TRAGEDI COVID-19

Pada Jan/2020 dah start kecoh dah pasal virus wuhan ni...time ni kalau jumpa cina kat mall...avoid. pastu my sister yg akan ambik alih jaga bonda masa trip aku, dah sebok tanya selamat ke nak pegi jln ni. dgn yakin aku kata benda ni kat china jer...hehehe

Feb/2020 aku dah mula start kumpul brg2 yg nak bwk pegi trip. beli stokin, disposable underwear, lotion, sim card dan akhirnya aku nak beli mask, pusing2 semua kedai...takder. selalu aku beli kat daiso yg jenis muncung itik tu, sbb pada aku yg tu lbh selesa, tak melekat kat muka. rak kat daiso yg selalunya penuh smpai tak tahu nak pilih yg mana, kini kosong. staf kat situ kata habis,stok blm sampai. masa ni aku dah mula rasa tak best, knp dah ramai yg start beli mask ni, adakah virus tu dah smpai sini. teori kwn aku, rakyat china yg keje kat sini sure ada sedara mara depa yg dah jd korban virus ni dan mereka lbh aware berbanding rakyat malaysia. aku masih relax, contact abg aku yg juga akan ke balkan seminggu sblm aku. dia dan wife dia join pakej. agen dia kata proceed as plan. okay....dia adalah penanda aras aku sbb dia ada agen...kalau dia kata tak selamat, then aku akan ikut.

Kertas pelapik tandas
Penimbang beg
Tikar plastik...utk lapik masa solat
Hanger 
Mac/2020...masa ni singapore dah byk kes. malaysia dah ada tp blm significant lg. aku tetap gi renew passport. masa kat kaunter utk collect passport...aku saja tnya pegawai kat situ, selamat ke nak gi ni. dia tanya aku negara mana nak gi, aku kata belah2 europe sana. dia kata ok, yg tak blh pegi hongkong, korea, jepun dan china. aku ckp kat dia aku nyer flight dari singapore, dia mula kelip2 pandang aku. dia kata  bersedia je lah kalau2 tak blh berlepas atau tak blh landing. krik krik krik

my travel buddy 2 akan ke romania bln april (urusan keje). so aku pun contact la juga dia tnya dia nyer kursus tu diteruskan atau batal. dia kata penganjur masih kata ok. masih ada sinar....lama aku diskas dgn dia. baik buruk dsb. kami sepakat nak gi inject influenza. mcm yg kami ambik masa nak gi india dulu. 

dua minggu sblm tarikh aku berlepas, aku gi pusat kesihatan universiti utk ambik ubat darah tinggi dan ubat2 lain yg selalu aku minta jika nak travel...heheheh. aku pun tanya la doktor, dia tak setuju aku teruskan trip aku. dia kata ni virus bkn main2. kalau aku nak pergi juga, balik nnti jgn terus masuk keje, kuarantin dua minggu. aku bincang dgn kakak aku...blh tak dia stay lg dua minggu slps aku balik sbb aku kena duk hotel atau somewhere la kan time tu. kakak aku kata ok, tp dah dekat nak puasa tu, so kesian plk kat abg ipar aku nanti, jd dia kena balik sebaik shj tempoh kuarantin aku tamat. settle discuss. aku pun dah start karang surat kat boss utk mohon cuti tambahan lg dua minggu.

tetiba kes kat europe naik mendadak. greece dan crotia dah ada kes. negara balkan lain masih zero case. aku dah mula cuak. aku call kakak aku, hold dulu kalau nak beli tiket dtg sini sbb aku tak sure jd pegi ke tak. abg aku dan wife dia, relax je sbb agen kata proceed. diorang dari penang dah smpai KL. flight esok mlm. 

sekali mlm tu abg aku call, trip dia cancel sbb border kat sana tak bg penerbangan dari malaysia dan negara2 asia masuk. abg aku dah ada kat rumah di sg buloh. diorang baru plan nak dtg jumpa mak aku sblm ke airport. terus tak jd dtg. dan esoknya...PM kita umumkan PKP start 18/3 selama dua minggu. tpt keje aku pun dah keluarkan notis tarik balik kebenaran ke luar negara. maka tanpa ragu2 lg....trip aku terpaksa ditunda. bermula la episod nak batalkan hotel dan semua booking yg buat kat sana.

semua hotel free cancellation, so tiada masalah. cuma satu hotel kat dubrovnik, aku dah buat bayaran. aku cuba guna isu covid-19 ni dah Alhamdulillah....dpt refund. hotel kat santorini travel buddy 1 yg tempah, aku suruh dia minta refund, smpai sekarang takder berita. mujurlah hotel tu tak mahal. private tour kat bosnia pun aku dah cancel. sedih org tu sbb dia kata negara dia masih okay tapi semua org dah takut nak melancong.


skrg nak deal ngan airlines plk. bukan mudah ya kwn2. perlukan kesabaran yg sgt tinggi. dah la time ni aku masih kena keje wpun PM dah umum pkp. 

1) scoot airlines : kul-athens (via singapore).
- dpt tukar tarikh
- tiada caj pertukaran
- kena tambah duit sbb ada fare diff
- aku tukar ke bln okt/2020 since oman air dan aegean bg tarikh sehingga okt/2020

2) aegean : athens-santorini-athens-zagreb
- ada tiga flight terlibat kat sini
- dpt tukar tarikh
- tiada caj pertukaran
- kena tambah duit sbb ada fare diff


3) oman air : istanbul-kul (via muscat)
- susah betul nak communicate
- nak tukar tarikh guna manage my booking tak berjaya
- aku tweet, message kat fb, email dan call kat centre dia, indian dari india yg jwb call aku. susah betul nak faham slang dia. nak gi ofis oman air kat KL, kita dlm pkp, kemungkinan tutup. 
- oman air kata flight tak cancel, so aku hanya blh tukar tarikh dgn byr penalty dan fare diff
- aku decide tunggu dulu sampai oman air yg umumkan flight tu cancel.
- seminggu sblm tarikh flight, baru dpt confirmation dari oman air, aku blh tukar tarikh tanpa caj kecuali fare diff.
- masa ni aku ckp kat member aku, bln okt pun rasa masih blm selamat utk travel. kemungkinan kita kena tunda lagi, so hold dulu oman air.


dua minggu lps, dpt plk emel dari scoot, flight aku bln okt dibatalkan. aku dpt two option, 100% cash refund atau 120% credit voucher. kami decide cash refund sbb kalau tukar tarikh baru, silap2 kena bayar lg sbb fare diff. asalnya tiket ni below 1k, skrg dah jd lebih. dah bukan low cost airlines dah...scoot email back dan kata process refund akan ambik masa 14 minggu....huhuhu sept ni baru dpt duitnya...

aku email oman air dan minta refund. dpt reply two options jugak sama mcm scoot. mula2 dia bg tukar tarikh sehingga jun/2021 (18 bulan dari tarikh aku beli tiket), tp aku kata tak mngkin aku akan travel before that, so oman tambah lg 6 bulan (until dec/2021). Aku ttp kata nak cash refund. Akhirnya oman kata policy dia kalau nak cash refund, akan diproses start dec/2020. so thn dpn baru dpt duit nya. Allahu...menduga betul kan??

Kes dgn aegean, mmg tak dpt sbb tiket aku non-refundable...hnya blh tukar tarikh. Kos kat sini almost rm700 sbb tiga tiket. Redha jer la....

So skrg kami menunggu dengan sabar refund2 ni semua.

Nak plan gi mana2 pun masih takut...dan rasa cuak.

Apa aku nak buat dgn euro yg aku dah tukar ni?? ada yg ckp suh simpan...but...kalau aku jual balik dan simpan dlm tbg haji atau asb, dpt gak dividen kan? kalau simpan kat rumah cari penyakit namanya tu...hihihi


akhir kata......selagi aku blm ada trip mana2, aku akan merapu mcm2 dlm blog ni...heheheh


4 Comments:

Yana Kama said...

uuuu cantik layout baru blog dia.. iols tumpang berdebar juga baca kronologi cerita akak.. insyaAllah ada rezeki lain untuk akak

liza said...

heheheh....blog tukar angin...

kan...insyaAllah ada la tu rezeki lain....

Unknown said...

cantik hanger yg boleh lipat tue,boleh tahu nak beli kat mna???

liza said...

beli kat shopee...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

  • My first ever trip lepas PKP bermula semalammm...lebih spesifik, solo roadtrip!hahaha...acah acah je solo sebenarnya...saje laa abadikan kat sini sebab per...
  • Sesi bertemu sua sambil bermeetingan. Lokasinya di tengah tengah ibu kota. Hornbill Restaurant & Cafe. Terletak dekat Taman Burung Kuala Lumpur. Rasan...
  • June 21, 2020. after almost 4 months duduk rumah. i pun decided nak ke Romantika. Bukan lah nak shopping apa pun. nak shopping alas kaki. jadi ajak Ab...
  • Pagi tadi sempat ke Taman Saujana Hijau di Precint 11 untuk sesi morning walk bersama rakan sebaya. Kebetulan pulak sunflower tgh berkembang mekar skang ...
  • *"Epitome of peace, relaxation and escapism from the busy lives" *- this is how I define of my stay in Kudat. So for the second week of June, we decided ...
  • Assalamualaikum.. Last week aku rasa rindu betul kenangan di NZ.. kadang-kadang memang senyum sendiri bila tengok gambar or video.. entah, mungkin sebab ak...
  • For decades, visitors flocked to Australia to enjoy its great outdoors and witness its wonderful wildlife. Now, *Australia*’s vibrant gastronomic scene ...
  • Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader 😗 PKP –Perintah Kawalan Pergerakan Lama betul tak update entri...bulan Mac tak ada entri l...
  • Walau duduk kat rumah kita masih boleh menyimpan dari segi cash back. Dulu kalau travel agoda dan booking.com termasuk dalam shopback.Tapi dah tak boleh ...
  • Selepas lunch, kami teruskan lagi perjalanan yang panjang sampai lah petang. Look at the view.. Magnificent! We crossed the High Atlas Mountains & Tizi N...
  • I have yet to show how to do a 1 day trip to Nami Island-Petite France -Garden of Morning Calm with Gapyeong City Tour Bus. This is a DIY step-by-step it...
  • *3 Legged Frog Hostel* Untuk Beijing trip ni kami stay di hostel sajork. Budget tipis la katanya.. Payah gak nak cari accommodation yang sediakan 3 katil...
  • *PAKEJ MENARIK - SYARLIZ TRAVEL GROUP - TAHUN* 2⃣0⃣1⃣9⃣ ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖ . ✅Jom semua sudah ada plan ker nak travel untuk tahun 2019 ? pakej menarik sud...
  • trip pembukaan untuk tahun 2017..ke boracay pulak. trip kali ni memang sekejap je...sebab aku bukanlah penggemar pantai yang tegar..hehe sebab ada final ca...
  • *Cara Minum Untuk Kegunaan Harian*. ESP boleh diambil sekali atau dua kali sehari. Kuantiti setiap kali makan sebanyak 1 SUDU BESAR + minuman kesukaan ki...
  • Lama sungguh cik Z tak update blog ni. Jadi kali ni cik Z nak kongsikan itenary ke Maldives untuk 4 Hari 3 Malam dulu. *DAY 1: WEDNESDAY, 25 JULY 2018...
  • Hello! Kalau kita pegi ke Ho Chi Minh, Vietnam memang aku tau memang takkan menjadi satu masalah dalam bab nak mencari makanan halal ni. Cuma tu la kena t...
  • Seminggu sebelum puasa sempat ke Yogyakarta dengan Eiza dan Ecah. Saje cuti-cuti Indonesia since dah lama tak berholiday tiga orang. Actually plan untuk b...
  • Assallammualaikum wbt Blog ayufatarina.com dah exceed bandwith pulak.. So saya gunakan blog alternatif ni ye Kepada anda yang nak order Harum Manis Origin...
  • Salam Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
  • *Bulan lepas kawan diploma masa kat UiTM Melaka dulu dtg bercuti di Italy 3 hari. Hampir 9 tahun tak jumpa last2 kitorang berjumpa kat Rome akhirnya. Terh...

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com