CUKAI vs ZAKAT adalah....

Tajuk project paper aku masa dlm era sesi menggulung ijazah...hahaha....mana pegi ek? Dan skrg aku mula kelam kabut mengisi e-filing LHDN. Maka bersedialah utk membayar baki cukai wpun setiap bulan sudah dikenakan pcb. Apa itu pcb? Potongan cukai berjadual. 

Oleh krn zakat pendapatan thn 2012 aku TER-bayar pada thn 2013, maka terlepas lah peluang utk claim bg thn taksiran 2012. Oleh yg demikian, lebihan cukai kena bayar berkali ganda. Nota utk diri sendiri, segerakan membayar zakat. 

Kwn aku kat LHDN kata tablet termasuk senarai komputer, yahuuuuu. Lps satu...

Resit perubatan mak aku, blh claim wpun mak aku yg byr sendiri...heheheeh

Resit buku, emmmm dah lama betul tak membeli bahan ilmiah. Sepanjang thn 2012 aku cuma melanggan resolusi RM100, tertarik masa mengikuti kuliah ustaz zahazan bln mac 2012. Tapi resit hilang la pulakkkk...

Broadband - emmmm alahai restricted to RM500 jer? Padahal beribu sthn  byr...

Insuran perubatan - baru jer start thn ni...maklumlah faktor usia, setiap 2 minggu kena gi fisio, setiap 2 bln kena gi orthopedic, setiap 3 bln kena pegi hospital ambik ubat high blood, setiap 6 bln kena ambik blood test. Kakak aku kata watper mu beli insuran? Gi jer spital free. Kito malas nak nunggu.. kito ni darah mamalia, cepat panas. 

Maka utk thn taksiran 2012, jumlah aku kena cukai ialah.... waaaaa nak nangissss

Nota selingan....aku rindu mamat ni...


Thn ni, aku dah berazam utk isi borang potongan zakat. Kwn kat bhg.gaji ada mention psl kod2 potongan ni....

a) 22A staf tentukan brp potongan zakat sebulan berdasarkan jadual skim potongan berkat, jika pcb lebih dari potongan zakat, baki akan di ambik pcb. Eg, aku tetapkan RM100 utk zakat, tetiba bln tu potongan pcb aku jd RM120 sbb ada OT wakakakaka, maka RM20 akan jd potongan pcb.

b) 22c...apa shj jumlah potongan pcb, akan dipotong masuk zakat.

Zakat dikira dari jumlah pendapatan (gaji dan elaun) manakala cukai dari jumlah pendapatan yg layak dicukai (ada beberapa elaun tidak dikenakan cukai).

Zakat urusan manusia dgn Allah, wajib dlm tuntutan agama islam. Cukai ditentukan oleh pemerintah. Tapi knp ramai org lbh takut jika tak byr cukai, nnti tak leh gi overseas kalau cukai tak byr...kata diorang. Tp ada yg ingatkan kita jika terlupa berzakat? Mcm aku...alpa sgt dgn dunia smpai tak perasan zakat belum ditunaikan...

Pilihan aku : ambik option 22a. Bos aku kata compare jadual potongan zakat dgn jadual cukai, ambik yg mana lebih tinggi. Situasi aku, potongan zakat lbh tinggi dari cukai, maka ambik lah 22a. Baik bosss, tq
Previous
Next Post »
6 Komentar
avatar

JM pun pilih bayar ZAKAT..hikssssss

Balas
This comment has been removed by the author. - Hapus
avatar

saya baru jer submit borang....hehehe semoga rezeki ada keberkatan....aminnn

Balas
avatar

Kalau kita nak bayar zakat lebih camner?. contohnya- PCB kena bayar sebulan RM 500, tapi rasa nak bayar zakat (lebih baik).. adakah PCB masih sama atau berkurangan (sbb tolak zakat)

Minta pencerahan..

Balas
avatar

Potongan zakat melalui gaji perlu refer pada jadual potongan berkat (ambil kira bujang/berkahwin, bil.anak, jumlah gaji). Biasanya staf bhg.zakat akan kirakan, jika kita setuju, baru potongan akan dibuat di bhg.gaji.

jika tak silap saya, ada 3 cara, 1) potong zakat shj. 2)potongan zakat dan jika ada lebih potong cukai 3) potong zakat dan cukai serentak.

Cara 1) spt saya buat. Setiap bulan cuma potong zakat shj. Bila isi e-filing, masukkan jumlah potongan zakat, jika perlu baru byr cukai slps kiraan.

situasi saya, potongan zakat mmg akan lbh byk dari cukai sbb maksud pendapatan tu sendiri. Jika yg berkahwin mungkin lain. Wallahullam...

Balas
avatar

Satu lg lupa nak tambah...zakat merupakan satu pelepasan cukai utk org islam, maksudnya jika kita byr zakat, jumlah itu blh ditolak dari jumlah cukai.

Pada saya, lbh baik zakat, sbb itu wajib. Cukai takper...hahahaha...blh gitu??

Balas