HCM : DAY 1

26 Mac 2014 (Rabu)

Plan utk ke Saigon atau skrg lebih dikenali sbg Ho Chi Minh ini dibuat hampir 6 bln lepas. My sisters yg beriya-iya ajak sbb nak beli kain utk raya. Boleh?

Since aku jer yg duk kat KL, diorang serahkan tugas utk plan everything tu kat aku. Tak nak sakit kepala, aku register jer semua ikut pakej Poto. Hahahaha....yer lah. Karang kalo aku wat style backpacking ada pulak yg tak puas hati mkn tak cukup lah, hotel tak best lah. Aku kalo travel, nak minimakan sehabis byk part hotel ngan mkn. Sanggup angkut mknan dari Malaysia. Tp tidak utk kakak2 aku.

Untuk 4 hari 3 mlm dan menaiki pesawat MAS, harga yg Poto caj ialah RM1,499 utk twin sharing. Mcm okay, tp flight ke Saigon kul 5 ptg, sampai sana pun dah kul 7 mlm, apa sgt aktiviti yg blh dibuat utk hari pertama selain shopping. Adoiiiiii ni yg aku stress berganda ni...

Kami semua dikehendaki berkumpul di KLIA kul 2.10 ptg, ada sikit briefing dan bagi boarding pass. Dua kakak aku dari Penang sampai epot kul 1 ptg, dan sorang kakak aku sampai dari Kota Bharu kul 10 pagi. So semua berkumpul di KLIA spt yg diarahkan. Aku namakan kakak aku Kak Net, Kak Tet, dan Kak Jet.

Kak Tet ni sbnr nya kakak ipar aku. Umur dia cuma setahun tua dari aku. Dia ni jugak lah yg pegi dgn aku ke Phonm Penh thn lps. Kak Jet dan kak Net kakak betul aku.

Ok abis sesi suai kenal dgn tiga kakak aku.

Group kami semua 24 org termasuk tour leader. Satu famili yg terdiri dari 7 beradik dan 2 ipar serta sorang kanak2; satu couple dgn sorang anak; dua org adik beradik; satu couple pencen; satu couple muda; dan kami 4 org. Perjalanan dimulakan dgn bacaan doa dari sorang ahli group kami yg kami panggil haji. Alhamdulillah ada jugak veteran yg ikut dan blh pimpin kami.

Perjalanan mcm biasa, cuak ttp ada, bahang MH370 masih terasa, tp time mkn laju jer aku. Penerbangan cuma sejam setengah, flight kami naik ada personal tv, so mmg syok layan Dilwale....hahaha hindustan time.

Lan Lan 2 Hotel. Bilik kami jenis super deluxe. Utk tiga org patutnya...tp kami cuma duk dua org...syiokkk


kemudahan disediakan

Sampai je epot, kami disambut oleh Mr. Tien selaku tour guide. Kami terus dibawa ke hotel, aku dan Kak Tet dpt bilik tkt 8 dan dua kakak aku dpt bilik tkt 4. What to do, tak blh nak tukar dah. Hotel kami ialah Lan Lan 2 Hotel.

Lepas check in, kami dibawa ke Serai Restaurant. Jln kaki jer dari hotel. Makanan mmg superb cuma kami kejap kena naik tkt.1, kejap tkt.2 kejap tkt.3. Huhu...sbb kan kami semua 24 org, so agak susah nak tempatkan semua kat satu level sbb dah ramai pelanggan lain. Semua orang Malaysia yer yg mkn kat sini. Hahaha tak terasa lansung kami berada di Vietnam.

Serai Restaurant

Lps makan, kami merayap kejap kat night market dpn pasar Ben Than. Sempat singgah kat Linda Collection sebelah Serai Restaurant. Kak Tet belanja minum teh o ais kat Serai, tahu tak brp segelas? 45,000 vnd bersamaan RM7.65. Gila mahal. Kemudian balik dan tido... 







Linda's Collection - kat sini cotton 3 pasang RM100. Kalo beli byk dpt kurang kot....





Tamat hari pertama.

Tukaran 100,000 vnd =RM17

Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

Last trip dulu pun JM try mkn di Serai Restoran...mkn mmg sedap tapi bila sampai bil...glurrrpp...ahaha..maybe first n last lah ahahah

Balas
avatar

Harga makanan tak tau sbb dah termasuk dlm package...cuma teh o ais tu jer yg kami byr sendiri...mmg ternganga gak masa byr...hahaha

Balas
avatar

lebih kurang harge kite jela kan.. 3 helai RM100? mm... tak semurah kat cambodia..

Balas
avatar

kalo beli yg dah siap jahit murah...sepasang yg takder sulam blh dpt RM30. dah sulam2 tu dlm RM40-RM65

kalo kain jer...average dlm RM20-RM45

Balas