HEEL SPUR

Secara teori nya heel spur ni mcm ada tulang lebih dkt tumit. Ngeri tak? Aku dpt tahu aku ada tulang lebih ni pd thn 2011. Time tu tgh prepare trip ke Korea. Lps dah xtray, aku terus dirujuk ke doktor pakar tulang.



One thing kalau pegi hospital kerajaan ni, masa menunggu mmg lama. Nak register pun dah dekat sejam. Bila sampai turn jumpa doktor, tak sampai 10 minit pun. Paling menyampah bila setiap kali pegi, jumpa doktor yg berlainan dan setiap kali tu lah aku terpaksa cerita balik kesakitan aku bla blah bla. Ulang dari a sampai z. Bosan kan? Sampai satu tahap, aku pulak yg sekolahkan doktor. Yer lah, semua tu mmg ada dlm fail aku, perlu ker suruh aku ulang semula?

Belum lagi cerita psl treatment nyer. Dengan staf yg tak nak layan aku, asik duk tlg pesakit yg kena potong kaki, potong tgn utk buat senaman. Setiap kali dtg mesti buat treatment yg sama sampai aku kdg2 pegi sendiri ke station2 tu tanpa disuruh. Sebab dah tahu sgt dah, lps step ni step ni pulak. Dah diorang bz benar kan, meh aku buat mcm rumah sendiri.


rawatan lilin (ini step 1)

lps 7 kali celup dlm lilin panas tu...balut kaki dgn kain dan relaks kat kerusi sampai 30 minit

pastu exercise guna alat ni pulak...

Slps setahun aku buat rawatan, aku stop. Hospital ada call utk next appointment, dgn angkuhnya aku ckp aku dah tukar gi hospital swasta. Sebenarnya tak pun. Walaupun blh jer guna insuran, tp sampai skrg aku tak  pegi pun. Telan jer lah sakit tu..

Sakitnya mcm mana? Sakit ni datang bila berdiri lama atau berjalan terlalu lama. Org lain biasa sakit betis, tapi aku sakit tumit. Mmg tak blh memijak. Pernah sampai satu tahap aku terpaksa berjalan dgn hujung jari, mcm berjengkit tu. Sakitnya ngilu mcm kena kena hiris dgn pisau....errr aku blm pernah kena hiris tp agak2. Bila dah duduk lps lama berjln atau berdiri, blh rasa angin dlm kaki tu terlepas. Mcm mana nak cerita ek...mcm time kita kebas kaki dan kebas tu hilang, gitu lah.

Ada yg ckp sbb berat badan. Emm aku rasa ada jgk betul, tp kalo aku kurus, nanti dah takder lah org gemuk....hahahaha.

Setiap kali travel, aku akan beli heel gel yg letak dlm kasut tu. Sakit ada kurang sikitlah. Kalo tanpa heel gel tu, slps 1/2 jam jalan, sakit tu akan dtg, tp dgn gel tu, lps dah  2-3 jam baru rasa sakit. So dia mcm melambatkan kesan sakit tu.

aku pernah cuba yg ini...tp kurang best

yg ni best sikit
Skrg aku wat apa? Wat bodo jer...hahahah. Aku cuma pegi foot massage shj. Gilir2 antara siam dgn cina. Cara diorang massage ada sedikit perbezaan. Kalau siam dia mcm ala2 spa sikit, dulu selalu pegi yg kat mines tu tp skrg aku cerai talak tiga dgn kedai tu sbb gaduh dgn staf yg kat kaunter.

Skrg pegi yg kat kedai cina dkt rumah aku jer. Harga murah sikit. Tp cina nyer style sakit sikit. Bila dia start urut kat tapak kaki..aku akan haiyahhhh hotong arrr (sakit la tu). Dan mereka akan berbisik2 sesama sendiri sbb biasanya yg sakit tumit ni ada mslh dgn peranakan. Mungkin susah dpt anak kot, ntah lah. Pernah sekali cina tu tanya aku brp org anak? Aku dgn muka tak bersalah ckp 3. Terkejut dia...aku saja jer. Dlm hati dia mesti tercabar, sbb ilmu massage dia kata mungkin aku tak dpt anak tp aku ckp ada anak 3. Hahahaha

Sakit tumit ni membataskan sikit fesyen aku cth, aku tak blh pakai high heels dan juga aku tak blh pakai sandal yg sgt nipis tapaknya. Yg sesuai dgn aku sandal brand hawkeye. Sbb wpun dah lama pakai, bhg tumit tak lekuk. Kalo yg lain, blh nampak bhg tumit dah masuk ke dalam seolah2 semua berat badan aku tertumpu kat tumit dan membuatkan sandal jadi lekuk...

Rumusannya...setiap kali travel heel gel adalah umpama nyawa aku. Tp masa jelajah europe aku tak guna benda ni sbb aku jalan2 guna sandal, mana pulak nak letak benda ni kan??? Tapi alhamdulillah...seingat aku adalah sekali dua aku pancit sbb mmg dah sakit sangat2...

Rasa2 patut tak aku gi hospital swasta??? Sakit tumit satu hal...bengkak kaki satu hal lagi...adehhhhh. Kepala ni asik duk pikir nak jalan jer...ikutkan sakit rasa dah malas...
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

Eh macam seram pula baca cerita ni. Mesti rasa sakitkan setiap kali nak berjalan? Tapinya memang betulker kalau buat rawatan macm yg kat hospital kerajaan tu nanti akan sembuh akhirnya? Atau dia akan kekal macam tu juga cuma hanya dapat redakan sekejap ajer sakitnya?
Kalau makin sakit baiklah pi cube hospital swasta plak tengok apa doktor kat situ cakap pula, ye tak?

Balas
avatar

sakit la jugak...hihihi

treatment tu patutnya akan membetulkan posture berjalan sbb doktor kata cara berjalan juga penyebab kpd sakit tumit tp lps setahun duk ulang alik pegi hospital,asik duk wat yg sama dan sakit pun tak kurang, itu yg stop.

heel spur ni kalo ikut apa yg saya google mmg tak akan hilang kecuali melalui pembedahan...waaaa lg seram kan, so saya cuba cara foot massage la pulak. abis duit sikit takper asal kaki dah kurang sakit.

ingat nak jugak rujuk hospital swasta tp entahlah. ari tu ada buat appointment dgn kpj kajang tapi tak pegi...hihihi

Balas
avatar

Eh makin seram pulak dengar perkataan kena bedah tu. Liza ni mesti takut nak jumpa dr kan sebab tu cancel appointment tu. Apapun semoga bertabah la ya. Ujian sakit juga satu rahmat allah juga ye tak.

Balas
avatar

Tulang tumit terlebih? Ni festime dgr ada penyakit mcm ni klau sakit mcm tu mmg sukar lah nak jln eh. Klau part kena operate Jm pun takut x de cara lain ke ek

Ahaha lawak lah liza anak 3 katanya

Balas
avatar

Cik z, worst case senario mmg kena operate buang tulang tp kdg2 ada kes tulang tu tumbuh balik - trlebih calsium gitu hahaha so tidak effective sgt kot operate ni. Cara paling senang doktor kata tukar cara brjalan, guna kasut yg sesuai, kuruskan badan which is mmg sukar nak buat dan senaman pergelangan kaki. Ada ubat tahan sakit tp sy jrg2 mkn, bila dah sakit yg melampau baru ambik.

Lps raya rasa nak nak pi visit doktor la..nak dgr jugak apa saranan doktor orthopedic swasta pulak...

Balas
avatar

JM, jln okay siap blh catwalk lg, tp tak blh lama2 nnti sakit. Mula2 jumpa doktor, dia tanya size kasut, nak check seimbang tak tinggi,berat dgn kasut. Semua okay sbb ada kes kaki kecik sgt dan tak blh nak tampung berat bdn. In my case semua okay. Kasut ai size paling besar yer, tak 8 mesti 9 hahahah

P/s kita kan nak sewa kereta kat nz so jgn bimbang. I can survive wakakakak. Selamat hari raya JM jgn main mercun tau

Balas
avatar

ngeri juga dengar nie, tapi mrs memang dah biasa sakit tumit kaki tapi mcm biasalah sakit bahagian peranakan dan memang betul pun..

better liza gi cepat-cepat hosp swatsa, mana tahu treatment lebih baik dan inilah masanya nak guna insuran yang kita bayar setiap bulan tu.

Balas
avatar

Serius?? betul lah org ckp masalah sakit tumit ada kaitan dgn peranakan ek...

Kami ni takut sikit ngan hospital2 ni...tp insyaAllah akan memberanikan diri utk pegi.

Balas
avatar

saya pun kena sakit yg sama.. dah 4 tahun this year..tapi now dah kurang sikit sbb doc said, ia will heal dgn sendirinya after few years..fuhh.. but then saya guna minyak urut dpt dari bapak mertua kawan..so far, itu lah pengubat & Alhamdulillah slps guna 2 years, sakita mmg kurang & sometimes tak rasa sakit pun..hehehe... dulu byk duit habis pegi clinic, kat kl, sekali pegi clinic kena la rm80... huhuhu.. dahlah tiap2 minggu MC.. sedih nya time tu, semua gambar travel saya time tu, ada bandage, sbb tak blh nak berdiri & berjln... but thanks to mak cik urut & minyak urut yg kawan introduce, Alhamdulillah, dah cure...

Balas
avatar

Blh share tak nama minyak urut tu? Saya pun nak cuba juga.

Skrg ni musim panas. Asyik minum yg sejuk jer. Sakit tumit apa lg, makin menjadi2. Dlm rumah pun saya pakai selipar dan stokin, tak kasi masuk angin.

Balas
avatar

Semeru Gajah.. dlm tu semua akar kayu, pakcik ni, bapak mertua kawan, saya mmg order 1 dozen or 2 dozen buat stok sbb nak tunggu dia masuk hutan tu, alahaiiii.. punya lama sbb process nak buat tu pun kena tunggu la carik akar kayu, then jemur, then keringkan, then masak , byk la process nya... tu tak sanggup ... alhamdulillah kawan yg sakit sama pun 1 minggu je guna then terus baik.. dia lagi cepat dari saya..terus blh jogging sbb kawan tu mmg kaki jogging...

Liza, kalu blh, jgn biar masuk angin kaki tu, jgn jadik macam saya sakit sampai 2 tahun baru lah jumpa ubat, sbb saya sgt memahami betapa sadisnya keadaan saya time tuu.... menangis tok sah ckp sbb sakit sgt esp. bila time baru bangun pagi...

harap bersabar ye.. moga cepat sembuh.. dan buat exercise kaki spt yg saya buat...

Balas
avatar

Maria, mcm mana nak order yer? Berminat sgt2 ni..

Balas
avatar

assalamu`alaikum...semoga puan akan sembuh dari penyakit ni. Ada supplement yang dapat atasi masalah heel spur ni. Kalo berminat boleh cuba VIVIX.

Balas
avatar

Salam akak...Saya pun ada masalah yg sama...I feel you...kekdg rs macam nak nak potong tumit tu bila rs sakit...boleh x saya nak dptkan email akak?

Balas