Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Thursday, December 21, 2017

SYDNEY & MELBOURNE : DAY 2

18-11-2017

Highlight hari ini ialah coffee cruise. Booking siap2 melalui viator. Per person adalah aud47. Dlm cruise disediakan free flow coffee dan biscuits. Kalau nak beer ke wine ke kena bayar lain...hahahaha







Cruise ni dua jam. Penat la jgk duk tahan diri dari mabuk.

Dari circular quay kami jalan kaki ke darling harbour. Nak masuk sealife pulak. Tiket beli secara walk in so harga sikit mahal berbanding beli online. 






Kami lunch kat food court sealife. Order fish and chips. Sedap oooo

Pastu jln kaki ke hard rck cafe. Jumpa la dgn geng2 muda (3 anak sedara aku). Depa ambik Hop On Hop Off utk one day. Takder nyer depa nak ikut kami2 ni naik cruise masuk aquarium bagai. 

Ambik teksi ke Paddy's. driver tu tanya beberapa kali betul ke nak naik teksi sbb dekat jer tp sbb dah malas jalan kaki...teksi caj aud10 shj

Shopping lg kat Paddy's pastu jln kaki shj ke Liv Apartment. Mmg aku suggest la sapa2 yg dtg dgn family, blh consider utk duk sini. Selesa...
Read More

Tuesday, December 5, 2017

SYDNEY & MELBOURNE : DAY 1

Lama tak update blog....sekarang lbh senang upload gambar kat IG kot....baca blog kawan2 pun dah jarang2.....hihihi


17 Nov 2017

Flight kami lewat malam. Kul 11.40 mlm dari KLIA terus ke Sydney. Perjalanan 8 jam 15 minit. Kali ni aku pergi dengan 2 kakak, 2 anak sedara dan mak. Total 6 org dari KL dan anak sedara yg kerja kat NZ akan join kami menjadikan semua 7 org.

Nasib sblm bertolak kami dinner ala kadar kat mcd, sbb MAS hanya menyediakan refreshment shj masa mula2 naik. Katanya akan hidangkan heavy breakfast masa pagi nanti iaitu lg 6 jam. Huhuhu....dan refreshment yg kami dpt, spinach pie. Chicken pie dan abis. Sedih kan. Kami tak der la prepare roti ke apa sbb ingatkan dpt makan mula2 naik tu. Kesian pramugari tu, kelam kabut dia tolong kami. Akhirnya dpt jugak lah chicken pie 2 ketul share 6 org. Pastu dia bg crackers byk gila. Siap tapau...hihihi

Breakfast dpt nasi lemak ayam rendang. Takder la heavy sgt pun, tapi sbb mmg kelaparan gila, licin aku mkn.



Sampai airport, jumpa anak sedara aku yg dari NZ. Taxi yg kami booked pun dah ada. Tak sempat nak gi beli simcard. Kami terus dibawa ke apartment. http://www.livsydney.com.au/

Kami ambik apartment yg ada 3 bilik. Harga utk 3 mlm ialah RM4,350.24. Seorang bayar RM621.46. Lebih kurang RM208 utk satu mlm. Consider murah la sbb tpt ni bagus. Dekat kot ngan paddy's market...hahahah. Free parking dan byk kedai makanan halal sekitar ni.

dari liv apartment ke paddy's market




Lupa pulak nak ambik gambar master bedroom. master bedroom ada closet sendiri dan ensuite. Aku dan mak aku tido situ

Lps settle check-in (wpun byk drama antara tu...mat salleh yg keje situ nama George, dia tu hanya takut kat kakak aku jer...apa yg kakak aku ckp semua ok. Cuba aku yg ckp...asyik NO memanjang), aku dan 2 anak sedara aku keluar pegi beli lunch. Dekat sgt2. Nama restoran tu It's Time For Thai. Set lunch aud11. Bertabahlaaa....tp portion mmg dua org blh makan. 



Lps tu apa lagi....kami terus ke Paddy's Market. 

Malam tu kami cuma beli satu noodle set (Basa Fish Noodle) dari kedai cina muslim. Sedap...tp masin sikit utk aku. Noodle ni kami beli kat kedai2 area YHA Central.




Semua tido awal sbb penat...


Read More

Friday, March 31, 2017

INDIA : TAJ MAHAL

Utk Agra kami dpt tour guide. Katanya termasuk dlm pakej, tapi masa booking tak pulak dinyatakan. Ntah la...diorang ni suka suki jer ubah pakej. Berurusan dgn org India ni kena byk sabar....heheheh

Kami bertolak awal pagi dari Delhi. Santosh mcm biasa, asik sesat memanjang. Nak keluar ke highway pun sesat. 

kaabil dipawagam
pagi di delhi

kabus kat luar...

Sepanjang perjalanan kami stop sekali shj kat rest area. Aku beli iced choc. Hahahha ko mampu telan air sejuk dlm cuaca mcm ni??? 


Sampai Agra, santosh jemput tour guide tepi jalan, dan kami terus check-in hotel. Lps dah solat baru la selesa jalan2. Tour guide kata Taj Resort ni tak menyediakan makanan halal. 

Berasap lagi aku, sbb Tanish kata sini halal. So dia bawa kami lunch kat satu restoran, nama Indiana. Food was nice tapi mahal la sikit.

kul 12.30 sampai kat hotel. blh terus check in. kami dpt bilik level 1 (underground). so takder tingkap...sedihhhh
indiana restaurant...supir blh mkn free kat sini
Kami ke Taj Mahal. Okay....aku tak prepare utk ada tour guide, so rasa mcm alaaaaa tak best nya dia ni ada. Kami tak blh buat hal kami, asik kena ikut dia jer. Dipaksa naik tuktuk yg byrn nya sekali naik INR50. 

So perasaan masa kat Taj Mahal, out. Aku tak suka dengar org duk bercerita sejarah2 ni, aku suka duduk2, tgk keliling, gossip2 dan buat hal sendiri2. Bila kena ikut dia, mmg sekejap jer lah kat satu2 tpt. Bila kita stop lama sikit, mula la buat muka. Ishhhh ada yg nak kena makan sarung kasut ni.

Tak sampai 2 jam pun kami kat sini, dia terus ajak balik. Ko lain la....ko ari2 blh dtg sini. Nasib baik kwn aku tetiba nak gi toilet, so aku ambik peluang ni utk jln sorang2. Baru lah rasa aku bebas gitu. 

sampai ke taj mahal dari pintu tepi....kata tour guide khas utk pelancong....ntah ler

Lagi satu, time kami dtg, taj mahal tengah dibersihkan. Gambar taj mahal semua jadi mcm kat bawah ni....sedihhhhh
yayyyyy...dah nampak taj mahal
ramai betul ummat...dan knp minaret tu berbalut kayu??? andweeyyyy
kami dibawa lalu sini...khas utk pelancong...kata dia lagi
besar dan sgt cantikkk
kena pakai sarung kasut....erkk jeans aku dah longgar byk semenjak aku tak brp sihat ni...

tu lah our tour guide...ko mampu nak lawan ckp dia???budak 2 org yg ntah dari mana tu pun ternganga pandang dia....
lawa kann
bestnya kalau dpt duduk2 mcm tu...
curi2 ambik gambar...kata tour guide ni kubor shah jahan ngan mumtaz...tp replika shj....yg betul kat tkt bawah...
acara pembersihan sedang dijalankan....kata tour guide...kami adalah org yg bertuah sbb taj mahal ni dibersihkan sekali setiap 9 thn...erkkkkk
sungai??
taj mahal disengetkan supaya membolehkan kubah masuk dlm skrin
jgn tanya aku ini apa...sbb aku lupa



aku ikut mamat ni ker dia yg iku aku???


dah sampai bawah....

klik jer kamera....malas nak pikir dah sbb mmg ramai org...


moh kita balik....sblm tu lalu tpt scan ...time dtg tadi ada makanan aku  kena sedekah kat tong sampah...

 singgah la kejap kedai gift...tapi mahal ya amat...mampu tgk jer...


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com