NORTH ISLAND : WELLINGTON

Kami memulakan perjalanan ke Wellington lebih kurang jam 3 petang. Patah balik ke Wanganui isi minyak dan teruskan perjalanan. GPS tu mmg tak leh caya laaa. Dari tempat aku sedar yg aku belum isi minyak which is dlm 5 minutes from bandar wanganui, rupanya jika aku teruskan juga drive, mmg akan ada stesyen minyak iaitu di pekan bulls. Tapi mungkin gps tu read 'the nearest petrol pump' tu dia mintak kami u turn semula. Ok enough about isi minyak.


Jujurnya....jalan ke wellington adalah jalan yg paling senang dan sgt enjoy. Melintasi pekan2 kecil mcm Bulls, Levin, Otaku, Porirua rasa mcm dalam movie. Pekan koboi tapi sgt bersih dan aman. Oleh sbb kami pun bertolak agak lambat, maka terpaksa skip untuk singgah kat pekan2 ini. Rugi bila kenang balik...





Jalan mula start sesak bila kami memasuki bandar wellington. Well...ibu negara kan. Kawasan ni mcm berbukit2 sikit, so bawak kereta pun agak slow dan hati2.






Lalu jalan ke Interislander Cook Straight Ferry, pelabuhan kapal yg akan membawa kita ke South Island. Wow besar2 feri nya, tapi menurut kakak aku, sapa tak tahan mabuk laut, dinasihatkan jgn naik feri ni. Kalau plan asal, aku mmg akan ambik feri ke south island tapi disebabkan cuti kakak aku hanya seminggu, maka hasrat utk ke sana terkubur. 

Di wellington kami menginap di http://www.capitalview.nz/. Harga utk family room ( 1 bilik, 1 katil double dan 2 single, kitchen) adalah NZD205.

Kelakar jugak hotel2 kat NZ ni, rata2 yg kami ambik semua katil single dalam bilik dan katil double kat luar bilik aka living hall. Anak sedara aku ckp, parents tido kat luar dan anak2 tido kat dalam. Mcm funny kan...budaya diorang maybe...






Lps rehat kejap, aku google halal restaurant. Guna http://www.zabihah.com/sub/New-Zealand/Wellington/Zz8oewtdVR. Keluar lah aku dan anak sedara aku cari makanan. Mak dan kakak aku relax kat bilik. Dekat shj dgn hotel kami. Kami memilih utk tapau makanan dari Satay Kajang. Makanan not so bad, tp mee dia besar2 tak mcm kat malaysia. Makan sikit dah kenyang. 






Singgah beli kebab utk sarapan esok tanpa mengetahui yg makanan dari Satay Kajang sgt banyak. Boleh 3 kali makan...ok tipu...dua kali mkn blh lepas.

Malam tu kami berkemas betul2, esok kami akan ambik flight ke Auckland (Air New Zealand) dan malamnya akan balik ke Malaysia. Kakak aku kata just try sama ada boleh terus check in kat Wellington, maka takder la nak mengangkut beg ke hulu ke hilir. So kami asingkan siap2 mana yg nak hand luggage mana yg nak check-in. Beg beranak pinak is normal. 

Tido agak lambat sbb duk berkemas, selepas hampir 7 hari kami travel dgn kereta, main campak jer barang, ini kena pack betul2. Wow bkn satu tugas yg mudah...

Mak aku tetiba ckp...kalau seminggu lagi pun takper...hahahahha gelak sakan kami. Siap suh gi withdraw duit lagi. Mak aku seronok betul dtg sini, enjoy tgk mak aku enjoy. 

Now time to sleep....esok aku dah tak jadi driver....hihihi

Previous
Next Post »
0 Komentar