Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Sunday, September 6, 2015

GUILIN : JUMAAT

Jumaat hari yg barakah....penghulu segala hari....dan dgn itu mungkin Allah turunkan hujan yg sgt lebat di bumi Guilin....hahahahaha nak nangis ker nak happy??? Hujan adalah rezeki...

Bangun pagi, kemas beg, tolak, dan turun ke lobi. Hulur kad hotel tu kat amoi kaunter, terus amoi tu tuk tak tuk tak pc dia, pastu hulur balik kad tu kat aku...weiiyoooo (eh tetiba bhs korea keluar). Lantak la...dah la tak faham dia ckp apa, aku ambik balik kad terus masuk kat tpt breakfast. Ada buffet...dan semestinya tiada yg blh dimakan kecuali kek dan roti. Coffee is mei yok...takder. Aku ambik air panas, bancuh milo. Makan la dua ketul kek, dua ketul pau (butter). Masa masuk dining ni, amoi yg kutip voucher breakfast kasi kami dua biji telur. Ingat telur separuh masak, rupanya telur rebus. Pastu kenapa telur tu dihadkan sorang satu shj?? Kawan aku kata sbb ini telur betul, sbb ada kes kan yg telur tiruan dari china...hiksss

Lps breakfast, kami melepak kat lobi sambil tunggu mr D. Dia muncul pastu aku kasi kad hotel tu kat dia, suh dia settle ngan kaunter. Pusing2 tgk mr D dah hilang. Rupanya tgh breakfast. Eh.....blh mehhhhh???? Bukan yg tido kat hotel jer dpt breakfast??? Ntahlah....geng2 la ni kot. 

Mr D bwk awekss dia ikut sekali gi yangshuo. Dia kata kwn sekerja...yer la kot. Sangka baik. Jalan ke yangshuo sgt lah azab. Lopak kiri kanan jalan. Adehhhhh....sakit bontot. Lps hampir 2 jam, kami sampai di bandar yangshuo. Dia turunkan awek dia, pastu tanya kami nak teruskan naik cruise atau tak nak. Blh??? Dah tentu2 lah kami nak. Aku tau hujan lebat, tapi aku nak jugak. Tak kira. Dia macam dah bengang, tapi bawa jugak kami ke sana. Sampai jer kat kwsn lapang (tpt parking), dia kata sbb kami berdua takder payung, nak pergi jgk ker? Jauh nya dari sini ke jeti dlm 200 meter. Aku dah start bengang dah. Tetiba teringat kat Mr Kim yg jd driver kami kat jeju. Siap prepare raincoat utk kami. Ini tak....blh salahkan kami sbb tak bawak payung.

Pastu dia suh kami berdua gi berlari ke seberang jln beli raincoat. Masa ni aku tak tahu dia ada payung. Bila aku mintak dia drive sampai ke gerai jualan tu, dia mcm mengeluh sbb nanti dia kena pusing balik kereta ke tpt parking. Punyalaaa kannnn. Nasib aku ada bawak satu raincoat, so aku kasi kat kwn aku, suh dia gi beli lg satu. Ingatkan mr D nak tlg offer gi belikan, hampeh, berlari2 la kwn aku gi kedai seberang jln beli raincoat. Aku ngan dia dlm kereta. Bila kawan aku dtg balik, tgh kami siap2 pakai raincoat, dia keluarkan payung dia. Cilanat ko....apsal tadi tak ckp ko ada payung. patutnya kasi la payung tu kat kami utk gi beli raincoat. Ini suruh kami redah hujan tu gi beli. Punyala kedekut....org mcm ni pun ada ker??? Kembang kempis hidung aku tahan marah. 

Jalan la ikut bontot dia. Aku masa ni rasa nak lempang2 jer mr D ni. Sabar sabar. 





Dah sampai jeti, dia terjerit2 gaduh dgn satu apek. Aku ni bkn nyer pandai pun bahasa mandarin, tapi dari segi bahasa badan dan muka kerut2 dia, aku agak dia marahkan apek tu sbb tak tahan bot yang sudah berlepas. Aku pandang kat jeti, ada satu bot jer yg ada. Nampak la tgn2 dlm bot duk lambai kami suh naik.

Kemudian dia suh kami masuk dlm bot yg kosong tu. Diulang kosong. Yang ada cuma dua pompuan yang jadi tukang cerita, dan dua lelaki yg bawak bot. Penumpang semua tak ada sbb bot yang berlepas tu dah angkut semua penumpang. Lama tau duk tunggu...ada la dlm setengah jam.

Aku tanya mr D, boleh ker naik atas, dia kata sure, you can go. Takder pun ckp...kalau naik atas nanti kena hujan ker, tingkat atas tu ada roof ker tak. Sbb masa nak masuk bot td, aku tak sempat lihat bot ni ada kerusi dan bumbung ke tak kat bhg atas, sibuk dgn duk mengelak becak. Kami duduk jer la kat situ sbb nampak mcm dia tak nak layan kami pun. Sampai lah ada satu bot lain sampai, dan kami jenguk2 bhg atas bot tu. Aku ckp kat kwn aku, ada roof, tapi hujan ni, mesti tempias. Kalau ko nak naik, ko naik lah. Aku nak duk bwh jer. Gitu aku merajuk kannnn






Bila org dah penuh, kawan aku naik duk atas tinggal lah aku kat bwh. Pompuan petugas bot tu pun mula bercerita. Cong ceng cong ceng....hahaahahahahhaha. Gelak. Aku pun gelak sama. Biar tak faham apa pun. Mr D? duk sebok main handphone. Lahanat petala ketujuh tul. Lps sejam, kawan aku turun bawah semula. Lencun seluar dia. Kawan aku kata tak nampak apa pun sbb hujan. Mesti dlm hati Mr D kata....padan muka..aku dah ckp hujan, korang nak dtg jugak










Balik semula ke jeti tadi dan terus jalan ke kereta. Aku tak tahu ni kat mana, mungkin xing ping atau tak. Malas pulak nak tanya mr D. Dalam kereta, mr D ckp, nanti dia bawa kami ke restoran, pastu tlg orderkan makanan utk kami, kemudian dia settlekan check in hotel. Nanti lps makan, terus ke hotel ambik beg yg dia akan letakkan kat kaunter. Ok fine...

Dia orderkan kami nasi putih, ayam kicap, dan telur goreng. Ada rasa la sikit berbanding ayam goreng smlm. Habis kami makan...licin, lapar kot sbb hujan. Pastu dpt free tea. Erkkkk mau sakit perut aku minum teh cina byk2 ni. dari smlm asyik duk telan teh ni jer. Tgh2 makan dia dtg balik bawa kad hotel dan ckp tunggu kat lobi kul 3 ptg. Nak gi silver cave. Okayyyyy malas dah nak layan dia. Membara yg tadi blm hilang. 

kami sengaja ambik satu shj nasi sbb portion nya sgt byk

Hotel ni namanya Starway Hotel. Berhadapan dgn west street. So mlm ni senanglah nak menyoping. Kami dapat bilik betul2 mengadap bukit2 tu. Sgt cantik. Tip top. Time ni dlm hati mcm terima kasih jugak la kat Mr D, sbb aku rasa bilik yg mengadap ni byrn nya mahal sikit. Lps mandi dan solat, kami turun semula ke lobi tunggu dia sampai.



Dalam kereta ke silver moon, banyak pulak bercakap. Tunjuk kan aku Moon Hill, lalu jer tak singgah pun, pastu cerita itu ini. Serious, org yg tidak stabil emosi ni mmg bertindak luar jangkaan. Ramah dia sampai lah kami masuk ke gua tu. Cerita lagi dan lagi. Pastu offer utk ambik gambar kami berdua dpn kemuncak silver cave tu.

Ringkasan yg dia ceritakan psl gua ni ialah it's still alive. Emmm dia kata stalactite tu akan bertambah 1cm in 100 yrs. Oh okay.... Setiap kali jumpa stone, dia akan explain apa maksudnya. Antara yg aku ingat, music stone, patung budha dll. Aku tnya dia brp sebulan kos elektrik utk bg gua ni warna warni? Dia tak jawap pun aku, mungkin bg dia aku mcm mengejek. Tapi nature kerja aku kot, apa2 mesti nak tahu kosnya kan....



Ni music stone, kata mr D, setiap satu bunyi berbeza dan irama 
Ni lah silver stone, stone yg sama tercetak atas tiket maauk
tiket
tpt parking silver cave
Lps hampir setengah jam dlm gua tu, kami balik semula ke bandar yangshuo. Mr D orderkan kami makan malam, daging atau ayam aku dah lupa dan telur goreng. Kali ni cam segan nak ambik gambar sbb meja sebelah kemain lauk.

Malu kat meja sebelah, lauk diorang bkn main byk. Dia pun guna tour guide, sekejap2 sampai lauk baru. Mau 5-6 pinggan lauk. Pakej mahal kot. Restoran ni sama mcm yg mlm tadi jugak, diorang tak offer air kat kami pun. Mmg style kat sini agaknya, utk mkn malam tak ada free tea. Meja sebelah, siap tour guide dia ckp lagi, you all can take one juice, any juice but only one. Pastu makcik tu jerit, I dont want juice, I want plain water. Amboi makcik, memilih pulak. Kena mcm kami yg makan takder air ni baru tahu.

Aku panggil pekerja kedai mintak air panas utk bancuh milo. Tak kan air panas pun kena bayar kan?? Makanan kami semua sudah dibayar oleh Mr D masa dia order tadi, jadi kami hanya masuk dan mkn shj. Sedihkan, dia tak order pun juice atau air apa2 utk kami. Tapi takper, sedap gak hujan2 ni minum milo. Yer kawan2....hujan masih renyai2 kat yangshuo ni. Tapi takder lebat mcm tadi. 

Lps makan kami terus ke west street. Kena naik jejantas. Jalan sepanjang west street dipenuhi gerai2 jualan yg jual ntah apa2. Betul....aku yg bermasalah atau apa. Sbb satu pun tak berkenan. Masuk kedai2 jual souvenirs, kebanyakan nya barang2 yg pernah aku jumpa masa gi saigon. Baru perasan, semua brg tu made in china. Mmg sah2 la sama kan. Tgk handbag, jenis cotton yg bunga2 kecik tu. Mcm lawa tp harga 110-150 yuan satu. Kedekut pulak nak keluar duit. 

west street
sempat singgah beli mango juice....ni kes kecik hati ngan makcik kat restoran tadi....hahahah

west street dari bilik hotel
Pusing balik hotel. Rasanya tidur lagi best. Kali ni hotel kami okay, bilik air is normal. takder blind2 dah. Mandi dgn aman dan tenteram. Wifi pun laju jugak. Terus msg famili mintak diorang check bank apa yg blh withdraw duit guna kad cimb. Rupanya kalau jumpa lambang cirrus atau plus, mmg blh keluarkan duit. Yay...rasa berbunga2 hati. Cuma mslhnya, kalau atm tu takder english. How???

Tidur dgn lenanya dan bangun kul 4.30 utk solat subuh pastu sambung tidur. Lupa nak cakap, hotel ni ada penunjuk arah kiblat yg ditampal kat syiling. Mesti ramai muslim yg menginap kat sini. Mr D ckp akan jemput kami kul 8.00 utk balik semula ke guilin. Yes sir!

Read More

Thursday, September 3, 2015

GUILIN : RABU DAN KHAMIS

26/8/2015

Flight ke Guilin adalah 6.25pagi hari khamis, anak sedara aku hantar ke erl putrajaya kul 11.30 malam hari rabu. Suspen jugak sbb dah sunyi. Turun kat paltform, aku jer yg tunggu train. Yang nak ke kl sentral adalah 5-6 org. Cuak tak yah citer...duk msg2 kawan aku yang dah sampai klia2. Elok jer train nak ke kl sentral sampai, muncul lah 3 org perempuan yang nak klia jugak. Lega....adalah kawan.

Sampai klia2, kami terus masuk balai perlepasan. Time tu no.gate belum ada. Terjah jer. Jumpa plk buggy, diorang hnatar kami ke food court (gate P&Q). Sampai jer situ, tgk2 no.gate kami ialah L20. Cetttt....kami rileks kejap ambik nafas dan jalan lah ke gate L. Toleh2 kat kwsn buggy, takder plk adik yg hantar kami tadi. Dah sampai gate L, kami turun ke tpt scan. Sekali polis bantuan tu kata gate tutup sampai kul 5 pagi. What???!!!! Jalan lagi sekali ke gate P&Q. Pagi2 buta kami dah wat walkathon. Tiba2 lapar balik...hahahahaha. Lepak kat mcd, makan2, sembang sampai lah kul 4 pagi. Lps tu jln lagi sekali ke gate L. Gitulah cerita kami di pagi hari belum subuh. 

27/8/2015

Alhamdulillah, selamat mendarat pukul 10.30 pagi. Urusan kastam dan imigresen senang jer. Keluar jer balai ketibaan....yihaaa. Nama aku terpampang kat kertas. Ada org jemput you....Berkenalan lbh kurang, kami di bawa ke kereta. "Only two of us?" tanya aku. " Yes, only two of you. And me as a driver and tour guide" kata Mr D. "Oh okay..." aku pandang kawan aku, kawan aku pandang aku. 

tunggu kawan aku gi toilet

Jujurnya, ini kali pertama kami ambik ground arrangement. Tak tahu la plk ia adalah private tour. Aku mati2 ingat mcm SIC. Ok then....perjalanan diteruskan. Dalam kereta mr D cerita serba sedikit pasal guilin, jumlah penduduk, taraf ekonomi dll. Dia tanya aku kerja apa, brp gaji (what???), dan brp cash aku bawa. Sebabkan aku ni susah nak syak org, aku jawab lah dia tanya kecuali brp cash aku bwk. Kemudian dia duk promote utk tgk show kat guilin dan yangshuo. Kami setuju yg guilin, dan shownya mlm ni. Waaaaaaa.....dgn tak tido mlm tadi, pastu tido kejap jer dlm flight, mlm ni terus tgk show. Aku ckp kat kwn aku, ada yg tido masa show ni. 

Tpt pertama kami dibawa ke elephant trunk hill. Urusan beli tiket semua mr D uruskan. Tpt ni mcm park, jalan lbh kurang 3 minit, nampak lah hill nya. Ok, quite impressive jgk lah.

kaunter tiket
abaikan apek yg menguap tu
elephant trunk hill
malas nak turun...
belah kiri

Lps tu dia bawa kami ke Fubo Hill. Kat sini dia ceritakan sikit pasal fubo hill ni. Tpt ni ada 1000 patung budha kecik dan besar. Waaaaa....aku tanya dia pernah kira ker? Dia gelak2. Lps tu dia suruh kami mendaki tangga naik atas utk tgk view bandar guilin. Katanya 10 minit utk naik. Ok...sampai separuh jln, aku surrender. Takder kudrat beb hahahahah








sampai sini jer aku mendaki





Kemudian dia bawa kami lunch kat Endian Restaurant. Menunya ialah nasi putih, ayam goreng, sayur goreng, tembikai dan air teh panas. Ok fair enough la. Aku pun bkn memilih sgt mkn. Ramai jugak org malaysia makan kat sini. Yang satu flight dgn kami tadi pun ada. 

Dia pun bincang dgn kami itinerary seterusnya. Sama ada nak solat kat masjid belakang reostoran ni atau nak solat kat hotel. Kami memilih hotel sbb rasanya perlu sgt2 utk mandi. Mr D kata sblm ke hotel, perlu ke kedai silk dulu, sbb ini compulsory stop. Okayyyy. Malam nanti tunggu dia kat lobi kul 6.30 utk pegi tgk show.


Lps lunch, dia bawa kami ke kedai silk. Kami tak beli apa2. Gila...satu set cadar harga nya hampir RM600. Idop ler aku nak abiskan duit utk benda mewah2 mcm ni. Tidur pun sorang2 kan...ahakss.



Kemudian mr D terus bawa kami ke hotel. Sepanjang jln dia mcm bad mood. Apa tak kena ntah...sepatah pun tak bercakap pastu drive mcm marah2. Hon sana hon sini. Whatever....hihihihi.  

Hotel kami ialah Ibis Hotel, kedudukan nya agak keluar sikit dari city tapi ada mall dan juga restoran halal berdekatan.


nampak tak blind tu?
cawan kertas yer....hygiene sungguh

Urusan check-in hotel semua dia uruskan. Kami dapat bilik tkt 18 dan dua voucher breakfast utk esok pagi. Bilik sgt okay, cuma bilik air guna blind. Hahahaahah....sib baik blind. Kami mandi tutup lampu tau sbb takut tetiba blind tu terselak. Ok imagine shj yerrr....

Kul 6.30 kami dah tunggu kat lobi. Show kul 7.30 mlm. Show nyer sgt okay. Ada ballet selang seli dgn acrobatic. Pastu ada skesta pendek. Puas hati lah dgn bayaran 180 yuan. Kami dpt seat row 6, tapi row 1-4 dikosongkan, maka kami mcm duduk kat seat 2 dari dpn. 








Lps show, mr D bawa kami balik ke hotel, dan dia tlg orderkan mkn malam kat restoran selang 2 buah dari hotel. Restoran halal, tapi menunya hanya mee shj. Nasi takder. Kami order satu noodle soup, dan satu fried noodle. Tak habis okay. Portion nya sgt byk dan rasa sup nya mcm tak cukup syarat. Air minum takder yer kwn2, aku tak tahu knp diorang tak offer air. Tgk dlm fridge ada jual air tapi air gas. Malas la plk nak minum air gas ni. Nasib air mineral yg baki tadi siang ada lagi. 




Mr D terus balik rumah lps order makanan utk kami dan dia ckp esok tnggu kat lobi kul 7.30 pagi. Check out siap2 dan bawa luggage semua sbb mlm esok kami bermalam kat yangshuo. Okayyy

Balik bilik terus tidur. FB pun tak leh masuk, nak buat apa lagi kan....membuta jer lah. 

Read More

Wednesday, September 2, 2015

GUILIN : TOTAL EXPENDITURES


Kali ni kembara aku bkn mcm selalu. Aku ambik ground arrangement dari wta travel (ofisnya kat shah alam). Pada awalnya kami ambik pakej cruise tp dibatalkan saat akhir. Keputusan diambil, kami plan ke guilin. 

Tarikh : 27/8 - 31/8

Tiket AA : RM739
Meal : RM24
Luggage share 30kg dua orang: tebus voucer (RM50)
Visa : RM130
Bayaran pakej : RM960 (4 hari 3 mlm)
   - hotel dua mlm di guilin (Ibis Hotel)
   - hotel satu mlm di yangshuo (Starway Hotel)
   - makan 2 kali sehari kat restoran halal dan breakfast kat hotel
   - airport - hotel
   - byrn masuk
       # Trunk Hill
       # Fubo Hill
       # Cruise 1.5 jam Li River (mula dari Yangshuo patah balik ke Yangshuo???)
       # Silver Cave
       # Shangri-la
       # 3 tpt wajip silk, bamboo products, herbs
       # English speaking guide
 Acrobatic show : 180 yuan pp
 Tips tour guide : 75 yuan pp

Tambahan satu mlm kami arrange sendiri:
Pakej ke Longji : 203 yuan + RM61 (Lychee Travel)
Hotel satu mlm : 114 yuan pp (Sapphire Hotel)
Taxi dari hotel ke airport : 60 yuan pp
Lunch kat Longji : 17 yuan pp
Dinner mlm last : 11 yuan pp + 5 yuan air oren (Endian Resturant)

Aku bawa cash cuma 1055 CNY = RM700 (kadar tukaran 0.663) dan pinjam kawan aku 32 yuan...huhuhuhu

Total : RM1,914.00 + RM700 + RM21 = RM2,635
Average Daily Spend : RM527 per day (tidaklah begitu murah dan tidaklah begitu mahal, tapi sbb guna tour guide so agak berpatutan)

Cerita sengal diri sendiri : Aku activate kad debit cimb aku utk kegunaan kat china, kot2 nak withdraw duit. Kad kredit lansung tak activate. Kwn aku plk tak activate kad debit cimb dia. 

Bila hari ke4, cash dah susut. Souvenir kat famili dan frens blm beli lg. Dgn megahnya aku ke atm utk withdraw duit. Sekali keluar...kad aku tak available. Rupanya aku nyer kad yg versi lama. Yg bankcard tuuuu....ahaks. Kwn aku try dia nyer kad, blh lps tp malangnya tak blh nak keluar duit sbb dia tak activate. Hahahahhaha

Dgn baki duit yg tak sampai 400 yuan, aku shopping la sikit2. Brg2 kat sini quite mahal. Fridge magnet pun 5 yuan sekeping. Ni FM yg style tak brp cerdik. Yg lawa sikit 10 yuan

Items yang aku beli :
1) Table cloth (longji) = 65
2) Shawl (2) = 30
3) Coaster = 35
4) FM (8) = 45
5) Cucuk sanggul (3) = 50
6) Shawl (2) = 35
7) Beg kraf = 15
8) Mirror = 10
9) T-shirt (2) =30
10) T-shirt (3) = 70
Tips utk nak shopping brg2 kraf kat Longji, better beli yg kat atas2 sbb lg murah. 

Silk yg betul2 silk hanya ada di Suzhou (menurut kata kawan cina aku). So hati2 bila nk beli silk. Tak jamin asli atau tiruan. Pernah jugak kwn beli, tapi sbnr nya satin...

Ringkasan brg2 yg aku beli spt di bawah :




Masa nak check-in balik, terkial2 kami nak tanya mana kaunter Air Asia...last2 msg kwn aku suh dia tulis mandarin. Hahahahaha. Kat China, google kena block, so tak blh nak guna google translate. Cara lain aku tak tahu. Nasib whatsapp tak disekat. Tapi wifi la pulak susah....aisshhhh

Nak beli baju utk anak buah lelaki pun terpaksa msg dia tanya...kena pulak aso yg jual tu tak tahu baca....nasib kwn aku tolong tulis sekali sebutan dlm rumi. Kawan2...kanak2 lelaki ialah 'nan ying er' atau 'nan hai'

Read More

Wednesday, August 19, 2015

MADE - BIG BANG

August 2015



July 2015



June 2015



May 2015



Aku rasa aku tak akan beli full album or single or whatsoever, maka baik aku abadikan mv diorang kat sini....

Krn diorang aku gi korea thn 2012...time ni jumpa iklan kat dlm subway pun dah seronok....sengalll


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com