Ni ada kaitan dgn kesihatan kaki dan keselesaan kaki semasa travel. Sebelum tu aku nak jelaskan kat sini yg aku mmg ada masalah sakit tumit (dikenali sbg heel spur) dan kaki cepat berpeluh.
Oleh krn itu, aku lebih selesa guna sandal bertali dan tumit tebal sekata. Pergi kerja pun aku pakai sandal. Ada sesekali pakai kasut bertutup, itupun jika terpaksa dan dipaksa.
Bos aku pun dah faham dan dia pun dah tak kuasa nak marah aku jika aku gi meeting pakai selipar jamban, sebab selipar tu lagi selesa nak dibandingkan dgn sandal. Selipar jamban aku jenis flip flops tu. Warna warni lagi. Sbb tu aku tak kisah pun nak pakai gi meeting. Perasan meriah laaa....
Utk travel, first time pegi hong kong, aku guna sandal. Kemudian ke OZ, mak aku belanja kasut crocs. Tak senonoh katanya gi jalan2 guna sandal. Utk ambik hati, aku pakai la jgk. Tapi kesan nya, kaki aku sakit dan menggelupas sbb berpeluh. Kalau ikutkan, kasut ni tapaknya bergetah, absorb hentakan kaki. Tapi kaki aku tetap sakit even letak insole. Setiap kali nak pakai, aku akan balut jari2 kaki aku dgn plaster utk elakkkan melepuh.
Nota: jari kaki aku jenis mengembang....kalau kasut tak cukup besar kat dpn, jari2 kaki akan bertindih2 dan mengakibatkan kecederaan.
Nota: jari kaki aku jenis mengembang....kalau kasut tak cukup besar kat dpn, jari2 kaki akan bertindih2 dan mengakibatkan kecederaan.
Kemudian setiap kali travel aku akan bawa juga sandal sbg backup. Selalunya mmg aku pilih sandal la. Sbb tu masa gi murodo, jepun aku pakai sandal. Kasut ada tapi sengaja tinggal dlm beg kat locker. Padan muka aku kan....
Awal thn ni, anak sedara aku duk promote beli kasut skechers. Katanya sesuai utk org sakit tumit mcm aku. Kebetulan abg ipar aku ada beli, dan aku cuba pakai. Mmg rasa selesa.
Maka aku pun beli lah utk aku jgk. Aku try google jenis mana yg sesuai utk sakit tumit, tapi bila tgk, mak aihhh, dah mcm sport shoes dgn tapak super tebal. Huhuhuhu.....nama nya skechers shape ups. Mmg tersangat la jogging nya kasut ni. Ni pendapat personal aku hihihi
Masa nak beli aku saja minta pendapat jurujual tu dan dia suggest yg go walk 3. Ok lah...walk pun walk lah, mmg guna utk walk pun kan, aku beli.
Dan......mmg selesa weyyyy. Aku pakai jgk stokin (wpun konon2 kasut tu tulis odourless) dan stokin tu bertahan 2-3 hari sblm tukar baru. Kurang berbau la maksud aku.
Jadi pada siapa2 yg duk survey kasut apa yg sesuai utk org yg spesis mcm aku ni, jwpn nya adalah skechers (iklan tak berbayar). Walaupun kasutnya agak old school, tapi selesa. Ringan dan paling penting takder tali. Rimas aku bertali2 ni. Ingat lagi masa sekolah aku guna kasut yg zap2 tu. Dah koyak pun aku guna lagi wpun ada kasut baru yg bertali.
Dan masalah bila jari2 kaki bertindih kesakitan tak berlaku sbb dlm kasut ni lembut.
Dan masalah bila jari2 kaki bertindih kesakitan tak berlaku sbb dlm kasut ni lembut.
4 Comments:
Masalah utama SS... X reti pakai kasut bertali...
leceh kasut bertali....nak ikat2 bagai...hiihi
JM pun suka tapak kasut lembut mcm ni
betul JM. kalau dulu paling selesa sandal sbb open air dan tumit tak sakit. bila guna kasut ni, wahhhh rasa mcm nak terima kasih sgt kat inventor ni...nak peluk cium dia sbb dah selesaikan masalah kita...
Post a Comment