PORT DICKSON : LEXIS HIBISCUS

Percutian kali ini dibuat sempena nak sambut besday mak aku yg jatuh pada 18 Jun 2015

Oleh krn 18 Jun tu jatuhnya pada 1 Ramadhan, sambutan diawalkan dua hari utk memberi peluang kpd aku menyediakan juadah berbuka puasa...ececece.

Sbb dah kelam kabut dan agak last minute...tak sempat nak pilih hotel....aku decide booking Lexis Hibiscus slps terpengaruh dgn entry Meng... Mula2 send email minta simpati utk diskaun sbb birthday mak aku....hampeh...ditolak mentah2. Cuba pulak kot2 ada gov rate....pun sama...alasannya hotel baru dan belum ada lg kemudahan tu....cettt. Aku terpkasa jugak booking dgn kadar weekdays. Aku try guna booking.com, agoda.com....you name it...semua aku cuba...hasilnya harga tetap sama...hemmmm

Lps settle booking iaitu 2 hari sebelum pegi...aku pun buatlah persediaan. Call anak buah aku utk poskan anak dia....call anak buah aku yg belajar kat UiKL jika dia blh skip class...ahhahahaha...sbb nya apa??? Bilik tu max 4 adults. Bagus kan?? Member aku ckp ok lah tu....kalau gi ngan kwn2...cuma 150 seorang...yeahhhh betul...

Elok jer nak bertolak....aku dpt msg dari wta travel, booking aku utk cruise pada hari merdeka dibatalkan. Damnnnn!!! Aku booking Libra Cruise ex-penang iaitu akan stop kat krabi dan phuket. Tapi libra cruise ditamatkan bermula 15 Julai 2015. Tragis kan???

Diorang bg pilihan sama ada nak naik dari singapore, taiwan or hong kong. Gila apa aku semata nak naik cruise kena ke hong kong? aku ambik option ex-singapore. Sekali tgk iti diorang stop kat melaka dan langkawi....hahahahaahah sengalnya....apa aku nak buat turun kat melaka ngan langkawi....feeling2 jadi foreigner?? 

Emmmm apa2 hal settle dulu PD

Kalau ikutkan msg yg aku dpt...waktu check-in kul 4 ptg...so kami pun lepak2 lah kat pantai teluk kemang dan pegi town kejap utk beli mcD.


Lps tu cucu sedara aku dah start merengek2 dlm kereta...aku pun tawakkal jer lah terus ke hotel. Dlm kepala nak buat excuse ada warga emas sbb tu nak check in awal. Ngam2 kul 3 kami sampai...aku terus ke kaunter dan melalui proses checking-in. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Tak sempat berdrama, kami dah dpt bilik. Siap dpt welcoming drinks lagi tapi blh tak mula2 aku waswas nak minum ker tak sbb kaler dia bg aku cuak...






Dah dpt bilik....yahoo. Aku rasa berbaloi la byr byk tu kalau dah ini rupa bilik. Ada 2 katil kings dgn 8 biji bantal, 4 bantal kecik dan dua sofa yg takder penyandar. Cuma yg tak best tak ada microwave. Kesian mak aku kena makan nasi sejuk...Kalau grand lexis blh pulak diorang letak microwave....







Apa nak buat kalau dah sampai hotel? Tido jer la kan. Bangun jer terjun dlm pool yg dua kali kuak dah sampai hujung....hahahahaha

Malam tu aku jln2 sampai ke hujung chalet, ada byk lg yg tak beroperasi....masih dlm kerja2 hiasan dalaman....pegi main building....kot2 ada kedai runcit ke apa...tp semua tu belum siap....yg ada lounge nyanyi2 minum2...restoran jepun dan local cuisine. Tp harga mak aih....tak sanggup aku nk bayar...



Lupa nak ckp...harga aku ambik ni without breakfast...so aku tak tahu rupa menu breakfast dia mcm mana...blh add up breakfast dgn harga RM35 pp. 

Dah balik bilik, aku sambung discuss dgn kawan aku...dah cruise cancel...kami kena pilih destinasi lain pulak. Mana nak dpt tiket murah kalau last minute kan...tinggal lg 2 bulan kot....yg kami pilih semua harga tiket dah cecah RM700. Itu blm tambah beg dan makan lagi. Haishhh lari bajet ni...

Takper....abiskan PD dulu...

Pagi tu dua round masuk berendam kat pool. Mcm aku ckp...pool ni tak luas mana. Dua kali kuak dah sampai hujung. Tp sbb dia private rasa seronok. Bilik aku mengadap beach yg masih dlm proses pembersihan. Kiranya belum ada pengunjung laa....selesa la jugak berendam. Dan bila malam blh nampak main building bercahaya2. Hahahaha sbbkan takder entertainment lain, kaler2 kat building pun aku dah excited.








TV kat bilik ada pilihan utk movies. Aku call front office tanya kena bayar ke tak...nasib baik free. Takut jugak kalau pay per view. Boleh tahan la pilihan movies yang ada dan yg paling best blh sambung2 tgk. Wifi pun laju jugak. Blh la layan youtube.

Errr bilik air dan shower takder kunci. Dan pintu dia jenis frosted glass. Jgn takut....tak nampak pun bayang2...heheeh teringat memori tido kat tune hotel london

Kul 11.45pagi aku call front office utk request buggy. Dtg like 15 minutes after...hemmm mungkin dia bagi peluang kita check-out ngam2 kul 12....hahahahahah

Pada aku secara keseluruhannya best jer duk sini....beli jiwa mak aku sikit sbb aku ada plan berganda thn ni...hahahaaha

Dlm form yg hotel bg utk complaints tu aku ada tulis 2 perkara shj:
1) Need microwave
2) The fridge is not cold enough (serious...air aku letak mlm nya....esok tu sejuk sikit jer)

Akhir sekali....selamat berpuasa semua....hihiihi


Previous
Next Post »
8 Komentar
avatar

SAlam Ramadhan Liza... Wah seronok tngk percutian birthday ke PD... kite mmg slalu berangan ke Lexis tp hrga mahal sangat la..huhuhu

Balas
avatar

Tp blh masuk 4 adults dan 2 childs....kira ok la kot. Kalau hotel lain kena byr extra bed la apa la. Serious saya mmg tak berani nak sumbat ramai2...kalau dah kata dua, mmg dua jer lah. Hihihi sbb tu rasa okay bila yg ini dpt masuk 4 org. Tak perlu nak seludup2...hahahahah

Salam ramadhan jugak...

Balas
avatar

salam ramadhan liza..

Balas
avatar

Salam ramadhan syieda....

Balas
avatar

selamat berpuasa SS

Balas
avatar

Hi,

Nampak bestnya cuti ke Port Dickson.

Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at Lexis PD

Balas
avatar

Hi,
Nampak bestnya cuti ke Lexis PD.
Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at Lexis PD

Balas