Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Thursday, March 10, 2016

NORTH ISLAND : TAUPO (PART 2)

Selepas sarapan baki dinner mlm tadi, packing barang dan kami terus ke bandar Taupo. Self service laundry dan shopping. Sepanjang pemerhatian aku cuma ada dua kedai shj yg jual brg2 souvenirs, kedai lain jual barang harian. Besar gak bandar ni, ada Kathmandu, North Face, dll. Dah penat shopping, kami berehat depan tasik Taupo. Tasik ni takder lah secantik Lake Tekapo ataupun Wakatipu yg belah south island, tapi boleh lah. Lunch kat kedai kebab dan mula bergerak ke Wanganui.

















Isi minyak kereta dulu dan kami mula bergerak ke Wanganui. Stop kat beberapa tpt lookout point, just ambik gambar dan sambung balik.

Read More

Tuesday, March 8, 2016

NORTH ISLAND : LAKE TAUPO


Slps lunch dan isi minyak kereta, kami teruskan perjalanan ke Taupo. Perjalanan sgt senang, takder sesat2 masuk kampung dah. Sempat singgah sekejap kat Huka Falls. Cantik. Tu shj yg dapat dicakap. Mula2 aku dan anak sedara aku shj yg keluar. Mak dan kakak aku tak nak ikut sbb hujan. Bila dah tgk sendiri, aku patah balik ke kereta dan paksa diorang ikut. Terdiam mak aku tgk air yg kaler sgt biru mengalir laju. Walaupun dikenali sbg Huka Falls, tp ini bkn air terjun yg biasa kita lihat. Mcm sungai tapi alirannya laju sgt dan dia ada terjun sikit...tak byk terjun nya...
























Di lake taupo kami menginap di http://baywatertaupo.co.nz/. Rate utk 1 bedroom with 3 beds (2 single beds dan 1 queen bed) adalah nzd200. Masuk2 jer bilik ada spa. Kelakar....sapa lah nak berendam tpt terbuka mcm ni, even dlm rumah pun at least biarlah tertutup...hihihi. Kitchen agak sempit, lorong jer tp semua kemudahan lengkap. Kerusi makan cuma ada 3 shj, maka sorang kena makan sambil duduk atas katil. Personally aku suka hotel ini sbb inilah satu2 hotel yg buat aku tido nyenyak gila...







Settle solat dan rehat2 kejap, ayukkk kita cari makan. Di Taupo ada satu indian restoran yg menyediakan makanan halal. Nama kedai is Master of India. Kami order chicken chilly without chilly (sbb aku masih berpantang makan pedas) dan chicken curry. Mcm aku ckp sblm ini, beli lauk dapat nasi sekali. Tak payah susah2 nak masak nasi. Anak sedara aku request roti nan. Hambekkkk.....besar amat roti nan. Lps beli makan kami cari tpt mendobi malangnya sudah tutup. Masalah betul sbb kat sini semua kedai akan tutup pukul 5 ptg. Hemmmm






Balik hotel dan makan. Esok pagi2 kami akan mendobi. Hotel yg kami duduk ini ada menyediakan laundry tp hanya dibuka jam 3 ptg dan tutup jam 5 ptg kalau tak silap aku. 

Esok destinasi kami seterusnya adalah Wanganui...

next 
Read More

Saturday, March 5, 2016

NORTH ISLAND : ROTORUA (part 2)

Selepas breakfast telur rebus plus kentang lenyek2 dan buat sandwich, ni resepi anak sedara aku...sedap plk makan....kami check-out dan bergerak ke bandar Rotorua. Lg sekali ke kedai uncle kedah, borong souvenirs. Tepat jam 10.30 pagi, kami ke I-Site utk tunggu duck kami sampai. Ikut jadual duck akan lalu dan pick-up kami jam 10.45. Aku drop kakak dan mak aku dulu kemudian mencari parking dan jalan ke I-Site. Dari jauh aku nampak kakak aku duk lambai2 kat duck yg sedang bergerak keluar. Kelam kabut aku lari pegi tpt kakak aku. Malangnya duck tu dah bergerak meninggalkan kami. Panik kejap.

Anak sedara aku masuk dlm I-Site dan tanya petugas kat situ. Haishhh....bila anak sedara aku ckp...errrrr, we are suppose to join the tour but the (lama dia diam) duck just left. Haahha terus bantai gelak. Yer laaa...nak ckp bas bukan bas, mmg duck la kan. Rupanya bukan duck itu yg kami patut naik. 

Duk tour ni harga utk seorang NZD68. Mahal la jugak tp since tak ada pun aktiviti utk mak aku selain shopping, kakak aku cadangkan yg ini. Tapi it was nice experience. Suka jer aku

Boleh rujuk sini utk sesiapa yg berminat http://rotoruaducktours.co.nz/tours/rotorua-city-lakes-tour/






Duck ini mula2 akan pusing bandar Rotorua dan kemudian bawa ke tempat geyser dan masuk dalam dua tasik. Tour ni selama sejam setengah. 

Mr. Grant, driver duck kami sgt enjoyable. Siap kutuk2 aussie lagi. Hahahaha. Ada beberapa cerita menarik pasal sumpahan dalam tasik dan mcm2 lagi yg dia ceritakan. Last sekali ada kuiz. Hihihi

Sampai semula ke bandar, kami sambung shopping dan lunch kat kedai kebab semalam. Kemudian isi minyak dan terus ke Taupo. Jarak perjalanan cuma 1-2 jam shj. 

Just nak share souvenirs yg aku beli kat kedai oppa korea...

satu paket ada 6 FM harga NZD8.90

before 10% discount harga NZD12.50
Yang ni pulak aku melabur kat kedai uncle kedah....



keychain yg mcm ni dapat 12 for NZD12. Tempat lain kebanyakan dpt 10 for NZD12

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com