Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Wednesday, December 27, 2017

SYDNEY & MELBOURNE : DAY 4

21-11-2017

YAY!!!! Aku sambut besday aku kat obersea tahun ni...

Pagi nya sblm hantar anak sedara aku ke airport, kami singgah kat Apex utk add nama aku sbg pemandu kedua...

Anak sedara aku beli muffin dan iced choc utk small celebration kat parking kereta Apex



Hantar dia ke airport - balik NZ sbb cuti dah abis...hahahaha...bye bye kakak...thn dpn jumpa lg

Drive balik ke Liv Apartment dan kemas beg. Check-out dan terus menghala ke Wollongong

Stop kat Bald Hill utk ambik gambar Sea Cliff Bridge. Sorang anak sedara aku join paragliding. 250aud utk sejam. Last year date yg sama (on my birthday) dia buat bungee jumping kat NZ....coincidence 


Drive via coastal road ke Wollongong, dpt lah memandu melalui sea cliff bridge ni. Jika ambik highway tak akan lalu sini

Corrimal Beach Resort actually before Wollongong Town, tapi kami ke town dulu utk lunch. Halal restaurant, ada dlm tripadvisor...sorry lupa nama apa. 

Kakak aku wat surprise birthday kat restoran ni (wpun tak surprise mana sbb aku dpt agak hahaha)...thanks everybody...dan kakak aku belanja lunch....wow ini lah meal yg paling mahal kot kami mkn sepanjang trip ni dan she's the one yg bayar....jgn menyesal tau....

Lps mkn kami check-in corrimal beach resort. Kakak aku booked yg blh access ke pantai, tapi pantainya sgt mengecewakan. Takder apa dan mcm pantai terbiar. Tpt ni mcm camp site, ada tpt utk caravan parking juga...


Pantainya dari chalet kami..

Lain betul size kami...

Malam tu kami dinner kat Jasmine Rice Thai Restaurant (juga ada disediakan mknan halal) dan shopping kat Coles (dpt ehsan dua kotak kosong utk isi brg souvenirs...luv ya)

Plan asal kami bermalam kat sini sbb utk tgk sunset atau pun sunrise tp dua2 tak dpt....
Read More

Tuesday, December 26, 2017

SYDNEY & MELBOURNE : DAY 3

20-11-2017

Ambik teksi ke Sydney Airport utk pickup kereta sewa. Punya la susah nak dpt teksi sbb kebanyakan driver teksi suh kami naik train shj. 

Aku lupa nak bawa lesen, terpaksa lah anak sedara aku jd driver pertama. Esok sblm dia balik NZ, aku kena dtg lagi sekali utk register nama aku sbg pemandu kedua. Benda simple dan senang jadi susah sbb lupa bawa lesen...arghhhh

Drive kereta (tanpa register sbg pemandu) ke Liv Apartment dan pickup semua org utk ke Blue Mountain.

panas terik...terpaksa pakai topi dlm kereta...

Drive ke Blue Mountain dgn doa byk2 supaya tiada masalah. 

First stop kat Featherdale Park. Mak aku dpt tiket senior citizen wpun bkn rakyat OZ. Kat sini dlm 2 jam, ntah apa depa tgk aku pun tak tau.



Kemudian ke Scenic World, drop geng2 muda dan kami ke Katoomba Town utk late lunch. Having kebab Lebanese yg sgt sedap. Serious sedap..

Selepas sejam setengah pickup geng2 muda semula dan terus ke Echo Lookout Point
all of us
mak aku berdiri sbb nak jenguk bwh....dlm famili kami mak aku paling tak gayat wpun umo dah 80 thn...ngalahkan yg muda...semua gayat...

yg muda belia ambik kesempatan duk wheelchair mak aku...konon makan kena duduk...
Dah start gelap dah...kami solat kat tpt parking shj. Drive balik ke Sydney. Singgah kat bwh Sydney Bridge utk ambik gambar


Tamat lah episod Sydney. Esok kami akan ke Corrimal Beach
Read More

Thursday, December 21, 2017

SYDNEY & MELBOURNE : DAY 2

18-11-2017

Highlight hari ini ialah coffee cruise. Booking siap2 melalui viator. Per person adalah aud47. Dlm cruise disediakan free flow coffee dan biscuits. Kalau nak beer ke wine ke kena bayar lain...hahahaha







Cruise ni dua jam. Penat la jgk duk tahan diri dari mabuk.

Dari circular quay kami jalan kaki ke darling harbour. Nak masuk sealife pulak. Tiket beli secara walk in so harga sikit mahal berbanding beli online. 






Kami lunch kat food court sealife. Order fish and chips. Sedap oooo

Pastu jln kaki ke hard rck cafe. Jumpa la dgn geng2 muda (3 anak sedara aku). Depa ambik Hop On Hop Off utk one day. Takder nyer depa nak ikut kami2 ni naik cruise masuk aquarium bagai. 

Ambik teksi ke Paddy's. driver tu tanya beberapa kali betul ke nak naik teksi sbb dekat jer tp sbb dah malas jalan kaki...teksi caj aud10 shj

Shopping lg kat Paddy's pastu jln kaki shj ke Liv Apartment. Mmg aku suggest la sapa2 yg dtg dgn family, blh consider utk duk sini. Selesa...
Read More

Tuesday, December 5, 2017

SYDNEY & MELBOURNE : DAY 1

Lama tak update blog....sekarang lbh senang upload gambar kat IG kot....baca blog kawan2 pun dah jarang2.....hihihi


17 Nov 2017

Flight kami lewat malam. Kul 11.40 mlm dari KLIA terus ke Sydney. Perjalanan 8 jam 15 minit. Kali ni aku pergi dengan 2 kakak, 2 anak sedara dan mak. Total 6 org dari KL dan anak sedara yg kerja kat NZ akan join kami menjadikan semua 7 org.

Nasib sblm bertolak kami dinner ala kadar kat mcd, sbb MAS hanya menyediakan refreshment shj masa mula2 naik. Katanya akan hidangkan heavy breakfast masa pagi nanti iaitu lg 6 jam. Huhuhu....dan refreshment yg kami dpt, spinach pie. Chicken pie dan abis. Sedih kan. Kami tak der la prepare roti ke apa sbb ingatkan dpt makan mula2 naik tu. Kesian pramugari tu, kelam kabut dia tolong kami. Akhirnya dpt jugak lah chicken pie 2 ketul share 6 org. Pastu dia bg crackers byk gila. Siap tapau...hihihi

Breakfast dpt nasi lemak ayam rendang. Takder la heavy sgt pun, tapi sbb mmg kelaparan gila, licin aku mkn.



Sampai airport, jumpa anak sedara aku yg dari NZ. Taxi yg kami booked pun dah ada. Tak sempat nak gi beli simcard. Kami terus dibawa ke apartment. http://www.livsydney.com.au/

Kami ambik apartment yg ada 3 bilik. Harga utk 3 mlm ialah RM4,350.24. Seorang bayar RM621.46. Lebih kurang RM208 utk satu mlm. Consider murah la sbb tpt ni bagus. Dekat kot ngan paddy's market...hahahah. Free parking dan byk kedai makanan halal sekitar ni.

dari liv apartment ke paddy's market




Lupa pulak nak ambik gambar master bedroom. master bedroom ada closet sendiri dan ensuite. Aku dan mak aku tido situ

Lps settle check-in (wpun byk drama antara tu...mat salleh yg keje situ nama George, dia tu hanya takut kat kakak aku jer...apa yg kakak aku ckp semua ok. Cuba aku yg ckp...asyik NO memanjang), aku dan 2 anak sedara aku keluar pegi beli lunch. Dekat sgt2. Nama restoran tu It's Time For Thai. Set lunch aud11. Bertabahlaaa....tp portion mmg dua org blh makan. 



Lps tu apa lagi....kami terus ke Paddy's Market. 

Malam tu kami cuma beli satu noodle set (Basa Fish Noodle) dari kedai cina muslim. Sedap...tp masin sikit utk aku. Noodle ni kami beli kat kedai2 area YHA Central.




Semua tido awal sbb penat...


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com