Jumaat hari yg barakah....penghulu segala hari....dan dgn itu mungkin Allah turunkan hujan yg sgt lebat di bumi Guilin....hahahahaha nak nangis ker nak happy??? Hujan adalah rezeki...
Bangun pagi, kemas beg, tolak, dan turun ke lobi. Hulur kad hotel tu kat amoi kaunter, terus amoi tu tuk tak tuk tak pc dia, pastu hulur balik kad tu kat aku...weiiyoooo (eh tetiba bhs korea keluar). Lantak la...dah la tak faham dia ckp apa, aku ambik balik kad terus masuk kat tpt breakfast. Ada buffet...dan semestinya tiada yg blh dimakan kecuali kek dan roti. Coffee is mei yok...takder. Aku ambik air panas, bancuh milo. Makan la dua ketul kek, dua ketul pau (butter). Masa masuk dining ni, amoi yg kutip voucher breakfast kasi kami dua biji telur. Ingat telur separuh masak, rupanya telur rebus. Pastu kenapa telur tu dihadkan sorang satu shj?? Kawan aku kata sbb ini telur betul, sbb ada kes kan yg telur tiruan dari china...hiksss
Lps breakfast, kami melepak kat lobi sambil tunggu mr D. Dia muncul pastu aku kasi kad hotel tu kat dia, suh dia settle ngan kaunter. Pusing2 tgk mr D dah hilang. Rupanya tgh breakfast. Eh.....blh mehhhhh???? Bukan yg tido kat hotel jer dpt breakfast??? Ntahlah....geng2 la ni kot.
Mr D bwk awekss dia ikut sekali gi yangshuo. Dia kata kwn sekerja...yer la kot. Sangka baik. Jalan ke yangshuo sgt lah azab. Lopak kiri kanan jalan. Adehhhhh....sakit bontot. Lps hampir 2 jam, kami sampai di bandar yangshuo. Dia turunkan awek dia, pastu tanya kami nak teruskan naik cruise atau tak nak. Blh??? Dah tentu2 lah kami nak. Aku tau hujan lebat, tapi aku nak jugak. Tak kira. Dia macam dah bengang, tapi bawa jugak kami ke sana. Sampai jer kat kwsn lapang (tpt parking), dia kata sbb kami berdua takder payung, nak pergi jgk ker? Jauh nya dari sini ke jeti dlm 200 meter. Aku dah start bengang dah. Tetiba teringat kat Mr Kim yg jd driver kami kat jeju. Siap prepare raincoat utk kami. Ini tak....blh salahkan kami sbb tak bawak payung.
Pastu dia suh kami berdua gi berlari ke seberang jln beli raincoat. Masa ni aku tak tahu dia ada payung. Bila aku mintak dia drive sampai ke gerai jualan tu, dia mcm mengeluh sbb nanti dia kena pusing balik kereta ke tpt parking. Punyalaaa kannnn. Nasib aku ada bawak satu raincoat, so aku kasi kat kwn aku, suh dia gi beli lg satu. Ingatkan mr D nak tlg offer gi belikan, hampeh, berlari2 la kwn aku gi kedai seberang jln beli raincoat. Aku ngan dia dlm kereta. Bila kawan aku dtg balik, tgh kami siap2 pakai raincoat, dia keluarkan payung dia. Cilanat ko....apsal tadi tak ckp ko ada payung. patutnya kasi la payung tu kat kami utk gi beli raincoat. Ini suruh kami redah hujan tu gi beli. Punyala kedekut....org mcm ni pun ada ker??? Kembang kempis hidung aku tahan marah.
Jalan la ikut bontot dia. Aku masa ni rasa nak lempang2 jer mr D ni. Sabar sabar.
Dah sampai jeti, dia terjerit2 gaduh dgn satu apek. Aku ni bkn nyer pandai pun bahasa mandarin, tapi dari segi bahasa badan dan muka kerut2 dia, aku agak dia marahkan apek tu sbb tak tahan bot yang sudah berlepas. Aku pandang kat jeti, ada satu bot jer yg ada. Nampak la tgn2 dlm bot duk lambai kami suh naik.
Kemudian dia suh kami masuk dlm bot yg kosong tu. Diulang kosong. Yang ada cuma dua pompuan yang jadi tukang cerita, dan dua lelaki yg bawak bot. Penumpang semua tak ada sbb bot yang berlepas tu dah angkut semua penumpang. Lama tau duk tunggu...ada la dlm setengah jam.
Aku tanya mr D, boleh ker naik atas, dia kata sure, you can go. Takder pun ckp...kalau naik atas nanti kena hujan ker, tingkat atas tu ada roof ker tak. Sbb masa nak masuk bot td, aku tak sempat lihat bot ni ada kerusi dan bumbung ke tak kat bhg atas, sibuk dgn duk mengelak becak. Kami duduk jer la kat situ sbb nampak mcm dia tak nak layan kami pun. Sampai lah ada satu bot lain sampai, dan kami jenguk2 bhg atas bot tu. Aku ckp kat kwn aku, ada roof, tapi hujan ni, mesti tempias. Kalau ko nak naik, ko naik lah. Aku nak duk bwh jer. Gitu aku merajuk kannnn
Bila org dah penuh, kawan aku naik duk atas tinggal lah aku kat bwh. Pompuan petugas bot tu pun mula bercerita. Cong ceng cong ceng....hahaahahahahhaha. Gelak. Aku pun gelak sama. Biar tak faham apa pun. Mr D? duk sebok main handphone. Lahanat petala ketujuh tul. Lps sejam, kawan aku turun bawah semula. Lencun seluar dia. Kawan aku kata tak nampak apa pun sbb hujan. Mesti dlm hati Mr D kata....padan muka..aku dah ckp hujan, korang nak dtg jugak
Balik semula ke jeti tadi dan terus jalan ke kereta. Aku tak tahu ni kat mana, mungkin xing ping atau tak. Malas pulak nak tanya mr D. Dalam kereta, mr D ckp, nanti dia bawa kami ke restoran, pastu tlg orderkan makanan utk kami, kemudian dia settlekan check in hotel. Nanti lps makan, terus ke hotel ambik beg yg dia akan letakkan kat kaunter. Ok fine...
Dia orderkan kami nasi putih, ayam kicap, dan telur goreng. Ada rasa la sikit berbanding ayam goreng smlm. Habis kami makan...licin, lapar kot sbb hujan. Pastu dpt free tea. Erkkkk mau sakit perut aku minum teh cina byk2 ni. dari smlm asyik duk telan teh ni jer. Tgh2 makan dia dtg balik bawa kad hotel dan ckp tunggu kat lobi kul 3 ptg. Nak gi silver cave. Okayyyyy malas dah nak layan dia. Membara yg tadi blm hilang.
kami sengaja ambik satu shj nasi sbb portion nya sgt byk |
Hotel ni namanya Starway Hotel. Berhadapan dgn west street. So mlm ni senanglah nak menyoping. Kami dapat bilik betul2 mengadap bukit2 tu. Sgt cantik. Tip top. Time ni dlm hati mcm terima kasih jugak la kat Mr D, sbb aku rasa bilik yg mengadap ni byrn nya mahal sikit. Lps mandi dan solat, kami turun semula ke lobi tunggu dia sampai.
Dalam kereta ke silver moon, banyak pulak bercakap. Tunjuk kan aku Moon Hill, lalu jer tak singgah pun, pastu cerita itu ini. Serious, org yg tidak stabil emosi ni mmg bertindak luar jangkaan. Ramah dia sampai lah kami masuk ke gua tu. Cerita lagi dan lagi. Pastu offer utk ambik gambar kami berdua dpn kemuncak silver cave tu.
Ringkasan yg dia ceritakan psl gua ni ialah it's still alive. Emmm dia kata stalactite tu akan bertambah 1cm in 100 yrs. Oh okay.... Setiap kali jumpa stone, dia akan explain apa maksudnya. Antara yg aku ingat, music stone, patung budha dll. Aku tnya dia brp sebulan kos elektrik utk bg gua ni warna warni? Dia tak jawap pun aku, mungkin bg dia aku mcm mengejek. Tapi nature kerja aku kot, apa2 mesti nak tahu kosnya kan....
Ringkasan yg dia ceritakan psl gua ni ialah it's still alive. Emmm dia kata stalactite tu akan bertambah 1cm in 100 yrs. Oh okay.... Setiap kali jumpa stone, dia akan explain apa maksudnya. Antara yg aku ingat, music stone, patung budha dll. Aku tnya dia brp sebulan kos elektrik utk bg gua ni warna warni? Dia tak jawap pun aku, mungkin bg dia aku mcm mengejek. Tapi nature kerja aku kot, apa2 mesti nak tahu kosnya kan....
Ni music stone, kata mr D, setiap satu bunyi berbeza dan irama |
Ni lah silver stone, stone yg sama tercetak atas tiket maauk |
tiket |
tpt parking silver cave |
Lps hampir setengah jam dlm gua tu, kami balik semula ke bandar yangshuo. Mr D orderkan kami makan malam, daging atau ayam aku dah lupa dan telur goreng. Kali ni cam segan nak ambik gambar sbb meja sebelah kemain lauk.
Malu kat meja sebelah, lauk diorang bkn main byk. Dia pun guna tour guide, sekejap2 sampai lauk baru. Mau 5-6 pinggan lauk. Pakej mahal kot. Restoran ni sama mcm yg mlm tadi jugak, diorang tak offer air kat kami pun. Mmg style kat sini agaknya, utk mkn malam tak ada free tea. Meja sebelah, siap tour guide dia ckp lagi, you all can take one juice, any juice but only one. Pastu makcik tu jerit, I dont want juice, I want plain water. Amboi makcik, memilih pulak. Kena mcm kami yg makan takder air ni baru tahu.
Aku panggil pekerja kedai mintak air panas utk bancuh milo. Tak kan air panas pun kena bayar kan?? Makanan kami semua sudah dibayar oleh Mr D masa dia order tadi, jadi kami hanya masuk dan mkn shj. Sedihkan, dia tak order pun juice atau air apa2 utk kami. Tapi takper, sedap gak hujan2 ni minum milo. Yer kawan2....hujan masih renyai2 kat yangshuo ni. Tapi takder lebat mcm tadi.
Malu kat meja sebelah, lauk diorang bkn main byk. Dia pun guna tour guide, sekejap2 sampai lauk baru. Mau 5-6 pinggan lauk. Pakej mahal kot. Restoran ni sama mcm yg mlm tadi jugak, diorang tak offer air kat kami pun. Mmg style kat sini agaknya, utk mkn malam tak ada free tea. Meja sebelah, siap tour guide dia ckp lagi, you all can take one juice, any juice but only one. Pastu makcik tu jerit, I dont want juice, I want plain water. Amboi makcik, memilih pulak. Kena mcm kami yg makan takder air ni baru tahu.
Aku panggil pekerja kedai mintak air panas utk bancuh milo. Tak kan air panas pun kena bayar kan?? Makanan kami semua sudah dibayar oleh Mr D masa dia order tadi, jadi kami hanya masuk dan mkn shj. Sedihkan, dia tak order pun juice atau air apa2 utk kami. Tapi takper, sedap gak hujan2 ni minum milo. Yer kawan2....hujan masih renyai2 kat yangshuo ni. Tapi takder lebat mcm tadi.
Lps makan kami terus ke west street. Kena naik jejantas. Jalan sepanjang west street dipenuhi gerai2 jualan yg jual ntah apa2. Betul....aku yg bermasalah atau apa. Sbb satu pun tak berkenan. Masuk kedai2 jual souvenirs, kebanyakan nya barang2 yg pernah aku jumpa masa gi saigon. Baru perasan, semua brg tu made in china. Mmg sah2 la sama kan. Tgk handbag, jenis cotton yg bunga2 kecik tu. Mcm lawa tp harga 110-150 yuan satu. Kedekut pulak nak keluar duit.
west street |
sempat singgah beli mango juice....ni kes kecik hati ngan makcik kat restoran tadi....hahahah |
west street dari bilik hotel |
Pusing balik hotel. Rasanya tidur lagi best. Kali ni hotel kami okay, bilik air is normal. takder blind2 dah. Mandi dgn aman dan tenteram. Wifi pun laju jugak. Terus msg famili mintak diorang check bank apa yg blh withdraw duit guna kad cimb. Rupanya kalau jumpa lambang cirrus atau plus, mmg blh keluarkan duit. Yay...rasa berbunga2 hati. Cuma mslhnya, kalau atm tu takder english. How???
Tidur dgn lenanya dan bangun kul 4.30 utk solat subuh pastu sambung tidur. Lupa nak cakap, hotel ni ada penunjuk arah kiblat yg ditampal kat syiling. Mesti ramai muslim yg menginap kat sini. Mr D ckp akan jemput kami kul 8.00 utk balik semula ke guilin. Yes sir!
0 Comments:
Post a Comment