Sunday, March 20, 2016

NORTH ISLAND : WELLINGTON (part 2)

Selepas breakfast baki dinner malam tadi, kami kemas2 dan check-out. Sblm ke airport, kami singgah ke Mt.Victoria.


Wellington terkenal dgn angin lintang. Bila naik ke Mt.Victoria, blh terasa angin menolak badan.









Selepas hampir setengah jam kami kat atas Mt.Victoria, kami mula bergerak ke airport. Penerbangan kami ke Auckland jam 1 ptg. 

Aku drop mak dan kakak aku serta beg2 kami kat airport, dan terus ke syarikat sewa kereta. Hantar kereta with suku tank petrol. Rugi rugi hahahaha. Pekerja dia hantar semula aku ke airport.

Malangnya kami tak boleh terus check-in utk flight ke Kuala Lumpur malam ini, lain airline katanya. Terpaksa la berhempas pulas dgn beg2. 

Air New Zealand sangat cool. Even penerbangan hanya sejam, kami dihidangkan dgn teh/coffee, cookies dan gula2. 





Sebaik sampai airport terminal domestik, aku dan anak sedara aku ke terminal international utk lihat jika kaunter MAS dah bukak utk kami check-in beg. Malangnya mmg tak, petugas kat situ kata hanya jam 11 malam baru blh drop bags. Patah balik ke terminal domestik, dan anak sedara aku call pemilik hotel utk pick-up kami. 

Utk keselesaan mak aku, kami ambik bilik kat hotel berdekatan dgn airport. Motel Airport Travel Air. Rate utk satu malam aku tak pasti sbb anak sedara aku belanja, jadi tak masuk dlm senarai bajet. Hiksss...Ownernya org korea dan motel ni free shuttle to/from airport.

Selepas check-in dan solat, aku dan anak sedara aku ke bandar Auckland. Last call for shopping...hiksss. Kami naik bas dan turun berdekatan dgn university of auckland. Sehala NZD6.50. Perjalanan dalam 20 minit. Mahal jugak kan?? 

Jumpa kawan anak sedara aku jap, dan kami ke Angie's Kitchen. Served halal food dan kami tapau makanan utk malam ni. Beli nasi goreng dan ayam goreng. Time tunggu order siap, tetiba ada sorang warga malaysia masuk dan bagi salam. Org sarawak dan dah berhijrah ke NZ lebih 8 tahun. Byk kami bincangkan pasal negara malaysia, tapi tak perlu la kot aku nak share kat sini. Sensitif...

Ke Park n Save dan beli coklat dan cookies utk bawa balik. Nothing much can do here sbb kul 5 ptg semua dah tutup. Lengang gila.





Utk balik ke hotel, kena naik bas ke manukau. Tunggulah kami kat bus stand. Bas ada sikit lewat, normal la kan.

Sampai hotel, siap2 utk ke airport semula. Dah janji dgn owner hotel utk hantar kami jam 11 malam. Ini lah satu2 nya hotel yg tak sempat pun aku baring atas katil. Penerbangan kami dijadualkan jam 1.30 pagi.

Dah sampai airport, baru tahu yg flight delay. Kul 3 pagi jugak baru kami dpt berlepas. Ramai warga india naik flight MAS ni...transit maybe. Entahlaaa....

Sementara tunggu utk boarding, kami diberi refreshment, ada biskut, air tin, air mineral dan mcm2. Pertama kali dpt makan free bila delay.



Alhamdulillah....sampai ke KLIA jam 8.45 pagi. Home sweet home...

0 Comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com