NORTH ISLAND : WANGANUI

suppose jalan ialah highway 1 - 46 - 47 - 4

Perjalanan diteruskan ke Wanganui. Jarak perjalanan hampir 4 jam.

Kakak aku terpaksa off hp dia sebab bateri low dan kami hanya berpandukan gps kereta. Sepanjang Lake Taupo masih okay, sempatlah kami berhenti kat point2 yang cantik utk ambik gambar. 







Lps jer Lake Taupo....jeng jeng jeng. Kami memasuki Adventures Highway (state highway 49). Mula2 relax lagi, tapi semakin dalam kami masuk, jalan semakin sempit dan tetiba ada gaung belah kanan aku dan bukit belah kiri. Beberapa signbboard yg letak speed 25km/h shj mula menunjukkan muka. Jalan berbukit dan bengkak bengkok, gaung belah kanan lansung tiada penanda. Jika terbabas mmg habis.

Sepanjang jalan kami cuma berselisih dua kali dgn kereta. Hati aku rasa tak tenteram, emosi aku sbg pemandu aku blh kontrol, tp emosi kereta adalah di luar kawalan aku. Doa byk2 jgn sampai kereta rosak atau tayar pancit. Kakak aku on hp dia utk check gps, guess what?? No line. Telefon anak sedara aku pun no line. Hanya gps kereta shj yg berfungsi. Kerap kali aku tanya brp km lg nak sampai jln besar. Hampir 45 minit kami melalui jalan ni. Mak aku dah start wirid kat belakang....lagi la aku gelabah.

disinilah permulaan journey yg menggerunkan

mula2 hepi lagi...

kambing biri2 semua takder bulu...musim menuai bulu kata anak sedara aku...

kami ambik jalan kiri tanpa mengetahui apa yg bakal ditempuhi

lagi sejam setengah nak sampai....tipuuuuu

dah start lengang

lansung takder kereta
ni lah jln yg kami lalu...image dari street view.....


Alhamdulillah....akhirnya kami masuk state highway 4 semula. Kereta dah start byk. Lega....sampai ke bandar Wanganui tepat jam 8 mlm.

Mula2 kami booking Riverview Motel, tapi ada kesilapan teknikal. Kami sepatutnya memilih bilik garden view bukan river view. Bilik garden view adalah bilik bawah manakala bilik river view pula kat tingkat atas. Bilik garden view fully booked, kami pasrah kena tukar hotel. Sukar utk mak aku nak naik tangga.

Owner motel ni sgt professional, dia tolong kami carikan bilik bawah kat hotel sekitar. Akhirnya slps 15 minit, kami dapat lah bilik yg ada connecting room kat Midtown Motor Inn. Bilik aku ada satu katil double dan satu katil single dilengkapi dgn kitchen manakala lagi satu bilik ada satu katil double dan satu katil single, no kitchen. Harga utk dua bilik NZD174. Bilik agak uzur, perabut lama dan toiletnya pun biasa2 shj. Boleh la sbb hnya satu mlm shj dan kami bersyukur sgt sbb kalau tak mana mau tido?? Riverview Motel pun tak caj kami apa2. Baik kan...

Aku dan anak sedara aku keluar semula ke bandar, pergi Park n Save beli ikan dan ke pizza hut order pizza seafood. Jujurnya....bandar ni sgt menyeramkan. Bukan sbb ju-on ke apa, tapi local people kat sini mcm menakutkan. Gaya2 mcm koboi dgn jambang semua.

Kemudian kami ke rumah sewa anak sedara aku utk ambik baldi dan butter. Sempat say hi hi kat housemate dia warga UK.

Sampai motel semula, kakak aku goreng ikan guna butter dan kami makan pizza. Aku ni kalau duk dlm bilik suka lampu terang2....bilik ni lampu dia agak suram. Dan bila aku gi bilik air, tetiba lalat gigit aku. Berlari keluar...anak sedara aku tak percaya lalat blh gigit....tp betul. Tak tipu. Tumpang mandi kat bilik sebelah. Pintu pulak tak leh lock. Macam2 laaaa

midtown motor inn



Malam tu lps mak aku dah lena, kami duk bincang psl jalan yg kami lalu tadi. Kakak aku google semula rupanya kami ambik short cut. Dari highway 49 kami ambik Whangaehu Valley Road. Jalan inilah yg mengalahkan jalan ke Genting Highlands. Hampeh betul la gps tu. 

Tido pun tak brp nak lena sbb kepala masih duk fikir jalan tadi...dan kenapa lalat tu menggigit???

Previous
Next Post »
0 Komentar