Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Sunday, June 14, 2020

TRAGEDI COVID-19

Pada Jan/2020 dah start kecoh dah pasal virus wuhan ni...time ni kalau jumpa cina kat mall...avoid. pastu my sister yg akan ambik alih jaga bonda masa trip aku, dah sebok tanya selamat ke nak pegi jln ni. dgn yakin aku kata benda ni kat china jer...hehehe

Feb/2020 aku dah mula start kumpul brg2 yg nak bwk pegi trip. beli stokin, disposable underwear, lotion, sim card dan akhirnya aku nak beli mask, pusing2 semua kedai...takder. selalu aku beli kat daiso yg jenis muncung itik tu, sbb pada aku yg tu lbh selesa, tak melekat kat muka. rak kat daiso yg selalunya penuh smpai tak tahu nak pilih yg mana, kini kosong. staf kat situ kata habis,stok blm sampai. masa ni aku dah mula rasa tak best, knp dah ramai yg start beli mask ni, adakah virus tu dah smpai sini. teori kwn aku, rakyat china yg keje kat sini sure ada sedara mara depa yg dah jd korban virus ni dan mereka lbh aware berbanding rakyat malaysia. aku masih relax, contact abg aku yg juga akan ke balkan seminggu sblm aku. dia dan wife dia join pakej. agen dia kata proceed as plan. okay....dia adalah penanda aras aku sbb dia ada agen...kalau dia kata tak selamat, then aku akan ikut.

Kertas pelapik tandas
Penimbang beg
Tikar plastik...utk lapik masa solat
Hanger 
Mac/2020...masa ni singapore dah byk kes. malaysia dah ada tp blm significant lg. aku tetap gi renew passport. masa kat kaunter utk collect passport...aku saja tnya pegawai kat situ, selamat ke nak gi ni. dia tanya aku negara mana nak gi, aku kata belah2 europe sana. dia kata ok, yg tak blh pegi hongkong, korea, jepun dan china. aku ckp kat dia aku nyer flight dari singapore, dia mula kelip2 pandang aku. dia kata  bersedia je lah kalau2 tak blh berlepas atau tak blh landing. krik krik krik

my travel buddy 2 akan ke romania bln april (urusan keje). so aku pun contact la juga dia tnya dia nyer kursus tu diteruskan atau batal. dia kata penganjur masih kata ok. masih ada sinar....lama aku diskas dgn dia. baik buruk dsb. kami sepakat nak gi inject influenza. mcm yg kami ambik masa nak gi india dulu. 

dua minggu sblm tarikh aku berlepas, aku gi pusat kesihatan universiti utk ambik ubat darah tinggi dan ubat2 lain yg selalu aku minta jika nak travel...heheheh. aku pun tanya la doktor, dia tak setuju aku teruskan trip aku. dia kata ni virus bkn main2. kalau aku nak pergi juga, balik nnti jgn terus masuk keje, kuarantin dua minggu. aku bincang dgn kakak aku...blh tak dia stay lg dua minggu slps aku balik sbb aku kena duk hotel atau somewhere la kan time tu. kakak aku kata ok, tp dah dekat nak puasa tu, so kesian plk kat abg ipar aku nanti, jd dia kena balik sebaik shj tempoh kuarantin aku tamat. settle discuss. aku pun dah start karang surat kat boss utk mohon cuti tambahan lg dua minggu.

tetiba kes kat europe naik mendadak. greece dan crotia dah ada kes. negara balkan lain masih zero case. aku dah mula cuak. aku call kakak aku, hold dulu kalau nak beli tiket dtg sini sbb aku tak sure jd pegi ke tak. abg aku dan wife dia, relax je sbb agen kata proceed. diorang dari penang dah smpai KL. flight esok mlm. 

sekali mlm tu abg aku call, trip dia cancel sbb border kat sana tak bg penerbangan dari malaysia dan negara2 asia masuk. abg aku dah ada kat rumah di sg buloh. diorang baru plan nak dtg jumpa mak aku sblm ke airport. terus tak jd dtg. dan esoknya...PM kita umumkan PKP start 18/3 selama dua minggu. tpt keje aku pun dah keluarkan notis tarik balik kebenaran ke luar negara. maka tanpa ragu2 lg....trip aku terpaksa ditunda. bermula la episod nak batalkan hotel dan semua booking yg buat kat sana.

semua hotel free cancellation, so tiada masalah. cuma satu hotel kat dubrovnik, aku dah buat bayaran. aku cuba guna isu covid-19 ni dah Alhamdulillah....dpt refund. hotel kat santorini travel buddy 1 yg tempah, aku suruh dia minta refund, smpai sekarang takder berita. mujurlah hotel tu tak mahal. private tour kat bosnia pun aku dah cancel. sedih org tu sbb dia kata negara dia masih okay tapi semua org dah takut nak melancong.


skrg nak deal ngan airlines plk. bukan mudah ya kwn2. perlukan kesabaran yg sgt tinggi. dah la time ni aku masih kena keje wpun PM dah umum pkp. 

1) scoot airlines : kul-athens (via singapore).
- dpt tukar tarikh
- tiada caj pertukaran
- kena tambah duit sbb ada fare diff
- aku tukar ke bln okt/2020 since oman air dan aegean bg tarikh sehingga okt/2020

2) aegean : athens-santorini-athens-zagreb
- ada tiga flight terlibat kat sini
- dpt tukar tarikh
- tiada caj pertukaran
- kena tambah duit sbb ada fare diff


3) oman air : istanbul-kul (via muscat)
- susah betul nak communicate
- nak tukar tarikh guna manage my booking tak berjaya
- aku tweet, message kat fb, email dan call kat centre dia, indian dari india yg jwb call aku. susah betul nak faham slang dia. nak gi ofis oman air kat KL, kita dlm pkp, kemungkinan tutup. 
- oman air kata flight tak cancel, so aku hanya blh tukar tarikh dgn byr penalty dan fare diff
- aku decide tunggu dulu sampai oman air yg umumkan flight tu cancel.
- seminggu sblm tarikh flight, baru dpt confirmation dari oman air, aku blh tukar tarikh tanpa caj kecuali fare diff.
- masa ni aku ckp kat member aku, bln okt pun rasa masih blm selamat utk travel. kemungkinan kita kena tunda lagi, so hold dulu oman air.


dua minggu lps, dpt plk emel dari scoot, flight aku bln okt dibatalkan. aku dpt two option, 100% cash refund atau 120% credit voucher. kami decide cash refund sbb kalau tukar tarikh baru, silap2 kena bayar lg sbb fare diff. asalnya tiket ni below 1k, skrg dah jd lebih. dah bukan low cost airlines dah...scoot email back dan kata process refund akan ambik masa 14 minggu....huhuhu sept ni baru dpt duitnya...

aku email oman air dan minta refund. dpt reply two options jugak sama mcm scoot. mula2 dia bg tukar tarikh sehingga jun/2021 (18 bulan dari tarikh aku beli tiket), tp aku kata tak mngkin aku akan travel before that, so oman tambah lg 6 bulan (until dec/2021). Aku ttp kata nak cash refund. Akhirnya oman kata policy dia kalau nak cash refund, akan diproses start dec/2020. so thn dpn baru dpt duit nya. Allahu...menduga betul kan??

Kes dgn aegean, mmg tak dpt sbb tiket aku non-refundable...hnya blh tukar tarikh. Kos kat sini almost rm700 sbb tiga tiket. Redha jer la....

So skrg kami menunggu dengan sabar refund2 ni semua.

Nak plan gi mana2 pun masih takut...dan rasa cuak.

Apa aku nak buat dgn euro yg aku dah tukar ni?? ada yg ckp suh simpan...but...kalau aku jual balik dan simpan dlm tbg haji atau asb, dpt gak dividen kan? kalau simpan kat rumah cari penyakit namanya tu...hihihi


akhir kata......selagi aku blm ada trip mana2, aku akan merapu mcm2 dlm blog ni...heheheh


Read More

Monday, June 8, 2020

RECAP SEMASA PKP

PKP start 18/3. tp sbb aku ni keje line essential la konon, kena keje juga sehingga 20/3 tp 19/3 tu big boss dah halau kami balik sbb dah ada yg merungut takut kena jangkitan. Sambung wfh...

So apa aktiviti aku sepanjang pkp? layan citer korea la apa lagi....hahahahah

Aku start tgk Dr Romantic 1, pastu sambung yg season 2.



Kemudian tgk pulak prison playbook...


Pastu tgk Reply 1988...


Dan tgk hospital playlist....yg mana baru abis minggu lps....sambungannya thn dpn...lama tu...


aku suka reply 1988 dan hospital playlist sbb takder penjahat pun dlm cerita tu. dengki khianat semua takder, baik dan harmoni jer depa. Mcm tak brp nak betul tp sbnr nya itulah kehidupan yg kita impikan....

Aku ada juga la tertengok citer The King Eternal Monarch yg minho belakon, wpun aku suka minho tp aku tak masuk mana dgn jln cerita gitu....otak aku mls nak pikir musim2 pkp ni...

citer hi bye mama pun ada tgk sbb dah lama tak tgk kim tae hee belakon, sekali sedih plk citer tu....ni yg aku malas ni...end up aku tak abis pun tgk sbb member aku kata ending dia tak best...hahahah

semenjak last week, sebaik shj hospital playlist abis....aku dah tak tau nak tgk citer apa...reply 1994 nmpak best tp aku tak suka go ara....hahhah dan aku tau chilbong (yys) bkn watak utama...hehhehe

masih mencari mangsa terbaru....hahahahha

lagu2 dari hospital playlist....


Read More

Tuesday, June 2, 2020

TRAVEL WITH FRIENDS VS TRAVEL WITH FAMILY

Aku mulakan dgn sejarah travel aku yg start thn 2008

Lokasi : mekah dan madinah
- pertama kali buat passport
- pertama kali isi permohonan ke luar negara
- pertama kali naik flight lebih sejam
- travel dgn mak; abg sulung dan family; kakak dan family; sorang kakak (semua sekali 11 org)
- semua diuruskan oleh pakej. Tahu2 dah sampai


2009
Masih takut2 utk travel sendiri so tak gi mana2

2010
Lokasi : hongkong dan shenzhen
- pertama kali join travelmate yg kenal dari forum cari.com
- jadi galang ganti sbnr nya sbb travelmate dia tarik diri pastu last minute join balik
- Semua iti travelmate susun. Aku ngikut jer
- agak frust sbb aku nak naik tram bertingkat kat hongkong tp dibakulsampahkan idea aku. Pada aku tram ni icon utama hk sbb dari kecik duk tgk citer hk,tram ni sentiasa ada
- aku bawa diri jln sorang2 masa hari last-kelam kabut member lain cari. Time tu mana ada wasap bagai. Phone pun kalau terima message kita yg kena byr, tak silap aku rm2 per text.
- serik dah nak travel dgn org tak dikenali..


2011
Lokasi : sydney dan melbourne
- lg sekali aku gi ngan kwn yg kenal melalui forum cari.com. Konon serik kan...hehhe
- iti pun travelmate sediakan
- sbb travel berdua maka dia takder la tinggalkan aku dan aku pun tak tinggalkan dia..
- semua ok sbb iti dia cover semua tpt yg mmg dlm list aku
- lost contact sebaik shj mendarat di LCCT
- hahahahhaa kwn masa tu je kesahnya


2012
Lokasi : jeju, busan, gyeongju, seoul
- kali ni gi dgn kwn aku masa sekolah
- first time jumpa after lebih 15 thn
- iti aku yg prepare
- belajar mcm mana nak book hotel, tgk street view utk check lokasi hotel, transport dll
- sgt enjoy dgn pengalam baru
- aku namakan dia travel buddy 1


2013
Lokasi : europe (8 negara)
- kali ni travel dgn kwn ofis plk..
- nak kata baru kenal tak jgk, dah lama kenal pun tak jgk. Dia kwn boss aku sbnrnya....level org atasan la. Tp masa birthday aku dia bg aku hadiah jam. What a surprise!! So aku rasa dia okay...hahahaha
- tarikh kami gi slps raya puasa, maka sepanjang bln puasa tiap2 mlm aku solat hajat minta dipermudahkan semua. Maklumla travel selama 18 hari dgn kwn boss aku weyyy. Hahahahha
- iti kami bahagi2 buat. Ada negara dia cover, ada negara aku cover.
- masa ni byk betul belajar mcm mana nak arrange semua ni. time ni rasa aku dah blh bukak bisnes travel agent ni
- sgt enjoy...satu pun takder yg tak best
- aku namakan dia travel buddy 2....sbb dari kwn boss dah jd kwn aku...hahahahaa


2014
Lokasi : nagoya, hiroshima, kyoto, shirakawago, tokyo
- pegi dgn travel buddy 1
- sbb dah kenal lama, semua jd senang
- iti masih aku yg prepare
- smpai ke sudah member aku ni pening dgn peta jepun dan nama2 bandar jepun...
- aku demam teruk masa nak ke kyoto dan hiroshima
- time ni baru nmpak kebolehan member aku organise jadual kami sbb aku flat gila babas time ni
- terima kasih tak terhingga kat dia sbb kalau ikut kepala aku dah lama duk rehat kat hotel je tak gi mana2


2015
Lokasi : mekah dan madinah
- second time pegi mekah dan madinah
- gi dgn family...7 org semuanya
- sbb faktor keuzuran mak aku, kami ambik pakej yg hotel dpn masjidilharam...byr lebih sikit
- semua ok....wrapping bag dpt tajaan dari sorang hamba Allah yg satu pakej...semua dia byr kan...


Lokasi : guilin,china
- Lg sekali dgn travel buddy 1
- kali ketiga trip dgn dia. dia dah faham aku, aku dah faham dia
- sbnrnya kami book cruise tp saat akhir dibatalkan
- ambik pakej sbb masa tempah cruise melalui agen so dia tak pulangkan duit tp tukar destinasi
- private tour
- sgt horror ok. Oleh krn aku selalu travel sendiri, iti sendiri, bila kena ikut pakej sgt la tidak best
- siap gaduh2 manja dgn travel agent yg kat malaysia sbb aku buat komplen


2016
Lokasi : north island, new zealand
- time ni aku dah sakit
- aku gi pun sbb famili ada sekali
- semua kakak aku yg arrange
- aku jd driver kat sana
- semua ok sbb jln dgn famili kan...


2017
Lokasi : india
- kali ni aku gi ngan travel buddy 2 yg time ni dia dah jd kawan aku dah..
- second trip dgn dia slps episod europe
- pun guna pakej sbb aku tak mampu dah nak susun iti
- sesungguhnya kalau ambik pakej...byk yg kurang...ada jer yg tak kena

Shimla
Lokasi : sydney dan melbourne
- trip kedua thn ni
- trip kedua dgn famili
- semua pun kakak aku yg susun...
- dia book hotel...tiket...susun iti dan segalanya...
- again...aku jd driver sepanjang kat sana


2018
Lokasi : Hokkaido dan Tokyo
- kali ni pegi dgn travel buddy 1 dan anak sedara aku
- trip bertiga tak brp best sbb susah nak cari bilik yg sesuai
- aku dgn member aku ni dah ngam dah sbb ni kali keberapa dah kami travel sesama....saling faham memahami...
- tp ni trip aku yg pertama dgn anak sedara aku.... Aku tak tau sgt style dia travel mcm mana...
- agak lain la sikit trip kami kali ni...selalunya aku dan member aku akan mkn besar (mkn kat restoran la maksud aku) sekali atau dua kali jer sepanjang trip kami...tp kali ni hampir setiap hari...sbb anak sedara aku suka mkn...terpaksala dua makcik ni ikut...
- terbabas jgk belanja sepanjang kat sana sbb asik mkn kat luar jer...
- dan hokkaido ada gempa bumi...terpaksa tido kat shelter...


Lokasi : London
- trip kedua aku ke london...
- trip ni sambung terus dari yg jepun...aku transit jer kat klia pastu terus naik flight ke london
- trip famili jugak...
- kakak aku jgk yg susun semua
- aku sbg driver
- kali ni aku seret curb dan menyebabkan kerugian hampir rm6000 pada kereta yg disewa
- mcm serik dah nk jadi driver
- syukur dan terima kasih sbb kakak aku tak salahkan aku...kalau travel dgn member2...ko rasa mcm mana? Diorang akan share kos kerugian ke ko sbg driver yg kena tanggung sorang2?
- aku tiada jwpn utk yg ni sbb sepanjang travel ngan my two travel buddies....kes mcm ni tak pernah berlaku...yg mirip2 pun tak pernah...harap2 takder la experience nya....nanti kacau hubungan...


2019
Lokasi : Turki
- trip dgn famili
- kakak aku arrange driver dan tour guide (aku dah serik nak drive)
- aku wat solo trip ke cappadocia
- semua okay



2020
Lokasi : patutnya balkan bln mac
- trip dgn travel buddy 1
- terpaksa tunda sbb covid-19
#stayathome

Kesimpulannya...aku travel cara aku...aku lebih suka plan sendiri dan buat bekap plan byk2..luckily dua member aku (member sekolah dan kwn boss aku yg skrg dah jd one of my best friend)...ikut jer aku. Tak dinafikan ada jgk la episod hati terguris tp cpt2 cover balik....pasal ambik gmbar pun blh kecik hati...lumrah manusia....janji tak simpan dlm hati...

my two travel buddies ni tak pernah berkira psl mkn...enjoy je mkn apa pun...kalau hari ni dah mkn mahal....esok mkn murah2...pernah masa kat europe kami mkn roti cicah sup segera stret dua hari....jimat punya psl...sbb apa...ada setengah org jenis yg nak mkn full meal...sanggup beli bhn masakan dan masak....oooo kalau aku tak la...ko dah penat2 ukur jln....pastu nak pikir nak masak plk....aku sejenis yg simple dan pemalas...benda2 mcm ni blh jd penyumbang kpd pergaduhan...lbh baik elakkan....jd kan faktor pemalas tu sbg reason ko utk mkn benda yg tak perlu masak yo yo or...setakat masak maggi ke masak sup segera ke ok laaaa....tp kalau smpai nak buat nasi lemak bagai tu....adoiiii not my cup of tea la...

But again...ni personal opinion aku...lain org lain cara travel...cth anak sedara aku...dia suka mkn...bkn suka masak...jd diheretnya kami masuk hampir semua restoran halal kat sapporo...pasrah...nak marah kang kecik hati...last2 aku yg minta maaf kat travel buddy 1 sbb lari bajet....heheheheeh

Dan lg satu...my two travel buddies ni tak berkira psl duit...aku plk yg jd kerani akaun diorang sbb kena buat book keeping setiap hari....kalau nak menipu blh sgt...depa akan byr jer brp aku ckp...hahahah....aku plk yg kdg2 naik angin sbb bila tnya mana resit...hilang. Abis tu brp aku nak kira kalau resit hilang?? Benda2 ni pun blh buat gaduh tau. Pendekatan terbaru....kami akan bahagikan sapa byr apa. Cth kalau aku byr transport....kwn aku akan byr mkn...beza tu byr la balik....harmonikan kaedah...

Dan travel sesama ni kdg2 blh jd pergaduhan kalau interest tak sama...mcm pengalaman aku gi HK...depa suka shopping tp aku nak sight seeing....salah aku sbb main join org...so redha la...tp dgn my two travel buddies ni...depa sejenis manusia yg tak suka shopping tp suka santai2....kesian jgk kdg2 sbb aku yg buat iti...packed iti aku....takder masa nak lenggang kangkong...tu yg ada masa depa akan sound aku....hehhehe....tarik nafas dan enjoy yourself....ko yg buat iti bkn iti buat ko...adjust here and there...

Trip dgn family was good sbb semua kakak aku uruskan....aku hanya jd driver setia shj....dan kalau kakak aku yg sorang lg join....kakak aku ni yg akan masak dan kemas2 semua....ada tugas masing2...aku happy jer sbb aku dah drive kan...hahhahahah

Cuma kalau trip dgn famili....kena sediakan modal yg byk....sbb hotel2 yg kakak aku tempah akan ambik kira faktor kesesuaian mak aku....ada access utk wheelchair....bilik ground floor atau bangunan ada lift...dll. Jln pun kena ikut speed mak aku...kalau mak aku nampak dah penat....jom balik rehat....hehehheh...sbg driver aku kena sentiasa bersedia...

Mak aku suka shopping.....jd pengajaran nya....pilih la lokasi yg ada tpt shopping....mak aku tak hepi dah tgk laut2 bagai...gunung2 semua tu....dan mak aku suka cruise....aku plk yg tak tahan mabuk...

Kesimpulannya trip dgn famili lebih kpd khas utk menggembirakan mak aku. Interest sendiri tolak tepi...

Read More

Monday, June 1, 2020

RAYA 2020

Mak aku je dah ready...org lain sebok apa tak tau..

Family abg sulung dan mak...
Check dulu apa2 pun....
Apa2 yg berlaku raya tetap raya. Kakak dan abg ipar aku dtg dari kelantan masa kerajaan bg kebenaran rentas negeri dan stay kat rumah anak dia dan dtg rumah kami hanya pada pagi raya jumpa aku dan mak aku sbb kami berdua dlm category high risk. Mak aku ada mslh jantung dan warga emas manakala aku plk ada darah tinggi yg kena mkn ubat setiap hari. 

Utk raya aku tempah satay dan lemang manakala kakak aku tempah roti jala dan gulai ayam. Anak buah aku plk masak nasi minyak style terengganu dgn acar sekali dan juga bihun sup. Meriah la jugak menu kami.

Aku siap2 beli hand sanitizer dan anak buah aku pinjam tembak suhu kat dahi dari ofis dia. Persediaan sbb ramai anak buah aku yg bujang yg duk area KL/Selangor akan dtg beraya. 

Malam raya kami angkat meja mkn dan letak kat luar rumah sbb tak nak cramp sgt dlm rumah. Semua org kami tak bg masuk. Dtg mkn dan off they go. Cuci tgn pun luar rumah. Bila dikira mmg tak lbh pun 20 org sbb yg dtg semua Lone Ranger. Yg kawen cuma sorang je dtg. Yg sorang lg, kami tak bg dtg sbb dia keje TM. Tak cuti pun sepanjang PKP. Mngkin dia sihat tp carrier. Agak bahaya utk yg lain. Wpun nmpak kejam tp terpaksa. 

Abg sulung aku pun dtg wpun kami fhm kalau dia tak dtg. Dia dtg pun sekejap je. Tak sampai setengah jam pun. 

Mlm tu rumah aku kembali sunyi. Bertiga balik.

Hari raya yang ringkas tp tetap meriah. Yg penting thn ni aku tak byk keluar modal utk duit raya...hehehehe
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com