SOLAT MUSAFIR

Aku sebenarnya cari maklumat mcm mana nak bayar fidyah puasa yg tak sempat qada'....terjumpa dalam web zakat selangor. Bagus betul...siap ada kalkulator lagi. 

Sambil tu terbaca lah pasal solat musafir....rasanya sempena bulan puasa ni nak jugak wat amal sikit kan...hahahaha amal secara maya gituu...

Secara jujurnya...aku tak pernah solat menghormati waktu...wpun pernah tersepit kat seat window dan tak blh lansung nak keluar sbb jiran dua org tido, air pun takder nak wuduk, pramugari pun tak lalu utk mintak air.....maka aku skip solat suboh. Sampai airport pun tak buat jugak...tp solat qada' bila dah masuk hotel...Ya Allah ampunkan kami...sesungguhnya Ilmu Mu sgt banyak yg kami tidak ketahui....

Ini mmg aku copy paste dari zakat selangor...

PENGENALAN

Dalam islam terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan di dalam solat kepada para musafir yang keluar dengan tujuan yang baik. Ia merupakan satu keringanan yang diberikan oleh Allah sebagai rahmat kepada seluruh umat Islam.

Terdapat beberapan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin menunaikan solat musafir tersebut. Antaranya :


AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR
 
Tujuan bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh Allah
   
Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat
   
Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. Elakkan bermusafir seorang diri,sunat membawa teman
   
Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan.
   
Membaca doa ketika hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan
   
Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/ 96.6 KM) maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat.



SOLAT DALAM KENDERAAN

Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti.

Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.



PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN

 
Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan
   
Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
   
Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
   
Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa


Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
   
Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
   
Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
   
Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukar arah.


APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?


Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.

Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi mengqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.

Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.
 
Previous
Next Post »
9 Komentar
avatar

Terima kasih liza kerana ilmu yg sgt berguna kpd kaki travel spt Jm. Sebenarnya Jm baru tahu jgk berkenaan solat hormat waktu ni d radio ikim dan dari situ mmg boleh nampak bahawa solat sgt lah wajib d tunaikan dlm keadaan apa sekali pun kan. Niatnya mcm mana eh, adakah sahaja aku solat menghormati waktu zuhur tunai kerana allah taala sbg contoh

Balas
avatar

rasanya niat sama mcm solat biasa..apa yg saya faham...solat hormat waktu ni adalah solat yg mana time tu kita takder wudhuk ataupun pakaian kita tak suci...kita solat mcm biasa...

bila dah ada kat bumi, kena cpt2 solat, jika masih dlm waktu blh solat jamak/qasar, tp jika dah terlepas waktu qada' saja...wallahualam..

Balas
avatar

Alhamdulillah. Ada orang share benda ni. Haritu ada terbaca tapi xde nak share kat blog. Selamat berpuasa Liza.

Balas
avatar

Selamat berpuasa Bibie..

sharing is caring kekdahnya...hikss

Balas
avatar

terima kasih atas perkongsian liza..

Balas
avatar

Sama2...nak bg kuih utk berbuka tak dpt...jadila kan dpt ltk something yg mungkin berguna utk semua...

Balas
avatar

Slm ramadhan, hehe, sy penah solat subuh lm flight tp siap brwuduk bagai..amik wuduk lm toilet then solat kt tmpt duduk tp xsure la hadap kiblat x..klu cmtu kire solat hormat waktu ker n wajib qada x?

Balas
avatar

errrr....saya bkn ustazah mahupun guru agama...hihii
apa yg ditulis spt yg saya paste kat atas tu, utk solat dlm kenderaan bergerak, perlu mengadap kiblat. jika tak tahu arah kiblat, rasanya mungkin itu adalah solat hormat waktu - perlu qada' wallahualam.

Jika masa nak solat, arah kiblat tu ada lah belakang kita, agak susah utk kita membalikkan badan jika kita solat kat tpt duduk, memadai dgn pusingkan badan ke belakang setakat termampu dan angkat takbir, seterusnya pusing kembali bdn kita mengadap depan dan teruskan solat spt biasa (ini saya ambik dari kuliah UAI)

Cara nak tahu arah kiblat - tgk skrin dlm flight yg tunjuk peta dunia...blh agak2 kat mana Mekah dan yakin itu lah arah kiblat. tapi ada jugak flight yg tunjuk arah kiblat terus
wallahualam...kalo ada sapa2 yg blh tlg jawabkan...sila sila on

Balas
avatar

thanks bg info ni...
setahu sy solat menghormati waktu, dalam keadaan kita tak berwuduk dan perlu diganti semula bila dah bersih

Balas