GUILIN : RABU DAN KHAMIS

26/8/2015

Flight ke Guilin adalah 6.25pagi hari khamis, anak sedara aku hantar ke erl putrajaya kul 11.30 malam hari rabu. Suspen jugak sbb dah sunyi. Turun kat paltform, aku jer yg tunggu train. Yang nak ke kl sentral adalah 5-6 org. Cuak tak yah citer...duk msg2 kawan aku yang dah sampai klia2. Elok jer train nak ke kl sentral sampai, muncul lah 3 org perempuan yang nak klia jugak. Lega....adalah kawan.

Sampai klia2, kami terus masuk balai perlepasan. Time tu no.gate belum ada. Terjah jer. Jumpa plk buggy, diorang hnatar kami ke food court (gate P&Q). Sampai jer situ, tgk2 no.gate kami ialah L20. Cetttt....kami rileks kejap ambik nafas dan jalan lah ke gate L. Toleh2 kat kwsn buggy, takder plk adik yg hantar kami tadi. Dah sampai gate L, kami turun ke tpt scan. Sekali polis bantuan tu kata gate tutup sampai kul 5 pagi. What???!!!! Jalan lagi sekali ke gate P&Q. Pagi2 buta kami dah wat walkathon. Tiba2 lapar balik...hahahahaha. Lepak kat mcd, makan2, sembang sampai lah kul 4 pagi. Lps tu jln lagi sekali ke gate L. Gitulah cerita kami di pagi hari belum subuh. 

27/8/2015

Alhamdulillah, selamat mendarat pukul 10.30 pagi. Urusan kastam dan imigresen senang jer. Keluar jer balai ketibaan....yihaaa. Nama aku terpampang kat kertas. Ada org jemput you....Berkenalan lbh kurang, kami di bawa ke kereta. "Only two of us?" tanya aku. " Yes, only two of you. And me as a driver and tour guide" kata Mr D. "Oh okay..." aku pandang kawan aku, kawan aku pandang aku. 

tunggu kawan aku gi toilet

Jujurnya, ini kali pertama kami ambik ground arrangement. Tak tahu la plk ia adalah private tour. Aku mati2 ingat mcm SIC. Ok then....perjalanan diteruskan. Dalam kereta mr D cerita serba sedikit pasal guilin, jumlah penduduk, taraf ekonomi dll. Dia tanya aku kerja apa, brp gaji (what???), dan brp cash aku bawa. Sebabkan aku ni susah nak syak org, aku jawab lah dia tanya kecuali brp cash aku bwk. Kemudian dia duk promote utk tgk show kat guilin dan yangshuo. Kami setuju yg guilin, dan shownya mlm ni. Waaaaaaa.....dgn tak tido mlm tadi, pastu tido kejap jer dlm flight, mlm ni terus tgk show. Aku ckp kat kwn aku, ada yg tido masa show ni. 

Tpt pertama kami dibawa ke elephant trunk hill. Urusan beli tiket semua mr D uruskan. Tpt ni mcm park, jalan lbh kurang 3 minit, nampak lah hill nya. Ok, quite impressive jgk lah.

kaunter tiket
abaikan apek yg menguap tu
elephant trunk hill
malas nak turun...
belah kiri

Lps tu dia bawa kami ke Fubo Hill. Kat sini dia ceritakan sikit pasal fubo hill ni. Tpt ni ada 1000 patung budha kecik dan besar. Waaaaa....aku tanya dia pernah kira ker? Dia gelak2. Lps tu dia suruh kami mendaki tangga naik atas utk tgk view bandar guilin. Katanya 10 minit utk naik. Ok...sampai separuh jln, aku surrender. Takder kudrat beb hahahahah








sampai sini jer aku mendaki





Kemudian dia bawa kami lunch kat Endian Restaurant. Menunya ialah nasi putih, ayam goreng, sayur goreng, tembikai dan air teh panas. Ok fair enough la. Aku pun bkn memilih sgt mkn. Ramai jugak org malaysia makan kat sini. Yang satu flight dgn kami tadi pun ada. 

Dia pun bincang dgn kami itinerary seterusnya. Sama ada nak solat kat masjid belakang reostoran ni atau nak solat kat hotel. Kami memilih hotel sbb rasanya perlu sgt2 utk mandi. Mr D kata sblm ke hotel, perlu ke kedai silk dulu, sbb ini compulsory stop. Okayyyy. Malam nanti tunggu dia kat lobi kul 6.30 utk pegi tgk show.


Lps lunch, dia bawa kami ke kedai silk. Kami tak beli apa2. Gila...satu set cadar harga nya hampir RM600. Idop ler aku nak abiskan duit utk benda mewah2 mcm ni. Tidur pun sorang2 kan...ahakss.



Kemudian mr D terus bawa kami ke hotel. Sepanjang jln dia mcm bad mood. Apa tak kena ntah...sepatah pun tak bercakap pastu drive mcm marah2. Hon sana hon sini. Whatever....hihihihi.  

Hotel kami ialah Ibis Hotel, kedudukan nya agak keluar sikit dari city tapi ada mall dan juga restoran halal berdekatan.


nampak tak blind tu?
cawan kertas yer....hygiene sungguh

Urusan check-in hotel semua dia uruskan. Kami dapat bilik tkt 18 dan dua voucher breakfast utk esok pagi. Bilik sgt okay, cuma bilik air guna blind. Hahahaahah....sib baik blind. Kami mandi tutup lampu tau sbb takut tetiba blind tu terselak. Ok imagine shj yerrr....

Kul 6.30 kami dah tunggu kat lobi. Show kul 7.30 mlm. Show nyer sgt okay. Ada ballet selang seli dgn acrobatic. Pastu ada skesta pendek. Puas hati lah dgn bayaran 180 yuan. Kami dpt seat row 6, tapi row 1-4 dikosongkan, maka kami mcm duduk kat seat 2 dari dpn. 








Lps show, mr D bawa kami balik ke hotel, dan dia tlg orderkan mkn malam kat restoran selang 2 buah dari hotel. Restoran halal, tapi menunya hanya mee shj. Nasi takder. Kami order satu noodle soup, dan satu fried noodle. Tak habis okay. Portion nya sgt byk dan rasa sup nya mcm tak cukup syarat. Air minum takder yer kwn2, aku tak tahu knp diorang tak offer air. Tgk dlm fridge ada jual air tapi air gas. Malas la plk nak minum air gas ni. Nasib air mineral yg baki tadi siang ada lagi. 




Mr D terus balik rumah lps order makanan utk kami dan dia ckp esok tnggu kat lobi kul 7.30 pagi. Check out siap2 dan bawa luggage semua sbb mlm esok kami bermalam kat yangshuo. Okayyy

Balik bilik terus tidur. FB pun tak leh masuk, nak buat apa lagi kan....membuta jer lah. 

Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

aku drebar tu emo sebab korang tak beli ape2 kat kedai silk tu ... diorang kan akan dapat beberapa % kalau kastemer beli2 kat kedai gomen tu

tengok gambar mee yg korang order tu, terus rase nak gi carik mee tarik warisan

Balas
avatar

Yer betul sgt....nnti akan ada sambungan pada hari ketiga...ahahahaha

Errr mee tu pada aku tak sedap....rice noodle kata tour guide. Mcm muak sikit bila dah lama2 mkn...

Balas