wpun aku ni dah kerja hampir 18 tahun di selangor, dan mak pun ada dgn aku, tp jiwa kelantan masih tebal. bila sebut shj balik kelantan, hati secara otomatik berbunga2.....senyum tak berhenti dan dlm kepala penuh dgn rancangan2 yang nak disusun...
perancangan awal, aku dan bibik akan balik dgn keretapi manakala mak dan bakal pengantin akan balik dgn flight. tp bila bibik berhenti kerja, maka aku pun balik juga dgn flight, tak kuasa eh naik keretapi....hahahaha kematu bontot. tp harga tiket yg sama dgn mak aku dah naik berdesup...sekali ganda dari harga tiket mak aku....maka aku terpaksa balik hari lain iaitu weekdays...
aku ni tak biasa sgt dgn subang airport, tak tahu nak parking mana dsb. jd aku pikir baik ambik grab shj masa nak hantar mak aku. takder la aku pening kepala nak cari tpt parking. tapi....lg sekali tapi. aku demam+batuk la plk sehari sblm mak aku balik. terpaksa cancel grab sbb for sure driver tu panik bawa aku dlm grab dia dan aku pun kena prihatin la jugak kan...musim2 covid ni semua org saspen bila dengar org batuk2 kan?? hahahahah
jd aku terpaksa la drive. bila dah ambik panadol, suhu badan turun tp batuk tak leh nak sorok. kong kong kong aku batuk dlm airport tu. sebaik shj aku uruskan check-in mak aku, cepat2 aku beredar. balik rumah terjelepuk kat sofa tak bangun2. aku dah get ready dgn segala ubat, buku kesihatan aku, kad insuran, semua lah kat tepi sofa, incase aku kena ke hospital, terus jer capai beg tu.
pagi ahad tu aku dah okay sikit. suhu dah turun tp batuk masih ada. malamnya anak buah aku dtg tidur kat rumah temankan aku. kesian dia....kul 5.30 pagi dah kena bangun sbb nak berkejar ke tpt kerja kat damansara..
isnin aku gi kerja jugak wpun masih batuk2....lps tu gi klinik minta ubat lagi dan ambik time slip...
selasa flight aku balik kelantan....saspen weyyyy....wpun batuk dah kurang tp masih batuk. aku ambik grab ke subang airport, jem la pulak sepanjang perjalanan. dekat nak smpai, aku tak leh tahan dah....aku batuk dlm grab....aku nampak muka pakcik tu mcm cuak. sblm turun, pakcik tu hulur hand sanitizer...suruh aku cuci tgn dulu sblm buka pintu....baik pakcik hehehehe
dah lps check in, aku gi la bfast kat cafe dlm tu, aku order teh o dan roti bakar. makan jer roti, batuk lagi. salah pilih menu aku ni...hahahah. sblm boarding, aku pesan air limau suam pulak....adehhhh aku doa byk2 jgn la aku batuk dlm flight, kalau kena halau, adakah aku perlu terjun???
akhirnya selamat sampai di pengkalan chepa tanpa aku batuk dlm flight....hehehehe terima kasih tekak kerana beri kerjasama...
plan yg dirancang semua lebur....cuma dua benda jer dpt buat...iaitu mkn nasi kak wok dan beli batik....huhuhu.....nak ke pengkalan kubor pun tak daya...hahahahah....nota : nasi kak wok makin mengecil....tak puas makan...
kendurinya hari khamis dan bertandang hari jumaat...masa kenduri batuk aku dah lega sikit, demam dah tak ada....ptg jumaat sempat la aku ke pasar siti khadijah beli batik....byk kedai tutup bila hari jumaat...
sabtu pagi aku dan mak balik semula ke KL....adik beradik lain balik ke rumah masing2 hari ahad...
gini lah bila masing2 dah berkeluarga (aku jer yg belum), jumpa bila ada kerja kawen mcm ni, pastu bila balik kelantan, masing2 sebok nak gi shopping, pikir nak makan apa, rindu sgt dgn kelantan, tanah kelahiran....
0 Comments:
Post a Comment