Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME
Showing posts with label seoul. Show all posts
Showing posts with label seoul. Show all posts

Friday, July 6, 2012

SEOUL.... BEST GILERRRR

SEOUL DAY 1

Pukul 7 pagi kami dah terpacak kat metro Busan Station utk pegi ke Nopo-dong, dalam metro ramai makcik2 yg naik, ada yg gaya nak pegi senaman dan ada gaya yg nak pegi temple. Dalam masa 45 minit tu sempat lah kami merakam beberapa aktivit mereka semasa dlm subway. yg muda mmg tak lepas dgn smart phone dgn telinga disumbat earphone. aku sempat bisik kat member sebelah , manusia yg paling ramai jd pekak lps ni adalah rakyat korea...heheheh. serious diorang mmg tak lekang dgn smart phone jenama samsung...hohoho sungguh loyal diorang ni.

Sebaik shj sampai kat nopo-dong station, kami ada masa lg 30 minit utk berlibur. Cari port utk breakfast iaitu Paris Baguette. Beli iced choco dan roti, kami lepak kat seat dpn pintu dgn bagpack terbaring kat lantai. Takder sapa peduli pun okayyy, peak hours semua berkejar masuk beli air pastu blah. meja sebelah dihuni sorang perempuan local, tgh study sambil telinga sumbat earphone, see aku dah ckp dah. diorang ni terlalu taksub dgn menatang smart phone tu. sekali tetiba minah tu hilang...hahhhhh dia pegi toilet rupanya dgn segala benda termasuk samsung s3 tu dibiarkan jer atas meja. kagum aku, takder sapa pun peduli, kalo kat sini....aishhhh tak sampai 1 minit sure dah hilang, magik malaysia ni.

Abis jer breakfast, kami melangkah ke terminal bas. cari terminal 15, sempat tunjuk tiket kat guard, dan dia tunjukkan pintu masuk. ya betullll, pandai ajussi, pintu tu betul2 dpn terminal 15. sementara tunggu pintu bas dibuka, kami lepak2 kat dpn bas sambl berdoa agar bas tak penuh, nanti blh duk tepi tingkap...heheehhe. sebaik shj pintu bas dibuka dan tpt simpan beg kat bwh bas dibuka, berderu2 org dtg utk naik bas tu. Ehhhh mana dtg org2 ni semua, td takder pun. tepat 8.30 pagi bas mula bergerak menuju ke Seoul.

Bas agak penuh. Seat blkg kami dihuni oleh sepasang kapel veteran. Alahai... aku tak leh tahan dgn bau kimchi. Serius weyyy, nak termuntah pun yer. Sepanjang jln ajumma ngan ajussi tu tak berhenti2 mkn. Kawan aku syok jer layan mimpi, lansung tak terkesan. Boleh pulak aku sapu perfume kat lengan baju, pastu duk hidu tu lah sepangjang jln. Seminit pun aku tak terlelap. Perjalanan dari Busan ke Seoul ambik masa 4 jam setengah. Sekali jer berhenti utk 15 minit for toilet break, tapi kami tak turun takut terlajak masa.

Busan Bus Terminal
RnR

dlm bas...kwn aku lena tul tido...hehehe

Sepanjang perjalanan takder apa yg menarik sbb bas melalui highway, so lebih kurang je dgn malaysia. bila bas mula memasuki seoul, bas mula bergerak perlahan. keadaan trafic agak sesak tp bas tetap sampai ke express bus terminal tepat masanya. sebaik shj turun dari bas, aku dgn gelabah nyer mencari direction nak ke chungmuro. alahai kertas tu letak dlm bag pastu kat bwh baju2 la pulak. tak kan nak punggah brg2 kat situ, aku dgn muka penuh yakin menyakinkan member aku yg aku ingat camner nak ke chungmuro. jom kita ambik line oren, aku tak sure line no.berapa tp aku yakin kaler oren. ngeh ngeh ngeh....dari terminal, kena berjalan hampir 200 m utk sampai ke eskalator yg membawa kami ke subway. ini kali pertama kami nak menggunakan perkhidmatan subway kat seoul, kami mencari mesin tiket, dan pilih destinasi chungmuro. senang nyerrr... pastu ikut jer direction yg di kalerkan oren utk naik line yg betul.

Express bus terminal station ni ada 3 lines dan utk sampai ke chungmuro ada 7 stops. sampai jer kat chungmuro, sekali lg cabaran kami, nak ambik exit mana. aku tawakkal lg sekali, mencuba exit 4. yahoo...betul pun. keluar jer terus nampak hotel sejong dari jauh. aku yakin betul, aku mengemudi perjalanan ke ips hostel. jalan 3 minit sampai ke Astoria Hotel dan IPS Lounge Hostel kat lorong belakang Astoria Hotel. (note utk diri sendiri, lain kali simpan semua tu dlm daypack, senang nak ambik).

Lps check in, rehat jap, bincang mana nak pegi. Mintak tolong staf hostel call dan booking seat utk kami ke Nami Island esok. Lps semua settle dan duit pun dah bayar, kami keluar utk pegi ke namsangol hanok village (kalau dari IPS, lorong sblh kanan sblm exit 4). Tak sampai 5 minit pun jln. Dekat sgt2.

Itinerary ari ni ialah:
  1. namsangol hanok village
  2. namsan tower
  3. myeong-dong
 IPS Lounge Hostel

sikit info psl IPS Lounge Hostel:
Newly renovated aku rasa, so semua peralatan mcm baru. agak selesa cuma ada beberapa yg slack sikit. Lounge ada kat tkt 2, which is kami perlu naik ke tkt 2 just utk makan. Lounge ni ada microwave, toaster, PC, dan makanan free - mee segera dlm cup dan roti. Free breakfast jugak. Lounge open from 7am until 10pm.

Dlm bilik air takder sinki dan dalam bilik takder tpt yg cukup utk gantung pakaian. Dalam bilik ada mini fridge, tv, air-cond dll. quite okay la

Staff dia sgt baik, siap tlg laundry-kan baju kami, aku kehabisan baju sbb kat Busan, motel tu tak sediakan laundry (note : Kebaikan jika duk guesthouse/youth hostel, kemudahan laundry mmg disediakan, paling best it's free).


entrance, agak tersorok, sbb betul2 berada blkg Astora Hotel

twin room : 70,000 won per nite

bilik air yg comel


pintu masuk ke namsagol hanok village

nampak namsan tower dari namsagol hanok village

Kebetulan ada show taekwando dan tarian tradisional korea masa kami sampai kat namsangol hanok village. Layan jap sblm kami ke Myeongdong.  Masa kat namsangol, jumpa satu kapel cina dari malaysia, diorang dtg semata2 nak pegi Expo 2012 Yeosu Korea. diorang naik ktx utk sampai situ, kos train pun dah hampir mencecah belanja kami selama 4 ari kat korea, huhuhu....kami destinasi bajet jerrr. pasrah dgn itu, kami tak rasa pun nak pegi festival tu.









kwn aku ambik gambar yg sedang ambik gambar....

Dari namsangol, kami jln kaki ke myeondong. Ambik masa lbh kurang 15minit. Ohhh gini rupanya myeongdong. kami jln2 sekitar sambil mata mencari tpt mkn yg halal. org mula ramai, peniaga pun dah start bukak meja jual barangan masing2, kami lalu satu kedai jual brg2 kpop. menjerit sekejap kat situ tanda seronok sgt2, set dlm kepala nak beli stokin2 yg printed kpop artist utk anak2 buah yg kemaruk kpop.

Aku berjalan tak pandang kiri kanan dah, tetiba dengar kwn aku jerit. rupanya dia jumpa kfc yg ada jual shrimp burger. ya walle walle...blh mkn burger. lps order, kami diberi satu benda alah berbentuk bulat dan disuruh tunggu kat mana2 utk ambik pesanan. aku pandang kwn aku, tanya apa benda ni? nombor giliran ker apa? kwn aku geleng tanda taktahu. kami pilih utk duduk jer kat bangku tepi tingkap sambil tunggu order. tetiba benda bulat kat tgn aku tu vibrate. hahahah rupanya itu adalah signal yg order kami dah siap. waaaaa jakun kah aku??? ambik order dan kami mkn kat tkt atas. kejap jer licin, lapar kan since dari pagi belum mkn.


myeong-dong, kat sini aku cuma beli dua buku kecik (memo pad) kwon sang woo oppa dgn so ji sub oppa...hehehhe

suka tul kwn aku ambik gambar aku dari blkg....aishhh

mcm best...tp agak ragu2 nak mkn

Dari myeongdong, kami patah balik ke chungmuro utk ambik yellow bus to NAMSAN. ni aku take note dari forum, ada bas dari daehan theater (chungmuro exit 2) ke namsan tower. hahahah sepatutnya blh jer ambik bas tu dari myeongdong. takper...jalan lebih sikit dgn niat utk kurus....hahahah. yellow bus caj kami 900 won sehala. masing2 byr 1000 won dan dpt baki 100 won duit siling.  ingat bas tu terus sampai atas, rupanya kena mendaki gak sikit, semput weyyy 

Kami just lepak2 kat gazebo, ambik gambar, naik tpt kunci byk2, ambik gambar lg, last sekali ambik la gambar wajib, namsan tower waktu senja..


org ramai dah mula ramai..emmmm ramai nya org ramai









Utk balik kami tunggu bas kat stand yg tulis 03 iaitu bas yg sama kami dtg. Aku org ketiga yg naik, member aku kat blkg, naik jer bas dgn yakin aku terus masukkan note 1000 won dlm mesin tu. rupanya ajussi driver tak nampak aku masukkan duit, dia still hulur tgn mintak aku byr. aku tunjuk kat mesin tu, dia marah2 suh byr. kwn aku kata byr jer, dia tak nampak ko letak tu, aku tarik lg satu duit 1000 won dan kasi pakcik tu dan dia kasi balik 100 won. jem sekejap kat pintu masuk ekoran aku yg tak puas hati duk bertekak dgn pakcik tu. Aishhh geram nya aku. tak pasal2 aku dah byr 1900 won utk balik. kwn aku pandang aku yg tak abis2 mengomel, kata takper nanti kita kongsi 500 won sorang. hehehehe aku bkn kesah pun Ja...tp geram. mcm lah aku nak menipu sgt.

Berhenti kat tpt sama gak, dpn daehan theater, dan jln kaki balik hostel. singgah beli instant rice, dan cpt2 naik tkt.4 utk panaskan nasi lps tu seludup bwk keluar mkn kat bilik. (note: hostel ni tak menggalakkan mkn kat dlm bilik, kena mn kat lounge area jer, mana bleh....aku kan nak tgk citer 300).

Berakhir sudah ari pertama kat seoul.

Read More

SEOUL DAY 2


Itinerary utk hari ini ialah:
  1. Nami Island
  2. Handel & Gretel
  3. Itaewon
  4. Dongdaemun
Nami Island To reserve your seat, please call: 02-753-1247

Kami bangun seawal jam 6.30 pagi dan bersiap utk memulakan journey ke winter sonata island...wpun citer ni dah lebih 10 thn namun pengaruhnya tetap hebat.

Ringkasan perjlanan kami ialah: chungmuro sam-ga - jongno sam-ga (line 3)  dan jalan kaki ke tapgol park


bas telah sedia menanti dpn tapgol park

Sebaik sampai tapgol park dah ada satu famili dari indon yg tunggu bas yg sama. Tepat jam 8 pagi bas mula bergerak. perjalanan lbh kurang 1jam setengah. sempat layan mimpi jumpa junsang...hehehe. secara jujurnya takder apa pun yg menarik kat pulau ni, mungkin aku dtg salah season, rasa mcm kat malaysia jer..oleh krn kami ambik trip pergi balik dan time balik adalah kul 4 ptg, maka kami pun round lah pulau ni dgn perasaan yg sgt bosan..menyesalnya ambik tiket pegi balik..

ini lah nami island...org kata.....bkn aku kata...dtg korea jer mesti kena dtg sini....huhuhuhu...

rupa tiket (bas/feri/entrance) return






yeahhhh....aura winter sonata sudah masukkkkk
aku sebenarnya nak gi situ....tp couple ni lama betul duk bincang...bincang apa tak tau...




Slps ambik gambar kat junsang nyer patung, tpt first kiss diorang, tpt burung unta (tiada kaitan dgn winter sonata), kami cari tpt solat...ada satu surau kat tkt 1 dan bwhnya ada restoran halal, kami order bibimbap yg rasanya sungguh tidak sedap...



tpt solat



sementara tunggu kul 4, adoi lambat betul masa gerak, kami lepak dpn tasik sambil diskas mana nak pegi lps ni...aku suggest utk pegi handel&gretel, kwn aku pulak suggest pegi masjid itaewon dan tpt kain cotton kat dongdaemun....lunyai map train kami kerjakan, tandakan stop yg kami kena turun utk transfer train..pilih jln yg paling dkt with min transfer...kami setuju utk tidak guna t-money, dan aku akan byr mkn manakala kwn aku byr tambang train, balik hostel baru kira...inilah guna nya melancong dgn kwn sekepala...semua jd senang..

lepak sambil tunggu bas kul 4...bosannnnn
bas turunkan kami tpt yg sama iaitu tapgol park...kami jln kaki utk ker jongno sam-ga tp kami pilih utk ikut jln lain, jumpa ajussi lepak2 tepi tapgol park sambil main aji, ada jgk homeless yg tidur beralaskan kotak kat kaki lima, ada acara jual2 brg style lelong...inilah kehidupan...bkn semua dilahirkan senang...kami jumpa pasar malam...beli udang goreng mkn sambil jln...sedapppp sgtt...20 minit jgk kami ambik masa utk sampai ke jongno sam-ga... 

direction utk ke handel & gretel:
jongno sam ga > euljiro sam ga [line 3] > dangsan [line 2] > national assembly [ line 9]

huhuhu tahniah cik liza...berjaya gak pegi cafe adik yesung...wakaka..

aku dalam cafe handel and gretel
dekorasi dlm handel & gretel



cafe ni sgt kecik okay...kami bernasib baik ada meja kosong, lps order minuman paling murah, aku start ambik gambar...takder lah menarik sgt pun dekorasi cafe ni, simple jer tp yg mahal nyer adalah ianya kepunyaan yesung....sengalll...dah puas ambik gambar kami melangkah keluar...elok jer terserempak dgn fans yesung kat pintu keluar, terus chinese tu tanya kami, is that yesung's brother sambil tunjuk kat namja yg jaga kaunter...tanpa pikir pjg aku iyakan aja...terus menjerit2 diorang....adoiii fansss *sigh* sorry lah agashi jika kami silap...

destinasi seterusnya....itaewon...tujuan utama nak menziarah masjid besar seoul dan beli kebab...

Direction : National assembly - yeouinaru (line 9) - gongdeok (line 5) - itaewon (line 6).

masjid seoul
berpandukan direction yang diberikan oleh peniaga kebab, kami berjalan menuju ke masjid itaewon. kiri kanan semua kedai, ada byk restoran halal, dan masyarakat kat sini rata2 org arab, tp masih ada rakyat korea sendiri (sbb aku nampak ada anjing dpn rumah)...

tumpang toilet masjid, it was so dirty...malu sehhh toilet org islam mcm tu, kawan aku ckp kalau dah guna air sbg sumber pembersihan, mmg akan kotor, betul jugak...


kami lepak dpn masjid tunggu abis azan maghrib, pastu berjalan turun (masjid ni terletak atas bukit, jadi mmg kena naik tangga or guna jlan kereta)

singgah semula kedai kebab yg kami tanya arah ke masjid tadi, dan beli kebab...



destinasi seterusnya ialah dongdaemun...tujuan utama nak beli kain cotton (aku dah siap booking utk jahit baju raya wpun kain baru nak beli)

Direction : Itaewon - dongmyo (line 6) - dongdaemun (line 1)

Tpt kain cotton tutup yer kwn2....rupanya kedai ni tutup seawal 5 petang....arghhhhh tidakkkkkkkkkk

Soping time....hahahaha....best best..Tanya satu oppa jual bag (kami dpt free gift, murah rezeki kami), mana tpt jual t-shirt saranghae korea...dia nyer direction mmg kelakar. You open the door (since kami kat dlm bangunan soping), walk and jump. Ada ker suruh kitorang jump....sbnrnya dia maksud kan cross jalan, but anyway thx oppa...kami jumpa tpt jual t-shirt murah dan cantik. Design T-shirt yg aku beli aku tak jumpa pun kat myeongdong atau nandaemun, hahahaha sama ada yg aku beli ni outdated atau apa...

Kami soping FM, key-chain, hp strap, t-shirt dgn satu ajussi. Ajussi tu siap bg free gift mungkin sbb aku tanya no discount? NO! garang nyer ajussi, pastu tetiba dia tarik phone strap kasi kat aku dan kwn aku sorang satu. Hahahahah No discount tapi dpt free gift.

Beli t-shirt bola korea team utk anak buah aku, hahahaha.....ngamuk ayah dia karang...tp takper, jersi tu kaler merah, dah lbh kurang dah dgn jersi kelate...

Dapat ambik gambar cheonggyecheon stream dari belah dongdaemun, tak secantik dari cty hall aku rasa, tp boleh la..

mcm longkang besar jer...tp kalau yg hujung city hall tu cantik...ada fountain gitu...rasa2 MV GD & Top wat kat situ..



Pastu kami dgn rasa yakin, berjalan balik ke hostel yg terletak kat chungmuro. Tanya org2 kat situ arah mana nak ke chungmuro, semua tanya walking? yes walking. Far far, no walk, tp diorang bg gak direction. Betul laaa mmg jauh pun. Hampir 1 jam setengah baru selamat sampai, plus dgn bebanan hasil soping menyebabkan perjalanan jd slow...

Kat sini jln waktu mlm aku rasa agak selamat, tak tau kenapa, mungkin tak ramai mat bangla atau mat indon...

Sampai bilik...layan citer 300, lg sekali seludup makanan utk mkn dlm bilik (hostel ni tak menggalakkan penyewa makan dlm bilik, utk kebersihan katanya) pastu tido dan bersedia utk itinerary esok ari...jln area seoul sampai lebam...

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com