Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME
Showing posts with label melbourne. Show all posts
Showing posts with label melbourne. Show all posts

Monday, May 30, 2011

day 4 (melbourne) 30 May 2011

Flight ke Melbourne jam 9pagi. Ambik train dari Circular Quay ke Domestic Airport (aud15), Lps check-in, breakfast kat McD, kali ni aku ambik waffle. Flight delay, kul 12 baru boarding. Adoiiii abis masa kat airport tuuu.



Sampai jer epot, ambik sky bus ke Melbourne. Harganya aud26 (return trip). Keluar jer arriving hall, akan ada satu booth utk beli tiket. Beratur dan bayar, lps tu tunggu sky bus ni kat bus stop. Bus ni akan bawa kita sampai ke Southern Cross Station, kuar dan pegi kaunter tiket dan ckp nama hostel kita. Kena duduk sekejap, tak lama pun pastu nanti diorang akan jerit nama hostel dan ckp van mana yang kena naik.  Sampai hostel, terus check in. Kami booking bilik (dorm) kat Greenhouse Backpacker. Sedikit info psl guest house ni:

  • Lokasi - sgt best. hostel lain tak leh beat. jalan kaki jer nak ke flinders street station. 
  • Staff - okay lah, takder lah sombong gila
  • Cleanliness - aku bagi 3/10 utk dapur. 1/10 utk bilik, ya...bilik aku sgt lah teruk.
  • Bathroom - okay, bersih. Cubicle utk shower dan toilet, tp dlm toilet mmg takder air...eeeee
  • Bilik - again aku ingatkan, 1/10 okay. Kami pilih dorm dan dpt 5 beds dorm, tinggal katil atas jer belum berpenghuni. Keadaan bilik sgt kotor, roomates yg dah duk sebulan kat bilik tu, dgn baju dia bersepah dan beg besar melintang area dpn katil. chessss aku nak jln pun susah. Sepatutnya hostel tak leh letak kami yg short stay ni dgn yg long stay, aku ada komen kat tripadvisor, manager dia reply kata, we have a variety of rooms available, not only dorms. ehhhhh!!!???? nak kata what you pay what you get la tuuu....issshhhhhh
  • Breakfast - free every morning, bread, toast, jam, coffee and tea.
  • Hall - sgt besar dan semua org lepak dan sembang kosong. Ada free pc with wifi, ada pool, tv, mega size map of Melbourne dan all the info pasal Melbourne dan Australia. Kat sini sempat sembang ngan satu mamat dari Msia, dtg semata2 nak menjejaki girlfriend. Layan lah citer frust dia, sian jugak kat mat ni. Hensem tp sengal...
  • Lift - ada 2 tp satu jer leh guna. Satu lg out of service kata dia.
  • Access card - utk masuk ke every level dan jugak bilik. Bilik kitorang kat level 2 (which is mixed floor) tp bilik kitorang ladies only. Bukan mixed. Tapi terperanjat gak sambil lenggang2 jln ke bilik air, ayoo terserempak la pulak ngan mat salleh kuar bilik.

Greenhouse Backpackers, Melbourne

Lps check-in kitorang ambik free tram utk ke garden. Nama lupa, sbb aku bkn lah begitu tertarik dgn garden2 ni, just ikut jer la rentak lady.






Stop kat Victoria Parliament, ambik gambar. Pusing balik (free tram) ke flinders street station.. Beli Lord of The Fries harga aud3.95, lepak2 dpn tu sambil mkn dan jlan sampai ke Yarra River. Melbourne tak lah se-busy Sydney, dan ramai chinese, a lot.









Malam pertama kat Melbourne, aku tak leh tido sbb katil aku asik berbunyi bila aku pusingkan badan. Siap bergoyang lagi. Klasik betul bunk bed ni. Bilik takder window means ko agak2 jer lah nak bangun bila. Rasa cam dah lama tido tu, ko bangun. Hah sekali dah kul 8 pagi.
Read More

Sunday, May 29, 2011

day 5 (melbourne) 31 May 2011


Naik free tram pegi Victoria Market. Kat sini mmg semua free. Utk attract tourists kata dia. Tapi ramai gak Australians yg guna kemudahan free ni. Aku beli t-shirt utk famili dan key-chains utk kwn2 ofis, nyesal tak beli masa kat paddy's market (sydney). Kat sana lagi murah, beza lah 2-3 dollar. Lps soping segala, naik free tram lg utk pegi Muzeum. lady kata ada show psl Tutankhamun (anak cucu Firaun). Tiket mmg mahal, pastu show ntah laaa, bosannn




Pergi outlet kat Harbour Town Shopping Centre. Barang mahall ooo, mampu tgk jer. Jalan2 kat Waterfront, pastu balik.

Keseluruhannya, kat Melbourne aku lansung tak spent duit utk transport. Naik yg free jer, dan semua tpt mmg dekat2, area CBD, nak gerak pun senang.



tram free...minah tu tgh potong kuku...hehehehe

seni ker?

Makanan halal pun senang dpt. Lunch kat Zam Zam Restaurant (indian dishes), tekak laju jer telan, nasi kan. Heaven rasa bila dpt mkn nasik after 5 days tak sentuh nasi. Camner nak dtg sini? sori aku takleh nak explain sbb aku ikut jer bontot lady. Aku mmg fail tgk map, so 100% kepercayaan aku bg kat lady. Jauh gak berjalan, aku rasa lady pun berhenti kat stop yg salah, heheheh tp takper kenangan tu. Sempat singgah kat lorong yg ada lukis2 tu, snap snap snap, jalan lagi, lady berhenti nak pos poskad (well, bagus gak idea lady, dia akan hantar poskad utk diri sendiri, kenangan kata dia sbb akan ada stamp dan cop gedegang pej.pos kat stamp tu, aku rasa blh implement utk next trip aku), berhenti kat kedai2, dan last sekali baru sampai zam zam restaurant. Dah penat, tibai jer nasi beriani sepinggan. Sedap? boleh laaaa

zam zam restaurant

 
Read More

Saturday, May 28, 2011

day 6 (melbourne) 1 June 2011

Hari ni acara nya ialah mengikut rombongan ke GOR (Great Ocean Road). Van dtg ambik kat hostel, same as Sydney. Yg ni murah, sbb beli masa offer. AUD38 utk one day course (includes morning tea and lunch).

Trip ni sgt sgt sgt best. No words to describe it. Just enjoy the view.

Mula2 jom berkenalan dgn binatang paling glamer kat oz ni....



ni lah coach yg kami naik....

view dari coach
pastu stop kat bells beach..





Teruskan perjalanan...akan lalu kat tpt2 mcm ni dan jumpa tpt2 mcm ni...




Kemudian stop lagi...kali ni aku tak tau nama beach ni apa...



Gerak lagi....view sepanjang jln...









Pastu stop makan....sebelum tu tour guide ada edarkan senarai menu utk kita pilih...nanti sampai jer restoran tu, makanan dah siap dihidang....terus ngap...

menu aku...tetap fish and chips

bandar yg kami singgah utk makan



Perjalanan diteruskan....mengantuk pun yer sbb dah makan kenyang. Stop lagi kat satu national park. Ada pokok maha besar dlm hutan ni...




Gerak lagi....adoi wpun penat tp sgt seronok sbb view mmg cantik sepanjang jalan. Kemudian sampailah kat sini...










Seterusnya stop kat sini pulak








tpt terakhir sblm balik ke melbourne....time dah gelap dah....rugi pegi masa winter


Cuma satu tpt jer kami tak sempat pegi iaitu London Bridge sbb matahati terbenam awal sgt, kalau pegi pun tak dpt nampak apa sbb sdh gelap. 

Overall...trip ini sgt best with the best tour guide. 



Sampai melbourne dah kul 9mlm, sempat soping last minute dan beli kebab for our dinner. 

Balik bilik, kami gunggang2 berkemas sbb esok pg dah nak ke epot. Lady sempat call shuttle bus utk pickup kami kul 7pagi.
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com