Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Wednesday, June 1, 2011

day 2 (sydney) 28 May 2011

Lps mandi, terus kuar tunggu coach dtg ambik. Tanpa breakfast. Hari ni nye program ialah ke Blue Mountains. Aku beli pakej ni masa kat M'sia lagi. One day tour adalah aud68. Std price kalo search kat internet, between aud65-aud110. Yang beza cuma bila nak naik skyway cable. Hostel kami yg ke-2 pick-up point. Bila ke point2 yg seterusnya, kami secara tak lansung dpt tour bandar sydney. Tour guide sebok duk explain sejarah dll setiap kali lalu kat tpt2 yang best.

Coach terus bergerak naik highway, dpt tgk pemandangan yg indah sepanjang highway, terpegun. Tapi syg cuma dirakam dlm kepala shj, tak sempat pun nak snap gambar.

First stop adalah nepean river. Sungai sgt cantik, wpun matahari tegak di kepala tp udara dingin. Menggigil jugak laa. Kat sini kitorang breakfast biskut kering dgn air teh (disediakan oleh tour)

Perjalanan diteruskan ke Flat Rock. Disini macam canyon jugak, cuma bukan kering kontang. Ada bukit yang menghijau. Aku ngan lady wat gila ambik gambar kat cerun. Ngeri siot. Ini idea lady lah. Tapi bila balik Malaysia tunjuk kat kwn2 semua kata best. Hehehe Terlampau syok layan scenery sampai tak dengar tour guide dah panggil naik coach. Kena marah sbb dah buat org lain tunggu.

Stop kat lookout point utk tgk wentworth falls...adoiii....penat sungguh sbb kena jalan turun bukit...penat lum abis dah kena mendaki naik pulak....aku antara org yang last sampai kat bus...kiri kanan semak tak sempat nak hayati..semput wehhh





Lps tu stop kat bandar leura utk mkn tengahari, byk gak lah choice, maksud aku yg halal, tp kitorang tak mkn pun sbb still kenyang, cuma beli coklat hand made, sedapppp. Masuk satu kedai sobenir, lady nak beli poskad dan stem.






Akhirnya sampai lah kat Scenic World....optional utk siapa2 yg nak naik scenic cable car. Harga utk 3 jenis cable adalah aud25. Harga ini tidak termasuk dengan harga pakej. So total sekarang adalah aud68+aud25=aud93

apa lah yg dia duk pikir tu??








Balik dari Secenic World, singgah kat national park utk tgk kangaroo yg idup bebas, bukan dlm zoo la maksud nya...


national park...lupa pulak nama apa

Balik ke sydney ngan capten cook cruise (harga termasuk dlm pakej), aku ngan lady berhenti kat darling harbour since kitorang nak pegi hard rock cafe.



sejukkkk......gambar pun ikut menggigil






===============

Ahli-ahli rombongan dari mcm2 negara, ada US, UK, Canada, Singapore, Japan...yeahhhh japannnn. Sempat la bersembang ngan solo traveler dari japan, paling muda kot dlm tour ni, aku ckp yg aku suka group kattun, terus dia kata, "u like akanishi??" siot jerrrr, hahahahha terus aku angguk. Dia explain kat sana (japanese) ramai tak suka JEs', well...peduli apa aku...hahahah. Tapi disebabkan mslh bahasa yg sgt hebat, perbualan tidak dpt diteruskan.

Read More

Tuesday, May 31, 2011

day 3 (sydney) 29 May 2011

Highlight utk ari ni...
1) paddy's mkt - utk beli sobenir
2) fish mkt - utk lunch
3) sydney aquarium
4) sydney tower
5) sydney wildlife
6) ocean manly

Item 1-5 berjaya dibuat, tinggal item 6 shj tak sempat since mlm sgt awal bila musim sejuk dan tpt tu kat satu pulau, kena naik bot, it takes time, so redha jer lah. Pakej utk item 3-6 adalah aud50, dan sudah dibayar masa beli online kat malaysia lagi. Frust jugak tp adatla kan....tak kan semua dpt kot.

Hari ni jugak kitorang try segala mcm transport yg ada kat sydney (free atau kena byr). Subway, train kanak-kanak, shuttle bus dan yg paling best jln kaki. Dgn cuaca yg ala-ala duk dlm air-cond, tak terasa panas wpun dah hampir sejam menapak membawa kaki yg sgt berat ni. Tak berpeluh lansung even aku dah tak cukup napas.

Perjalanan dimulakan dari hostel ke paddy's market. Method of transport - jalan kaki. Hahaha....believe or not, kami jln kaki jer. Lps soping, ambik train ke fish market, tunggu jer train dpn paddys market tu. Tiket boleh dibeli dgn konduktor train. One day pass aud9. Lunch kat fish markett. Fish and chips harga aud11.50 dan coffee aud3.  Pastu ambik train ke darling harbour.

Benda2 yg kami jumpa sepanjang jln nak ke paddy's market....






Bergerak pula ke fish market...sesungguhnya episod hari ni market tour



my lunch..


Dah sampai darling harbour....







cuba cari mana kangaroo




Mula bergerak ke sydney tower







Dari Sdyney Tower, kitorang ambik free shuttle utk balik ke Circulay Quay. Harus diingat, bus free ni tamat jam 6 ptg jika weekend dan 3.30 ptg utk hari biasa kecuali Khamis last operasi kul 9 mlm. Awal kan...tp dah musim sejuk, kalo dah 5.30 ptg tu dah mcm 8.30 mlm kat Malaysia, maka nya pukul 6 ptg tu reasonable la...  Last stop mungkin Circulay Quay kot...boleh rujuk bwh utk map dan waktu operasinya....





free CBD shuttle

Mlm mkn burger ikan mcd, again. Susah wey nak cari makanan halal kat sydney, atau mungkin kitorang yg tak survey betul2. Lady mkn maggi, since dia ada bwk dari Msia dan dia kata malas nak angkut pegi Melbourne, option nyer kena abiskan sblm kami berangkat meninggalkan sydney esok.
7
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com