sarapan hari rabu, tetiba makanan mcm tercekik. Padahal aku cuma mkn roti bakar. Cebisan roti tu masih terasa kat tekak. Mlm ke klinik dan doktor kata tak ada apa2 dlm tekak dan dia bg surat mintak refer ke ENT. 

Hari khamis, pun masa sarapan sekali lg aku rasa mcm tercekik. Rasa panas semacam dlm perut. Aku jadi sgt panik. Tetiba rasa nafas pun tak cukup. Kwn aku bawa ke klinik dan doktor bg surat suh refer kat specialist sopd. 

Ya Allah...tertekan sgt aku. Masa ni mula fikir mcm2. Teringat yg aku blm naik haji, hutang rumah byk lagi, hutang kereta, loan belajar dll. Sesungguhnya sgt insaf. Menangis. Allah tarik satu nikmat yg selama ini tak brp diendahkan. Nikmat menelan. Jika tak blh menelan, makanan tak boleh masuk perut. Jika tak makan, gastrik dtg balik.

Jumaat kami ke penang. Kebetulan appointment mak aku hari ahad. Aku pun sekali jumpa doktor. Jika perlu buat endoskopi, mngkin hari isnin. 

Ya Allah....ampunkan dosa2 aku....


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com