Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Thursday, March 17, 2016

NORTH ISLAND : WELLINGTON

Kami memulakan perjalanan ke Wellington lebih kurang jam 3 petang. Patah balik ke Wanganui isi minyak dan teruskan perjalanan. GPS tu mmg tak leh caya laaa. Dari tempat aku sedar yg aku belum isi minyak which is dlm 5 minutes from bandar wanganui, rupanya jika aku teruskan juga drive, mmg akan ada stesyen minyak iaitu di pekan bulls. Tapi mungkin gps tu read 'the nearest petrol pump' tu dia mintak kami u turn semula. Ok enough about isi minyak.


Jujurnya....jalan ke wellington adalah jalan yg paling senang dan sgt enjoy. Melintasi pekan2 kecil mcm Bulls, Levin, Otaku, Porirua rasa mcm dalam movie. Pekan koboi tapi sgt bersih dan aman. Oleh sbb kami pun bertolak agak lambat, maka terpaksa skip untuk singgah kat pekan2 ini. Rugi bila kenang balik...





Jalan mula start sesak bila kami memasuki bandar wellington. Well...ibu negara kan. Kawasan ni mcm berbukit2 sikit, so bawak kereta pun agak slow dan hati2.






Lalu jalan ke Interislander Cook Straight Ferry, pelabuhan kapal yg akan membawa kita ke South Island. Wow besar2 feri nya, tapi menurut kakak aku, sapa tak tahan mabuk laut, dinasihatkan jgn naik feri ni. Kalau plan asal, aku mmg akan ambik feri ke south island tapi disebabkan cuti kakak aku hanya seminggu, maka hasrat utk ke sana terkubur. 

Di wellington kami menginap di http://www.capitalview.nz/. Harga utk family room ( 1 bilik, 1 katil double dan 2 single, kitchen) adalah NZD205.

Kelakar jugak hotel2 kat NZ ni, rata2 yg kami ambik semua katil single dalam bilik dan katil double kat luar bilik aka living hall. Anak sedara aku ckp, parents tido kat luar dan anak2 tido kat dalam. Mcm funny kan...budaya diorang maybe...






Lps rehat kejap, aku google halal restaurant. Guna http://www.zabihah.com/sub/New-Zealand/Wellington/Zz8oewtdVR. Keluar lah aku dan anak sedara aku cari makanan. Mak dan kakak aku relax kat bilik. Dekat shj dgn hotel kami. Kami memilih utk tapau makanan dari Satay Kajang. Makanan not so bad, tp mee dia besar2 tak mcm kat malaysia. Makan sikit dah kenyang. 






Singgah beli kebab utk sarapan esok tanpa mengetahui yg makanan dari Satay Kajang sgt banyak. Boleh 3 kali makan...ok tipu...dua kali mkn blh lepas.

Malam tu kami berkemas betul2, esok kami akan ambik flight ke Auckland (Air New Zealand) dan malamnya akan balik ke Malaysia. Kakak aku kata just try sama ada boleh terus check in kat Wellington, maka takder la nak mengangkut beg ke hulu ke hilir. So kami asingkan siap2 mana yg nak hand luggage mana yg nak check-in. Beg beranak pinak is normal. 

Tido agak lambat sbb duk berkemas, selepas hampir 7 hari kami travel dgn kereta, main campak jer barang, ini kena pack betul2. Wow bkn satu tugas yg mudah...

Mak aku tetiba ckp...kalau seminggu lagi pun takper...hahahahha gelak sakan kami. Siap suh gi withdraw duit lagi. Mak aku seronok betul dtg sini, enjoy tgk mak aku enjoy. 

Now time to sleep....esok aku dah tak jadi driver....hihihi

Read More

Tuesday, March 15, 2016

WEEKEND : BAGAN LALANG









Takder plan pun, tetiba anak sedara aku ajak gi Bagan Lalang. Katanya nak mkn ikan bakar. Aku balik keje awal sikit dan gerak ke sana jam 3 ptg. Pusing2 cari resort utk kami malam ni. Nasib masih ada bilik kat Bagan Villa Resort. Harga utk satu malam RM96 dan extra tilam adalah RM6.

Biliknya sgt2 basic. Ada katil double, tv kecik, toilet dan 2 biji kerusi plastik. Nasib sebelah resort ada restoran, jika haus, blh la lari ke sana.



Lps isyak, kami ke gerai paling hujung. Dari Avani belok kiri dan terus smpai hujung. Tak pasti nama kedai apa. Anak sedara aku order ikan kerapu masak stim, ikan pari bakar dan sotong goreng tepung. Semua sedap. Tambahan menu, sup ayam, tomyam ayam dan telur dadar. Harga semua sekali tak sampai seratus utk 5 org makan. 

Pagi esok, pusing2 cari sarapan. Ok jugak sini, senang cari mkn. Rata2 kedai makan yg bukak belah pagi akan tutup pukul 6 ptg, dan kedai lain pulak akan bukak dari jam 6 ptg ke 1 pagi. Tak kelaparan la kalau duk sini...

Lps mandi2 kat pantai jap, kami bergerak balik. Singgah lunch kat putrajaya, pun aku lupa nama kedai. Kedai ni menyediakan masakan kelantan. Mmg selera la weyyyy...ada ikan selayang (sardin org KL panggil) rebus goreng, lala masak lemak (confirm tak pedas), dan mcm2 lagi. Bertambah2 aku mkn...hahahaha
Read More

Monday, March 14, 2016

NORTH ISLAND : WANGANUI (part 2)

Hari ini kami akan bergerak ke Wellington. Kakak aku dah check siap2 jalan nak ke sana, tak nak jadi mcm semalam. Slps confirm jalan semua, kami check-out dari Midtown Inn dan jalan2 sekitar Wanganui. 

Mungkin ramai yg tak pernah dengar nama ni, apatah lagi nak dtg sini. Wanganui merupakan satu bandar di barat NZ dan populasinya hanya 43 ribu lebih org shj. Tpt ni merupakan tpt anak sedara aku kerja. Kami singgah ni pun sbb kakak aku nak tgk tpt anak dia kerja, kalau tak rasanya kami pun tak dtg.

Bandar Wanganui ni ada byk jugak tpt shopping. Slps beli lunch, kami ke rumah anak sedara aku dan mkn kat situ. Housemate dia gi kerja, so agak selesa lah kami rehat2 sementara tunggu waktu zuhur.





Sempat ke pantai yg tak jauh dari bandar. Tapi lansung takder org. Sunyi sepi....cepat2 pusing balik. 




Rumah sewa anak sedara aku....sgt cozy lah bagi aku. Rumah kayu tapi sgt cantik. Rasa mcm duk rehat2 dlm resort tepi laut...hikss. Sewa by week iaitu NZD200 per room. Rumah ni ada 3 bilik dan skrg hanya dua org shj yg menyewa termasuk anak sedara aku. Every week akan ada org dtg utk tukar cadar, bersih2 rumah dll. Lagak mcm hotel kan...










Lps solat, kami melawat kejap hospital tpt anak sedara keje. Round sikit2 dan kami teruskan perjalanan.




Dah hampir 5 minit masuk highway, baru perasan aku tak isi minyak. Aisehhh,....mintak anak sedara aku check the nearest stesyen minyak, dia kata bandar Wanganui. What??!!! Terpaksa patah balik dan isi minyak. Buang masa kat situ.

Lupa nak share, harga minyak kat sini berubah2 ikut brand dan tempat. Paling murah aku isi minyak kat Rotorua, jenama minyak ialah Gull dgn harga NZD1.53 per liter. Paling mahal jenama BP kat Rotorua jgk iaitu NZD1.68 per liter. Beza sehari jer aku isi minyak tp harga lain2. Setiap kali isi, cuma NZD30 shj regardless of harga brp. Senang nak ingat...

Sepanjang trip ini, aku hanya isi minyak empat kali (NZD30x4kali=NZD120) dan NZD100 diisi oleh company sewa kereta. So kos keseluruhan adalah NZD220. Masa hantar balik kereta, minyak masih ada baki suku tank.


Read More

Friday, March 11, 2016

NORTH ISLAND : WANGANUI

suppose jalan ialah highway 1 - 46 - 47 - 4

Perjalanan diteruskan ke Wanganui. Jarak perjalanan hampir 4 jam.

Kakak aku terpaksa off hp dia sebab bateri low dan kami hanya berpandukan gps kereta. Sepanjang Lake Taupo masih okay, sempatlah kami berhenti kat point2 yang cantik utk ambik gambar. 







Lps jer Lake Taupo....jeng jeng jeng. Kami memasuki Adventures Highway (state highway 49). Mula2 relax lagi, tapi semakin dalam kami masuk, jalan semakin sempit dan tetiba ada gaung belah kanan aku dan bukit belah kiri. Beberapa signbboard yg letak speed 25km/h shj mula menunjukkan muka. Jalan berbukit dan bengkak bengkok, gaung belah kanan lansung tiada penanda. Jika terbabas mmg habis.

Sepanjang jalan kami cuma berselisih dua kali dgn kereta. Hati aku rasa tak tenteram, emosi aku sbg pemandu aku blh kontrol, tp emosi kereta adalah di luar kawalan aku. Doa byk2 jgn sampai kereta rosak atau tayar pancit. Kakak aku on hp dia utk check gps, guess what?? No line. Telefon anak sedara aku pun no line. Hanya gps kereta shj yg berfungsi. Kerap kali aku tanya brp km lg nak sampai jln besar. Hampir 45 minit kami melalui jalan ni. Mak aku dah start wirid kat belakang....lagi la aku gelabah.

disinilah permulaan journey yg menggerunkan

mula2 hepi lagi...

kambing biri2 semua takder bulu...musim menuai bulu kata anak sedara aku...

kami ambik jalan kiri tanpa mengetahui apa yg bakal ditempuhi

lagi sejam setengah nak sampai....tipuuuuu

dah start lengang

lansung takder kereta
ni lah jln yg kami lalu...image dari street view.....


Alhamdulillah....akhirnya kami masuk state highway 4 semula. Kereta dah start byk. Lega....sampai ke bandar Wanganui tepat jam 8 mlm.

Mula2 kami booking Riverview Motel, tapi ada kesilapan teknikal. Kami sepatutnya memilih bilik garden view bukan river view. Bilik garden view adalah bilik bawah manakala bilik river view pula kat tingkat atas. Bilik garden view fully booked, kami pasrah kena tukar hotel. Sukar utk mak aku nak naik tangga.

Owner motel ni sgt professional, dia tolong kami carikan bilik bawah kat hotel sekitar. Akhirnya slps 15 minit, kami dapat lah bilik yg ada connecting room kat Midtown Motor Inn. Bilik aku ada satu katil double dan satu katil single dilengkapi dgn kitchen manakala lagi satu bilik ada satu katil double dan satu katil single, no kitchen. Harga utk dua bilik NZD174. Bilik agak uzur, perabut lama dan toiletnya pun biasa2 shj. Boleh la sbb hnya satu mlm shj dan kami bersyukur sgt sbb kalau tak mana mau tido?? Riverview Motel pun tak caj kami apa2. Baik kan...

Aku dan anak sedara aku keluar semula ke bandar, pergi Park n Save beli ikan dan ke pizza hut order pizza seafood. Jujurnya....bandar ni sgt menyeramkan. Bukan sbb ju-on ke apa, tapi local people kat sini mcm menakutkan. Gaya2 mcm koboi dgn jambang semua.

Kemudian kami ke rumah sewa anak sedara aku utk ambik baldi dan butter. Sempat say hi hi kat housemate dia warga UK.

Sampai motel semula, kakak aku goreng ikan guna butter dan kami makan pizza. Aku ni kalau duk dlm bilik suka lampu terang2....bilik ni lampu dia agak suram. Dan bila aku gi bilik air, tetiba lalat gigit aku. Berlari keluar...anak sedara aku tak percaya lalat blh gigit....tp betul. Tak tipu. Tumpang mandi kat bilik sebelah. Pintu pulak tak leh lock. Macam2 laaaa

midtown motor inn



Malam tu lps mak aku dah lena, kami duk bincang psl jalan yg kami lalu tadi. Kakak aku google semula rupanya kami ambik short cut. Dari highway 49 kami ambik Whangaehu Valley Road. Jalan inilah yg mengalahkan jalan ke Genting Highlands. Hampeh betul la gps tu. 

Tido pun tak brp nak lena sbb kepala masih duk fikir jalan tadi...dan kenapa lalat tu menggigit???

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com