day 1 (sydney) 27 May 2011

Lps jer urusan imigren selesai, aku ngan lady melilau la kat epot cari toilet. Lps tu terus check in jetstar utk ke sydney. Flight kul 12.00 pm. Lepak2 sat kat kedai2 dlm epot abis kan masa. Sempat jugak kuar ambik angin melbourne..hahaha. Nak beli mkn tak tahu kat mana yg halal. Telan la coklat yg beli dlm airasia.




Flight ke sydney delay sbb hujan. Kul 2pm baru boarding. Adeyyy jetstar lagi teruk dari airasia okay, ngan seat yg agak tak selesa. Flight tak penuh pun, aku duk sorang2 utk seat bertiga - layan perasaan sambil tgk pemandangan dgn hati tak henti2 baca apa jer ayat yang terlintas, serammm ooo sbb bunyi kipas flight mengganggu konsentrasi aku. Sejam jer dari melbourne ke sydney. Keluar jer dari arrival hall, belok kanan dan jalan terus sampai mcd, turun escalator dan akan nampak tpt beli tiket train utk ke Circular Quay. Senang sgt. airport link

Tiket train aud15.80. Train sgt2 la hazab. Aku syak sbb train ni dah lama tu psl cam dah uzur. Train ni 2 tingkat. Aku try duk tingkat atas, saja jer nak test.

Nak sampai ke circulay quay ambik masa dlm 20minit. Kuar jer train terus pegi info kiosk utk tanya direction ke yha sydney harbour ntah apa la uncle tu ckp, aku tak paham. at last aku terpaksa refer kat direction yg dari website yha. Agak susah jugak nak cari.

kuar jer dari station circular quay yg meghadap harbour
1) jln ke kiri hingga sampai ke satu park, first fleet park
2) cross park tu naik ke jln George Street (tangga tp xbyk)
3) cross George Street dan masuk simpang Globe Street, jln sampai hujung
4) naik tangga tu
5) jalan terus dan naik tangga lagi (harus diingat, utk sapa2 yang bwk beg tarik ala2 model tu sgtlah tidak sesuai, dinasihatkan ambik teksi)
7) cross jln dan terus nampak tangga lagi masuk gate yha (gate ni ditutup mulai kul 10pm)
8) receptionist berada di tkt 2
 

Masa berjalan sambil usung beg nak ke hostel,  nampak ada persembahan org asli aussie yg tiup2 serunai (rupa mcm buluh) bunyi best tp agak bingit. 



Sikit info psl yha sydney harbour,

Lokasi - not so nice if you have trolley bag, ada byk tangga dan agak jauh dari train station
Staff - cool. kaunter daftar masuk kat tkt.2, kena naik lift or boleh jer guna tangga.
Bilik - 9/10. reserved 1/10 for view sbb dari bilik aku tak nampak pun sydney opera, ngeh ngeh ngeh....kena request yer masa booking, tp blh jer kan, wat2 bodo jer masa check-in tu tanya...
Hall - nice, ada pc with wifi. boleh rehat2 dan tgk org masak2 kat dapur.
Lift - 1 shj
Bathroom - ensuite.
Cleanliness - 8/10. almost perfect 10. 

YHA SYDEY HARBOUR, THE ROCK

Hostel ni sgtlah selesa, satu mlm aud40 utk satu katil. mahal tuuu, kitorang ambik dorm 4 sebilik. ensuite. lps solat jamak zuhur dan asar, kitorang terus kuar jln2. one thing hostel ni sgt dekat okay ngan sydney opera dan sydney bridge. posing dpn sydney opera, lepak2 dan cuba cari tpt mkn halal. tak jumpa, kalo ada pun sgt lah diragui....

mlm agak cepat kat sini, kul 5.30pm tu dah mcm kul 8pm kat malaysia. lps tgk show ntah apa kat sydney opera dari blh bridge, kitorang ambik jln lain balik ke hostel. jumpa psr malam, nite mkt gitu. yayyy blh mkn. ada jual kebab aud10, mahal oooo. Balik hostel terus tido. esok pagi2 kena bangun sbb nak join Blue Mountains Tour. 



lebih kurang pasar malam laaa....nama pun nite market





Benda wajip jumpa kalo gi sydney..




Previous
Next Post »
0 Komentar