menempa sejarah....utk pertama kalinya aku pegi stadium semata2 nak tgk perlawanan bola. seingat aku, dulu2 masa sekolah pernah tgk perlawanan bola, tu pun kat padang sekolah, nak skodeng calon boipren la konon. pastu upgrade sikit tgk perlawanan bola kat stadium mini kat UiTM dungun. dan ini lah slps hampir berbelas thn meninggalkan zaman itu, aku melangkah ke stadium shah alam. semata2 utk THE RED WARRIORS.
bergerak dari rumah seawal 4.15 ptg, dan sampai lbh kurang 5.05 ptg. mcm2 gelagat fans boleh aku lihat di perkarangan stadium. semua dgn jersi bola kelantan (termasuk aku). ada yg siap2 conteng muka, pakai bulu2 kat kepala, dan mcm2 lg. betul kata anak buah aku, dtg stadium ni bkn nak tgk game tp nak tgk penonton. mcm2 ragam.
sebaik shj lps kawalan keselamatan kat pintu masuk, aku melangkah ke dlm stadium. anak buah aku kata, dah penuh dah ni, mmg kena pegi tingkat atas. fuhhh kul 5.30 dah hampir penuh dah....yg tinggal cuma tpt yg tiada bumbung.
kami bertiga dpt gak seat yg bwh bumbung, sipi2 la tempias kalo hujan turun. maka bermula lah episod melihat gelagat fans dlm stadium.
gelombang merah....bangga jap jd anak kelantan.
huh sepanjang game, berdebar tak leh cerita. nak2 yg masa tambahan tu...anak buah aku siap ckp lg, amboi kemain lompat bila gol, sib baik tak jatuh....hahahahah.....tindakan spontan yer...kalo tgk kat rumah takder pulak nak melompat, tepuk tgn jer. ini bkn setakat melompat, siap jerit sampai nak keluar anak tekak rasa.
yg anehnya, wpun cuma 20% shj penyokong ATM, tp gilaaaa, suara diorang mmg kuat bila bersorak. tekak apa tu??? bila duk sembang2 slps game, abg ipar aku ckp, diorang dah dilatih utk jerit masa kawad, itu yg suara sorang2 mmg power. yer tak yer..kalah jeritan fans kelantan.
kekaguman melanda bila lagu negaraku dinyanyikan, hampir semua org berdiri. wahhhhh patriotik jugak rakyat kelantan. tp naper lain mcm jer lagu negaraku ni...lerrrr rupanya nyanyi live...
sib baik kelantan menang. kalau tak mmg mimpi ngeri lah aku... sebaik shj abis masa tambahan 15 minit + 15 minit, dan sahlah kelantan sudah jadi juara dgn 3 gol berbalas 2, aku terus ajak anak buah aku balik. kang bersesak2 lak kat pintu keluar. sekali bila dah selamat keluar, kereta aku pulak kena block, ada pulak yg wat perangai setan....melangut la kat situ tunggu empunya kereta sampai.
kami tiga org rakyat marhain yg cuma ada tiket biasa yg harga rm40 berjanji ngan satu group lg yg dpt tiket vip utk pegi mkn2...celebrate la konon...mula2 ingat nak terus ke kg.baru, tp dah lewat sgt plus ada pulak yg bini tgh pregnant, maka kami mkn jer kat area serdang.
balik rumah dgn hati yg sgt gembira.....
2 Comments:
xde button follow la..saya nak follow!!
Hi, saya dah add button follow... tq
Post a Comment