Monday, April 7, 2014

SAKURA DI MALAYSIA???

Heboh dlm wassup...berdesup2 org send gambar pokok2 tepi jalan yg berbunga ala2 sakura yg ada kat Kedah. 

Dari FB Majlis Bandaraya Alor Star...

Ramai yang request ADMIN memasukan article tentang pokok bunga yang sekarang tumbuh menjadi2 di sekitar Bandaraya Alor Setar. Untuk pengetahuan semua pokok tersebut adalah dari jenis Tecoma dan bukannya dari species Angsana sepertimana yang dihebahkan dalam akhbar baru2 ni, di Kedah ini mempunyai dua jenis species yang ditanam iaitu Tabebuia Pentaphylla(rose)Tabebuia Pallida(putih) dan pokok2 ini akan tumbuh dengan menghasilkan bunganya dengan mekar pada bulan 1 dan 4 setiap tahun bergantung juga pada faktor cuaca dimana ianya akan mekar ketika cuaca panas. 

Di Kedah kita menggunakan benih bagi permulaan tanaman pokok-pokok ini. Habitat asal pokok-pokok ini datangnya dari Negara Maxico ke Venezuela dan Hindia Timor . Tempoh penanaman dari benih hinggalah ke berbunga mengambil masa sekurang-kurangnya 3-5 Tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pokok ini boleh dirujuk di Bahagian Landskap dan Rekreasi. Terima Kasih Kepada Tuan Haji Azizan Ketua Unit Bahagian Landskap dan Rekreasi yang menerangkan secara ringkas serba sedikit berkaitan pokok Tecoma ini. Sayangi Pokok






Kawan aku kat Melaka pun ckp kat sana pun ada jugak...

Tpt aku kat Serdang...lum nampak lagi. Kalo ada pun cuma satu pokok dua pokok shj...so tak ketara sgt.

dari meja aku...

ni blkg ofis aku....wakakakakak tak nak kalah tuuu

7 Comments:

syieda said...

Liza,
Jb pun sama. Berbunga2..hiks dpt la berangan mcm kat jepun
Hihihi

luna paris said...

a ah! jb pon bersakura jugak! p snap by eyes je laa.. sbb driving kan.. hhihi =p

liza said...

syieda....
jepun yg real nyer...ini mcm fake yg gred AAA...haha

liza said...

luna...
pi lah ambik gambar kat bwh pokok tu...sure cantik

Lily Riani said...

mana2 pun dah ada yea bunga nih, hebat malaysia sekarang. heheheh

Adila Al-Zahra said...

Kt ipoh pn ade juge....
Tak yah penat2 nk g oversea. Kt Malaysia pn bes juge... (^_^)v

Jari Manis said...

Ahaksss x perlu ke jepun dh lepas ni

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com