Tuesday, September 8, 2015

GUILIN : SABTU

Pemandangan dari bilik hotel...


Selepas sarapan yg menunya hanya kek (yg lain tak halal) dan milo (buat sendiri), kami turun ke lobi dan tunggu mr D jemput kami. Lps proses check-out, kami di bawa ke Shangri-la. 

Apa Shangri-la ni? Tanya aku pada mr D, sbb nampak mood dia pun agak baik pagi ni. Dia kata theme park. Ringkas jer jwpn dia. Pastu dia soal aku balik, aku tak prepare apa2 ke sblm dtg? Tak cari maklumat dulu psl guilin?? Errrkkkkk....ni yg nak carut ni.

So aku tak tahu pun apa shangri-la ni, dah balik sini dah, lagi lah mls nak google. Tapi yg pasti akan naik bot lalu kat kwsn2 org yg buat pertunjukan. Ada menyanyi, menari, ataupun menyanyi sambil menari.

Mr D tak ikut kami naik bot, maka apa penerangan yg petugas tu duk cakap, kami tak faham apa pun. Org gelak kami gelak, org oooooo kami ooooooo. Org pusing kanan kami pusing kanan. Sedih tak????

ada persembahan utk pengunjung yg sedang tunggu giliran naik bot













Sblh aku ada budak pompuan, rasa dlm umur 12-14 thn. Sebok la duk nak bersembang dgn aku. Mcm gaya nak praktis ckp english. Nak suruh dia translate apa petugas tu ckp, rasa lagi haru. Kawan dia yg duk blkg mcm bijak sikit, soalan dia kat aku, You can speak chinese? Aku geleng.

Yg sebelah aku...soalan dia.... You dont china?? Gitu soalan dia. Mcm dpt agak apa sbnr nya dia nak tanya, aku jwb. No, we are from malaysia. Do you know Malaysia? Geleng. You know Singapore? Geleng lagi. Thailand? Geleng. Ok lah, aku mengalah. Terus ajak dia ambik gambar sblm semua negara aku sebut. Hahahaha.


Cuaca masih mendung, sekali sekala hujan. Kami masih dgn raincoat wpun dlm bot. Saja pakai sbb mcm leceh nak kejap2 pakai, kejap2 bukak. Rimas sungguh. Sblm keluar dari theme park ni adalah kedai jual2 barang souvenir, kebanyakannya kraftangan yg dibuat oleh kaum etnik2 yg ada kat situ. Harga blh tahan mahal. Aku beli lapik gelas jer. Harga 35 yuan. Mr D tgk dari jauh jer kami tgh shopping, pastu saja nak kasi dia marah, aku ckp kat dia, ini brg pertama aku beli sejak dtg guilin. Dia tak layan pun aku, haahahahah. Lps hampir sejam kat sini, kami bergerak ke gulin city. Tersengguk2 tido dlm kereta. Mr D duk borak ngan awek dia.




 
Lps turunkan awek dia, mr D bawa kami ke restoran endian untuk mkn tengahari. Dia dah order siap2 utk kami iaitu daging goreng dan telur dadar goreng. Air pulak teh free. Daging goreng ni sedap, tapi blh dikira dagingnya. Yg banyak cendawan. Telur goreng pulak, punyalah besar. Tak abis kami mkn. Tiga kali mkn, menu kami asyik telur goreng, Muakkkk weyyyyy.

Mr D ada tnya kami nak sayur atau telur. Sbb aku tak mkn sayur dan kwn aku kata dia tak mampu nk abiskan sorang2, kami pilih telur. Ada gak aku ckp kat dia, order sayur utk sorang mkn dan telur utk sorang mkn. Daging tu utk dua org mkn. Dia geleng2....dia kata veggie or egg. Huh....takper lah nk wat camner. Dah ambik pakej murah kan. Redha jer laaaa


Lps makan, dia bawa kami ke kedai bamboo. Masa ni dia kemain excited duk cerita. Siap buat demo bagai. Lps tu dia suh kami masuk shopping nanti jumpa dia kat pintu keluar. Mula2 mmg ingat nak beli pun t-shirt sbb nampak mcm lawa la. Tgk harga, telan air liur. Hahahahah tak mampu den...

Kwn aku beli la sikit barang, tp tak sampai 100 yuan pun. Aku pun ada beli tp bkn produk bamboo, aku beli fridge magnet tiga ketul 20yuan.

Masuk jer kereta....jeng jeng jeng. Kami kena marah dgn mr D. Kaw2 kena ni sbb kami tak shopping. Byk la dia membebel. Tahan jer telinga. pastu dia bawak kami ke kedai herba. Sama jugak, kami tak beli apa2 pun. Air teh herba yg dia bagi pun aku tak minum. Dah rasa kelat dah, emosi terganggu.

Tetiba kepala berdenyut, nak muntah semua ada. Dah la dua hari lupa nak mkn ubat.

Sampai jer hotel, kami terus bagi 150yuan tips utk dia. Masa bagi duit aku ckp kat dia, tips ni mmg kami kena bagi. Ada dlm invois syarikat. Psl beli barang kat kedai2 tu, kami tak diberitahu yg wajip beli.  Dia ambik duit tu tapi mcm takder perasaan apa2 pun.

Untuk mkn mlm kami mintak dia orderkan satu mangkuk mee shj. Kwn aku dah merajuk tak nak mkn.

Sblm dia balik, dia bagi kertas cadangan/aduan yg company dia mintak aku isi, kalau ikutkan panas hati, nak jer bagi markah sikit tp memandangkan kami ada lg dua hari kat sini. Buatnya dia hantar sapa2, tak naya? Kwn cina aku pun pesan, jgn buat hal kat sini. Diorang ni ramai kaki, silap2 aku tak balik malaysia.

Kemudian aku fikir2 balik....patut lah semua tpt yg sight-seeing dia tak ada bg penerangan/cerita apa2 pun kecuali masa kat silver moon. Tapi kalau masuk kedai2 yg compulsory visit ni, kemain excited. Rupanya sbb komisyen.

Aku pelik, sbb dia ada ckp yg dia tak dapat apa2 pun utk tiga hari ni sbb kami tak shopping. Kenapa mcm ni? Bukan dia patutnya dibayar gaji? Komisyen mcm bonus. Last sekali ayat dia... if you work and you get nothing, are you happy?!!

Waaaa....time ni aku bkn lg marah dah tp dah sebak. Seriously, aku ingat ambik ground arrangement ni aku blh senang lenang. Rupanya jadi mcm ni plk. Terus terang aku tak tahu yg beli kat kedai2 tu adalah wajip.

Apa2 pun, balik malaysia aku mesti tanya travel agent. Tapi rasa geram, kecik hati, sedih semua tu mmg tak blh hilang.

Lps mkn malam mee sup share satu mangkuk dan mcm biasa takder air, kami jln ke mall yg tak brp jauh dari hotel. Blh pulak kwn aku buat lawak psl eskalator. Kan ada kes kat china eskalator tu telan org. Seriau jgk. Tak ada apa nak beli, kami keluar semula dan beli fresh juice. Tersedak tau mkn takder air, hikss. ..

Baring2 rehat kat bilik, agent utk esok pagi call ckp bas akan jemput kami kul 9 pagi. Waaaa lambatnya...Esok kami ambik one day tour ke Longji. Dah arrange dgn agent iaitu pick-up hotel adalah berbeza dgn drop-off sbb esok mlm kami bermalam di Sapphire Hotel.

Susah jugak aku nk lelap mlm tu. Telinga asyik terdengar2 jer mr D marah2. Aku pusing ngadap katil kwn aku dan ckp....sumpah lps ni aku tak nak lagi beli pakej. Biar pun aku mcm tertarik dgn delhi-agra-kashmir ground pakej. Kali ni kena tnya betul2. Tak nak lagi kena marah2 mcm ni.

Nota : lps balik malaysia, aku buat aduan bertulis kat wta dan jwpn dari staf wta, mmg diorang takder gaji. Diorang hnya depend pada tips dan komisyen. Patut la marah benar dia kat kami. Kami hanya bg dia tips 150 yuan shj.

Gambar bilik. Ai is jakun bilik air bercermin mcm ni...


Sgt unik kan...motor pun ada baju hujan...


10 Comments:

Azra said...

next time ko amik tour with group yg mmg group siap2 dari mesia.. kalau group ramai2, kebarangkalian utk org lain bershopping adelah tinggi, so ko dah selamat takyah spend ape2 kat kedai gomen tu
ni yg aku belajar mase amik tour pi Beijing ... aku siap bawak balik duit belen 800 yuan lagik ^_^

p/s : aku rase mcm ternampak ko kat the mines semalam huhuhu

liza said...

Yer betul. Next time aku akan ambik pakej yg grup. Pegi dua org, mmg kena buli la... pengajaran utk aku uhukkk

Eh...yer mehhhh. Pasal tak hai hai. Patut lah rasa mcm ada org pandang2 jer aku, ko ekkkk....hahhahahahha

rosnzrj said...

Hi akak,

mcm sebak je travel tp jd mcm tu. kesian mr D no gaji tp tak patut jugak dia marah2. hmm

liza said...

hi adik,

sebak, geram, kecik hati semua ada. serik nak pegi lagi. huhuhu

feeza fauzi said...

patut la banned terus dengan china.hihi..

tapi memang tak patut la style TA sane tak bagi gaji kat guide. tu pasal diorang desperate suruh customer beli barang..

lain kali tak yah amik guide, kak..pergi sendiri je..eh..tapi akk dan banned china.hihi

liza said...

5 thn kami banned china. Hahahaha mcm la ada org kesah???

SarahFJ said...

Cantik Guilin nih, tapi since pegi Beijing 2 tahun lepas, China masih saya blacklist kes kena tipu & paksa beli kat kedai gomen. Join liza lah nak ban 5 tahun hahah

liza said...

Yer Sarah....serik. Selalu kena marah bila kita terlebih beli ini kena marah sbb tak beli...hahahah

jhubzub said...

humangai..panas pulak dgn mr.D..baru2 ni p xian bw mak ayah..amek pakej trs dr msia.tp rupenye private tour jgk.kami ber4.nsb baik tour guide sgt sgt hokay.tak tau pulak wajib beli brg2 kat kdi2 yg dorang bw.dan tak tau pulak gaji dorang dari tips yg kita beri dan komisyen dorang dpt tu..

liza said...

Gitulah kesahnya....kalau wta bohong...bohonglah saya....tp mcm tak logik kan...tak kan lansung tak der basic pay?

Bestnya gi xian...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com