Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Wednesday, April 2, 2014

HCM : DAY 2

 27 Mac 2014 (Khamis)

Selepas menikmati breakfast yg menu nya blh tahan byk kat hotel, kami naik bas ke Chu Chi Tunnel. Jarak dari HCM city dalam 1 jam setengah. Kami di bawa pusing2 dalam kwsn tunnel ni. Bijak sbnr nya org2 Vietnam ni. Dari apa yg diceritakan oleh tour guide, diorang ni terpaksa berusaha utk survive, sbb tu timbulnya idea bina tunnel dan mcm2 trap utk selamatkan diri dari tentera amerika. Lama gak kami kat sini. Aku cuba menembak guna m16. Minima 10 bullets utk sekali beli. Tapi aku cuma guna 1 biji jer sbb tak tahan dgn bunyi letupan. Baki 9 biji kakak2 aku share.






yg ni sah aku tak muat....hahahahaha


Trap yang dibina oleh askar vietnam masa menentang amerika.






ajussi ni tahu pulak aku nak ambik gambar dia...


Shooting time....tapi aku takut...hahahaha


dua kakak aku yg cuba menembak...M16 tuuu

Kami lunch di Satay House. Restoran ni pernah dikunjungi oleh team Jalan Jalan cari Makan. Besar gedebak gambar maria Tunku Sabri dlm tu. Sedap jugak makanan kat sini. Tp rimas lah dgn penjual2 yg menunggu dpn pintu restoran dan ikut kami sampai ke bas. Aku mmg hati kering, so tak mkn pujukan diorang.

Stop kat Hjh.Basiroh utk shopping telekung. Kawan aku mintak belikan telekung sulam kain lycra yg paling mahal. tak selesa nya shopping kat sini. Berpeluh2 aku. Tempat sempit dan org ramai. Barang byk susun2 kat tangga, tinggal sikit jer space utk jalan. Solat zuhur dan qasar Asar di masjid berdekatan.

Singgah kat War Museum, lps tu Post Office, dan last Hard Rock Cafe. Aku beli tshirt utk diri sendiri. Ni jer yg aku beli utk aku. Kain cotton??? no no no hahahaha size badan aku tak mengizinkan aku utk pakai cotton...nanti jadi mcm gergasi....





aku ambik dari bas shj...malas nak turun...

kasi zoom sikit

Teruskan perjalanan dan singgah kat Taka Plaza utk shopping dan mkn malam kat restoran sederet Taka Plaza. Nama restoran tu ialah Saigon Green House. Restoran berada di tkt 2 dan ke atas. Bawah tu ada jual beg dan kain2. Shopping lagi.....org lain laaaa bkn aku...

Balik hotel terus tido. Penat tak pyh citer....pack betul itinerary.

Read More

Tuesday, April 1, 2014

HCM : DAY 1

26 Mac 2014 (Rabu)

Plan utk ke Saigon atau skrg lebih dikenali sbg Ho Chi Minh ini dibuat hampir 6 bln lepas. My sisters yg beriya-iya ajak sbb nak beli kain utk raya. Boleh?

Since aku jer yg duk kat KL, diorang serahkan tugas utk plan everything tu kat aku. Tak nak sakit kepala, aku register jer semua ikut pakej Poto. Hahahaha....yer lah. Karang kalo aku wat style backpacking ada pulak yg tak puas hati mkn tak cukup lah, hotel tak best lah. Aku kalo travel, nak minimakan sehabis byk part hotel ngan mkn. Sanggup angkut mknan dari Malaysia. Tp tidak utk kakak2 aku.

Untuk 4 hari 3 mlm dan menaiki pesawat MAS, harga yg Poto caj ialah RM1,499 utk twin sharing. Mcm okay, tp flight ke Saigon kul 5 ptg, sampai sana pun dah kul 7 mlm, apa sgt aktiviti yg blh dibuat utk hari pertama selain shopping. Adoiiiiii ni yg aku stress berganda ni...

Kami semua dikehendaki berkumpul di KLIA kul 2.10 ptg, ada sikit briefing dan bagi boarding pass. Dua kakak aku dari Penang sampai epot kul 1 ptg, dan sorang kakak aku sampai dari Kota Bharu kul 10 pagi. So semua berkumpul di KLIA spt yg diarahkan. Aku namakan kakak aku Kak Net, Kak Tet, dan Kak Jet.

Kak Tet ni sbnr nya kakak ipar aku. Umur dia cuma setahun tua dari aku. Dia ni jugak lah yg pegi dgn aku ke Phonm Penh thn lps. Kak Jet dan kak Net kakak betul aku.

Ok abis sesi suai kenal dgn tiga kakak aku.

Group kami semua 24 org termasuk tour leader. Satu famili yg terdiri dari 7 beradik dan 2 ipar serta sorang kanak2; satu couple dgn sorang anak; dua org adik beradik; satu couple pencen; satu couple muda; dan kami 4 org. Perjalanan dimulakan dgn bacaan doa dari sorang ahli group kami yg kami panggil haji. Alhamdulillah ada jugak veteran yg ikut dan blh pimpin kami.

Perjalanan mcm biasa, cuak ttp ada, bahang MH370 masih terasa, tp time mkn laju jer aku. Penerbangan cuma sejam setengah, flight kami naik ada personal tv, so mmg syok layan Dilwale....hahaha hindustan time.

Lan Lan 2 Hotel. Bilik kami jenis super deluxe. Utk tiga org patutnya...tp kami cuma duk dua org...syiokkk


kemudahan disediakan

Sampai je epot, kami disambut oleh Mr. Tien selaku tour guide. Kami terus dibawa ke hotel, aku dan Kak Tet dpt bilik tkt 8 dan dua kakak aku dpt bilik tkt 4. What to do, tak blh nak tukar dah. Hotel kami ialah Lan Lan 2 Hotel.

Lepas check in, kami dibawa ke Serai Restaurant. Jln kaki jer dari hotel. Makanan mmg superb cuma kami kejap kena naik tkt.1, kejap tkt.2 kejap tkt.3. Huhu...sbb kan kami semua 24 org, so agak susah nak tempatkan semua kat satu level sbb dah ramai pelanggan lain. Semua orang Malaysia yer yg mkn kat sini. Hahaha tak terasa lansung kami berada di Vietnam.

Serai Restaurant

Lps makan, kami merayap kejap kat night market dpn pasar Ben Than. Sempat singgah kat Linda Collection sebelah Serai Restaurant. Kak Tet belanja minum teh o ais kat Serai, tahu tak brp segelas? 45,000 vnd bersamaan RM7.65. Gila mahal. Kemudian balik dan tido... 







Linda's Collection - kat sini cotton 3 pasang RM100. Kalo beli byk dpt kurang kot....





Tamat hari pertama.

Tukaran 100,000 vnd =RM17

Read More

Monday, March 17, 2014

sharing is caring

okay....utk peringat diri sendiri dan kawan2 semua...yang baik jadikan sempadan yg buruk jadikan teladan...ewahhhh

boleh lah baca doa ni....aku ambik dari FB ustaz Don



Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menceritakan kepada kami tentang kaifiyat (kelebihan) doa ini. Bacakan 3 kali setiap kali sebelum memulakan sebarang perjalanan. Jika dalam waktu membaca itu ada gangguan yg membuatkan kita berhenti membaca seperti deringan telefon, orang memanggil kita atau apa sahaja, diisyaratkan kepada kita bahawa sebaiknya menangguhkan sebentar perjalanan kita itu. Tunggu sehingga 5 minit, bacakan sekali lagi, dan jika tiada halangan, teruskan perjalanan. Sekiranya masih lagi terganggu, tangguh terus perjalanan kerana boleh jadi akan ada halangan diperjalanan. Wallahua'lam - Admin

*Doa ini boleh dibaca setiap waktu, selepas solat, mohon dihindarkan segala bentuk musibah/bencana kepada diri & keluarga. 

Ini pulak yg mak aku selalu pesan bila nak travel...(makcik nik nab pun nak enter the frame youuuu...hahahahah)

AZAN slow2 sambil melangkah masuk...insya Allah kita mohon dijauhi syaitan yg cuba melalaikan kita, biasalah kita terlebih excited kan kalo naik kapalterbang....hihihi

semoga kwn2 yg bakal travel, selamat pegi dan kembali in one piece...

--------
Sambungan sikit dari doa di atas...

Hasbi-allahu la ilaha illa Huwa 'alaihi tawakkaltu 
wa Huwa Rab-bal 'arshil 'atheem

حَسْبِ اللهُ لا إله إلا هو، عليه توكلت
و هو ربَ العرش العظيم.
Read More

Wednesday, March 12, 2014

A Real Backpacker???

EN 15 signs youre a backpacker blog 21 Signs You’re a Real Backpacker

okay...aku blh terima pakai no.3, 7, 9, 12. so i am not a real backpacker.



Read More

Tuesday, February 25, 2014

NEXT....

wpun bkn free seat...tp consider murah la kot...



nak share la sikit story aku utk hari ni...aku bergraduan thn 2010, tp satu pun tpt yg aku apply takder jwpn...sehingga lah jumaat lps aku dpt interview kat tpt keje aku...tarikh interview nya ari ni...hahaha

kesimpulan dari sesi interview yg berlansung 20 minit, 

panel 1 :  you tak rasa ker you sekarang ni under utilised? *pitam* nak fully utilised apa lg....ko mana nampak aku terkangkang terkoyak kat ofis ni....weyyyyy....karang menjawab jadi hal lain pulak....aku mencuba kawal emosi dan jwb sebaik abis aku rasa...

panel 2 : awak silap ni....yg ini matlamat bkn piagam....balik baca lagi yer....nanti cuba lagi *rebah terus*

panel 3 : awak tak baca matlamat ni, kalau tak mesti awak tak komen mcm ni *cpr cpr*

dan sejak keluar bilik interview sampai skrg aku rasa nak tergelak...buat malu jer...slps 11 thn keje, piagam matlamat pun tertukar...haishhhhh.....
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com