Lesson learnt

Call me anything you want...

Story nyer mcm ni, pagi2 buta bibik mak aku ckp, ayam dah abis (nota: ikan jer tinggal tp aku tak mkn ikan). So ptg lps keje baru aku blh pegi beli. Elok jer nak balik, tu dia...kilat sabung menyabung. Petir guruh hujan semua ada. Seram la pulak nak drive kan, buatnya ada mana2 pokok tumbang....ishhh 

Aku tunggu sampai kul 6.30. Tak leh jadi ni, kena balik gak. Memecut la aku dlm kegelapan, wpun pukul 6.30 tp dah mcm kul 8 mlm. Singgah jap kat Aeon, beli ayam....pusing2 tgk minyak masak...oooo mahal. Baik beli kat speedmart jer. Lalu pulak kat milo, uishhh murah gak ni. Tapi milo byk lg kat rumah, aku tolak lg troli. Akhirnya bila smpai kat cashier, aku cuma beli 4 brg jer. Huhuhu siap bertroli bagai. 

Lenggang2 jln menuju ke mesin byr parking, aku disapa oleh salesgirl London Weight Management. Huk alosss terperangkap aku. Lps conceng conceng dia duk promote, aku pun terbeli lah satu voucher dgn harga RM20. Konon2 dpt 2x treatment, 1 set slimming kit dan satu hadiah misteri. Aku pikir kalo tak pegi pun takper, RM20 jer kan....tp tahukah anda, jika aku beli milo atau minyak masak tadi, tentu aku tak menyesal. 

Sambil layan perasaan, aku sampai kat traffic light dpn giant nak masuk rumah aku. Alaaaa asal ujan jer traffic light ni wat hal. Semua org tak nak mengalah. Duk himpit2 nak gerak. Takper2 aku mengalah....jalan terus. 

Ingat nak u-turn kat lg satu traffic light, sekali jem gila. Terperangkap dlm jem hampir 1 jam. Panik tak pyh citer sbb lampu minyak kereta dah lip lap lip lap. Buat nyer mati kat tgh2 jem ni mcm mana? Cpt2 check hp, ok ada bateri. Kot2 la kan...nanti blh gak call anak sedara aku yg berdekatan utk dtg rescue. 

Time tu teringat pulak kat voucher td, aduhhh dgn RM20 tu aku blh isi minyak naik dua bar...mahal minyak skrg ni.... hurmmm gst apa citer? Lusa baru nak pegi dgr forum psl gst. Nanti kita share2 ilmu ek. 

Aku salah kan bibik sbb ckp lauk takder, kalo tak tentu aku tak singgah Aeon, dan kalau tak singgah Aeon aku tak jumpa la salesgirl tu. Hahahaha marahkan bibik pulak. Yee arrr penat2 aku menempuh jem, siap terbeli voucher lg, alih2 aku mkn nasi lauk telur kicap. Sedihhhh....saja la tu nak tunjuk perasaan sbb aku lambat bawak balik lauk....tak sempat masak la konon.. 

Penutupnya, patut ker aku pegi trial treatment tu? Ker niat sedekah jer lah kan? Mcm2 aku dgr psl LWM ni...emmm dlm duk berhati2 tu terkena gak...


Rupa voucher dan hadiah misteri...misteri la sgt



Previous
Next Post »
3 Komentar
avatar

ahahaahha...lawak lah Liza..hari yg penuh cabaran dan dugaan..

Kalau tanya JM tak g sbb dia nk umpan je sebenarnya sbb JM pernah kena kes spt ni..bagi vousher murah...bila kita g buat treament time tu dia promote mcm2..kalau hati x kuat mmg akan tergoda dgn pakej ribu riban tu..tapi nk try x salah yg penting hati mesti mcm batu..tolak semua offer dia nanti

Balas
avatar

Kalau rasa mudah tergoda, please jangan pergi. S'org kawan cik Z dah terkena pujuk rayu diorang ni tapi sampai skrg tak pun kurus lagi. Kecian dia. Bila dah termakan pujuk rayu tu mmg susah nak keluar. 1 pakej yg ditawarkan bukan murah tau. Bukan pakej jer dia promote siap makanna tambahan lagi. Duit tu nanti boleh buat pi travel lagi best.

Balas
avatar

JM dan cik z, thanks bg pandangan. Part tergoda tu mmg tak leh nak kontrol, nak2 mmg kita skrg tgh berusaha utk kurus.

Balas