Sunday, February 28, 2016

NORTH ISLAND : AUCKLAND

Aku ternampak iklan teksi ni kat belakang teksi exora. Terus sms dan diorang bg price dan setuju. Sgt cekap dan reliable. Booking blh melalui http://www.taxiexora.com/ dan teksi sampai tepat masanya. Jam 5.30 pagi kami (aku, kakak aku dan mak aku) telah memulakan perjalanan ke KLIA. Penerbangan jam 9.00 pagi. Flight penuh, kami dah reserve siap2 sehari sebelum untuk dapatkan seat yang dekat dgn toilet. Kemudahan untuk mak aku.

Makanan agak mengecewakan la bagi aku, first meal kami dpt dua pilihan sama ada spaghetti atau ikan sweet sour. Dua jam sebelum landing, ada dua pilihan jugak iaitu chicken dan fish. Oleh kerana masa first meal diorang served dari belakang dan kami pilih ikan sweet sour, maka second meal diorang served dari depan. Bila dah sampai seat kami, chicken dah habis. No option left, terpaksa makan ikan jugak yang rasanya lebih kurang sama dgn first meal. Sampaikan jiran sebelah aku (warganegara NZ) komen yg dia tak pernah dapat meal yg sama utk dua kali makan. Malas nak komen, terlebih komen nanti kata tak bersyukur dgn airline negara sendiri. 

Selamat sampai di Auckland jam 1.30 pagi waktu NZ. Anak sedara aku dah siap tunggu dengan kereta sewa. Kami sewa kereta yg ada bonet besar bagi memudahkan untuk simpan wheelchair mak aku. 

Kami terus ke http://www.bestwestern.co.nz/auckland/hotels/best-western-newmarket-inn-and-suites/. Kami ambik family room, muat utk 5 orang tapi diorang hanya caj utk 4 org. Harga keseluruhan utk 3 malam ialah NZD674. Kemudahan tip top. Semua lengkap. Siap blh masak2 lagi. 







Sebelum ini kami booking 2 bilik kat Mesra Homestay. Konon2 nak support sesama malaysian la. Tapi 2 minggu sblm kami ke NZ, anak buah aku dpt message yang kami hanya blh check in sehari selepas dari tarikh kami booking sbb tetamu yang sebelum kami extend sehari. WHAT!!!! Boleh ek buat mcm tu? tak professional lansung. Konon macam baik la sbb offer kami utk lepak kat ruang tamu personal diorang pada malam kami sampai dan blh check in slps bilik siap dikemaskan. Gila apa diorang ni. Kakak aku terus cancel booking dan dia hanya jawab, OK. Nampak sgt bisnes maju kan....tak kesah pun kami cancel booking. Ingat yer semua....kalau sapa2 ada hati nak bukak bisnes mcm ni sila adakan juga perasaan sekali.



Kelam kabut kami cari hotel kat Auckland, rata2 semua dah penuh or bilik family kat tingkat atas which is menyusahkan mak aku utk naik turun tangga. Akhirnya anak buah aku yg stay kat NZ berjaya call Best Western Newmarket Inn dan dapat bilik. Mula2 dalam booking diorang caj kami NZD800 utk 3 malam, masa tu dah pasrah la. Asalkan ada tempat yg selesa utk mak aku dah cukup. 

Masing2 nampak masih belum penat wpun waktu kat NZ dah masuk kul 3 pagi. Kami masih rancak bersembang. Anak buah aku siap tersengguk2 sbb ngantuk. Konon kakak aku kata tunggu subuh dulu baru nak tido, tgk2 semua terlelap dan bangun kul 7.30 pagi. Anak buah aku ke University of Auckland ambik nasi lemak yg senior dia masakkan. Sedappp....rasa mcm kat malaysia...heheheh

Kul 12 tghari kami keluar ke Dress Smart (shopping mall). Kemudian balik semula ke hotel utk solat dan keluar lagi ke Parnell Rose Garden. Mak aku suka sgt sbb bunga ros besar2. Lama gak kami lepak2 kat sini, dan kemudian ke Mount Victoria Mt. Albert tgk bandar Auckland dari atas. 











Kul 11.30 malam aku dan anak buah aku ke Countdown (mcm Giant la) utk beli barang2 sikit. Beli span basuh pinggan, air mineral, tisu dll. 

Esok pagi sekali lagi terlajak bangun. Kul 7 pagi baru solat subuh. Belum boleh adapt dgn masa kat NZ. Hari kedua kami ke Michael Joseph Memorial dan University of Auckland. Beli lunch kat NZ Kebabs. Ayam goreng dan fish and chips. Halal kata anak buah aku. Kedai ni dlm area university jugak, dkt2 dgn apartment student. Kemudian kami ke The Warehouse, malangnya sudah tutup masa kami sampai. Kat sini rata2 shopping mall tutup jam 5 petang. Kalau ada yg bukak hanya spesis mcm Giant atau Tesco. Kemudian kami ke Queen Street, konon nak tgk jika ada kedai2 souvenirs yg masih bukak. Hampa...







Hari ketiga alarm aku dah berfungsi. Solat subuh dan prepare breakfast dan kemas2 brg. Kami akan bergerak ke Rotorua pagi ni. Berjaya susun beg dan wheelchair dalam but kereta.

Masa check-out baru tahu yg hotel cuma caj kami NZD674 shj, Alhamdulillah. Ada hikmah kami tak duduk kat Mesra Homestay.

Kakak aku on gps dalam phone dia, dan anak buah aku on gps yg sewa bersama kereta. Better guna dua gps sbb kadang2 gps yg kereta bagi akan bawa kami masuk kampung2, mcm short cut laa. Mula2 tak perasan, tapi bila dah masuk sampai ke ladang2, dan kakak aku kata gps dia duk asik re-route jer, aku dah rasa something tak betul. Off yg kereta punya, dan guna gps kakak aku jer. Alhamdulillah....masuk balik state highway 27.

Sampai Rotorua agak lewat dari jangkaan kami sbbkan masalah gps..

0 Comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com