Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME
Showing posts with label Paris. Show all posts
Showing posts with label Paris. Show all posts

Thursday, February 7, 2019

PARIS 2018

14/9/2018

aku dan kanak2 riang ni ambik train eurostar ke paris..
the earliest train...5.40 pagi waktu london

sampai paris gare du nord kul 9.17 pagi waktu paris...
paris dan london beza sejam...paris awal sejam dari london

kami beli one day pass bus hop on hop off...
betul2 mcm tourist...heheheh

pusing la bandar paris...
kami stop kat beberapa tempat...







kami ambik train balik ke london jam 9 mlm...
make sure sampai awal sbb kat sini passport kena check...

mak dan kakak aku??
depa gi shopping kat harrods...
nak nangis bila tgk mak aku shopping beg ted baker 3 bijik....nak kasi kat dua kakak aku (yg tak ikut kami ke london) dan sorang kakak ipar aku...hahahaha

sakan mak bonda shopping...
takper...janji happy....

Read More

Tuesday, September 17, 2013

EUROPE TRIP DAY 5 (PARIS)

Dengan berbekalkan maklumat dari staff hotel, kami berjalan mencari The Basilica of the Sacred Heart of Paris, commonly known as Sacré-Cœur Basilica (info dari pakcik google). Pusing punya pusing, kami jumpa cafe yg jual breakfast croissant+hot chocolate dgn harga €2. Waaa ini sudah cukup murah...terus beli dan minum kat bus stand. Sadis kan?.. 

Misi mencari church ini diteruskan...

Pertengahan jalan, belum sampai lg basilica tu, jumpa pulak satu kedai. Pompuan kan...biasalah...masuk beli tshirt (€19 utk 2 helai) dan FM (€10 utk 6 kpg) seterusnya jalan lagi hingga lah sampai. Plan nya aku nak beli bag, percaya tak baru masuk hari ke-5, aku dah kena beli beg...hahahaha...ada sbb lain sbnr nya

Dah sampai gate nak masuk ke basilica...Ah sudah...jumpa pulak mat itam duk jual2...kali ni jual gelang tali pulak...ramai betul lah kaum diorang kat sini...seram nyerrrr

Tapi sblm tuu sempat lg masuk kedai2 jual souvenirs berderet tepi tu, ada yg blh berbahasa melayu pun, mat bangla biasalaaaa. Sempat lah soping FM...€10 utk 4 pieces...beli poskad jugak stem.



Dan skrg aku pun melepak la kat bangku bawah basilica ni...tak kuasa aku nak memanjat tangga naik atas, kwn aku naik lah, aku kat bwh asik duk perhatikan gelagat org ramai. Ada yg posing kat tangga, lepak kat kwsn berumput dan mcm2 lg lah...seronok perhatikan gelagat org...


Bentuk kubah ni mirip binaan masjid, kalau takder salib kat atas tu mmg sah mcm masjid.

Lps hampir 1 jam kami kat sini, kami melangkah ke metro yg berdekatan. Beli tiket one day €6.60 (blh guna utk metro dan bas jugak), kami menuju ke Museum Le Lourve, tpt di mana potret monalisa diabadikan.

Kami tak tahu mcm mana kami blh sampai kat entrance museum, kami ikut org dan juga signage dan terus nampak org ramai beratur. Kami ikut beratur dan walla sampai dlm museum. Kwn aku siap naik eskalator pegi tkt atas nak check pyramid kristal tu. Confirm betul. Rupanya bila check semula, kami sampai melalui Rue de Rivoli (entrance dari dlm mall). Kejap jer beratur wpun ari tu masuk free. So aku suggest sapa2 nak cepat, better ambik entrance dari sini sbb kalo yg masuk dari piramid, mak aihhhh gila panjang q. Tapi tak tau lah kot kami yg bernasib baik.




Q dari luar...sgt panjang okay


Museum ini sgt besar, ada beberapa section yg menempatkan karya dari kesenian islam, egypt, greek, roman dll. Kebetulan hari kami pergi adalah hari ahad, maka tiada bayaran masuk dikenakan. Free on sunday org kata. Dengan itu, umat manusia cukuplah ramai, berhimpit2 utk cuba mengambil gambar potret monalisa dgn lbh jelas.

Ini jer yg aku mampu ambik...



Kami keluar dari piramid tu dan lepak2 kat dataran kejap sambil makan roti. Tak perasan pulak aku lupa nak ambik gambar berlatar belakang piramid ni. Ishh ishhh ishhh





Kemudian kami meneruskan perjalanan ke street yg jual brg2 berjenama iaitu Champs-Elysee. Mula2 kami jalan kaki, lps tu rasa mcm membazir pulak beli one day pass, terus kami naik metro kat Concorde dan turun slps dua station. Pastu sambung jln kaki. Byk cafe2, cinema dan butik2 jenama terkenal sepanjang jln ni.  Siap duit jer yer...

Kami lunch di sebuah kedai halal, harga bila dine-in kat sini berbeza dgn take away. Satu pinggan kebab dan fries serta roti dan coke, terbang €17.50. Huhuhuh mewah nyer aku mkn....

Lps dah kenyang, sambung lg perjalanan. Berjalan sampai ke hujung, nanti akan jumpa Arc De Triomphe tu. Dari sini kami naik bas no.30 utk balik ke hotel. Sgt senang...bas agak selesa dan aku cukup suka naik bas. Dengan tak sengaja kita blh lihat bandar paris. Kami balik awal ke hotel sbb nak berkemas, esok dan nak masuk Belgium...

Tiket hari ni : eur6.60 (one day pass). 

Cover : 1 trip metro ke museum louvre + 1 trip metro dari concorde ke tgh2 champs-elysee + 1 trip bus balik hotel.


sapa tak kenal???


Lps abis packing, kami ke Gare Du Nord, saja nak tahu platform mana kami kena naik train utk esok. Pusing pegi mini mart ujung station, dan masa berjalan balik, ramai nya mat itam duk bersidai dpn station. Seram...pada aku tpt ni tak selamat jika jln sorang2 waktu mlm...suasana nya mcm kat petaling street atau chow kit....

Sekali lg dinner dgn maggi dan milo panas....


dpn tu jer bus stop....dekat sgt2


hotel cambrai (double room with bathroom)

Total expenses di Paris (2mlm 3hari)

1) Hotel Cambrai 2mlm (pp) eur65
2) one day pass eur6.6
3) bus to eiffel tower eur2
4) bus to hotel eur2
5) poskad & stem eur1.15
6) bagpack eur25
7) FM (4) eur10
8) t-shirt (2) + FM (6) eur20
9) KC (11) eur10
10) mkn dan minum eur26

TOTAL : eur167.75 (cash)

1) Train London - Paris RM215.24 (credit card)

>>> Brussels
Read More

Monday, September 16, 2013

EUROPE TRIP DAY 4 (PARIS)

31-08-2013 (SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA!!!)

Mode of transport : Eurostar (London to Paris), Bus & subway (around Paris)
Hotel : Hotel Cambrai (eur65 per person for two nights)
Places : Day 1 (Arch De Triomph, Eiffel Tower) ; Day 2 (Sacre-Coeur Basilica, Museum Le Lourve, Champs Elysee)

Huhuhu aku sambut merdeka kat london u thn ni....hahahaha

Lps settle urusan check out, kami jalan kaki ke St.Pancras Station utk ambik Eurostar ke Paris.


Amboi...siap scan bagai....tp train ni mmg best. Laju dan lansung tak perasan bila lalu tunnel ke Paris...2 jam lbh kurang sampai lah kami ke Paris Gare Du Nord. Station ini yg akan menghubungkan semua train international mcm nak ke Belgium, Germany ataupun Italy. 

nota: perlu ingat, dtg lebih awal dari waktu tiket sbb beraturnya blh tahan panjang

st.pancras station

Hotel Cambrai adalah tpt tidur kami di Paris utk 2 malam. Dari Dare Gu Nord cuma 5 minit jln kaki.


Check-in hanya blh lps kul 1, tapi blh tinggalkan beg tanpa caj. Kami jln2 sekitar tu cari kedai makan. Jumpa satu kedai kebab halal...sedap...€6.50 set dgn coke.

Settle check in dan solat, atas bantuan staf hotel cambrai kami naik bas no.30 menuju ke Arc De Triomphe. Tiket bas kalo tak silap aku €2, tp sbb kami tak tahu perlu byr pada driver, maka kami dgn selamba saja naik ikut pintu tgh. Tak byr pun, tp jap lagi ada lah habuan kami. Allah itu maha adil.

arc de triomphe

Arch de triomphe ni terletak ditengah2 bulatan (roundabout). Untuk sampai ke sini boleh guna laluan bawah tanah, lebih selamat.









Apa snbr nya arc ge triomphe ni? Apa yg aku ditulis dlm wikipedia, ia adalah tugu peringatan yg dibina bagi memperingati pejuang2 yg gugur. Mungkin sama mcm tugu kebangsaan kat kuala lumpur la kot. Setiap tiang yg bercantum menjadikan satu segi empat tu sbnr nya ada maksud bg setiap satunya. Nama2 parajurit diukir di sepanjang tiang ni. Dikisahkan, abu mayat Napolean pernah diarak disini.

Lepak kejap dan ambik bas 31 ke Eiffel Tower. Kali ni kami byr tiket bas kat driver. Sebut saja Eiffel Tower, dia dah faham.

dari jauh

Lama kami lepak di dataran menghadap Eiffel Tower sambil tgk satu kumpulan street dancer menari dan nyanyi lagu Michael Jackson.

Ramai betul mat itam duk jual2 souvenirs Eiffel Tower. Semua dtg suh kami beli keychain dan ckp one, one euro. Org kelima kot yg dtg, baru kami beli, kami beli 10 dan byr €10, dan aku saja2 mintak satu free. Tak sampai lima minit, dtg satu lagi mat itam jual keychain yg sama five for one euro. Aku ingat salah dengar, dtg lagi mat itam, pun ckp benda sama.

Ya Allah, tadi aku naik bas tak byr tambang, terus kena cash kat sini €8. Insaf sekejap.

Jadi pada semua, kalo keychain spt di bawah ni, harga nya cuma €1 utk 5-8 ketul, kecuali yg dpt dari aku, harganya adalah €1=1...huhuhu



dah dekat dah....GILA besar

bye bye ...hingga jumpa lagi


Kami tunggu sampai mlm utk tgk Eiffel Tower bermandikan cahaya lampu. Cantik sgt...terpegun kejap.



Kemudian kami ambik bas no.31 utk balik ke hotel dan bas berhenti betul2 dpn pintu hotel. Seriously, betul2 dpn pintu hotel, lima langkah jer nak masuk hotel. 

Ambik air panas kat hotel dan masak maggi utk mkn malam. Dapur terletak satu tingkat bawah dari tpt reception, agak sunyi dan agak scary. Kami cepat2 ambik apa yg kami nak dan terus ke bilik. Hotel ni ada lif tapi kecik sgt2. Hanya muat 3 org shj sekali masuk.

Hotel ni takder aircond, so kena bukak tingkap bg angin masuk, agak bising dengan kereta lalu lalang kat bwh dan jalan ni adalah laluan ambulan.

Nota:kalau bukan tpt ni dekat dgn gare du nord, mungkin kami akan pilih hotel lain...

Tamat hari pertama kat Paris..

>>> Paris Day 2
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com