Tuesday, January 16, 2018

SYDNEY & MELBOURNE : DAY 7

24-11-2017

Plan asal kami nak ke Apollo Bay dan seterusnya ke Port Campbell, tapi kerana kesihatan mak aku tak mengizinkan, kami buat keputusan untuk balik ke Melbourne. 

Sebelum bertolak ke Melbourne, kami merayau kejap kat pantai. Awal pagi pun dah ramai org


Bertolak ke Melbourne..

Stop kat pintu gerbang Great Ocean Road utk ambil gambar...konon2 dah sampai wpun hanya sampai Lorne shj...

byk mkn bateri budak ni....

Dari jauh nampak rumah api ni. Bila aku tnya yg lain nak singgah ke tak nak, semua tak nak


Sampai Melbourne terus ke QV Market. Mak aku dah start hepi dah...

Trip dgn warga emas ni kena byk sabar dan tak boleh penting diri sendiri. Mak aku dia tak enjoy sgt pemandangan ke apa, bila kami duk ckp pantai kat sini cantik, mak aku ckp pantai kat terengganu lg cantik...hahahahaha

Apa yg mak aku suka?? Shopping. Jgn tak tau, mak aku borong 18 biji beg utk kwn2...

Dan mak aku lebih hepi kalau duk area bandar, nampak ramai org dan ada kedai2...

So keputusan kami utk patah balik ke Melbourne dari Lorne adalah keputusan yg bijak. Cuma kesian dkt depa la, aku okay jer sbb pernah sampai GOR

Mak aku yg hepi dpt tgk bunga segar....


Malam tu kami tido kat Comfort East. Yg ni konsep hotel bkn apartment, so kami terpaksa ambil 2 bilik.

Malam tu semua keluar ke city centre (kecuali mak dan sorang kakak aku). Dari hotel jalan kaki ke tram terdekat dan naik tram menghala ke city centre. Kalau dulu kena bayar kecuali naik tram free yg caler cekelat tu, now semua tram free as long as stop dlm free tram zone.  



Stop kat Flinders Street Stn dan aku tunjukkan hostel aku pernah duduk dulu kat anak sedara aku. Masih sama tapi kedai kebab halal tepi tu dah tak ada, ganti dgn kedai pizza kot.

Kebetulan ada sambutan Thanks Giving dan sale Black Friday, agak meriah kawasan tu.

Dan juga ada kumpulan yg buat rusuhan secara aman, marahkan kerajaan kerana bebaskan pesalah lebih awal, kalau tak silap pemahaman aku la. 

Depa ni duk sebelah2....geng yg tgh duk count down lampu pokok krismas dinyalakan utk thn 2017 dan geng lg satu duk buat rusuhan

Kami naik cab masa balik sbb dah sesat barat, ramai sgt makhluk dan tram map takder, main agak2 jer sudahnya menyimpang jauh sgt.  


4 Comments:

Unknown said...

kalo souvenir ape yg nk beli dr negara ni? heee

liza said...

blh ler beli yg std org bg cam keychain, FM, tshirt, shopping bags

atau kalau nak canggih sikit beli la boomerang...

Jari Manis said...

ahaks..biasalah org tua2..suka shopping..JM pun sama kih kih kih

liza said...

shopping tak mengira umo...kannnn

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com