Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Tuesday, April 29, 2014

PORT DICKSON

Huh...PD lagi...asik2 PD jer...bosan kan...

Bkn apa sabtu tu takder air...catuan kan...jadi....jom kita mandi laut...

Lagipun mak aku suka....mak aku ni pernah strok...kena masa thn 2009...sejak dari itu mak aku kena solat duduk...kaki kanan tak leh bengkok...

Jadi kalo ada masa mmg aku bawak mak aku pegi PD utk rendam/kambus kaki dlm pasir pantai....aku yg sakit tumit ni pun turut serta...

Kali ni aku sewa homestay, bukan apartment atau hotel. 

Satu...sbb mak aku tak nak aircond 

Dua...mak aku tak nak jln jauh... 

Aku sewa homestay 3 bilik dgn kadar RM180 sehari semalam.

Oleh kerana kami cuma 3 org, mcm kelakar la pulak kan...so aku ajak anak buah aku satu family utk joint sekali.

Lagipun bilik ada tiga, membazir pulak kalo sorang satu bilik kan.

Nanti ada la budak kenit tu....iaitu cucu sedara aku....cucu yerrr. 

Bibik mak aku dah siap2 masak utk tengahari dan mlm, kurma ayam, sup ayam, sambal bilis dan sayur goreng. Ayam goreng nanti goreng kat sana. 

Homestay ni agak lengkap dgn kemudahan mcm dapur masak, fridge, pinggan mangkuk sudu pisau semua ada. Senang. Set bbq pun disediakan tp kami tak gun pun.

Bilik tidur ada aircond, tp yg style lama. Nak on kena klik button hijau, nak tutup klik button merah


Ruang tamu

Dapur
bilik satu
Bilik dua
Bilik tiga

Ni ler cucu sedara aku


dlm almari pun masuk


My mum

homestay ni ada private beach...hahaha

aku nmpak kapal terbang

dan pulau...errkkkk

Esok nya lps breakfast kami pun balik...tp ya ampun....jemmmmm...anak sedara aku dah jauh tinggal kan kami....janji jumpa kat nilai 3 sbb dia nak soping brg kereta....

Jem plus hujan

Overall ok la homestay ni. Basic necessity setaraf dgn harga. Tp tak blh ajak abg aku sbb anak dia nak swimming pool. Homestay mana ada... apa2 pun janji mak aku hepi...

Kos,
Homestay RM180
Fuel RM50
Tol RM15
Breakfast RM5
Lain2 RM30

Total RM280

Read More

Monday, April 7, 2014

SAKURA DI MALAYSIA???

Heboh dlm wassup...berdesup2 org send gambar pokok2 tepi jalan yg berbunga ala2 sakura yg ada kat Kedah. 

Dari FB Majlis Bandaraya Alor Star...

Ramai yang request ADMIN memasukan article tentang pokok bunga yang sekarang tumbuh menjadi2 di sekitar Bandaraya Alor Setar. Untuk pengetahuan semua pokok tersebut adalah dari jenis Tecoma dan bukannya dari species Angsana sepertimana yang dihebahkan dalam akhbar baru2 ni, di Kedah ini mempunyai dua jenis species yang ditanam iaitu Tabebuia Pentaphylla(rose)Tabebuia Pallida(putih) dan pokok2 ini akan tumbuh dengan menghasilkan bunganya dengan mekar pada bulan 1 dan 4 setiap tahun bergantung juga pada faktor cuaca dimana ianya akan mekar ketika cuaca panas. 

Di Kedah kita menggunakan benih bagi permulaan tanaman pokok-pokok ini. Habitat asal pokok-pokok ini datangnya dari Negara Maxico ke Venezuela dan Hindia Timor . Tempoh penanaman dari benih hinggalah ke berbunga mengambil masa sekurang-kurangnya 3-5 Tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pokok ini boleh dirujuk di Bahagian Landskap dan Rekreasi. Terima Kasih Kepada Tuan Haji Azizan Ketua Unit Bahagian Landskap dan Rekreasi yang menerangkan secara ringkas serba sedikit berkaitan pokok Tecoma ini. Sayangi Pokok






Kawan aku kat Melaka pun ckp kat sana pun ada jugak...

Tpt aku kat Serdang...lum nampak lagi. Kalo ada pun cuma satu pokok dua pokok shj...so tak ketara sgt.

dari meja aku...

ni blkg ofis aku....wakakakakak tak nak kalah tuuu
Read More

Friday, April 4, 2014

HCM : DAY 4

29 Mac 2014 (Sabtu)

Hari ni acara bebas. Check-out kul 11.30 pagi dan terus lunch kat Serai, lps tu kul 3.30 ptg terus ke airport utk penerbangan balik.

Antara masa2 tu, kami sempat ke Ben Than lg sekali utk shopping, tak abis2 kan?
 
Lps tu foot massage sebelah hotel. Sejam usd10 dan Kak Tet byrkan tips bg pihak aku sebanyak RM5. Ikutkan aku nak bagi usd1 jer...hemmmm.

Penerbangan balik kul 6.55 waktu tempatan dan sampai KLIA 9.50 waktu Malaysia. Waktu vietnam lewat sejam dari Malaysia. 6.55pm (vietnam) = 7.55pm (malaysia)

Dari dlm flight aku nampak byk cahaya2 mcm lampu kat bwh...tp lampu apa? Kak Jet kata bintang...wakakaak serius lawak. Kak Net pulak kata lampu bot/kapal. Masa ni lalu tgh2 laut kat Vietnam, mungkin tpt pencarian MH370. Dengar2 team China ngan US blm berhenti mencari di Laut China Selatan.

Alhamdulillah....selamat kami sampai. Sykur pada Mu ya Allah. Lps ambik beg semua, Kak Net kata kita kena naik van airport sbb beg banyak. Kalau teksi tak muat. Ada 9 beg. Masa pegi 4 beg jer. Huhuhu...So aku dan Kak Net ke kaunter teksi, beli tiket utk van, kami kena caj RM167.

Expenses:

1) package RM1,499
2) cruise usd10
3) tips Delta Mekong 30,000 vnd
4) tshirt HRC usd36
5) tips driver bas usd1
6) table cloth utk mak aku RM60
7) selendang silk (2 helai) RM30
8) FM (26 ketul) RM30
9) purse vietnam (7) RM30
10) tshirt kanak2 (2) RM24
11) foot massage usd10
12) jajan RM10 + usd8

 Total : RM1,683; usd65; vnd30,000

Tukaran usd1 = RM3.31 (tarikh tukar 26 Mac 2014)

baju siap jahit...sepasang RM30







telekung sulam tangan


Pesanan penaja : bawak jer duit malaysia, tak pyh tukar2 sbb kat sana mmg boleh guna duit Malaysia....kalau byr dlm usd blh jer mintak baki dlm RM tak pun dia kasi dalam dong. Last dong ada pada aku ialah 2,000 dan Kak Jet kasi dia punya 1,500 dong, dapat lah aku minum kopi ais kat airport. Karang org kata tak cuba kopi kat Vietnam pulok...nota:aku tak suka kopi...wat aku sakit perut.

kopi ais vietnam...harga 3,500 dong

Org yg suka shopping mmg heaven lah kalo dtg sini. Aku cuma beli utk diri sendiri sehelai tshirt HRC dan satu helai selendang silk. Itu jer.

Cotton kat sini everage harga RM20 - RM40 utk sepasang (3 meter setengah sbb bidang 60") - Ben Than no.kedai 556. 

Kalau beli kat Linda Collection 3 pasang RM100.

Silk everage RM60 ke RM110 sepasang (5 meter sbb bidang 36") - Ben Than no.kedai 443

Tshirt yg kualiti elok blh dpt dlm RM20 sehelai dan biasa RM10 - Taka Plaza. Kakak aku semua pakat beli t-shirt Hard Rock Cafe Vietnam kat anak2 diorang. Hahahaha.....aku ckp...itu yg tipu punya. Yg aku beli ni baru ori sbb tulis Ho Chi Minh. Hiks

contoh baju HRC Vietnam...

Disebabkan aku ikut pakej maka shopping takder lah sgt. Masa tak cukup. Mungkin kalo ada rezeki lebih aku rasa blh jer dtg sendiri.

Read More

Thursday, April 3, 2014

HCM : DAY 3

28 Mac 14 (Jumaat)

Selepas breakfast kami dibawa ke Delta Mekong. Naik bot dan juga perahu. Tgk diorang wat gula2 santan dan madu serta persembahan menyanyi. Layan lerrrr. Kat sini kena byr tips. Seorang 30,000 vnd utk 3 jenis servis, driver bot; persembahan menyanyi; dan pengayuh perahu. Harga ni depend kpd brp org jemaah dlm group. Lagi ramai lg murah.

bot-bot yang sedia menunggu pelanggan



Mr Tien bagi penerangan keselamatan

panjang tul ceramahnya

pembuatan gula-gula santan

dpt rasa...free


hujung sana tu jeti tadi...dekat jer...dlm 7 minit kot naik bot


dihidangkan teh madu campur limau

hahahaha.....aku zoom jer yer...idokk la nak gi dekat

uuuuuuu

persembahan nyanyian...
Dan skrg...part yg paling best...

jom nyanyi...

Row, row, row your boat,
Gently down the stream.
Verily, verily, verily, verily,
Life is but a dream

traffic agak sesak

satu perahu 4 org jer blh naik

jem u all

aku duk paling belakang...utk keseimbangan perahu...cettt

blh tgk keadaan persekitaran...mcm kampung aku jerr

camner tetiba buaya muncul??

dpt air kelapa free

soping lg...ada beg dari kulit buaya, kulit burung unta dll

Kami lunch di satu restoran, aku lupa nama. Makan kat sini paling sedap lah setakat ni. Aku notice Poto ni mkn agak mewah. Menu mesti ada ikan, ayam, sotong atau udang, sayur, tauhu atau kentang dan desert. Lauk mesti 5 jenis. Air kosong free flow. Hahaha air manis mahal kot kat sini. Aku tanya tour leader, agak2 berapa satu kepala mkn, dia kata everage RM18. Wow lebih kurang mkn kat Malaysia gak. 





Lps lunch kami dibawa ke Ben Than dan free and easy. Bila2 boleh balik ke hotel sbb dekat jer dan berkumpul utk mkn malam kul 7.30 mlm. Time ni baru lah aku start shopping. Cari brg2 yg dikirim kwn, 10 psg kain cotton, sepasang silk dll.


pintu masuk yg terus jer jalan dari Serai

kelakar....pegi ben than pun guna tour guide. Itu lah tour guide kami, Mr. Tien

dari pintu masuk akan jumpa pasar basah....hati2

yeahhh.....sutera

kedai sutera...harga blh tahan murah. Bidang 36 so utk sepasang baju kurung perlu beli 5 meter

Tak sempat nak mandi, dah kena tunggu kat lobby utk pegi mkn mlm. Lps mkn kami dibawa naik cruise (extra charge, tak termasuk dlm pakej, byrn usd10 dan dpt satu soft drink).


satu hidangan 5 org makan



jom naik cruise

suasana dlm cruise

persembahan




ai is jelesss
Balik hotel, kami sekali lg ke night market utk last shopping. Esok dah nak balik KL...

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com