SYDNEY & MELBOURNE : DAY 8

25-11-2017


Awal pagi dah berlaku perkara melucukan la plk...kakak aku cuba panaskan makanan lebih mlm tadi dlm microwave...tp hangus dan menyebabkan satu bilik penuh asap...

Aku dan dua anak sedara aku kat bilik sebelah....tiba-tiba dengar org ketuk pintu...mak aku nak masuk bilik kami...bilik sebelah dah penuh asap...kata mak aku

Anak sedara aku berlari keluar hotel utk buang pizza yg hangus tu....sib baik smoke detector tu tak berbunyi or keluarkan air...kalau tak sure kami kena bayar penalti...

Satu hall tu berbau asap....semua org dah cuak...

Lps check-out, kami singgah kejap kat QV...shopping lagi

Aku yg pada awalnya bkn nak shopping pun terikut sama....borong la pencil case pelbagai size 5 ketul aud10....beli kasi kwn2 kat ofis....kalau depa tak nak guna...kasi anak masing2...

Harga lebih kurang mcm kat sydney's market

shopping bag 3/4/5 ketul aud10 (depend of size)
wallet kulit kangaroo (kata penjual turki tu) 2 ketul aud25
coins purse jenis kulit 4 ketul aud10
 towel 2 helai aud18
FM besar 5 ketul aud10
FM sepapan aud2.5

Kemudian kami ke airport....pegi awal sbb nama aku tak leh check in online...kakak aku buat lawak ckp nama aku mungkin terpilih utk business class....yo la sgt...

Rupanya mamat yg serve kami masa kat KLIA hari tu pi letak nama aku sbg wheelchair user...hampeh betul...

Senyum jer minah salleh kat airport...yer lah aku kot yg berdiri nak check in tetiba keluar nama aku perlukan khidmat wheelchair...

Cerita wheelchair ni tak abis sampai sini....dlm flight pun pramugari cari aku sbb nak ingatkan aku utk disembark last sbb aku request wheelchair...kena tunggu sampai wheelchair ada baru blh keluar...hampeh...semua duk gelak kat aku

Flight tak lewat...smooth shj.

Flight penuh dgn org india....heran aku....masa gi Auckland last year pun sama...flight penuh ngan geng depa...

Mak aku tak leh tido sgt sbb ramai kanak2 yg duk menangis....

Takder plk gambar kami dlm flight mahupun kat airport...semua penat dah...tak kuasa nak bergambar bagai...

Gambar aku kat bald hill pun blh laaa...


home sweet home....

eh.....

ni bukan rumah aku tp rumah yg aku jumpa kat corrimal beach...



Total keseluruhan....per person adalah RM5,298.99 (tidak termasuk shopping)

petrol utk 5 hari - RM109 per person
food - RM241.28 per person
sewa kereta - RM311.11 per person
Hotel - RM1,235.58 per person
Aktiviti - RM713.29 per person
Toll - RM12 per person
Taxi airport - RM85.53 per person
Flight - RM2283+RM238

Latest
Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

adeh..lawak citer pasal wheelchair tu

Balas
avatar

Melbourne!!! saalah satu destinasi impian gak ni..kos RM5K++? ni kos Sydney dan Melbourna kan..utk 8 hari..kira murah la ke mahal :-)

Balas
avatar

Ya dua kali tau pramugari tu dtg ingatkan supaya keluar last sekali....😅😅

Balas
avatar

Ya JM, kos sydney dan melbourne..boleh laaa tp kalau style solo means no family mngkin lebih jimat terutama part hotel dan tiket flight

Balas