Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Sunday, August 21, 2016

Singapore : One day trip

Fikir punya fikir tak tahu nak gi mana utk releasekan tension mak aku, aku cadangkan gi singapore, lagipun aku pun belum pernah jejak bumi temasek ni,..

Kami stay di Sentral Hotel, JB (yang belah tanjung puteri). Ramai yg confuse dgn JB Central Hotel yg kat tgh2 bandar. Harga utk 2 malam, family room dan breakfast adalah RM340 (termasuk gst). Reasonable price bagi aku. Aku tak nak ulas lebih2 pasal hotel ni sbb masa check-in dah bagi aku panas hati. Bilik okay, bilik air pun okay tapi towel...adussss jenis stok towel beli kat pasar mlm. Nipis dan tak gebu lansung. Breakfast boleh tahan dgn menu hari pertama nasi lemak dan mee goreng, roti bakar, cereal, bubur, coffee, tea dan jus. Hari kedua pulak semua sama kecuali tak ada nasi lemak dan mee goreng tapi tukar dgn nasi goreng dan bihun goreng. 




Kami bertolak dari rumah pukul 10 pagi dan sampai JB pukul 2.00. Guna khidmat google maps, senang jer nak locate hotel. Proses check-in tersgt lembap. Aku tak tau apa masalah diorang, tapi semua org mcm kena paksa utk kerja. Sudahlah proses tu ambil masa, lps tu bilik family room belum sedia. Kena lagi menunggu. Mak bonda dah start bebel2 dah. Std la, hotel murah....saja aku kuatkan suara bg diorang dengar. Akhirnya duty manager keluar dan dia sendiri naik jumpa house keeping utk check bilik. Lps 20 minit tunggu, baru kami dpt bilik. Huiiihhh, tak pernah lg aku kena mcm ni even ambik backpacker atau budget hotel. Kalau kita check-in awal kira logik la tp aku check-in dah kul 2.45, itupun bilik belum ready...

Lps dah rehat semua, kami keluar pusing2 JB. Asalnya nak masuk komtar, tapi aku tersilap masuk parking city square ke apa ntah yg sblh komtar tu. Mkn malam kat situ jer sbb ada chicken rice shop. Senang sbb mak aku suka. 

Pagi esok, lps sarapan driver kami sampai utk bawa kami ke Singapore. Aku booking melalui satu web, utk one-day tour kami kena caj RM800. Kereta honda city. Semua kos covered kecuali mkn dan bayaran masuk tpt2 lawatan. 

Janji kul 8.30, lps jemput kitorang dari hotel, driver gi topup autopass card dulu, gi tapau breakfast dia dulu dan baru gerak masuk. Lebih kurang kul 10.30 baru sampai singapore. Tpt pertama kami gi Sentosa Island. Ini tak ada dlm itinerary, tapi aku request lain. Driver drop kan kami dan bagi masa sejam utk pusing2. Boleh pulak aku lupa nak masuk gift shop USS. Bukan ada benda lain nak buat pun, kami melepak jer dpn globe USS tu dan lepak lagi kat ground dpn Casino (hikss). 






Lps tu driver bawak kami ke Merlion Bay dan bagi kami setengah jam utk pusing2. 




Kemudian dia bawak kami ke garden by the bay. Mak aku suka pokok bunga, dan driver kata better masuk dalam dome tu sbb ada tulip. Bila tanya kat IC, tulip takder tapi ada orkid. Boleh laaaaa. Beli tiket utk satu dome shj dgn byrn sgd16 per person. Driver bagi kami sejam tapi rasanya dekat sejam setengah jugak kami kat situ. 












Kemudian kami ke Bugis St. Driver kata kalau nak shopping souvenir kat sini murah, tp menurut kawan aku, kat chinatown lagi murah. Malas nak lebih2, aku redha jer gi Bugis St. Bukan beli apa pun, mak aku beli piring hiasan utk kakak2 aku dan aku beli fridge magnet utk bg kawan2. Masa dlm kereta driver dah cadangkan utk balik JB sblm kul 5 ptg, kalau tak, jem katanya. Aku diam jer....kena bincang dgn mak aku jugak. 

Seterusnya kami ke Malay Heritage Centre. Mula2 aku mcm tak nak masuk, sbb tgk bukan ada apa pun, tp mak aku kata nak masuk. Ok boss. Harga seorang sgd4 tp mak aku dpt diskaun 50% utk senior citizen. 








Bincang dgn mak aku, dan kata sepakat diambil. Kami nak balik terus ke JB, lunch dan solat kat JB shj. Tunggu driver pick-up kami dan ckp kat dia yg kami nak balik JB. 

Aku pun request utk gi lagi sekali ke Bugis St, tadi nak beli lebih2 aku takut dollar tak cukup. Bila dah tahu yg kami dah nak balik, so blh la abiskan duit. Driver suggest suh try nasi beriani zam zam. Tapau pun blh, aku pun setuju. Harga satu bungkus sgd6.50. Lps dah beli nasi, terus driver menghala ke woodlands. Ehhhh.....tadi dah ckp nak gi bugis st, ker tak paham dia ni??? Malas nak gaduh, aku diamkan aja. 

Kami sampai hotel kul 6 ptg, Hahahaha mcm katun kan. Sampai singapore kul 10.30 pagi dan sampai balik JB kul 6 ptg. Kalau ikut itinerary, 8.30 pagi - 8.30 mlm. Tapi apa nak buat, dah driver kata jem. Dia lbh tahu kan....tapi ada lah dia offer nak bwk kitorang pusing2 JB sbg ganti tp since semua org blm solat, aku kata tak per lah. Perut pun lapar sbb tak mkn lagi. 

Pada aku, blh ambik driver utk masuk singapore, tp kena arrange betul2. Kalau dah kata 8.30 tu kena lah 8.30. Kalau dah tahu jem, terus letak kat situ kul 6. So semua org akan puas hati dan faham. Nak bertolak pun kena la tepat. Ini time tu la nak topup card, nak beli nasi bagai. Patut blh sampai lebih awal, dah jadi 10.30 baru sampai. Oleh krn sikit tak puas hati, aku tak bagi tips pun kat driver...kejam kah aku???

Malam tu kami tak keluar mana2 pun. Relaks jer kat hotel.

Esok pagi, kami check-out kul 11 pagi Sempat singgah kat kompleks bebas cukai, beli coklat. Hemmm mcm hidup segan mati tak mahu jer tpt ni. Mak aku siap ckp....besar lagi pengkalan kubor...hahahahah pengkalan kubor byk brg siam tu sbb meriah. 

Masuk bandar melaka jap, pusing2 dan singgah beli belacan dan kuih2 kat botanical garden (berhadapan dgn tpt lebah). 

Sampai rumah 7.30mlm...the end

Kos (utk 3 org dewasa)

1) Hotel Sentral, JB (2mlm) = RM340
2) Tour = RM800
3) Garden by the bay = SGD48
4) Malay Heritage Centre = SGD10
5) Nasi beriani zam2 (2 bungkus) = SGD13
6) Piring hiasan (4) = SGD20
7) FM (5 ketul) = SGD10
Read More

Thursday, August 4, 2016

Kasut

Ni ada kaitan dgn kesihatan kaki dan keselesaan kaki semasa travel. Sebelum tu aku nak jelaskan kat sini yg aku mmg ada masalah sakit tumit (dikenali sbg heel spur) dan kaki cepat berpeluh. 

Oleh krn itu, aku lebih selesa guna sandal bertali dan tumit tebal sekata. Pergi kerja pun aku pakai sandal. Ada sesekali pakai kasut bertutup, itupun jika terpaksa dan dipaksa. 

Bos aku pun dah faham dan dia pun dah tak kuasa nak marah aku jika aku gi meeting pakai selipar jamban, sebab selipar tu lagi selesa nak dibandingkan dgn sandal. Selipar jamban aku jenis flip flops tu. Warna warni lagi. Sbb tu aku tak kisah pun nak pakai gi meeting. Perasan meriah laaa....

Utk travel, first time pegi hong kong, aku guna sandal. Kemudian ke OZ, mak aku belanja kasut crocs. Tak senonoh katanya gi jalan2 guna sandal. Utk ambik hati, aku pakai la jgk. Tapi kesan nya, kaki aku sakit dan menggelupas sbb berpeluh. Kalau ikutkan, kasut ni tapaknya bergetah, absorb hentakan kaki. Tapi kaki aku tetap sakit even letak insole. Setiap kali nak pakai, aku akan balut jari2 kaki aku dgn plaster utk elakkkan melepuh.

Nota: jari kaki aku jenis mengembang....kalau kasut tak cukup besar kat dpn, jari2 kaki akan bertindih2 dan mengakibatkan kecederaan.


Kemudian setiap kali travel aku akan bawa juga sandal sbg backup. Selalunya mmg aku pilih sandal la. Sbb tu masa gi murodo, jepun aku pakai sandal. Kasut ada tapi sengaja tinggal dlm beg kat locker. Padan muka aku kan....

Awal thn ni, anak sedara aku duk promote beli kasut skechers. Katanya sesuai utk org sakit tumit mcm aku. Kebetulan abg ipar aku ada beli, dan aku cuba pakai. Mmg rasa selesa. 

Maka aku pun beli lah utk aku jgk. Aku try google jenis mana yg sesuai utk sakit tumit, tapi bila tgk, mak aihhh, dah mcm sport shoes dgn tapak super tebal. Huhuhuhu.....nama nya skechers shape ups. Mmg tersangat la jogging nya kasut ni. Ni pendapat personal aku hihihi


Masa nak beli aku saja minta pendapat jurujual tu dan dia suggest yg go walk 3. Ok lah...walk pun walk lah, mmg guna utk walk pun kan, aku beli.

Dan......mmg selesa weyyyy. Aku pakai jgk stokin (wpun konon2 kasut tu tulis odourless) dan stokin tu bertahan 2-3 hari sblm tukar baru. Kurang berbau la maksud aku. 

Jadi pada siapa2 yg duk survey kasut apa yg sesuai utk org yg spesis mcm aku ni, jwpn nya adalah skechers (iklan tak berbayar). Walaupun kasutnya agak old school, tapi selesa. Ringan dan paling penting takder tali. Rimas aku bertali2 ni. Ingat lagi masa sekolah aku guna kasut yg zap2 tu. Dah koyak pun aku guna lagi wpun ada kasut baru yg bertali.

Dan masalah bila jari2 kaki bertindih kesakitan tak berlaku sbb dlm kasut ni lembut.


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com