Dalam fb ramai yg share pengalaman masing2 dgn mataf bridge yg mengelilingi kaabah....semua sedih bila mataf nak dirobohkan...
Pertama kali melangkah masuk ke masjidil haram....thn 2008. Kami terus ke dataran kaabah utk tawaf. Sebaik sampai di tangga sebelum melangkah turun ke dataran utk memulakan tawaf pertama, aku terduduk. Ya Allah....sangat besar Kaabah Mu. Jarak antara aku dgn kaabah rasa sgt dekat. Antara aku dgn kaabah hanya lautan manusia. Tiada tiang2 mataf. Direct view. Lihat saja baitullah, tanpa sedar kita akan mengalirkan air mata....dlm pandangan aku hanya aku dan kaabah shj ketika itu...rasa diri sgt kerdil, rasa byk sgt dosa, menangis lagi. Betul, rasa sgt kecil ketika itu. Kaabah dekat tapi masih jauh dari gapaian tangan...binaannya tersergam megah sehinggakan burung yg melintasi kaabah pun akan mengelilinginya. Menangis lagi bila melihat keadaan ini...
Perasaan aku dan ingatan aku ketika itu masih segar...Ya Allah kekalkan lah ingatan itu sampai bila2
diambil dari tingkat 1 ketika tunggu solat isyak (2008) |
Tetapi perasaan ini tidak hadir bila aku ke mekah thn 2015. Tiang2 mataf menyekat pandangan. Jika tawaf di mataf bridge, tiada perasaan yg kita sedang lakukan tawaf. Hanya niat dan perbuatan shj. Kadang2 bila ditolak org2 kasar spt turki dan india, kita semakin jauh ke tengah, pandangan kaabah hilang. Cepat2 menyelit utk kembali ke tepi jambatan supaya dpt lihat kaabah lagi, tapi sering kali terpaksa mengelak dari jemaah2 yg solat atau pun selfie (yes...ramai sgt yg selfie kat sini).
Memijak saja dataran kaabah, perasaan ketika 2008 tiada. Kaabah terlidung di balik tiang2 mataf. Binaanya tidak jadi 'seketul' spt yg sepatutnya. Mendongak ke langit utk mencari burung yg sedang tawaf, terhalang. Perlu ke depan sikit utk melihat kaabah yg sempurna. Ramai jemaah yg bersolat di bawah mataf bertingkat, menjadikan kawasan itu semakin padat. Kawasan utk solat sunat umrah yg selalunya aku akan cuba utk mencari yg berhadapan dgn pintu multazam telah dikepung dgn tali. Sesak dgn jemaah. Berdoalah supaya Allah permudahkan...
diambil dari al-masjid al-haram.blogspot |
Pandangan peribadi aku, sesiapa yg mampu dan ada tenaga, silalah tawaf di dataran kaabah. Selantai dengan kaabah. Apa lg yg ko nak selain dpt memijak lantai yg satu level dengan kaabah? Perasaannya tidak sama dgn tawaf di mataf.
Bila dpt saja berita mataf bridge akan dirobohkan, aku terus mengucap syukur. Dataran kaabah diperluaskan utk menampung jemaah. Gembira tidak terkata. Aku mahu lihat baitullah tersergam tanpa halangan.
Mataf bridge dibina utk kerja2 pembesaran masjidil haram. Adanya mataf bridge ini, terbinanya dataran yg lebih luas. Jgn dinafikan budi mataf bridge. Aku tahu....cuma tidak salah rasanya aku nak share pengalaman dan perasaan aku ketika tawaf utk dua fasa yg berbeza...
diambil dari forum makkah holy mosque |
2 Comments:
Uncle juga teringin sekali lagi untuk ke sana. Insyallah...tetapi bukan untuk bekerja seperti dahulu!
Best nya uncle pernah keje sana....
Post a Comment