Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME
Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

UMRAH 2015 : MEKAH

Alhamdulillah....lbh kurang kul 8mlm kami sampai ke mekah. Hotel kami berada di depan masjidil haram maka masa solat maghrib dan isyak, laluan ke hotel ditutup. Kami terpaksa jln kaki melalui terowong ajyad. 

Dah dpt bilik, kami mkn dulu dan seterusnya ke masjidilharam utk selesaikan umrah. Perlu tawaf, saei dan tahallul.

Team leader dan anak sedara aku bawa mak aku utk tawaf di mataf dan saei tingkat bawah. Kami yg lain ikut ustaz mutawwif tawaf dan saei. Lbh kurang kul 12 mlm selesai semua. Alhamdulillah.

Balik bilik rehat dan tido. Lupa nak ckp....aku nampak mawi masa kat lobby hotel. Dia menginap di Dar Al Eiman. 

Hotel kami....selesa sgt2. Kami dpt family deluxe. Ada 4 katil dan ada living area. Paling best ialah lift. Tak pernah pun lebih seminit tunggu lif.


Bilik kami yg dah start huru hara...


Aku tak ambik byk sgt gambar. Ini pun yg korek2 dari wassap family. Sapa nak tgk the real pic hotel ni blh lah gi website dia sendiri. Apa yg aku ambik ni sgtlah tidak adil utk hotel ni. Hahhaha

Kami kat sini 6 mlm. Disebabkan duk 4 org, kena ambik turn utk masuk bilik air. Kdg2 waktu subuh sempat dua org jer mandi. Lg dua org mandi slps breakfast...hahahah. Tp kan serius weyy....duk kat mekah mmg kita jarang berpeluh. Wpun berpeluh tp tak busuk. Baju pun blh pakai yg sama utk dua hari. Aku la tu....sbb malas nak mendobi. 

Lagi satu....jgn lah duk pikir pelik2 dlm hati. Allah byr cash kat sini. Pernah sekali, masa tu duk tunggu solat subuh. Aku solat la sunat dulu. Sblh aku ntah bangsa apa dari negara mana aku tak tau. Dia baca bacaan solat tu punya kuat. Bunyi shuh shih  shuh shih. Hilang konsentrasi aku. Bila dah imam angkat takbir utk solat fardhu, aku pindah tpt sbb tak nak terganggu lg dah. Sekali ya Allah....dia dtg duk sblh aku. Pasrah...

Lg satu psl sejadah. Masa kat malaysia lg aku duk ckp kat mak aku yg aku nak guna sejadah yg selalu aku bwk travel. Byk kenangan tu. Bila dah smpai mekah, sejadah tu hilang. Tak dpt dikesan. Nangis gak aku. Mak aku ckp...ko asik bwk dia merata. Bila dah sampai mekah dia tak nak balik lah. Adusss yer ker?

Lagi cerita....abg aku hilang selipar. Sbbnya...dia pi niat dlm hati nak wakafkan selipar kat masjid. Betul...keluar jer masjid selipar org lain ada, yg dia shj hilang padahal dia nyer plastik paling bawah.

Moralnya: ini tanah haram. Berhati2 dlm perbuatan, fikiran, niat utk sesuatu.

Tak byk story nak cerita psl umrah sbb ini travel utk beribadat. Harus kena konsentret. Hahhaha wpun ada sikit2 rasa hati nk bkk dramania utk tgk episod baru maids.

Time aku pegi weather mekah sejuk. Pakai sweater gak la. Agak selesa utk solat terutama bila tak dpt masuk masjid dan kena solat kat dataran. Aku dan mak pernah solat zuhur kat dataran. Alhamdulillah...tak panas.

kebun tamar

bukit uhud


makam saidinina hamzah r.a


Lg 2 hari nak balik, mak aku start demam dan dlm penerbangan balik mak aku batuk2. Melarat sampai masuk SJMC. Masuk ccu dua hari sbb sesak nafas dan 2 hari kat wad jantung. Doktor takut wabak mers-cov, tu sbb mak aku kena quarantin. Tp alhamdulillah semua selamat. Mak aku dah okay dan aku miracle nya...lansung tak batuk dan demam. Tak mcm balik dari jepun...huhuhu ngeri bila ingat balik pengalaman kat jepun.

Read More

Friday, March 20, 2015

UMRAH 2015 : MADINAH

Spt dlm entri sblm ini, aku ada ckp yg tarikh kami berangkat diubah dua tiga kali. Sepatutnya tarikh 18 Feb tapi jemaah penuh. Yg ini direct ke Madinah. Kami cuba merayu tp akhirnya kami diberi tarikh baru iaitu 22 Feb penerbangan ke Jeddah menggunakan MAS. Ok...fine...blh gak kumpul enrich...hahhahh

Ok now cerita agak over sikit...hihi...ok period aku agak tidak normal. Bln Jan dtgnya 4hb so aku bajet utk bln Feb paling lambat dtgnya 8hb lah. Sekali sampai 10hb pun ia belum memunculkan diri. Adehhh suspen gak ni.

Aku terus jumpa doktor dan dpt ubat nama Gyenaecosid. Ubat ni blh utk mempercepatkan haid dan juga blh melambatkan depend pada cara mkn. Aku mkn sebiji sehari selama dua hari. Pada 13hb ia tak muncul jgk. Makin suspen. Aku pun gi jumpa lg sekali doktor. Doktor pun gelabah jgk siap geleng2 kepala. Dia kata kena tunggu dua tiga hari sbb mcm degil jer kan. So next appointment aku adalah 18hb.

Aku cuti keje sepanjang tempoh tu saja nk hilangkan stress. Antara punca haid tak normal adalah tekanan, bkn aku ckp tp doktor ckp. Hahahha Yer mmg tertekan pun. Abis jer closing ujung thn bersambung plk dgn gst. Heemmmm

Alhamdulillah 18hb tu dia dtg. Rasa gembira yg amat. Pastu aku kira2 tarikh nak ke Mekah iaitu 22hh...means time aku kat Madinah akan ada jgk yg aku tak dpt solat jemaah. Terpaksa redha...ini jgk ujian dari Allah. Kalau umrah 2008, aku cuma sempat solat sekali shj di Masjid Nabawi sbb uzur...kali ni aku doa supaya dpt solat lebih lg. 



Bertolaknya kami 6 org bersama peserta yg lain. Dlm grup kami ada 4 org vvip. So mereka suami isteri naik business class. Kami rakyat marhain naik lah ekonomi. Seat penuh. Boeing 777-200 dan seating nya adalah 2-5-2. First time naik yg mcm ni.

Kami 4 org dpt yg seat 5 manakala abg aku dan wife dia dpn kami. Flight kul 3.30 ptg. Mmg tak leh tido sbb bkn time tido kan...maka aku pun tgk lah movie big hero 6. Tetiba ketawa aku memecah kesunyian. Lawak tul citer tu. Mak aku dah jegilkan mata...hihihi yer ar nk gi umrah pun sebok lg dgn cerita. Aisshhh mak aku tak tahu aku siap download running man episod baru lagi cuma tunggu mak aku lelap jer. Hahahahah

5 minit sblm landing, pramugari dtg ckp yg mak aku kena turun last sbb wheelchair. Ok. So bila dah semua org turun barulah kami turun. Aku dan mak aku naik bas khas manakala yg lain naik bas biasa utk ke terminal. Dah settle semua imigresen ngan ambik beg, kami dah suspen. Mana grup kami yg lain? Team leader pun xder. Abg aku dah start angin. Sabar2 kita dah sampai mekah ni.

Keluar jer kat hall, kami cuba call team leader. Dlm sebok2 tu dtg satu pak arab. Mintak passport dan dia angguk2. Lps tu dia call sapa ntah dan kemudian ckp kat kami suh tunggu kat situ. Aishhh lg suspen dgn pak arab ni. Time tu jgk kami dpt ckp dgn team leader. Rupanya diorang salah terminal. Patut ke terminal haj tp bas hantar diorang ke terminal international. Nasib baik pak arab tu tlg call kawan dia dan dari situ baru lah kami dpt ckp dgn team leader. 

Tak abis lagi ni.....bila geng2 yg salah terminal tu dtg kat tpt kami utk pick up kami dan juga claim beg2 diorang, beg2 tu dah selamat dibawa ke terminal lg satu. Ya Allah....sekali lg terpaksa patah balik ke terminal tu. Dah mcm saie dah rasa. Ulang alik ulang alik. Patutnya semua settle dlm 3 jam kami ambik masa hampir 5 jam. Maka sampai ke Madinah agak lewat. Sampai2 jer azan subuh dan yg lain2 bergegas ke masjid tinggal lah aku sorang2. Hemmm nak mandi hadas pun tak sempat. 

Hotel kami di Madinah adalah Mercure Hotel. Bilik kami adalah utk 4 org. Ada satu katil king dlm bilik dan dua extra bed kat living area. Siap bg free espresso. Melantak sorang2 aku sbb yg lain tak reti minum kopi. Hihihihi



First lunch kami bersama grup dari indon. Maka lauknya ala2 indon/jawa la. Mungkin ada ahli grup kami komplen maka slps tu kami mkn kat hall lain. International buffet. Meriah wokk. Siap ada lamb chop bagai. Haishhh mau bertambah gemukss ni. 

Dipendekkan cerita....aku dpt solat jemaah di masjid nabawi lebih byk dari thn 2008 dgn bilangan mandi hadas yg byk jugak. Dlm sehari ada sampai 2 kali mandi. Selalunya zuhur dan isyak dpt berjemaah.

Camner nak explain ek....gini lah. Cth masa bangun tu ada, aku skip subuh. Dlm kul 11 tgk bersih. Aku mandi dan siap2 utk gi zuhur. Bila nak gi asar tgk ada balik. Asar maghrib skip. Lps tu tgk dah bersih cpt2 mandi dan gi isyak. Aku byk tolak wheelchair mak aku, itu yg kejap ada kejap takder. Byk guna kederat weyy tolak wheelchair ni tmbah pulak nk mengelak dari langgar org. Bertabah la bila lalu kat tpt2 peniaga jual brg tepi jalan. Konar baring beb...hahhaha pasrah je mak aku dgn driver ni. 

Shopping kat Madinah. Byk jgk aku melabur kat sini. Beli sejadah kat kwn2 ofis. Beli kurma, beli mainan utk cucu sedara dll. Abis jgk dlm 300 riyal (RM97=100 riyal).

Hari keempat kami bertolak ke Mekah iaitu slps solat zuhur. Niat di miqat Bir Ali. 

Bersambung.....

Read More

Thursday, March 5, 2015

Umrah 2015 : VISA UMRAH

Alhamdulillah.....kelmarin selamat tiba di klia jam 11.15 pagi penerbangan dari jeddah ke KL.

Pada awal perbincangan hanya lima org sahaja yg plan nak pegi umrah. Tapi entah knp tetiba terdetik rasa nak ikut sama. Lantas call abg sulung yg uruskan tempahan pakej utk tanyakan blh tak nak ikut. Alhamdulillah...masih ada seat kosong. Tarikh berangkat ditukar 2-3 kali. Pada awalnya kami memilih penerbangan terus ke madinah memandangkan mak yg sudah tidak sihat. Tapi kita hanya merancang Allah yang menentukan. Kami akur dgn penerbangan ke jeddah. 

Sebelum tu meh nak kongsi cerita pasal mahram. Rasa semua tahu kalau perempuan yg bawah 45 thn perlu pergi dgn mahramnya, sama ada suami, ayah, adik beradik lelaki, datuk dan ke atas.

Prosesnya ialah...
A) perempuan bawah 45 thn pergi dgn BUKAN suami
1)  perlu ke JPN untuk buat pengesahan surat beranak jemaah dan mahram
2) surat kebenaran (letter of consent) dan ditandatangani dpn pesuruhjaya sumpah oleh ayah kandung/suami/saudara lelaki yg tidak pergi bersama
2) pengesahan sijil mati bg jemaah yg ayah sudah meninggal dunia dan guna mahram adik beradik

B) perempuan bawah 45 thn pergi dengan suami
1) ke pejabat agama untuk mengesahkan surat nikah

Slps itu proses pengesahan kesemua dokumen tadi di wisma putra. Tapi ini akan diuruskan oleh travel agensi.

Secara ringkasnya, oleh kerana aku guna mahram abg kandung dan ayah sudah tiada, perlu sahkan surat beranak aku dan abg aku serta surat mati arwah ayah di JPN. Lps tu abg sulung perlu isi surat kebenaran dan tandatangan dpn pesuruhjaya sumpah. Jgn risau nanti semua ni akan diterangkan oleh wakil travel agensi. 

Ini kali kedua aku akan menunaikan umrah. Dulu pegi thn 2008. Sudah hampir 7 thn berlalu. 

Alhamdulillah....panggilan baitullah tetap hadir...


Masjidil haram masih dlm renovation...agak mencabar jugak utk solat di dalam masjid. Sejam sebelum azan pintu masjid sudah ditutup. Perlu solat di tingkat atas atau di dataran sahaja. Dgn wheelchair mak aku, agak sukar utk kami ke tingkat atas. Terpaksa redha solat di dataran shj. 

Kami pegi menggunakan pakej dari yha travel & tours. Sgt tip top pengurusannya. Jemaah kami cuma 30 org. Hotel kami di al gufran. Cuma 50meter shj ke masjid tp mcm aku ckp kat atas la...sejam sebelum azan pintu dah tutup. Jd duk dekat masjid pun tak menjamin dpt masuk solat kat dlm.

Bila dah hujung2 umrah...kami memilih shj solat di masjid hotel. Mengikut ustaz, kerajaan saudi dah keluarkan fatwa supaya semua hotel yg berada disekeliling masjidil haram perlu buat surau di tingkat satu dan surau itu blh solat ikut imam masjid mekah.

Solat di dataran...


Dalam surau hotel...


Jabal Rahmah...masjid terapung jeddah, dan airport


Read More

Thursday, April 24, 2008

umrah with FAMILY (24 April 2008 - 6 Mei 2008)

Selepas beberapa lama berdiskusi antara kami, maka hari bertolaknya telah pun diketahui. Hehehe.....ni pestaim aku nak pegi overseas, pestaim nak naik flight yg lebih sejam perjalanan, pestaim nak kena wat passport dan pestaim isi borang ke luar negara kat jabatan aku. hahahahahaha

Kami pegi 11 org, plus ada lagi 8-9 org dari keluarga lain. Kami pegi secara pakej. Ketua rombongan utk family kami adalah abg sulung aku.

Dipendekkan cerita, kami pegi menggunakan Saudi Arabian Airline terus dari KLIA ke Madinah. Balik dari Jeddah ke KLIA menggunakan airline yg sama.

Hari pertama :
Bertolak dari KLIA ke Madinah pukul 3 petang. Flight stop over kat Dammam untuk 2 jam. Sampai di Madinah jam 9 mlm waktu tempatan. Ustaz Faris jemput dan bawa kitorang ke Hotel Al-Fayroz. Dalam perjalanan ke hotel, aku dapat nampak Masjid Nabawi. MasyaAllah, cantiknya. Dari hotel cuma 5 minit berjalan kaki ke Masjid Nabawi. Makan malam dan rehat.

Hari kedua :
Oleh kerana aku uzur, maka aku tak pergi solat Subuh. Selepas sarapan, aku dan Nani pusing2 kat kedai2 yg berdekatan dgn hotel. Tak beli apa2 pun. 

Aku duduk kat hotel sorang diri masa semua org pergi sembahyang Jumaat. Aku pandang dari tingkap hotel, nampak byk sgt burung2 berterbangan. Terdetik dlm hati aku, pernah tak burung ni berak kat sapa2.

Lunch dan rehat.

Slps isyak, wan, kak shimah, kak je, kak na, nani, shasha, mimi dan aku sama2 pegi Masjid Nabawi untuk menziarah makam Rasulullah. Alhamdulillah, masa ni aku dah boleh solat. Slps dibenarkan masuk ke Raudhah, aku sempat sembahyang sunat dan berdoa. 

Hari ketiga :
Pertama kali aku dpt solat fardhu secara berjamaah di Masjid Nabawi. Aku betul2 hepi. Masa aku solat sunat, aku perasan ada org tarik2 telekung aku. Aku wat tak tahu jer. Lps semayang tu, baru aku tau yg telekung aku kena najis burung. Ya Allah….baru smlm aku terfikir psl ni. Betul lah kata wan, kat tanah haram tak blh celupar mulut.

Sarapan dan terus pergi ziarah sekitar Madinah. Pergi Masjid Quba, kebun kurma, makam Saidina Hamzah r.a,  Masjid Qiblatain dll.

Aku, kak na ngan mimi cuma wat ziarah selamat tinggal pada makam Rasulullah dari luar masjid Nabawi kerana uzur. Suboh tadi aku dah solat, bila nak solat Jumaat, ianya ada balik. Pasrah...

Makan tengahari dan terus bersiap2 untuk bertolak ke Mekah. Pukul 3 petang kami bertolak menuju ke Mekah. Walaupun aku masih uzur, aku tetap berniat umrah di Bir Ali, dgn harapan bila dah masuk Mekah, ianya dah kering. Lps berniat ihram di Bir Ali, bas meneruskan perjalanan. Oleh kerana salah seorang ahli rombongan kami mengalami cirit birit, bas terpaksa berhenti di Medical Centre di tengah2 padang pasir. Dua jam kami kat situ.

Masing2 penat dan tak sedar pun bila dah masuk Kota Mekah. Lebih kurang jam 11 mlm kitorang sampai ke hotel. Slps check-in, makan mlm, dan aku sekali lg mandi hadas, kami terus ke Masjidil Haram untuk habiskan umrah pertama kami.

Pertama kali pandang Kaabah, Ya Allah, terasa aku begitu kecil. Perasaan aku kosong. Dalam kepala aku tak ada fikir apa2. Aku pandang jer Kaabah.

Selepas abg mie bagi penerangan cara2 nak tawaf, aku, wan dan nani, kak je dan kak shimah berpasangan untuk tawaf. Udara cukup sejuk masa ni. Slps tawaf, kami terus saei. Tumit aku dah mula rasa ngilu. Slps tahallul, tamat sudah umrah aku yg pertama. Oleh kerana hotel kami agak jauh dari Masjidil Haram, maka kami buat keputusan untuk tidak balik ke hotel tapi beriktikaf di masjid sementara tunggu Suboh.

hotel al-hijjaz, mekah




Hari keempat :
Sarapan dan rehat. Solat zuhur aku tak pergi ke masjid sbb kaki aku dah mula bengkak. 2 biji pain killer aku telan untuk tahan sakit. Asar aku pergi masjid. Slps asar, kami ditukarkan ke hotel lain yg agak dekat dgn masjid. Cuma 3 minit jer dari pintu King Fadh. Makan malam dan rehat

Hari kelima :
Selepas sembahyang suboh dan sarapan, kami dibawa melawat sekitar Mekah. Pergi Ke Jabal Thur (tempat persembunyian Rasulullah dari Kafir Quraisy), Jabal Rahmah (tempat pertemuan Adam dan Hawa), Mina, Mudzalifah dan lalu jer kat 3 Jamrah. Mutawwif, Ustaz Hafiz cuma menunjukkan Jabal Nur (tempat wahyu yg pertama diturunkan kpd Rasulullah s.a.w) dari dlm bas dan kami lalu di kawasan makam Siti Khadijah.

bukit tu dikenali sbg bukit pemanah

bekas tapak tpt perjanjian hudaibiyah

jabal rahmah
Kemudian singgah di Ja’aranah untuk niat umrah. Aku sembahyang sunat tahayatul masjid dan Dhuha.

Oleh kerana aku dah rasa badan ada sikit panas, hidung aku pun dah berdarah, maka aku tekad untuk tawaf dan saei lps Asar.

Kali ni aku diuji lg sekali...


Sebelum sembahyang Asar, spek aku kena pijak dan pecah. Naper pulak spek aku kena pijak???kuasa Allah Yang Maha Agung, sblm tu hati aku mengomel, apalah kak na ni, dlm masjid pun nak pakai spek hitam, tu nampak ker tak nak semayang ni, tak sampai 5 minit, spek aku kena pijak ngan org turki, org indon yg duk sblh aku suh aku ckp ngan org turki tu, tp aku kata tak apa, sbb masa tu aku tahu, aku yg salah, ni satu ujian utk aku, boleh tak aku bersabar..... 

Aku dan nani sama2 selesaikan umrah slps asar. Walaupun penglihatan aku dah tak jelas sbb spek takder, tp dgn bantuan nani kami selamat tawaf, dan sempat menjenguk ke dalam kawasan tapak Nabi Ibrahim. Kemudiannya kami saei di tingkat atas, pelan2 jer aku jalan. Sempat abiskan 2 round baca Yassin, semata-mata untuk larikan fikiran dari fikir psl kaki sakit. Elok jer abis tahallul, azan Maghrib. Bersesak2 kami untuk naik ke tingkat atas. Kami berwudhuk di tepi tiang masjid dgn air zam-zam yg dibawa nani kerana kesuntukan masa. Slps Maghrib, kami lepak2 di dalam masjid tunggu Isyak.

Hari keenam:
Selepas Suboh, aku temankan wan dan kak na untuk saei. Sempat aku tolong guntingkan rambut seorang bangsa asing untuk tahalul. Pahala besar, wan kata. Balik dan rehat. Aktiviti seperti biasa.

Hari ketujuh :
Selepas suboh, kami dibawa ke ladang unta. Aku beli satu botol susu unta. Entah bila lah aku nak minum. Slps tu kami dibawa ke Hudaibiyah untuk niat umrah. Disini lah tempat bersejarah perjanjian Hudaibiyah diadakan. Terdapat sedikit kesan-kesan peninggalan bangunan batu yg cukup unik.

Sampai ke hotel, waktu masih awal. Kami terus ke masjid untuk tawaf dan saei. Kali ini, aku dan nani, kak je dan kak shimah, kak na dan wan.

Nani cadangkan kami saei sambil membaca Quran. Kali ni kami saei di tingkat bawah. Jemaah agak ramai. Saei mcm biasa, aku slow jer. Aku dan nani paling last abis. Lps tu kami cuba cari tpt2 yg agak strategic untuk sembahyang zuhur. Kami ingin nampak Kaabah dari tempat kami sembahyang.
Lps jer aku ambik wudhuk....aku pegi belakang satu tiang utk pakai stoking, tetiba jer muncul sorang auntie, aku rasa mungkin dari india, dtg salam ngan aku dan cium tgn aku, tak pernah lg org yg lg tua dari aku cium tgn aku, dgn muka terperanjat aku cuba utk senyum.

Lps zuhur, balik ke hotel, mkn tengahari.

Hari kelapan :
Kami dibawa ke Tanaim untuk niat umrah. Sampai ke masjid, kami teruskan tawaf dan saei. Kali ni aku dan kak je, kak na dan kak shimah. Nani dan wan kurang sihat dan mereka berehat di hotel.

Aku dan kak je dpt solat sunat tawaf dlm Hijir Ismail. Alhamdulillah. Saei pun aku slow jer. Sempat stop untuk telan pain killer. 

Hari kesembilan :
Pertama kali aku solat fardhu Jumaat. Seronok sgt. Begitu sayu bila tgk jemaah lain mengaminkan doa imam. Bagusnya jika tahu bahasa arab, tentu syahdunya lain sikit kerana memahami bacaan doa yg dibacakan.

Pihak caterer sediakan nasi briyani daging kibas utk kami. Adus, aku tak makan kambing. Tp aku diamkan aja. Selepas tgk kak na makan ikan, baru aku tahu, ikan pun ada. Sedap sgt ikan yg disediakan, besar dan segar.

Hari kesepuluh : 
Sekali lagi kami dibawa ke ladang ternakan unta kerana ada ahli rombongan yg belum ke sana. Tapi kami tak turun, cuma tengok dari dalam bas.

Singgah di Hudaibiyah untuk niat umrah. Tak sempat untuk sembahyang tahayatul masjid kerana terlalu ramai jemaah lain.

Kemudian kami dibawa ke Muzium Mekah. Setiap org kena bayar 30 riyal untuk masuk. Abg mie belanja. Hari Khamis, kami telah diberitahu oleh Ustaz Raja bahawa proses untuk membuat lawatan ke Muzium Mekah dan Kilang Kelambu Kaabah sedikit sukar kerana perlu memohon kebenaran daripada pihak berwajib. Jika nasib kami baik, kami boleh mengunjungi kedua-duanya. Akhirnya, 2 bas dibenarkan ke Muzium Mekah manakala 2 bas lagi dibenarkan ke Kilang Kelambu Kaabah.

Pada awalnya kami ingin selesaikan umrah sebelum Zuhur, tetapi kami tiba di hotel agak lewat. Lps asar baru kami tawaf. Kali ni aku dan wan, kak na dan mimi, kak shimah dan kak je. Aku dan wan sempat solat sunat tawaf dlm Hijir Ismail. Saei mcm biasa, aku slow sgt. Tp kali ni aku lupa nak telan pain killer. Kaki mcm kebas. Bengkak.

Aku dan wan dpt sembahyang Maghrib betul2 dpn Kaabah. Dari tempat aku berdiri aku boleh nampak pintu Multazam. 

Alhamdulillah. Balik ke hotel hantar wan sbb wan tak larat, dan aku pegi balik ke masjid utk sembahyang Isyak.

Hari kesebelas : 
Aku ke masjid untuk sembahyang Suboh seorang diri. Kak na ngan kak shimah ingat aku tak sihat dan ingin sembahyang Suboh di hotel  jer. Masa berjalan, tak putus2 aku berdoa, Ya Allah.... temukan lah semula jln balik ke hotel, hari ni aku akan balik ke Malaysia, aku tak nak menyusahkan org kalo aku sesat kat sini.amin

Aku sembahyang di tingkat atas kerana tingkat bawah sudah penuh. Dan aku selamat sampai ke hotel. Alhamdulillah.

Pukul 8.30 pagi kitorang ramai2 pegi tawaf wida’. Masa ni Tuhan jer yg tau perasaan aku. Ya Allah…murahkan rezeki aku….panjangkan umur aku supaya dpt lg mengunjungi Kaabah Mu…. 

Pukul 10.30 pagi kitorang bertolak ke Jeddah. Selamat tinggal bumi Mekah….bumi yg penuh barakah. Setitik air mata aku gugur bila kami melalui  pintu gerbang menandakan kami sudah melepasi tanah haram...

Kitorang sembahyang qasar Zuhur dan Asar di Masjid Terapung. Makan tengahari di airport Jeddah.

Wan, abg mie, kak shimah, shasha, kak na ngan abg lut dpt tiket sementara aku, kak je, nani, mimi, dan naim semua dlm waiting list. Tiket kami blm confirmed. Puas bertekak dgn pak arab, diorang tetap tak nak release tiket kami. Akhirnya, wan, abg mie, kak shimah dan shasha balik dulu. Yang lain termasuk aku, dibawa ke hotel di Bandar Jeddah. Penerbangan kami dijangka 3.30 pagi 6 mei 2008. Dugaan kami terpaksa bermalam di Jeddah.

Hari keduabelas :
Sarapan dan pusing2 di Bandar Jeddah. Nasib baik dlm hand luggage aku ada sehelai jubah, bolehlah dipakai untuk balik. Kami shopping di satu mall di Jeddah. Aku beli sepasang baju tidur harga 20 riyal. Ok lah….

Jam 11 mlm, pihak travel agent dtg jemput kami dan bawa ke airport. Berlaku satu insiden yg bg aku agak lucu. Cab yg pertama, aku..kak na ngan kak je naik. Sbb badan aku kan "kecik", so aku mengalah untuk ambik seat dpn, sblh pemandu. Sekali pak arab tu marah aku "hena....hena..." dgn tgn nya tunjuk seat belakang, wakakaka....rupanya kat Jeddah, perempuan TAK BOLEH duduk dpn. Abg Lut rileks jer duk depan dlm teksi lg satu. Pengalaman sungguh...heheheh

Masa untuk cop passport  aku kena tahan. Terpekik2 pak arab tu cari muhrim aku (abg mie). Jenuh aku dan abg lut explain pada pegawai tu yg abg mie dah balik mlm sebelumnya. Akhirnya kami terpaksa jumpa pegawai lain, Alhamdulillah dpt settle. Passport aku pun dicop.

Masa untuk naik kapal terbang, sekali lagi aku ditahan psl muhrim. Selepas diorang baca catitan yg ditulis dlm passport aku, aku dibenarkan naik kapal terbang. Cuak wehhhh…. Abg lut saja sakat aku yg aku ni dah tak boleh malaysia sbb pegawai imigresen dah tahu aku belum kawen. Ada can dia nak dpt biras pak arab kata abg lut. Hemmm...

Hari keempat belas :
Sepanjang jln aku tidur....masa boarding pun aku dah tertidur....sedar2 kak je kejutkan aku utk mkn, penat sgt, tp sempat kidnap set sudu garfu flight, wat kenangan.

Jam 4.30 pm waktu Malaysia kami selamat sampai di KLIA.

Nothing much to say, just say Subhanallah.....

hotel hilton berhadapan dgn pintu masuk masjidil haram - pintu king fadh
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com