Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Sunday, February 1, 2015

Menginsafkan....

21/1/2015 : SZB - KBR
Awal pagi kami menaiki Malindo Air ke negeri tumpah darahku....Kelantan. InsyaAllah jika kesihatan mengizinkan....kami akan melawat keluarga di kuala krai dan tanah merah...

Elok shj sampai rumah kakak, aku demam. Ok...aku masih lg demam wpun sudah hampir 2 bln balik dari Jepun. Tapi demam tak setiap hari. Kadang demam kadang tak. Kejap badan rasa ok kejap rasa tak ok.

22/1/15 : Kota bharu ke Kuala Krai
Kami gerak dalam pukul 11 pagi. Plan asal nak pack makanan siap2....tinggal agih2 shj. Tapi sbb gerak pun dah lambat, kami tak sempat prepare. Baju2 yg dikumpul kami bawa juga wpun ada dengar2 yg diorang tak nak baju2 dah sbb dah byk sgt org bagi.

Sebaik shj memasuki bandar kuala krai...debu merah dah terasa. Pelan2 kami masuk Guchil. Ya Allah hiba sedih tergamam, sesungguhnya apa yg dilihat dgn mata sendiri lg pilu....

Kami berhenti dpn sebuah rumah....errrr bekas tapak rumah....rumah dah hilang...total loss. Mereka bina pondok dikelilingi zink dan buat pangkin utk tido. Sebak....sungguh besar dugaan Mu Tuhan pada kami semua....

Di situlah makan, di situlah tido. Makcik ni ada 9 org anak. Ibu tunggal. Dua anak dah kawin...dgn bantuan menantu dan anak2 lain, mereka bina sendiri rumah atas tapak rumah asal. Enggan menumpang rumah jiran atau keluarga lain dgn alasan takut dicemuh sbb punya keluarga besar. Masa bercerita pada kami...air mata masih mengalir. Sabar..sabar...ini bhg masing2....pesan mak aku. Mereka redha dgn musibah ini...

Bila aku tanya ada terima bantuan dari mana2? Ada....byk...alhamdulillah....mknan tak putus2 smpai...selimut baju semua dpt. Aku angguk dan mak aku bisik....bg duit shj. Blh beli apa2 yg tak cukup utk rumah baru...

Kami berlalu slps 15 minit....mereka melambai smpai kereta kami hilang dari pandangan...semua dlm kereta terdiam....tak mampu utk ckp apa2....

Aku yg teragak2 nak masuk....



Peti ais shj yg tinggal...tapi tak tau masih blh digunakan atau tidak....
Kami teruskan ke Manek Urai. Niat dihati nak jumpa anak sedara yg juga mangsa banjir...tp tak berkesempatan sbb dia keje...

Pemandangan masih sama....berdebu dgn rumah2 yg sudah musnah. Kami lalu tepi landasan keretapi yg sudah putus, ada dua makcik ikut kereta kami. Stop dan turunkan sedikit tingkap....mereka terus tanya...ada makanan? Ya Allah...sampai mcm ni sekali keadaan mereka...mak aku hulurkan wang sbb kami tak bawa apa2...kami tanya...baju ada...nak? Diorang jwab baju kurung tak nak...tp kalau ada tshirt dan track blh....anak buah aku bukak bonet dan keluarkan bungkusan baju dan seluar. Ramai yg serbu....Diorang ambik dan terus pilih dpn kami. Ada sorang pakcik terus ambil track dan pakai. Hibaaaaa....

Aku lansung tak keluar kereta. Tak sanggup...dalam kereta air mata mengalir.....

Mak aku ckp....ini janji Tuhan. Ada yg tinggalkan harta...ada yg harta tinggalkan kita. Tambah sedih...











23/1/2015 Kota Bharu - Tanah Merah
Kami punya ramai sedara disini. Gerak awal sbb nak sarapan kat Lubok Jong dulu. Perghhh best sgt nasi dagang.

Rumah pertama kami singgah - okay. Masa banjir air paras betis dalam rumah. Masih sdg berkemas2, basuh baju dan keringkan barang2.

Rumah kedua - tenggelam sampai tinggal bumbung. Brg semua rosak. Tp mereka tabah. Senyum tak lekang...kami yg sebak. Slow2 bangun kata mereka..

Rumah ketiga - air dlm rumah smpai langsir. Masih sama dgn tuan rumah kedua...adik beradik gitu lah. Senyum shj dan ucap terima kasih sbb sudi dtg.

Rumah keempat - air paras pinggang dlm rumah. Masih berkemas. Tp sempat hidangkan kami milo panas dan biskut. Tanya kabar lbh kurang kami balik. Kami berpecah. Abg ipar nk solat jumaat.

Kami teruskan ke kg.kusial. Ni kg arwah pakcik aku. Dah lama betul tak dtg. Lorong rumah pun samar2 jer dlm ingatan.



Jumpa tean Perak...terima kasih


Read More

Wednesday, December 31, 2014

Good Bye 2014

Kenangan terindah utk diri sendiri...
~ naik pangkat
~ pegi jepun yg dah lama plan
~ cuti tambah lg 5 hari...ok ini sgt serious sbb setahu aku takde tambah cuti bila tukar jwtn melainkan naik kanan. Aku perasan baki cuti masih byk bila aku nak  wat c/f cuti. Aku start keje thn 2003, time tu cuti tahunan 25 hari. Slps 10 thn keje dpt extra 5 hari. Tp bila naik pangkat tmbah lg 5 hari rupanya. Dlm masa 2 thn aku dpt extra 10 hari. Now cuti aku 35 hari setahun. Wow..huhuhu mcm best kan...

Kenangan menginsafkan...
~ dah tentu banjir. Alhamdulillah anak sedara aku yg trputus hubungan selamat. Dia call pada ptg Sabtu 27/12 ckp dia okay cuma tak cukup mkn. Dia antara mangsa yg terperangkap atas bukit. Rupanya masa air makin naik, dia dan ramai lg org yg ada di sekolah tpt pemindahan banjir tu selamatkan diri ke atas bukit. Tak sabar nak tunggu cerita lanjut dari dia...
~ kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17. Walaupun tiada saudara mara yg trlibat tp sikit sbnyk memberi kesan kpd hati. Dan terbaru flight air asia pulak yg jatuh. Tp yg ni aku tak ambik pot sgt bkn apa...fikiran asik terarah kpd banjir.

Ni gambar2 banjir kat rumah aku...dah 20 thn duk sini...first time air sampai tangga rumah.




Akhir kalam...selamat thn baru. Kumpul azam2 byk tak salah....tertunai atau tak itu adalah usaha kita sendiri.

Sama2 lah berdoa supaya thn dpn dan seterusnya Malaysia selamat dari semua dugaan besar...

Jumpa thn dpn!!

Read More

Thursday, December 25, 2014

Doakan utk semua...

Ya Allah.....
Permudahkan lah urusan mereka2 yang ingin menolong....

Keluarga aku ramai di kelantan..
Anak sedara aku antara yg terperangkap di sk manek urai....last berhubung 3 hari lps...

Tingkat bwh rumah kami di kb pun sudah dikosongkan....brg2 semua dah dipindahkan ke tpt selamat...

Abg ipar msg...keadaan kb panas. Tak hujan cuma air makin naik.

Minta doa semua....

doa tolak bala


Read More

Thursday, December 18, 2014

Join The Final Journey

Gitu ayat pembuka bicara...hahhah

Ari ni aku ponteng keje sbb nak tgk citer ni..



Aku tak reti nak bg review...gi ler tgk sendiri...
Read More

Saturday, December 6, 2014

JEJAK NIHON : PENUTUP




Kebiasaanya setiap tpt aku pegi aku akan buat kira2. Tapi utk kali ni, aku tak keep track sgt belanja aku sbb masalah kesihatan. Tapi ada jugaklah catatan sikit sebanyak yg aku sempat buat. 

Pada sesiapa yg masih duk fikir2 patut atau tidak beli JR Pass, meh aku share kos train yg aku naik.

Harga JR Pass - 29,110
Postage - 990

Day1
Nagoya - Toyama = 9,100

Day 2
Toyama - Takayama = 3,360

Day 3
Takayama - Nagoya = 6,030

Day 4
Nagoya - Hiroshima = 13,810
Hiroshima - Nagoya = 13,810

Sehingga hari ke-4 aku dah guna total 46,110. Ini belum termasuk feri dan local train masa kat hiroshima. So tak payah nak buat kira2 lagi, sesungguhnya aku dah balik modal. 

Mungkin expectation aku lain masa plan ke jepun, konon2 nak tgk autumn tapi dah terkena salji masa day 2. Rupanya badan aku sgt tidak tahan dgn sejuk, aku demam sepanjang berada kat jepun dan membawa ke dua minggu semasa kat malaysia.

Pegi klinik, macam biasa doktor nak ambik darah. Sikit2 ambik darah...rimas aku. Elak punya elak, dpt tarikh lain utk blood test. Patutnya 2/12 ari tu, tapi aku tak pegi juga. Skrg ni badan dah okay sikit wpun masih rasa sejuk. Percaya tak kalau aku kata yg aku tak psg aircond pun dlm ofis. Sejuk sampai ke tulang.


Kalau ada rezeki mungkin aku akan pegi lagi tapi kali ni nak fokus pada tokyo shj. Byk tpt yg tak sempat nak pegi, yg mmg dah ada dlm wishlist. 

Ini jer yg beli masa kat asakusa. Kpd kwn2, sori byk2 sbb token tidak seberapa. Aku bantai ambik jer, time ni dah tak fikir brp harga. Average keychain atau fridge magnet ialah 350-380. Setiap kali beli, aku terus ambik tiga. Kalau blh nak cpt2 balik...


P/s: aku tak sabar nk tgk hobbit...errghhhhh lg 2 minggu

Robe provided by hotel...mcm yukata

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com