Selepas beberapa lama berdiskusi antara kami, maka hari bertolaknya telah pun diketahui. Hehehe.....ni pestaim aku nak pegi overseas, pestaim nak naik flight yg lebih sejam perjalanan, pestaim nak kena wat passport dan pestaim isi borang ke luar negara kat jabatan aku. hahahahahaha
Kami pegi 11 org, plus ada lagi 8-9 org dari keluarga lain. Kami pegi secara pakej. Ketua rombongan utk family kami adalah abg sulung aku.
Dipendekkan cerita, kami pegi menggunakan Saudi Arabian Airline terus dari KLIA ke Madinah. Balik dari Jeddah ke KLIA menggunakan airline yg sama.
Hari pertama :
Bertolak dari KLIA ke Madinah pukul 3 petang.
Flight stop over kat Dammam untuk 2 jam. Sampai di Madinah jam 9 mlm
waktu tempatan. Ustaz Faris jemput dan bawa kitorang ke Hotel Al-Fayroz.
Dalam perjalanan ke hotel, aku dapat nampak Masjid Nabawi. MasyaAllah,
cantiknya. Dari hotel cuma 5 minit berjalan kaki ke Masjid Nabawi. Makan malam dan rehat.
Hari kedua :
Oleh kerana aku uzur, maka aku tak pergi solat Subuh. Selepas sarapan, aku dan Nani pusing2 kat kedai2 yg berdekatan dgn hotel. Tak beli apa2 pun.
Aku duduk kat hotel sorang diri masa semua org pergi sembahyang Jumaat. Aku pandang dari tingkap hotel, nampak byk sgt burung2 berterbangan. Terdetik dlm hati aku, pernah tak burung ni berak kat sapa2.
Lunch dan rehat.
Slps
isyak, wan, kak shimah, kak je, kak na, nani, shasha, mimi dan aku
sama2 pegi Masjid Nabawi untuk menziarah makam Rasulullah. Alhamdulillah, masa ni aku dah boleh solat. Slps dibenarkan masuk ke Raudhah, aku sempat sembahyang sunat dan berdoa.
Hari ketiga :
Pertama kali aku dpt solat fardhu secara berjamaah di Masjid Nabawi. Aku betul2 hepi. Masa aku solat sunat, aku perasan ada org tarik2 telekung aku. Aku wat tak
tahu jer. Lps semayang tu, baru aku tau yg telekung aku kena najis
burung. Ya Allah….baru smlm aku terfikir psl ni. Betul lah kata wan, kat
tanah haram tak blh celupar mulut.
Sarapan dan terus pergi ziarah sekitar Madinah. Pergi Masjid Quba, kebun kurma, makam Saidina Hamzah r.a, Masjid Qiblatain dll.
Aku, kak na ngan mimi cuma wat ziarah selamat tinggal pada makam Rasulullah dari luar masjid Nabawi kerana uzur. Suboh tadi aku dah solat, bila nak solat Jumaat, ianya ada balik. Pasrah...
Makan tengahari dan terus bersiap2 untuk bertolak ke Mekah. Pukul 3 petang kami bertolak menuju ke Mekah. Walaupun aku masih uzur, aku tetap berniat umrah di Bir Ali, dgn harapan bila dah masuk Mekah, ianya dah kering. Lps berniat ihram di Bir Ali, bas meneruskan perjalanan. Oleh kerana salah seorang ahli rombongan kami mengalami cirit birit, bas terpaksa berhenti di Medical Centre di tengah2 padang pasir. Dua jam kami kat situ.
Masing2 penat dan tak sedar pun bila dah masuk Kota Mekah. Lebih kurang jam 11 mlm kitorang sampai ke hotel. Slps check-in, makan mlm, dan aku sekali lg mandi hadas, kami terus ke Masjidil Haram untuk habiskan umrah pertama kami.
Makan tengahari dan terus bersiap2 untuk bertolak ke Mekah. Pukul 3 petang kami bertolak menuju ke Mekah. Walaupun aku masih uzur, aku tetap berniat umrah di Bir Ali, dgn harapan bila dah masuk Mekah, ianya dah kering. Lps berniat ihram di Bir Ali, bas meneruskan perjalanan. Oleh kerana salah seorang ahli rombongan kami mengalami cirit birit, bas terpaksa berhenti di Medical Centre di tengah2 padang pasir. Dua jam kami kat situ.
Masing2 penat dan tak sedar pun bila dah masuk Kota Mekah. Lebih kurang jam 11 mlm kitorang sampai ke hotel. Slps check-in, makan mlm, dan aku sekali lg mandi hadas, kami terus ke Masjidil Haram untuk habiskan umrah pertama kami.
Pertama
kali pandang Kaabah, Ya Allah, terasa aku begitu kecil. Perasaan aku
kosong. Dalam kepala aku tak ada fikir apa2. Aku pandang jer Kaabah.
Selepas abg mie bagi penerangan cara2 nak tawaf, aku, wan dan nani, kak je dan kak shimah berpasangan untuk tawaf. Udara cukup sejuk masa ni. Slps tawaf, kami terus saei. Tumit aku dah mula rasa ngilu. Slps tahallul, tamat sudah umrah aku yg pertama. Oleh kerana hotel kami agak jauh dari Masjidil Haram, maka kami buat keputusan untuk tidak balik ke hotel tapi beriktikaf di masjid sementara tunggu Suboh.
Selepas abg mie bagi penerangan cara2 nak tawaf, aku, wan dan nani, kak je dan kak shimah berpasangan untuk tawaf. Udara cukup sejuk masa ni. Slps tawaf, kami terus saei. Tumit aku dah mula rasa ngilu. Slps tahallul, tamat sudah umrah aku yg pertama. Oleh kerana hotel kami agak jauh dari Masjidil Haram, maka kami buat keputusan untuk tidak balik ke hotel tapi beriktikaf di masjid sementara tunggu Suboh.
Hari keempat :
Sarapan dan rehat. Solat zuhur aku tak pergi ke masjid sbb kaki aku dah mula bengkak. 2 biji pain killer aku telan untuk tahan sakit. Asar aku pergi masjid. Slps asar, kami ditukarkan ke hotel lain yg agak dekat dgn masjid. Cuma 3 minit jer dari pintu King Fadh. Makan malam dan rehat
Hari kelima :
Selepas sembahyang suboh dan sarapan,
kami dibawa melawat sekitar Mekah. Pergi Ke Jabal Thur (tempat
persembunyian Rasulullah dari Kafir Quraisy), Jabal Rahmah (tempat
pertemuan Adam dan
Hawa), Mina, Mudzalifah dan lalu jer kat 3 Jamrah. Mutawwif, Ustaz
Hafiz cuma menunjukkan Jabal Nur (tempat wahyu yg pertama diturunkan kpd
Rasulullah s.a.w) dari dlm bas dan kami lalu di kawasan makam Siti
Khadijah.
bukit tu dikenali sbg bukit pemanah |
bekas tapak tpt perjanjian hudaibiyah |
jabal rahmah |
Kemudian singgah di Ja’aranah untuk niat umrah. Aku sembahyang sunat tahayatul masjid dan Dhuha.
Oleh kerana aku dah rasa badan ada sikit panas, hidung aku pun dah berdarah, maka aku tekad untuk tawaf
dan saei lps Asar.
Kali ni aku diuji lg sekali...
Sebelum sembahyang Asar, spek aku kena pijak dan pecah. Naper pulak spek aku kena pijak???kuasa Allah Yang Maha Agung, sblm tu hati aku mengomel, apalah kak na ni, dlm masjid pun nak pakai spek hitam, tu nampak ker tak nak semayang ni, tak sampai 5 minit, spek aku kena pijak ngan org turki, org indon yg duk sblh aku suh aku ckp ngan org turki tu, tp aku kata tak apa, sbb masa tu aku tahu, aku yg salah, ni satu ujian utk aku, boleh tak aku bersabar.....
Kali ni aku diuji lg sekali...
Sebelum sembahyang Asar, spek aku kena pijak dan pecah. Naper pulak spek aku kena pijak???kuasa Allah Yang Maha Agung, sblm tu hati aku mengomel, apalah kak na ni, dlm masjid pun nak pakai spek hitam, tu nampak ker tak nak semayang ni, tak sampai 5 minit, spek aku kena pijak ngan org turki, org indon yg duk sblh aku suh aku ckp ngan org turki tu, tp aku kata tak apa, sbb masa tu aku tahu, aku yg salah, ni satu ujian utk aku, boleh tak aku bersabar.....
Aku dan nani sama2 selesaikan umrah slps asar. Walaupun penglihatan aku dah tak jelas sbb spek takder, tp dgn bantuan nani kami selamat tawaf, dan sempat menjenguk ke dalam kawasan tapak Nabi Ibrahim. Kemudiannya kami saei
di tingkat atas, pelan2 jer aku jalan. Sempat abiskan 2 round baca
Yassin, semata-mata untuk larikan fikiran dari fikir psl kaki sakit.
Elok jer abis tahallul, azan Maghrib. Bersesak2 kami untuk naik ke tingkat atas. Kami berwudhuk di tepi tiang masjid dgn air zam-zam yg dibawa nani kerana kesuntukan masa. Slps Maghrib, kami lepak2 di dalam masjid tunggu Isyak.
Hari keenam:
Selepas
Suboh, aku temankan wan dan kak na untuk saei. Sempat aku tolong
guntingkan rambut seorang bangsa asing untuk tahalul. Pahala besar, wan kata. Balik dan rehat. Aktiviti seperti biasa.
Hari ketujuh :
Selepas suboh, kami dibawa ke ladang unta. Aku beli satu
botol susu unta. Entah bila lah aku nak minum. Slps tu kami dibawa ke
Hudaibiyah untuk niat umrah. Disini lah tempat bersejarah perjanjian
Hudaibiyah diadakan. Terdapat sedikit kesan-kesan peninggalan bangunan batu yg cukup unik.
Sampai
ke hotel, waktu masih awal. Kami terus ke masjid untuk tawaf dan saei.
Kali ini, aku dan nani, kak je dan kak shimah, kak na dan wan.
Nani cadangkan kami saei sambil membaca Quran. Kali ni kami saei di tingkat bawah. Jemaah agak ramai. Saei mcm biasa, aku slow jer. Aku dan nani paling last abis. Lps tu kami cuba cari tpt2 yg agak strategic untuk sembahyang zuhur. Kami ingin nampak Kaabah dari tempat kami sembahyang.
Lps
jer aku ambik wudhuk....aku pegi belakang satu tiang utk pakai stoking,
tetiba jer muncul sorang auntie, aku rasa mungkin dari india, dtg
salam ngan aku dan cium tgn aku, tak pernah lg org yg lg tua dari aku
cium tgn aku, dgn muka terperanjat aku cuba utk senyum.
Lps zuhur, balik ke hotel, mkn tengahari.
Hari kelapan :
Kami dibawa ke Tanaim untuk niat umrah. Sampai ke masjid, kami teruskan tawaf dan saei. Kali ni aku dan kak je, kak na dan kak shimah. Nani dan wan kurang sihat dan mereka berehat di hotel.
Aku dan kak je dpt solat sunat tawaf dlm Hijir Ismail. Alhamdulillah. Saei pun aku slow jer. Sempat stop untuk telan pain killer.
Hari kesembilan :
Pertama kali aku solat fardhu Jumaat. Seronok
sgt. Begitu sayu bila tgk jemaah lain mengaminkan doa imam. Bagusnya
jika tahu bahasa arab, tentu syahdunya lain sikit kerana memahami bacaan
doa yg dibacakan.
Pihak caterer sediakan nasi briyani daging kibas utk kami. Adus, aku tak makan kambing. Tp aku diamkan aja. Selepas tgk kak na makan ikan, baru aku tahu, ikan pun ada. Sedap sgt ikan yg disediakan, besar dan segar.
Hari kesepuluh :
Sekali
lagi kami dibawa ke ladang ternakan unta kerana ada ahli rombongan yg
belum ke sana. Tapi kami tak turun, cuma tengok dari dalam bas.
Singgah di Hudaibiyah untuk niat umrah. Tak sempat untuk sembahyang tahayatul masjid kerana terlalu ramai jemaah lain.
Kemudian kami dibawa ke Muzium Mekah. Setiap org kena
bayar 30 riyal untuk masuk. Abg mie belanja. Hari Khamis, kami telah
diberitahu oleh Ustaz Raja bahawa proses untuk membuat lawatan ke Muzium
Mekah dan Kilang Kelambu Kaabah sedikit sukar kerana perlu memohon
kebenaran daripada pihak berwajib. Jika nasib kami baik, kami boleh mengunjungi kedua-duanya. Akhirnya, 2 bas dibenarkan ke Muzium Mekah manakala 2 bas lagi dibenarkan ke Kilang Kelambu Kaabah.
Pada awalnya kami
ingin selesaikan umrah sebelum Zuhur, tetapi kami tiba di hotel agak
lewat. Lps asar baru kami tawaf. Kali ni aku dan wan, kak na dan mimi,
kak shimah dan kak je. Aku dan wan sempat solat sunat tawaf dlm Hijir
Ismail. Saei mcm biasa, aku slow sgt. Tp kali ni aku lupa nak telan pain killer. Kaki mcm kebas. Bengkak.
Alhamdulillah. Balik ke hotel hantar wan sbb wan tak larat, dan aku pegi balik ke masjid utk sembahyang Isyak.
Hari kesebelas :
Aku
ke masjid untuk sembahyang Suboh seorang diri. Kak na ngan kak shimah
ingat aku tak sihat dan ingin sembahyang Suboh di hotel jer. Masa
berjalan, tak putus2 aku berdoa, Ya Allah.... temukan lah semula jln
balik ke hotel, hari ni aku akan balik ke Malaysia, aku tak nak
menyusahkan org kalo aku sesat kat sini.amin
Aku sembahyang di tingkat atas kerana tingkat bawah sudah penuh. Dan aku selamat sampai ke hotel. Alhamdulillah.
Pukul 8.30 pagi kitorang ramai2 pegi tawaf wida’. Masa ni Tuhan jer yg tau perasaan aku. Ya Allah…murahkan rezeki aku….panjangkan umur aku supaya dpt lg mengunjungi Kaabah Mu….
Kitorang sembahyang qasar Zuhur dan Asar di Masjid Terapung. Makan tengahari di airport Jeddah.
Wan, abg mie, kak shimah, shasha, kak na ngan abg lut dpt tiket sementara aku, kak je, nani, mimi, dan naim semua dlm waiting list. Tiket kami blm confirmed. Puas bertekak dgn pak arab, diorang tetap tak nak release tiket kami. Akhirnya, wan, abg mie, kak shimah dan shasha balik dulu. Yang lain termasuk aku, dibawa ke hotel di Bandar Jeddah. Penerbangan kami dijangka 3.30 pagi 6 mei 2008. Dugaan kami terpaksa bermalam di Jeddah.
Hari keduabelas :
Sarapan
dan pusing2 di Bandar Jeddah. Nasib baik dlm hand luggage aku ada
sehelai jubah, bolehlah dipakai untuk balik. Kami shopping di satu mall
di Jeddah. Aku beli sepasang baju tidur harga 20 riyal. Ok lah….
Jam
11 mlm, pihak travel agent dtg jemput kami dan bawa ke airport.
Berlaku satu insiden yg bg aku agak lucu. Cab yg pertama, aku..kak na
ngan kak je naik. Sbb badan aku kan "kecik", so aku mengalah untuk ambik
seat dpn, sblh pemandu. Sekali pak arab tu marah aku "hena....hena..."
dgn tgn nya tunjuk seat belakang, wakakaka....rupanya kat Jeddah,
perempuan TAK BOLEH duduk dpn. Abg Lut rileks jer duk depan dlm teksi lg satu. Pengalaman sungguh...heheheh
Masa untuk cop passport aku
kena tahan. Terpekik2 pak arab tu cari muhrim aku (abg mie). Jenuh aku
dan abg lut explain pada pegawai tu yg abg mie dah balik mlm sebelumnya.
Akhirnya kami terpaksa jumpa pegawai lain, Alhamdulillah dpt settle.
Passport aku pun dicop.
Masa
untuk naik kapal terbang, sekali lagi aku ditahan psl muhrim. Selepas
diorang baca catitan yg ditulis dlm passport aku, aku dibenarkan naik
kapal terbang. Cuak wehhhh…. Abg lut saja sakat aku yg aku ni dah tak boleh malaysia sbb pegawai imigresen dah tahu aku belum kawen. Ada can dia nak dpt biras pak arab kata abg lut. Hemmm...
Hari keempat belas :
Sepanjang
jln aku tidur....masa boarding pun aku dah tertidur....sedar2 kak je
kejutkan aku utk mkn, penat sgt, tp sempat kidnap set sudu garfu flight,
wat kenangan.
Jam 4.30 pm waktu Malaysia kami selamat sampai di KLIA.
2 Comments:
baru baca entri ni..berkenaan MAHRAM..Liza pergi ngan travel agent mana eh?.leh tahu tak?
Travel agent dari kelantan...TOLA & TOURS
Kalau psl mahram...mmg saya ada mahram masa pegi...cuma time balik jer kami asing2 sbb abg sya dpt flight awal sehari...
Masa balik tnggal kami 7 org, kakak+abg ipar+3 anak dan yg solo saya dan kakak lg sorang (married tp her husband tak ikut). Kami dua org guna mahram abg sulung...itu yg pelik bila kat imigresen saya jer yg kena soal siasat tp kakak saya lps...
Hemmmm.....pengalaman
Post a Comment