Wednesday, September 9, 2015

GUILIN : AHAD

Cara nak booking, email sahaja ke Lychee Travel. Nanti dia akan bg quotation, kalau setuju then dia akan email invois, lps tu bayar deposit. Nak byr penuh pun blh. Cara bayaran adalah melalui paypal. Tak psl2 aku kena reg dan kena bayar RM10 pendaftaran. Lps diorang dah terima byrn, diorang akan email minta maklumat no.visa, no.pasport, nama hotel dll. Lps tu diorang akan suruh email no.bilik. Part ni aku cuak sikit. Apahal nak no.bilik kan?? Rupanya diorang akan sebut nama kita as no.bilik. Cth mcm aku, no.bilik aku ialah 1219, nanti masa nak naik bas, dia akan tnya, are you 1219? Hahahaha mcm2 la style diorang ni.

Bayaran utk ke Longsheng ni adalah deposit usd15 dan baki ialah 203 yuan. Dalam RM lebih kurang RM61+RM134.60 = RM195.60. Setakat yg aku survey dari Malaysia, ini yg paling murah. Mungkin jika cari kat Guilin akan dpt lagi murah. Bayaran nya termasuk bas ke perkampungan Yao Minority, Longji Terrace Rice Terrace, makan (yg ni aku tak faham) dan tgk show rambut panjang. 

Bas jemput kami jam 7 pagi. Malam tadi travel agent call ckp diorang akan pick up kami kul 9 pagi. Bermalas-malasan lah kami. Tiba2 kul 6 pagi tour guide call ckp diorang akan jemput kami kul 7. Kelam kabut bersiap. Haishhhh Apa lagi la masalah kami ni kannnn

Turun breakfast, kali ni bkn buffet tapi hidang. Kami org pertama. Diorang bagi kami kek dan pau dan ada sayur jeruk (mcm kimchi). Tak ada masa nak mkn, kami tapau masuk plastik. Terus check-out dan tunggu bas tepi jalan. Hujan lagi yer sikit2. Bas sampai tepat kul 7 pagi. Lps tu bas akan pick-up org lain dari hotel masing2. 

Kemudian terus gerak ke Longji. Dalam perjalanan, adalah sekali sekala tour guide, Mr Joe akan menceritakan pasal perkampungan ni. Dlm bahasa cina kemain pjg, bila tang english dua tiga ayat jer. Mcm sinopsis. Dalam bas ada tiga org mat salleh, so total adalah 5 org yg perlu dia ckp dlm english. Sebutan dia ni lebih baik dari mr D tapi mr D lagi hensem. Hahahahaha

Tukar bas ke local bus kat satu rest area. Blh la gi toilet ke apa dulu sementara tunggu bas.



Sampai kampung yao, kami kena tunggu giliran utk masuk tgk pertunjukan rambut panjang. Aku duk seat2 blkg, so view tidak lah bagus sgt. Ada skesta pasal cara perkahwinan diorang. Dua chinese dan sorang mat salleh volunteer jadi pengantin lelaki. Hahahah part ni mmg aku gelak tak ingat. Mat salleh tu sgt clueless, org suh nyanyi lagu cinta dibantainya nyanyi mcm ikut gaya makcik2 rambut pjg nyanyi. Pastu ada acara cuit2 bontot pengantin, terjerit2 mat salleh tu. Girlfriend dia kemain gelak. Pastu kena piggy back pengantin pompuan gi blkg pentas. Girlfriend mat salleh ni ketawa campur menjerit....hahahaaha ada yg kena piat jap lagi. Terhibur laaa....lupa kejap pasal mr D







Lps tu kami kena jln kaki lalu tepi2 rumah. Mendaki sikit la jalan nya, pastu sampai kat tpt parking bas. Naik bas lagi utk sampai ke kawasan padi tu. Curam dia....mak aihhhh, dgn bengkang bengkok nya. Seriau aku. Aku ni leh tahan jugak mabuk, nasib telan ubat siap2. 







Sampai kat pintu masuk nak ke longji rice terrace tu. Mr Joe kata tunggu kat sini balik kul 2.50 ptg. Ok ada masa dlm 4 jam jugak utk pusing2. Mula2 dia bawa kami naik ke restoran utk lunch. Yg ni aku tak faham, seingat aku lunch tu termasuk, tp kami kena bayar. Mungkin sbb aku request scramble egg with tomatoes dan nasi putih. Org lain mkn nasi dlm buluh tu, tp mr Joe kata nasi tu ada pork. So better ambik nasi biasa. Bkn better, tapi mesti. 






Bayaran utk 2 mangkuk nasi putih, 2 botol air, dan satu pinggan scramble egg with tomatoes ialah 34 yuan. Ok la...janji kenyang. Lps mkn kami jalan naik atas sikit. Aku dah surrender, kwn aku naik atas lagi. Janji jumpa kat restoran semula. 



Aku turun dan jumpa kedai2 jual souvenirs. Masuk satu kedai. Comel jer makcik, dia duk sulam2 dlm kedai dia. Aku beli alas meja (65 yuan) dan dua selendang (30 yuan). Pastu makcik kasi aku kerusi dan buku utk aku baca2 sambil tunggu kwn aku. Gila mesra makcik ni.




Kemudian aku jln turun ke restoran semula. Tak lama kwn aku smpai dan kami jln sama2 turun bawah. Masa ni dah hampir 2.30 ptg.









Perjalanan balik, aku tido jer. Mr Joe dtg kat tpt kami dan minta address hotel. Nasib aku print yg chinese version. Dia angguk2 dan kata nnti dia ckp bila dah sampai.

Bas turunkan kami kat jln besar, dan mr Joe tunjuk jln ke hotel kami. Bas tak blh masuk sbb tu jln pedestrian street gitu. Mlm ni ada pasar malam. Hahahahah. Berakhir sudah one day trip kami ke Longji.

Aku rasa style mcm ni lagi kena dgn jiwa aku. Tak pyh nak private tour bagai. Aku sbnr nya ambik pakej dari malaysia sbb nak kan makanan halal. Rupanya kat sini tak susah pun nak cari. 

Tak jauh dari jln besar, jumpa lah hotel. Masa check-in kena byr siap2 harga bilik iaitu 228 yuan dan deposit 100 yuan. Wow...ada deposit mehhhh. Dah la cash makin takder ni. takper...bank ada hahahaha. Tanya siap2 brp teksi ke airport, dia kata 120 yuan. Okay maksudnya kami kena simpan siap lg 20 yuan.

Hotel ni betul2 berada di pedestrian street. Kat guilin ada beberapa pedestrian street aku rasa. Yg ni kecik sikit. Kedai2 pun tak brp byk. Tapi ok jer.




Lps solat dan rehat kejap, kami turun nak gi makan, withdraw duit dan shopping. Masuk atm keluar atm, satu pun tak faham sbb semua dlm tulisan cina. Last jumpa jugak yg ada lambang cirrus dan plus. Rasa nak menari kat situ jgk. Masuk kad, tik tik tekan, pastu kuar msg ; your card is not available. What???? Bkn aku dah activate kerrrr

Kawan aku cuba kad dia, kuar msg lain. Maksudnya kawan aku tak activate kad dia. Hahahahaahahahah gelak sedih

Kira2 duit dlm beg, kami jalan ke endian restaurant. Dekat jer dari hotel. Order daging goreng mcm smlm dan nasi goreng. Kali ni daging agak byk, seimbang la dgn cendawan. Dia bagi air teh. Free of charge. Pelik....utk tiga hari ni kami tak dpt pun minum masa dinner. Ingat mmg style kat sini mkn malam takder air. Harga makan kami ialah 23 yuan. Waaa murah gak. Nasi goreng tu 8 yuan, daging goreng 15 yuan. Pastu aku beli air oren botol harga 5 yuan. Aku tak sure diorang salah kira ke apa sbb dlm menu tulis nasi goreng 15 yuan dan daging goreng 30 yuan. Kami dah prepare 45 yuan dah. Sekali harga lain. Rezeki kot sbb kami last customer dia.



Dah kenyang, kami jln2 menghabiskan sisa duit. Sedih sbb ada cuma tak sampai 200 yuan je lagi. Beli tiga cucuk sanggul (tak tau la nak bagi sapa) harga 50 yuan, dua selendang harga 35 yuan, lima FM harga 25 yuan, t-shirt lima helai 105 yuan, beg 15 yuan. Terpaksa pinjam duit kwn aku 32 yuan. Last duit ada dlm beg 4 yuan. Sadisssssss. Kawan aku simpan 20 yuan utk teksi.

Kami balik hotel jap, bincang2 pasal duit. Kawan aku nak online cimb dia utk activate, tapi rasa mcm tak selamat la sbb guna free wifi. Mcm2 blh jadi. Kami tanya kaunter mcm mana nak booking teksi utk esok pagi. Susah nyer nak berkomunikasi. Pastu dia panggil staf tour yg ofisnya kat lobi hotel. Melalui dia kami booking teksi. Dia kata kena bayar sekarang. Terbeliak bijik mata. Kat tgn aku ada 4 yuan, kawan aku ada 20 yuan. Susah gila kami explain kat dia yg 100 yuan kami nak byr guna deposit hotel. Akhirnya dia setuju (ada gak yg baik), aku bagi resit deposit dan dia bagi resit teksi. Byr cash 20 yuan.

Duit dah abis, balik bilik kemas apa yg patut, tidur. Esok teksi akan jemput kami jam 7.30 pagi. Breakfast takder, harap2 perut blh bersabar sampai naik flight.

Sekian shj cerita 5hari 4 mlm aku ke Guilin. Sampai klia2, sempat kami lunch dulu dan aku gi massage, terlelap sbb dlm flight aku tak dpt tido sgt. Silau. Aku sampai rumah jam 8mlm, rumah kosong sbb diorang ke penang. Highway jem teruk malam tu, diorang sampai kul 1.30 pagi.

Pesanan aku : Hati2 jika ambik ground pakej ke china. Dan make sure pegi by group. Bandar Guilin blh kata bersih, takder la adegan hak tuih byk sgt. Makanan halal senang, byk jgk aku spot kedai2 yg tulis halal cuma tu lah...masalah bahasa. Fresh juice kat sini harga 8 - 15 yuan. Setiap mlm beli sbb makan malam takder air (ni lg satu aku tak faham).

Repeat??? Semestinya tidak dan aku banned china utk diri sendiri selama 5 thn, boleh??? Hahahahahah

4 Comments:

Azra said...

aku dah abis tempoh berkabung 5 tahun
rase mcm nak repeat china tapi takde keberanian nak redah sendiri2

liza said...

sbb tak berani jln sendiri tu aku gigih beli pakej, tapi lain pulak yg jadi.

aku rasa utk 4-5 thn ni aku tak akan pegi china lagi. china is a no no no utk aku. hahahaahah

Alida Ali said...

Salam kenalan..blogwalking...

liza said...

Salam kenal Alida....thx singgah

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com