INDIA : KUFRI & NALDEHRA


Kat shimla ni aku hanya pegi Kufri, Naldehra dan Chail. Shimla adalah ibu negari Himachal Pradesh, berada pada ketinggian 7238 ft dari aras laut (sumber wiki)

Kufri ada snow masa kami pegi. Naldehra takder snow tapi sejuk dingin beku. Chail pun sama, sejuk menggigil2.

Sapa2 yg ada hasrat nak shopping sari kat shimla, mmg tak payah lah sbb org2 shimla tak pakai sari. Diorang pakai baju suit (baju punjabi). Yg biasa2 nyer design blh dapat dlm INR350-INR500. Kain jenis cotton.

Perjalanan ke Naldehra dan Kufri...

Naldehra berada 22km dari bandar Shimla. Naldehra ni sbnr nya tpt org main golf. Santosh berhentikan kereta dan offer jika kami nak naik kuda. Bayaran nya ialah INR500 seorang utk trip pegi balik. 

Kami just lepak kat kedai jual kain shj sbb sejuk sgt2. Tak mampu rasanya nak naik kuda, mau kejung nanti. 

Pemandangan dari tpt parking ni pun dah cukup cantik.

Lepak kat sini dlm 30 minit, kami beredar ke Kufri.






Perjalanan diteruskan ke Kufri...

Kufri terletak lebih kurang 16km dari bandar Shimla dan berada pada ketinggian 8600 kaki dari aras laut. Kufri ni pulak tpt org buat aktiviti dgn snow mcm skiing dll. Kat sini jugak ada disediakan kuda utk jalan2. 

Kami masuk Himalayan Nature Park, bayaran nya INR30 sahaja. Bawak masuk camera kena caj INR50. Dikatakan ada bear kat sini, tapi haram kami tak nampak. Sebab sejuk diorang duk hibernate kot. Tpt ni biasa2 shj. Takder la nampak binatang berkeliaran lazimnya mcm kat zoo, tapi ada la nampak dua tiga ekor rusa. Jumpa jugak leopard yg sedap duk baring2. 















Kami tak main ski dan juga tak naik kuda. Jalan2 dan lepak bila jumpa bangku. Bergossip riang. Hilang semua sakit dan kekacauan minda. 

Dua jam kami kat sini, kami patah balik ke Shimla.... 

Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

x sabar nk tunggu sambungan :)

Balas
avatar

salam kenal. tima kasih sudi singgah..

Balas