Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Friday, September 27, 2013

EUROPE TRIP DAY 7 (AMSTERDAM)

Mode of transport : tram, train
Hostel : Shelter City (eur25.65 per person per bed per night)
24hrs GVB ticket (tram and bus) : eur7.50 - dalam bandar amsterdam shj
Train : train return to Kook Zaandijk (eur6.30)
Places : Red Light District, Zaanse Schans, Hard Rock Cafe, Museumplein,

Unlimited GVB Travel Tickets - These are valid for a set period of time and allow you unlimited travel on the GVB network in Amsterdam day and night (GVB buses, metro and trams). There are a number of different periods available for purchase depending on how long you visit the city. The longer the ticket, the better value it becomes. There is also a cheap 24 hour ticket for kids as well. 2015 prices are:
Children's 24 hour ticket (age 4-11) €2.50 *
24 hours (1 day) €7.50
48 hours (2 days) €12
72 hours (3 days) €16.50
96 hours (4 days) €21
120 hours (5 days) €26
144 hours (6 days) €29.50
168 hours (7 days) €32

Perjalanan ke Amsterdam lebih kurang 4 jam setengah dari Brussels. Bas akan berhenti di Amstel, bukan Central. So dari Amstel perlu ambik train ke Central. Tambang eur2.60 sehala. Sebaik aja sampai Central kami terus cari tpt simpan brg. Keluarkan baju utk pakai mlm ni dan esok shj dan yg lain2 simpan dlm locker. Serius....tak larat weyy bwk beg yg berat nya hampir 25kg.

Seterusnya kami beli tiket 24h cadang utk start guna esok. Jln kaki ke Shelter City dan check-in.

Urusan check-in sgt senang, bayar dan terus dpt kunci bilik. Shelter City merupakan sebuah hostel bercirikan kristian, dan masa check-in, staf maklumkan pada kami ada satu sesi ceramah agama pada pukul sekian sekian sekian. Kami angguk sahaja. Dan breakfast disediakan percuma dari pukul 7 hingga 10 pagi.

Bilik kami di tingkat satu. Dalam bilik ada 2 double decker dan shower/toilet ensuite. Bilik was okay. Bilik air comel jer....kecik dan ngam2 jer...huhuhu...







Lps rehat seketika, kami keluar untuk cari roti utk makan malam. Masa mencari2 hostel ni tadi, aku ada perasan satu mini mart tak jauh dari hostel. Beli croissant (again) dan air. 

Aktiviti seterusnya....jeng jeng jeng....kami nak mengendap 'Red Lght District'. Tak sah kalau dtg Amsterdam tak dtg sini. Jgn salah faham...bukan nak menerima perkhidmatan mahupun menawarkan perkhidmatan, kami cuma ingin melihat sendiri perkhidmatan tersebut...hahahaha.

Untuk makluman, Shelter City berada di kawasan 'merah' ini. Malah selang sebuah jer yer...huhuhu...Ya Allah...jauhkan la bala Mu, aku cuma semalam jer kat sini...doa dlm hati.

Mmg betul seperti org kata, berderet2 kedai di kawasan ini menawarkan perkhidmatan tak senonoh ini. Kami siap di-offer oleh seorang bouncer utk masuk ke sebuah kelab 'homo'. Weyyyy lu apahal...mentang2 aku jln dgn pompuan, abis ko cop aku homo?? hahahhaha siap ckp melayu dgn kitorang. So paham2 sendiri lah....ada kot melayu/indonesian yg pernah masuk kat sini...

Kami sempat pusing sampai hujung dan patah balik ke hostel. macam2 yg dapat dilihat. Pompuan2 dlm aquarium tu nak kata cantik, tak la jugak. Besar bagak badan...

Dah balik hostel, kami mintak air panas, buat sup dan cicah ngan roti. Emmmmm sedapppp. Masa perjalanan balik ke hostel, aku perasan sblh hostel ada menawarkan massage. Aku apa lg, pantang dengar massage...terus la ke sana. Sekali ketuk, keluarlah sorang pompuan pakai bikini...wakakakaka. Dia pandang aku, aku pandang dia. Saling berpandangan lah kami. Aku dgn selamba tanya, foot massage? Dia terus geleng....hahahahaha....percaya tak itu sbnr nya rumah 'urut'. Aku ingatkan dah keluar dari daerah 'merah', maka kedai2 lain semua bersopan lah. Sangkaan aku salah... Tapi nasib baik dia geleng, kalau dia angguk dan aku pun masuk kedai tu...hahahahahah tidakkkkkkkk

Mkn malam kat amsterdam...
Terus balik bilik, mandi, solat, dan zzzzzz. Roomate kami dua org warga usa, aku syak black dari slang diorang. Tapi diorang takder black sgt kulit.  Dua2 badan besar dan tinggi. Aku dah wat special request masa booking minta katil bawah, maka diorang terpaksa tido katil atas. Wow...diorang guna kerusi jer utk lompat naik katil...bayangkan tinggi mana diorang...huhuhu

hujung jln tu lah red light district...tp siang lengang jer

---pagi esoknya

Bangun dan sarapan kat cafe dlm Shelter City. Free breakfast. Ada toast dan juga pancakes, coffee, tea dan juice. Pancakes dia takder lah sedap mana pun, tp kenyang laaa.



Lps breakfast kami terus ambik train ke Central dan beli tiket ke Zaanse Schans. Di sini aku copy paste maklumat dari wikipedia...Haga tiket return ialah €6.30

To get there, take a train to railway station Koog-Zaandijk. The ride is four stops from Amsterdam Central Station and takes 17 minutes. From there, it is a 10-15 minutes walk through the village of Zaandijk (just follow the signs). 

Alternatively, Connexxion serves the area with buses. Take bus 391 from Amsterdam Central Station which has its terminus right beside the main entrance of the Zaanse Schans. The bus ride takes you there in around 40-45 minutes and the bus leaves every 30 minutes (in rush hours even more frequently). The bus link at Central Station is at the bus station at the east side of the main station entrance, at the bridge. The buses are the only ones painted red, so you can't miss them. 

Nota : Tiket train (sprinter) perlu beli, tak boleh guna yg 24h tu (eur7.50). Yg tu hanya utk dlm bandar Amsterdam shj. 



Tempat ni sgt cantik. Pun mcm Brussels, tenang dan sgt2 tenteram. Blh hilang masalah. Mungkin kami sampai awal pagi (10 pg), maka aktiviti penduduk nya belum bermula. Tak lama kami kat sini, kami masuk rumah yg dijadikan tpt buat kasut kayu (clog), rumah tpt jual cheese, cuba aiskrim (eur1.50 satu kon), dan jln2 kawasan sekitar. Kalau nak masuk rumah yg ada kincir angin kena byr. Yg tu kami tak masuk. Bajet bajet. 

Lebih kurang 3 jam kat sini kami terus balik semula ke Amsterdam Central. Hasil tangkapan kat sini tak byk, habislah dlm eur20. huhuhuhu














Dutch abis..

Aneka keju...seram tgk kaler...
Panduan no.tram/bus

Dari Central, kami naik tram ke Museumplein. Lepak kat padang, gosip2 sambil mkn tengahari (beli croissant dan kopi kat train station).

Aku suka suasana mcm ni...tenang, sejuk dan sgt tiada masalah. Amsterdam adalah bandar kedua pilihan aku utk berhijrah apabila pencen...wakakakakak





Kami berjalan ke bangunan museum utk ambik gambar dpn I amsterdam (tpt wajip ambik gambar yer). Tapi....hahahahahaha....blh pulak museum tu under construction. Crane punya besar dpn bangunan tu. Cacat tau gambar ai (benci benci benci). 




Jalan lagi, kali ni kami mencari arah utk ke Flower Market. Tak tau lah yg kami jumpa ni betul ker tidak, tp acara soping diteruskan. Jumpa ayam goreng halal...huhuhu sedappppp eur2.5 utk 7 kepak ayam. Murah tak???? (Please jgn convert ke RM)

Ayam utk dinner dah ada, apa lagi ek....haaaa kali ni kami naik tram utk ke Hard Rock Cafe. Salah stop masa turun, tanya local people dan kami menapak ke sana. Mak aihhhh kecik benor HRC ni...beli baju sehelai (kwn kirim) dan kami rehat lg kat bangku sambil tunggu kul 6.30 ptg. Gossip kat padang td bersambung....


dari tpt kami lepak


Seterusnya kami ambik tram ke Central, pegi toilet, dan ambik beg dari locker, kami lepak pulak kat kaunter pertanyaan (errrrr bilik sbnr nya). Bilik tu ada air-cond, itu yg penting. Kami tunggu info platform utk City Night Line ke Zurich. 

Dah tau no.platform, kami melangkah dgn membawa beg yg berat ke platform 5. Train blm sampai, tunggu jer kat situ. 

CNL sampai dan kami naik ke coach (wagon) kami.....adoiiii sempit yg sgt2 sempit. Katil kami tingkat paling atas. Kebetulan time tu dah ada 2 penumpang lain yg duk katil tengah. Bila lihat kami terkial2 nak panjat tangga, diorang offer tukar tpt. It was so nice.  Ada jugak yg baik hati. Untuk makluman, aku memilih Couchettes yg ada 6 katil, maksudnya 3 katil bertingkat belah kanan dan 3 katil bertingkat belah kiri. Horror kan??? 


source :loco2.com

Sebelah coach kami adalah coach utk basikal. Kat situlah kami mkn mlm sambil berdiri. Utk pengetahuan semua, CNL tidak menyediakan coach utk kantin. Yg ada cuma mesin jual air. Sedih kan....seteruk2 KTMB pun still ada kantin?

Lps mkn, solat atas katil, terus tido tak ingat apa....sampai Zurich tepat jam 8.30 pagi.




Total expenses 2hari 1mlm kat Amsterdam:

1) shelter city 1 mlm (pp) eur25.65
2) train dari amstel to central eur2.6
3) 24hr ticket amsterdam eur7.3
4) train to Zoog Kandijk eur6.3
5) locker (pp) eur4
6) poskad & stem eur1.45
7) toilet eur0.5
8) FM holland eur3
9) KC (2) eur5
10) windmill souvenir eur4.95
11) clog souvenir (2) eur6
12) clog souvenir eur6.95
13) bell amsterdam souvenir eur4.95
14) t-shirt hrc eur26.45
15) mkn minum selama 2hari eur10.5

TOTAL : eur 115.80 (cash)

1) Bus dari Brussels ke Amsterdam RM36.31 = eur9

TOTAL : RM36.31 (credit card)


Read More

Monday, September 23, 2013

Bed bugs

Karangan bahasa melayu trip eropah terpaksa tangguh sbb aku demam panas akibat bed bugs...huhuhu ngeri tak? Aku lg ngeri okay..

Demam yg membawa ke sakit tekak seterusnya suara pun hilang...


Paling tak leh tahan, jumpa doktor dia sibuk duk tanya pasal trip...adehhh sib baik ko doktor...kalau la tahap2 misi jer, mahu kena sebijik dua...

Nota: dah byk hostel/hotel/b&b/guest house aku tido, tp ini lah kali pertama aku kena bed bugs...huhuhu gatal Tuhan jer tau...tergaru2 tak kira dpn sapa...abis gatal demam pulak.... nak maghrib jer demam....esok pagi sihat...mlm demam balik, lps dua hari terus hilang suara...huhuhu
Read More

EUROPE TRIP DAY 6 (BRUSSELS/AMSTERDAM)

Seawal jam 6 pagi kami dah tiba kat Gare Du Nord. Dari hotel cuma lbh kurang 5 minit berjalan. Train Thalys bergerak tepat pada masanya iaitu 6.30 am.  
Train Thalys yg membawa kami ke Brussels


Tpt sangkut kot
Tiba di Brussels Central lebih kurang 7.45 pagi. Kami simpan beg dlm locker dan terus berjalan keluar dari station mencari cafe utk breakfast. Jumpa satu cafe 'Antonio', ownernya sgt baik dan cafenya cukup bersih. Breakfast kami ialah croissant+hot chocolate+jus dgn harga €3.80 dan free utk guna toilet juga wifi.

Nota: Di Brussels ni ada 3 station yg bermula dari perkataan Brussels iaitu Brussels Central (centre), Brussels Nord (north) dan Brussels Midi (south). 

Jika nak ke Grand Place,  blh jalan kaki shj dari Brussels Central. Brussels Central juga station utama di mana semua train antara negara akan lalu sini cth dari Paris, Amsterdam dll. 

Manakala jika nak guna eurolines bus, station nyer di Brussels Nord. Perlu guna train dari Central ke Nord.

Tanya arah ke Grand Place dari owner cafe, kami menapak ke sana. Tak jauh pun dari Brussels Central.
Owner antonio tgh prepare breakfast kami

Lalu celah lorong2 kecil, dgn bantuan local, kami byk guna shortcut. Akhirnya sampai....nahhhhh gila besar bangunan....






The Grand Place or Grote Markt is the central square of Brussels. It is surrounded by guildhalls, the city's Town Hall, and the Breadhouse. The square is the most important tourist destination and most memorable landmark in Brussels. Wikipedia




Tempat ni cukup besar. Terkejut jgk tgk. Dah puas ambik gambar bagai, kami jln lg dan jumpa kedai jual waffles. Org kata kalau dtg sini jgn lupa mkn waffles. Hmmmmm....dan juga ada yg kata coklat kat belgium sgt sedap, disebabkan aku tak beli coklat, jadi aku order waffles yg ada coklat....hehe settle dua perkara

aneka pilihan...paling murah eur2 (yg aku mkn)

Kedai-kedai kat sini sgt comel dan persekitarannya sgt bersih, tersusun dan teratur. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, kwn aku beli coklat, aku cuma beli FM.

Jumpa satu kedai jual kebab dan frites. Kan Belgium pun terkenal dgn frites nya, maka kami pun rasa mesti cuba. Kebetulan kedai ni ada lekat signboard toilet. Maksudnya, hanya blh guna toilet jika anda adalah pelanggan. Kami apa lg, order frites dan kwn aku mintak sos mayonis....mak aih....frites kosong harga lain, tambah mayonis berdesup harga. Pastu tuan kedai bagi kitorang frites siap dlm bungkusan...ehhhh kami nak dine-in. Entah apa dia ckp kami tak faham, tp akhirnya dia mengalah bg kami duduk dlm kedainya. Tujuan asal nak guna toilet free terbantut. Cuak gak kot2 dia tak bagi...

Akhirnya kami singgah cafe Antonio (tpt kami breakfast) untuk pegi toilet. Per person €0.50. Bertabah jer lahhh. 

Perkara penting yg aku nak buat kat Brussels iaitu mkn waffles dan frites, semua dpt dilaksanakan walaupun waffles yg aku pilih sgt lah manis. Tak abis yer sbb rasa manis tu dah sampai ke kepala. Frites pun dpt rasa even terganggu emosi sikit.

manis sgt2
kedai frites yg kami singgah
 

Pengalaman singgah kat Brussels walaupun cuma 5-6 jam, aku rasa sgt berharga. Tak mustahil aku akan kembali lagi....








boleh tak nak ngaku sbg owner
Selepas hampir 3 jam meronda sekitar Grand Place, kami memulakan langkah ke Brussels Central utk ambik train ke Brussels Nord. Belum puas rasanya duk kat Brussels. Secara jujurnya, selepas 2 ibu kota (london dan paris) aku jelajahi, aku rasakan kehidupan yang tenang di Brussels sgt cool. Macam semua org takder masalah. Sempat bergurau dgn member bila pencen nanti aku nak berhijrah ke sini.

Dari Brussels Central kami ke Brussels Nord naik train. Aku dah lupa brp harga tiket, yg pasti kena beratur kat kaunter. Sambil beratur aku tgk ada sorang pekerja diorang baru habis shift, tgh siap2 nak balik. Dia ambik basikal dia dari dlm locker. Yer locker. Basikal dia jenis yg lipat2 tu dan muat letak dlm locker. Fuhhhh rasa nak beli satu. 

Aku tak perasan jika ada mesin jual tiket. Mungkin ada tp sudah pasti nak cari english ambik masa. Utk lebih senang beli jer kat kaunter.

brussels nord train station
eurolines bus at brussels nord
Bas Eurolines ke Amsterdam pukul 4.30 ptg. Tiket dah beli siap2 secara online, tingal lagi nak kena check-in sahaja. Naik bas pun kena check-in tau. Sistem bas kat sini kelakar. Free seating. Sapa cepat dia dpt pilih seat. Bas tak penuh pun. Bas agak selesa, dan yg paling best free wifi.

Yang tak best nya Eurolines ni ialah, beg semua kena simpan bawah. Even daypack yg kecik pun tak lps. Berterabur kejap kami kat bwh utk organize balik barang2. Aku cuma sumbat dm plastik jer aku nyer kamera, tab, wallet, passport dan air. Yang lain2 tawakkal byk2 letak kat bwh...






Pemandangan sepanjang jalan dari Brussels ke Amsterdam..

------------------------
Ok, now aku nak share cerita yg paling terharu yg jadi pada aku sepanjang trip ni...

Masa nak check-in ticket bus kena beratur, aku yg paling depan. Belakang aku ada 3 org. Wallet aku kepit bwh ketiak. Semua harta aku ada dlm wallet tu : duit byr hotel, duit poket, duit emergency dan passport. Kaunter tu tinggi, so bila aku nak ckp dgn diorang, aku depangkan tangan aku dan sangkut lengan aku kat kaunter. Aku lansung tak sedar yg wallet bwh ketiak aku ni jatuh sehingga lah org belakang aku tunduk dan ambik wallet tu, cuit aku dan hulur kat aku. Ya Allah....aku terus pusing belakang, lelaki yg belakang pompuan tu geleng2 pandang aku. Mesti dlm hati dia kata aku sgt careless.

Bayang kan, kalo pompuan tu ambik dan buat diam, mmg aku tak sedar. Time dia tunduk pun aku tak perasan. Berulang kali aku ckp thank you kat dia. Keluar jer dari situ, terus aku cerita kat kwn aku. Kawan aku tu duk jaga beg2 kami kat luar. Sekali aku nampak pompuan tadi ngan lelaki blkg dia tu duk sama2 kat bangku sebelah kitorang. Oh....must be her boyfriend/husband la kot. 

Ya Allah syukur sgt2....tak tehingga ucap syukur. Dalam bas pun aku masih duk terfikir2. Ni baru hari ke-6, ada lg 12 hari utk aku balik. Kalo lah takder rezeki aku time tu, mmg muflis aku... nauzubillah....

Style aku simpan duit ialah, aku asingkan duit dlm sampul duit raya - duit hotel, duit poket, duit emergency. Setiap hari aku cuma keluarkan sikit dari sampul duit poket utk kegunaan seharian. Duit tu pulak letak dlm beg kecik nipis yg aku letak dlm poket depan jeans. Duit2 lain yg dlm sampul raya tu kekal dlm wallet dan simpan dlm daypack.

Total expenses di Brussels
1) locker (pp) eur2
2) toilet eur1.5
3) poskad & stem eur2.25
4) shot glass souvenir eur4
5) FM (4) eur10
6) mkn dan minum eur7.30

TOTAL : eur27.05 (cash)

1) Train dari Paris to Brussels RM89.76 = eur22

TOTAL : RM89.76 (credit card)

>>> Amsterdam
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com